10 December 2010

Cat, Hamsters and Cat AGAIN

ohoii...tiba-tiba rasa mau pelihara kucing pulak.kali terakhir pelihara kucing dalam tahun 2005.tapi mati pulak.tu la kucing terbaik pernah aku pelihara.bijak dan dengar kata.toilet trained,malam berak dalam bekas untuk berak.pagi tunggu bukak cage dan terus lari pegi berak seberang jalan.bagus bangat!!! beliau jugak pemalu walaupun beliau JANTAN.owhh.rindunya sama kamu ABU.isk.isk.isk.pastu pelihara pulak hamster.habis jual dah sebab 'ramai' sangat.asyik beranak ja.comel but kecik sangat.tak boleh nak peluk-peluk.hehehe.

2bulan lepas cousin ada janji nak bagi anak kucing. katanya same species dengan ABU.berbulu tebal.tapi kena tunggu anak tu besar sikit sebab masih menyusu.then 2,3minggu lepas tiba-tiba dapat tau anak kucing tu dah mati.tak tau sebab apa.sakit kot.sedihnya.kempunan lagi.

dan semalam aku godek-godek kat Mudah.my.jumpa satu iklan RAG DOLL KITTEN FOR ADOPTION.comel la sangat.tak tau la gambar yang owner tu letak tu gambar betul ke tak.then aku pun dengan pantas meng-email owner tersebut.then hari ni dah dapat reply. still available!!! hoishh...kucing jenis rag doll ni kalu mau beli mau seribu ni.tapi owner dia cakap nak bagi je sebab tak sampai hati nak jual-jual ni.aku pun dengan semangatnya mengaku la aku ni CAT LOVER (memang pun).

paling best kucing tu dah dapat suntikan semua dah.sihat dan bijak (kata ownernya).hopefully toilet trained la.macamana pun kalau jadi ambik,aku still nak bawak pegi vet.kata owner tu dia akan hantar gambar kucing tu nanti.HER name was LOLA.weee...i loike! harap rupanya secomel namanya.ni gambar yang owner dia letak dalam Mudah.my.tak tau la ni LOLA or yang lain.
Picture credit to Mudah.my :: is this LOLU?

09 December 2010

Kenapa saya geram dengan Celcom

dari mula-mula aku guna handphone,sampai skang, aku memang pengguna setia Celcom. tapi aku tak berapa nak nampak kat mana kelebihan dia selain dari beberapa peristiwa mengeciwakan. geram-geram tapi dok pakai jugak.haih..

kenapa saya geram dengan celcom :

1 :: bil sms yang mengelirukan

tiap kali check bil melalui SMS aku dalam rm30 - rm40 je.punya la seronok pegi bayar,murah la katakan.sekali tiba-tiba dia hantar sms :

Reminder: Yr usage of RM800 as at 091210 has exceeded yr credit limit.Pls make immediate payment as yr line MAY HAVE BEEN BARRED..bla..bla..bla..

rupanya bil tertunggak bulan lepas-lepas yang tak pernah pun dia bagitau dalam bil-bil yang terkini.kumpul-kumpul dah overlimit.beratus-ratus.bengangkan?bangang betul la camni..

2 :: service yang lembab

yang ni memang lembab gila babun la.satu hari, handphone kawan aku hilang (sebenarnya cari tak jumpa).terus telefon celcom untuk blockkan nombor tu.ok, agak cepat.die terus block.then esoknya,dapat jumpa balik handphone tu,then terus telefon celcom untuk unblock balik nombor tu.celcom ambik masa SEMINGGU untuk unblock nombor tu.tu pun lepas berpuluh kali telefon service center.

3 :: online service yang teruk

lagi satu contoh kelemahan celcom ialah time bayar bil online, dah la website lembab nak pergi dari satu page ke page yang lain (ramai yang dah komplen pasal ni).berjam-jam tunggu baru dapat pergi ke page yang lain. bila bayar online, 3,4 hari kemudian,baru la account diupdate.kadang-kadang online bill tak update pun.tapi bila check payment history ada pulak bayaran kita buat. bill statement pun mengelirukan.lepas tu mula la nak sekat nombor cakap kita tak bayar.deyyy....company besar pun sistem macam hampeh ka...

4 :: service charge hantu

encik bulat dan aku pernah dapat bil,total beratus-ratus.beliau jadi sangat tak puas hati dan check satu persatu dalam bil tu.banyak betul charge celcom yang ntah dari mana ntah.padahal sebelum ni diorang tak bagitau pun pasal charge-charge tu.kami pakai 1+5 (time tu masih 1+3). menurut orang celcom, kalau pelanggan tanya baru diorang akan jelaskan pasal charge-charge tu.mengamuk la encik bulat,komplen gila-gila.last skali, diorang batalkan charge-charge tu.TAK PERLU BAYAR.

5 :: broadband dan network

yang ni macam dah lali la.pakai broadband apa pun macam hampeh sikit.nak tengok 3 bar pun susah, apatah lagi nak EXCELLENT. kalau kat kampung agak laju.tapi bila balik penang, kalau depan tv mesti letak laptop atas meja,sebab coverage lebih sikit.if letak atas lantai terus dapat NO NETWORK. kalau dalam bilik boleh letak atas  lantai,kelajuan tu bole la nak guna.tapi nak upload gambar jangan harap la.kadang-kadang time maghrib agak laju,tapi most of the time macam kura-kura la.PAGE CANNOT BE DISPLAYED.itu sudah common.

walau macamana pun, aku tetap pakai celcom.dulu,kini dan selamanya.sebabnya? family semua pakai celcom..hoisshhh...apa-apapun, kepada  semua pengguna celcom,rajin-rajin la check bil anda dengan teliti,takut kena tipu depan mata ja.kadang-kadang kita amik remeh ja.dapat bil terus pergi bayar (macam aku.hehehe).


notes :: encik celcom,kalau tak mau saya mencarut-carut begini, sila turunkan kadar panggilan dan sms serendah 1sen/18jam dan 1sen/50sms.konpem saya puji encik celcom (mana aku tau celcom tu laki?aku tau la...)

08 December 2010

Hantaran e-day ~ Tema Biru Putih

mau promote sebentar.hehehe.ini hantaran tunang aku,untuk pihak lelaki. semua aku buat sendiri.semuanya 13 dulang.tapi sayang gambar sirih junjung ter-miss plak.tak tau kat mana.tapi sirih junjung sepupu yang tolong gubahkan. dan lagi satu hantaran extra dari mak saudara aku.

 Hantaran 1 :: Coklat
satu set coklat jenama Beryl's. tapi toblerone aku tak
pasti plak Beryl's punya ke tak.

 Hantaran 2 :: Cream cupcakes
ni cupcake cream, 12 biji semuanya,dan dah ngap sebiji
jadi la 11. RM40.tempah kat imanisbakery.design
atas pilihan sendiri.

 Hantaran 3 :: Kuih/Biskut
dua bekas kuih raya.sedap.murah ja.
satu bekas RM25.

 Hantaran 4 :: Buah-buahan
mak aku nak sangat letak buah naga.katanya dah cemuih
buah epal bagai.so nak bagi nampak crowded,aku
tambah la anggur sikit.
(kiri) Hantaran 5 :: Agar-agar kering, (kanan) Hantaran 6 :: Halwa
Agar-agar kering di-sponsored oleh mak saudara aku.sangat-sangat la
cantik.harga pun cantik juga. Halwa tu mak aku yang beli di seberang jaya.
dicampur dengan agar-agar kering jugak.

(kiri) Hantaran 7 :: Asam, (kanan) Hantaran 8 :: Sejadah
Asam tu pun mak aku belikan dekat seberang jaya.baunya sangat menggoncang
jiwa (bagi siapa yang suka asam la..). Sejadah tu beli dekat kamdar ja.
suka sebab dia tebal dan corak dan warna pun cantik.

(kiri) Hantaran 9 :: Tuala, (kanan) Hantaran 10 :: Potpuri
Tuala tu cantik kan? nampak macam sejadah.sampai orang tanya
kenapa bagi sejadah sampai dua.selalu orang gubah bulat-bulat 
macam buah la,buat katil la.tapi latest selalu orang lipat or
gulungkan macam biasa ja. potpuri pun buat sendiri. oleh
sebab letak dalam raga,jadi tak nampak kaki cawan tu. 

Hantaran 11 :: Halwa
Halwa yang ni macam jeruk sikit.dari mak saudara aku jugak.
balut macam hamper sebab bagi last minute,tapi aku dah prepare
pembalut dan reben.memang dah jangka akan ada extra.

dan last sekali.....

 Pelamin dowh...

tiba-tiba rasa macam nak buat bisnes gubah hantaran plak.start dari kakak aku bertunang lagi aku dah rasa macam nak gubah hantaran untuk orang.tapi tu la, dok berangan tak habis-habis.hehehe.nanti aku poskan gubahan hantaran kahwin kakak aku.aku jugak yang buat [bangga..ngeeee]. oleh sebab aku ni agak kedekut,jadi kos gubah hantaran pun tak mahal la.yang penting cantik, tak crowded dan nampak nice-nice ja.

Untuk tempahan gubahan hantaran bagi kawasan Pulau Pinang dan Kedah, sila hubungi 019-5552155 atau email ke husnaza@yahoo.com. Harga boleh dirunding,bergantung kepada design yang diminta.

wah.wah.wah..promote nih..woott..woottt.... Y(^_^)Y


ho