picture credit to PerfectPalette
godek punya godek,jumpa jugak e-book pasal perkahwinan yang aku beli dulu.berguna jugak akhirnya.tak sia-sia la 10 hengget aku.hehehe.untuk sapa-sapa yang nak berumah-tangga,bole la rujuk senarai ni.kot ada apa-apa nak tambah,silakan.senarai ni untuk kenduri dua-dua belah pihak.hantaran tu macam tak balance.nak bagi apa lagi eh..
♥ Persiapan Perkahwinan
:: Pre
Kursus perkahwinan
Booking tok kadi
Amik borang kawin
Amik borang ujian HIV bagai (hmm...)
Tempah kad kawin
Invite rakyat jelata melalui kad @ Facebook ^_^
ps :: jangan invite awal-awal sangat.nanti orang lupa,kad hilang,macam-macam.senaraikan siapa mau panggil mengikut kawasan.hehehe.
:: Akad
Photographer
Persalinan (Lelaki dan Perempuan)
Makeup
:: Majlis
Pelamin
Meja makan pengantin
Photographer
Persalinan 2x(Lelaki dan Perempuan)
Makeup 2x
ps :: mr. bulat, sila belikan rantai tangan yang cantik dan menawan ya.ngeeee...photographer dan spot dah sapa.nanti sy rekemenkan kat kawan-kawan.
♥ Barangan Hantaran Perempuan ke Lelaki
Sirih junjung
Potpurri
Al-Quran (atau tafsir) Perfume
Jeans,Kemeja (Rayban?)
Kasut
Wallet dan Belt
Telefon Bimbit (kuang3..ni macam dalam mimpi.wink.wink)
Kek/Cupcake
Buah-buahan
Kuih
Cokelat
Pulut kuningps :: jam tak bagi dah..orang dah beli jam baru.lemak ah nak bagi jam banyak2.save duit aku.hehehe.
♥ Barangan Hantaran Lelaki ke Perempuan
Tepak sirih Mas kahwin
Pulut kuning
Cincin/Gelang/Rantai (atau barang kemas yang lain)
Kain ela (atau baju kurung)
Al-Quran (atau tafsir)
Sejadah
Kek
Potpouri
Jam tangan
Kasut
Handbag (mau purse skali ya mr. bulat..purse saya suda koyak..isk..isk)
Perfume
Buah-buahan
Set alat solek (macam tak minat ja alaat-alat solek nih..)
Telekung sembahyang
Muffin atau biskut
Towel
Gula-gula (atau manisan lain)
♥ Balai Makan
Kanopi
Katering
ps :: aku tak dak la sampai berbalai-balai kot.yang ni kalau amik katering dah selesai la.semua siap.
ps :: yang ni memang kena pesan kat DJ sekeras-kerasnya supaya jangan meraban dan tersilap info.sungguh bosan kalau DJ cakap tak berhenti-henti.just putarkan lagu yang nice-nice pun dah cukup.tak mau lagu pengantin yang selalu dengar tu.nak lagu 'MAHER ZAIN'.hehehehe ~ mesti abah i loike!
♥ Bulan Madu
errkkk...mengikut kata kakak aku,jangan berangan nak berbulan madu.sebab lepas kenduri konpem duit berhabis.sampai tak daya nak pegi bulan madu.hehehe.takpelah.apa salahnya berangan...
so??
BALI !!!! yeayhhhhh...
♥ Theme
untuk tema,anda dinasihatkan memilih baju dahulu sebelum decide tema apa mau buat.sebab selalunya dah set tema,skali cari baju tak jumpa warna tema..sedih oOo..dan..aku pun belum pilih tema lagi.mau jalan-jalan dulu dengan mr. bulat tengok baju.mesti mau matchkan dengan kulitnya yang gagah.kuikuikui ~