19 April 2011

Pengalaman mengejutkan orang yang liat bangun tidur

anda pernah mengalami situasi ini? atau anda sendiri yang memang liat nak bangun?tak payah nak pura-pura.

saya nak cerita pengalaman saya mengejutkan orang yang liat nak bangun.pengalaman ini berlaku sebelum saya berkahwin lagi.siapa lagi kalau bukan suami saya.

sebelum berkahwin, saya perlu menelefon beliau  berulang kali untuk mengejutkannya bangun.kalau bernasib baik beliau akan bangun 30minit selepas dikejutkan.

selepas berkahwin, rutin itu berterusan.ayat-ayat sepert:

"10 minit lagi"
"2 minit je lagi"
"takpa pegi kerja lambat sebab harini OT je"
"sat-sat.."


ayat-ayat ini begitu common sekali di telinga saya.ya. sudah lali.pada mulanya saya cuba mengejutkan beliau dengan penuh kasih sayang. tapi bila tahap keliatan itu menjadi-jadi dek kelembutan saya itu, maka sekarang saya menegejutkan beliau dengan cara yang lebih ganas. tapi idak ler sampai derhaka pula.

biar pun saya meletakkan jam loceng ditepi telinganya, beliau masih tidak bergerak.sebarang bunyi-bunyian langsung tak memberikan kesan.saya juga ada terfikir mahu menggunakan method kejutan menggunakan bom tangan, tapi bimbang pula anak jiran sebelah terjaga.

begitulah cabaran hidup saya.mengejutkan orang liat bangun tidur. ada apa-apa tips tak?hehehehe.

13 April 2011

Saat Lafaz Sakinah - Far East

Serius terkuar air mata dan hingus bila dengar lagu ni. aku bukan la peminat lagu-lagu nasyid. aku rasa lagu ni dah lama.cuma baru sekarang terdengar.isk..isk..silalah dengar...






dah tag encik husband kat facebook.tapi cam tak ada respon pon..isk..isk..

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
Ulang Chorus

24 March 2011

Minggu ke3 jadik bini orang

okeh.aku bukan nak buka butang baju then tayang dada kat sini (buka pekung didada).tapi serius baru ku tahu begini rupanya perangai suamiku yang tercinta.well, bukan ada apa-apa yang buruk pun. tapi macam aku pernah tulis dalam status fb sebelum ni yang berbunyi lebih kurang camni,

"Bila bercerita tentang keburukan sesorang yang kita tak sayang, kita akan gambarkan seolah-olah keburukan itu semacam sesuatu yang sangat hina.tapi, bila bercerita tentang keburukan orang yang kita sayang, kita ceritakan seolah-olah ia sesuatu yang comel"

betul tak?mesti betul punya lah.hehehe. so walau apapun baik buruk kurang lebih suami, semua boleh diterima dengan penuh kasih sayang.cewah.

dan yang pasti tanggungjawab dah double.dulu basuh baju untuk sorang, skang basuh baju double,triple. balik keja dah tak boleh baring-baring meliatkan diri.harus berusaha membuat kerja rumah.harus menyapu sampah setiap hari.

dulu kalau malas, tak makan pun tak apa. tapi sekarang walau suami tak cakap kata lapar, mesti sediakan juga makanan. buat apapun bukan untuk diri sendiri.tapi untuk orang yang akan sehidup semati dengan kita.penat memang penat, tapi rasa happy yang teramat.sebab rasa macam hidup dah separuh lengkap.kenapa aku cakap separuh lengkap?kenapa? lu pikirlah sendiri.hoih.

semoga aku menjadi isteri yang solehah dan taat. mak dan abah dah lepas anak perempuan yang terakhir.tapi aku rasa bond antara ank bongsu dan parents tu masih kuat. hmmm...apapun sekarang hidup aku dengan suami.kena patuh pada suami.


Rasulullah S.A.W pernah bersabda,

"Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya"

doakan aku cepat beroleh cahaya mata. ^_^. hehe.sebenarnya takmau berharap sangat la nak dalam masa terdekat.tapi tak boleh nak dielakkan.perasaan teringin tu sentiasa ada.semoga murah la rezeki. bila diri dah bersedia menjadi isteri 3minggu lepas, dah set dalam diri, mesti juga bersedia untuk jadi ibu. semoga Allah SWT kabulkan doa aku. AMIN.