Banyak betul petua jumpa dalam internet.Sebelum ni tak amik pusing sangat.tapi bila dah terkena kat anak sendiri, baru la panik berpeluh-peluh kol mak abah kat kampung,surf internet cari remedies yang sesuai.hehehe.
So, kat sini nak story sikit pasal kes demam campak ni.demam campak ada dua.bahasa mudahnya, demam campak kecik (ada orang panggil campak sekam) dan demam campak besar.Campak sekam ni biasa ja.naik macam ruam-ruam.Aufa dah pernah kena time kecik-kecik.yang nak di story kan disini ialah campak yang besar gedabak tu.
demam campak ni lebih kurang demam biasa jugak.bezanya virus dia lagi power (virus measles).bila virus lagi power,sistem imunisasi badan pun kena kerja lagi keras nak lawan,jadi badan hantar signal kat otak,"oi otak,kasi naik lebih sikit suhu badan".so badan anak pun panas.jadi kerja punya kerja,badan pun panas,nak buang panas tu,paling cepat kuar kot rongga2 kulit la kan.so naik la bintat2 comel di badan..
kat sini aku prefer guna kaedah rawatan DarusSyifa',
1. Jangan makan ubat untuk menurunkan panas badan, biarkan panas tersebut sekurang-kurangnya 3 hari, agar campak tersebut tidak terbantut.Ubat klinik (orang tua2 panggil ubat gedung) selalunya bersifat panas.jadi,tak berapa sesuai)
2. Selepas 3 hari, campak akan keluar (bintik2 merah).Lagi banyak lagi bagus sebab biar semua panas dalam badan tu keluar.
3.Jika tidak dapat menahan kepanasan badan tadi, gunakan kain yang lembap, dan lap dibadan, di bawah ketiak atau letakkan di atas dahi.Sebab tu ada doktor dan perawat tradisional nasihat jangan mandikan.cuma lapkan.supaya cepat sejat air dari badan dan tarik panas dalam badan keluar.
4. Minum air kelapa (bukan kelapa gading @ kuning), dengan makan sedikit isi kelapa untuk beberapa hari.
5. Bacakan doa pada bahan dan air kelapa.
6. Kerapkan mandi, mandi dengan perlahan, dari kaki dan naik ke atas badan dan akhir sekali barulah kepala.
Tanda-tanda campak dah sampai ke penghujung ialah apabila biji-biji campak mula keluar kat tapak kaki atau tangan.bergantung la.lain orang lain la sikit.macam Aufa haritu, kuar kat tepi tapak kaki sikit,kat celah jari tangan seketul dua.
Untuk elakkan atau kurangkan rasa gatal dan miang akibat bintik2 campak tu, boleh guna daun mambu.daun ni even doktor pun suggest.
1. Buat lapik tidur.
2. Letak dalam kolah mandi,guna untuk mandi.
3. Ada sesetengah orang, guna untuk kibas2 sket kat badan bagi hilang miang tu.
4. Ada jugak orang guna campur dalam bedak sejuk.
Credit to tuan punya gambar.sy amik kat google jer.xjelas sgt watermark tu.huhu.
Menurut petua Darussyifa',
1. Tidak boleh terkena air hujan. (akan meninggalkan parut hitam)
2. Tidak boleh mandi laut (selama 6 bulan)
Pernah masa pegi bercuti kat langkawi last year.ada satu pasangan ni bawak anak dalam umur 8bulan.demam campak.dah keluar semua bintik.dia bagi mandi air laut.tu la aku cakap,ada macam2 petua.so amik la yang mana yang yakin.Allah saja ada kuasa nak sembuhkan.InsyaAllah.
Pantang larang lain yang aku pernah dengar, jangan makan kicap,nanti lekat parut hitam.kalau doktor senang ja, jangan makan makanan yang boleh bagi gatal2 macam seafood.ada jugak orang petua, jangan goreng2 dalam rumah.sebab minyak2 dan udara yang berminyak tu boleh buat badan gatal2.jangan makan makanan berminyak.
Ok.now untuk petua hilangkan parut pulak.simple, bedak sejuk dan daun asam jawa.sapu seluruh badan waktu malam,dan esok pagi mandi dengan air yang dah didoakan.amalkan 3 hari berturut2.tak pun buat ja sampai parut tu hilang.
Contoh daun asam jawa dan bedak sejuk.tak pasti la macamana nak cari bedak sejuk yang asli..
Ni adalah kombinasi doa/ayat yang perlu dibaca:
1.Al-Fatihah
2.Selawat Syifa
3.lau anzalna.... (surah Al-Hasyr 21~24)
Kita cuma boleh ikhtiar, kot mana pun kena tawakal dan doa banyak2 pada Allah.Semoga Allah lindungi keluarga dan anak2 kita semua.AMIN.
Lagi satu kekonfiusan yang berlaku ialah, masa anak umur 1 tahun,kita dah suntik MMR.Measle.Mumps.Rubella.tapi apasal skang masih kena campak?ajaib betul la.adakah vaksin MMR haritu dah hilang dan habis atau tak berkesan pun?ish..musykil..




