11 December 2010

Lola NOT EXISTED !

 
baru terima email dari owner Lola (tak kenal? tengok sini).rupa-rupanya LOLA dari SINGAPURA.

jauh betul tu.patut la nak bagi adopt.ofkos la aku kena bayar dekat pets delivery service agency. owner tu tulis kat situ, aku perlu bayar kepada agency tu 600malra. MALRA? adakah 600RM? lepas tu aku pun macam pelik la.try google cari kot-kot ada currency MALRA kan.mana la nak tau.sebab Singapore kan pakai dollar. cari punya cari tiba-tiba aku terjumpa ini :

Saya ingin menyebarkan kepada semua bahawa sekarang ada satu sindiket yang sedang bergiat aktif untuk memperdayakan orang ramai yang ingin membeli haiwan peliharan seperti anjing, kucing dan sebagainya. Saya berharap agar dengan aduan dan maklumat ini, besar harapan saya agar pihak berkuasa harus berusaha untuk menangani sindiket yang nampaknya semakin bertaring ini.
Saya percaya ramai yang sudah terkena oleh sindiket tersebut yang mana menawarkan untuk memberikan perkhidmatan penghantaran haiwan peliharaan..

(baca lagi sambungan kat SINI)

Lagi aduan kat SINI

WTF!!!!!

aku hampir tertipu ni!!!! gila babun la..nasib baik aku jumpa website ni.kalo tak melayang la duit aku.tapi kalo rm600, aku memang tak mampu la nak bayar.tapi memang betul-betul tak sangka la ni sebenarnya sindiket penipuan ! hoishh...memang ayat sebijik sejibun la email aku dapat tu dengan contoh dalam artikel tu.ish3.bahaya ni.

p/s :: oh lola..kau hanya khayalan rupanya..aku tertipu!!tipah tertipu!!! nasib baik aku tak mampu,kalo tak melayang la duit aku.huh.sedih..kempunan lagi nak berkucing.huhuhu ~


10 December 2010

Hantu kak limah balik rumah

picture taken from Google

ni la conclusion hasil perbincangan selepas gagal menonton Narnia malam tadi! hoish.agak tertekan disitu sebab memang berharap sangat tengok Narnia.seat paling depan sekali ja available.tu pun dalam 4,5 seat ja yang tinggal.heran aku,sampai bawah skrin pun orang sanggup duduk.sungguh tak berbaloi la nak melangut tengok movie dan balik rumah sambil leher terkehel.

bincang punya bincang,aku, achik dan syu (budak-budak umah) ambik keputusan tengok cerita HKLBR ni lah.dah cerita lain penuh.kalo tak penuh pun,tinggal cerita yang tak best langsung.

tapi cerita HKLBR ni not bad la.takut pun ada, lucu tu lagi la kan.yang paling lucu tengok budak-budak umah aku la.nak tengok tapi takut.pakat tutup muka dengan sweater.takut hantu tiba-tiba muncul,terkejut.tapi memang kali ni hantu dia agak menyeramkan dari Zombie Kampung Pisang.berdebar-debar jugak la.huhuhu.

Sinopsis ::

Husin has been working in Singapore for some time and decides to return to his hometown, Banana Village. Upon returning, he feels that his neighbour Mak Limah is strange as she does not speak nor sleep. He then tells patrons at Pak Munawer's coffee shop that Mak Limah might be a ghost. Pak Abu decides they should investigate further but when they go to her house, she is already a rotting corpse! However, things get more interesting when the village is haunted by a strange occurrences, despite the burial of Mak Limah.

macamana pun, kalau movie tu dari Mamat Khalid, konpem la bleh gelak-gelak.hiburan ringan.cukup untuk releasekan tension.tapi tolong jangan jadi macam mereka-mereka yang mengalami ketakutan melampau semasa menonton HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH lalu menentionkan diri.hehehehe..

apa-apa pun,siapa-siapa yang belum tengok lagi cerita ni, bleh la pegi tengok.tak dak la koman sangat cerita melayu ni.except for satu movie tu...ala...yang 20juta?40juta?hoishh....hahahahaha =P


Pet Beds!

tengah mood 'sayang haiwan' buat masa ni.hari ni dari pagi sampai petang asyik surf pasal kucing ja.tengok accessories kucing dah naik geram nih.mintak-mintak la kali ni jadi aku amik kucing tu.tadi tengah godek-godek internet jumpa blog jual barang-barang pet.berkenan betul dengan pet beds dia.comel gila-gila.nak beli!!!

tapi yang mana satu paling comel?



Picture credit to liviabeds

kucing tak dapat lagi tapi dah beria-ria nak beli accessories bagai.wee....hehehehe.bayangkan kucing comel sedang sleep-sleep dalam pet beds ni.comelnya !!!!!
[husna,please stop.kamu sudah mau kawin tapi masih mau main-main dengan kucing?? hoish..everyone can be a PET LOVER right?? ^_^]