04 December 2012

Resepi lagi! Nasik Lemak Junior


Resepi ni amik dari Blog Saya Hot. tapi aku tambah la sket sana sket sini.improvise la orang kata.hehe. nasik lemak ni 9bulan keatas kot rasanya dah boleh makan.kalau dah lepas santan. aufa alhamdulillah setakat ni tak ada alergik apa-apa.rempah-rempah pun semua dia dah lulus.

Bahan-Bahan:
(Nasi)
1. Beras
2. Santan
3. Halia
4. Bawang putih
5. Bawang merah
6. Halba
7. Daun pandan


(Sambal ikan bilis) - Blendkan
1. Serbuk ikan bilis
2. Capsicum
3. Carrot
4. Bawang putih
5. Bawang merah
6. Tomato
7. Kurma (Optional)
8. Ayam (Optional)
9. Saleri


(Telur dadar bayam)
1. Telur
2. Bayam dicincang (Optional)


Nasik lemak masak macam biasa. Sambal ikan bilis tu tumis bawang putih dan merah, masukkan bahan yang dah diblend. masukkan ayam.masak api perlahan. rasa manis tu datang dari kurma, carrot, batang saderi.masin datang dari serbuk ikan bilis.capsicum takkan bagi rasa pedas pun kat sambal tu.manis-manis pahit sket.telur dadar goreng macam biasa.aku letak bayam dalam telur dadar tu sebab in case aufa takmau makan sambal tu, bole la jugak bs suap nasik dan telur dadar saja.ada la jugak sayuran kan.baru seimbang.

selain dari nasik lemak, bekal hari ni semestinya puding roti.hehehe.dan pisang.semalam aufa makan banyak sangat pisang kot, berak keras.mula nak marah-marah,tension-tension masa berak.macam-macam posisi.meneran ja lebih.tengok poo poo tak keras mana pun.petang satgi nak beli betik untuk aufa.lama tak makan betik.
ok.selamat mencuba jaya!

p/s: gambar harus la googling saja sebab nampak lebih menyelerakan.hehehehe.ilustrasi semata tuh.jangan la letak kacang pulak dalam nasik lemak anak.tapi nak letak timun boleh.bagus.sejuk badan.hehe.

03 December 2012

Makan ostrich, rusa, kambing, arnab @ Puncak Mutiara Cafe

Teringin makan rusa? ostrich? kambing? arnab? ha, pergi la puncak mutiara cafe kat kampung pelet Bukit Mertajam ni. Aku dok pi balik kot sini pun weekend hari tu baru first time pergi makan sini.kalau orang lalu kat situ memang tak perasan pun ada cafe konsep ladang kat dalam.masuk jalan kampung jalan naik bukit nampak ladang yang sangat besar. cantik.

kami pergi hari sabtu haritu.cadangnya nak pergi kenduri.tapi jem teruk gila nak naik jambatan so cancel la kenduri.terus pegi puncak mutiara cafe 3 biji kereta.dengan hujan lebatnya.mengangkut anak-anak.meja dia letak pondok-pondok.berselarakan.sayangnya aku tak snap gambar pun.sebab anak tengah tidur atas riba.lupa dah.antara menu yang kami pesan :

1. Rusa grill (boleh tahan)
2. Nasi beriayani rusa grill
3. Nasi putih + daging lembu beriayani
4. Nasi padprik (aku tatau la pasaipa kakak aku pesan ni, tak keladangan langsung.takpalah mak buyong punya pasai)
5. Steamboat (RM40 untuk 3 orang, biasa-biasa ja)
6. Roti arab kari kambing
7. Coconut shake susu kambing
8. Lamansi (air limau nipis + asam boi)
9. tak ingat lagi satu kakak aku amik makanan apa tapi berasaskan kambing.hehe


Tak sorang pun amik ostrich or arnab. masing-masing takut tak sedap kang rugi duit mahal kan.haha.harga boleh tahan mahal.portion makanan sikit ja especially rusa grill.layanan bole la.sebab hujan jadi orang tak ramai sangat.pondok meja kami pulak betul-betul depan kaunter order so lambai-lambai ja. surau ada disediakan.ada kolam ikan.bole pergi tengok ladang-ladang.tapi dah hujan kami makan ja lah. problemnya adalah time nak order.kena plak mat bangla mai amik order.jenuh nak explain.hapa da..amik la orang mesia.susah orang nak order ja tak paham bahasa.

maybe next time (tahun depan kot.sebab mahal.kopak ah) pergi bleh pesan arnab or ostrich plak kot.hehe.kambing memang aku lemah sket nak makan sebab ada pengalaman makan daging kambing yang berbau teruk sangat terus tak lalu dah.

ni website dia --> Puncak Mutiara Cafe
meh layan gambar aku cilok dari web dia (credit to Puncak Mutiara Cafe).miahaha! antara yang kitaorang pesan haritu.

 Rusa Grill (tapi aku makan haritu tak molek camni pun presentation dia..isk..isk.)
 Roti arab (aku assume sedap sebab nephew aku asyik usung ni ja tak cicah pun dengan gulai)
 Beriyani Rusa (tapi BIL aku pesan Beriyani Rusa Grill)
 Air kelapa + Susu kambing

Kalamansi (Air limau nipis + asam boi = masam piawwww)
 
terliur kan? well..jangan meleleh dulu sebelum anda rasa sendiri.nak kata tak sedap tak jugak,nak kata sedap sangat tak jugak.tengok orang.tapi aku suka environment dia.maybe should go there again on a SUNNY DAY.then only aufa boleh main-main dan jalan-jalan tengok binatang.hehehe.

ok yang ni gambar tak cilok. sebiji ni ja.ni pon husband aku tangkap.arggh.tension bila tengok gambar sendiri napa ntah ~


 

Resepi puding roti Aufa Zahirah

Takmau cakap banyak hari ni sakit kepala tak tau pasaipa. nak kena pegi check jugak rasanya.nak sujud ruku sakit sangat.haih.

harini nak share resepi puding roti feveret aufa.every week mesti buat.walaupun aufa dah lepas telur, tapi aku tak letak pun telur dalam puding ni.taktau la napa.ok ni bahan dan cara buat.

Bahan-bahan:
1. Roti buang tepi
2. Kurma/Kismis
3. Biskut meri 2 keping (optional)
4. unsalted butter 1 sudu besar
5. Susu tepung 1 scoop
6. Pisang sebiji
7. Oat 3 sudu besar
7. Air setengah cawan


Blend semua bahan sampai betul-betul hancur. Tuang dalam loyang.carikkan roti tabur dalam bekas tadi.rata-ratakan.jangan padat sangat.biar macam lembab berair sket.sebab nanti roti serap semua bahan tadi.puding jadi lembab dan lembut sket.kalo letak banyak sangat roti nanti puding keras.kering sangat pulak.kemudian kukus.bakar pun boleh.tapi aku suka kukus ja.siap!

Picture ehsan google.I think from someone blog kot.sy pinjam ye.watermark pon tak buang~

senang dan sedap.ni la makanan penyelemat tiap kali aufa tak mau makan nasik.at least makan la jugak kan. semalam buat bihun kungfu, kena reject terus.sesuap ja.lepas tu menyembur takmau.tak sedap kot.isk..isk..