15 November 2013

Kenapa puting botol susu berkerak?

ok.sangat merimaskan bila tengok puting anak-anak berkerak.buruk benor dan menggelikan.tapi selama aku hidup ni, tak pernah lagi la puting susu anak-anak aku,or anak-anak sedara aku berkerak.semua ok ja.

ada pendapat cakap sebab jenis susu, ada jugak orang cakap sebab air liur budak dan ada jugak orang kata sebab basuh tak cuci or cuci botol lambat (biarkan semalaman ke).

untuk eviden pertama yakni jenis susu.

anak kakak aku minum dutch lady dan anmum. Aufa penah minum similac,isomil dan skang enfagrow. tak dak satu pun yang berkerak.jadi aku rasa jenis susu bukanlah penyebab kerak-kerak tersebut.

untuk eviden kedua yakni air liur.

hamboih...berasid sungguh aih air liur anak sampai berkerak puting-puting ye.hehehe.air liur memang cepat biak bakteria.macam makan something.bahagian yang terkena air liur lebih cepat basi.


untuk eviden ketiga yakni basuh tak cuci/lambat basuh

yang ni aku rasa ada betul jugak.kita combine semua eviden.susu + air liur + malas nak cuci botol betul-betul.berkerak la jadinya.penah jugak botol susu aufa jatuh bawah kerusi,so tak nampak.so tak basuh la 2,3 hari.tapi tak jadi pulak kerak.mungkin kalau kerap basuh lambat kot baru jadi.yang menghairankan, puting kat umah babysitter selalu berkerak.haish..so slalu jugak la aku bagi puting baru suh tukar.kesian kot mai amik petang-petang tengok anak isap botol susu,puting berkerak macam tiada hari esok.isk..isk..dah la aufa pakai botol avent and basilic.kopak.memang nak kena cari puting murahan yang sesuai.murah bleh tukar selalu.hehehe.


puting memang kena basuh bersih-bersih.pisahkan puting dari ring.gosok betul-betul pakai berus.2 hari sekali aku akan sterilize botol-botol aufa.so far puting kat rumah tak pernah lagi jadi berkerak.

kalau pergi travel memang angkut sekali berus.aku perasan kalau pegi umah mil, memang dia kocak ja botol.huhuhu..takkan nak tegur pulak kan.

tak jumpa pun petua untuk hilangkan kerak-kerak tu.gosok la dengan berus tembaga ka,kikis dengan pisau ka memang konpem tak kuar melainkan kau kikis habis permukaan puting.hehehe.solution dia adalah campak dalam tong sampah dan beli baru.puting jenama or tak berjenama tak penting.yang penting kebersihan.pandai jaga,tahan lama.tapi puting ni elok tukar dengan kerap la.sampai ka hati nak bagi anak minum susu dari puting dan botol yang uzur?sampai hati tak?sampai?

oh.ada orang bagi petua kalau pergi travel,tak ada berus, letak beras pastu goncang2.cari celah-celah yang sukar tu cuci la.lagi satu letak garam dan sikit air.goncang.tak pernah try lagi.tapi kalau tak ada sabun, botol macam berminyak plak.kena bawak jugak sabun.kan ada travel pack untuk sabun cuci botol..kan?

so, begitulah.kalau kita pun tak lalu tengok puting berkerak,apatah lagi nk minum.anak-anak tak faham,so dia minum ja asalkan susu.so kita sebagai parents la kena pikir-pikirkan.

lagi satu, ingat tak pasal post botol Tupperware dulu (baca SINI).tak ada kebocoran yang berlaku pun.botol boleh tutup dengan elok dan rapat.tak ada masalah.maybe masalah susu meleleh keluar tu masalah random saja kot.so far aufa minum ok ja.cuma puting la aku luaskan sikit.so boleh la beli lagi pasni amik kaler lain pulak.hehehe.

oh.lagi.pesta penang dah nak mula 25 haribulan ni.sampai hujung tahun.so orang jauh orang dekat pakat-pakat la mai na.aku orang dekat ni dah cemuih.hehehe.

nyampahkan cita tak mau habis-habis lagi.eh oh eh oh.klah.klah.bye.serius nak bye-bye.bye.

13 November 2013

Nursing blouse cantik sangat~

perot pon tak buncit lagi dah sibuk tengok nursing blouse bagai kan.hikhikhik.well, ni terpandang dan terbaca blog kak maghfarah (blog saya hot) la nih.dia promote blouse kat satu fesbuk nih.oh,serius memang cantik-cantik.memang terpaut hati jiwa raga.kalo time tak bf pun still bleh pkai nih.sebab cantik.

dulu sebelum kahwin memang suka sangat la beli baju tshirt muslimah kain cotton jenama aqeela.ni jumpa nursing blouse cotton pulak.aku rasa material dia lebih kurang sama macam baju muslimah aqeela tu..sedap pakai.tak panas.dan design pun cun-cun.nak beli sekarang macam awal sangat kang perot boncit tak bleh pakai kena simpan sampai lepas beranak bagai.sayang.benda cantik kena pakai selalu kanss.hehehe.

ni antara blouse yang sudah terpaut tapi tak tau mana satu nak amik ~





Ni pulak nursing dress. So ibu-ibu menyusu pon bleh bergaya ye uollss ~



Ni nursing blouse.walaupun plain tapi cantik sebab ada cekak kat tangan.ada butang senang nak amik air sembahyang.nampak kain dia selesa.



 So, kalo ada siapa-siapa yang turun terbekenan dengan blouse-blouse comels ini, silalah mulakan langkah anda di






ini bukan iklan berbayar. saja nak share dan untuk rekod sendiri jugak.kata nak beranak minimum 5 orang kan.haruslah simpan rekod-rekod begini supaya senang dikemudian hari.
OK.bye.

01 November 2013

Pentingnya anak-anak tidur nyenyak

uissh..sangat penting.budak-budak macam kita la jugak.bila tidur tak cukup, mula la rasa badan tak sedap.jiwa tak tenang.lepastu asyik nak memberontak.jadi, sila awasi waktu tidur anak-anak anda sekelian ye.

hasil pemerhatian aku minggu ni.minggu ni aufa tidur awal sikit dari kebiasaan,dan dia tidur dalam buai.aufa sebelum ni tidur atas katil macam biasa,tapi minggu ni dia mengada-ngada nak tidur buai ntah pasaipa.so layan jalah kan.bila tidur dalam buai, dia kurang merengek-rengek tengah malam.kira dia tidur lena la.bila tidur lena, dia bangun awal.celik mata,tapi tak teriak macam selalu.dia akan senyum gembira dan mintak susu dan tak payah kena dukung pi umah babysitter.see? semuanya berkaitan.

jadi kuncinya disini, pastikan anak tidur awal dan nyenyak dan selesa.sejam sebelum waktu tidur tu, jangan bagi main-main secara aktif dah.cukup la sekadar lepak-lepak tengok tv, baca buku cerita, or aktiviti pasif yang lain.kira nak slow down kan aktiviti dia la.

dinner pun jangan bagi makan manis-manis sangat.macam coklat ka.sebab nanti dia akan lagi bertenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti flying fox,lompat bintang, aci ligan dan lain2 lagi.

lagi satu afternoon nap.kalau petang lepas keja pi amik aufa kat umah babysitter,then bila babysitter kata aufa tak tidur petang,aku dah risau.sebab malam tu for sure dia akan memberontak serba tak kena.budak-budak ni bila dia terlalu letih,terlalu mengantuk,kita akan nampak dia macam lagi aktif dan banyak buat perangai.siap la berperang nak bagi tidur.

kalau aku tak keja,memang aku akan pastikan dia tidur lepas makan tengahari.jangan bagi dia tidur lewat sangat macam pukul 3,4 takut nanti bangun lewat petang sangat plak.tak sempat pi playground or kuar main-main.hehehe.

anak-anak yang tidur cukup menyumbang kepada anak-anak yang sihat dan cerdas.

itulah saja pesanan dari patik yang tak seberapa ni.

terima kasih sudi baca.

bye!

omey tak? ni anak sedara aku @ cousin aufa.Muhammad Zaim Ammar.ni time kecik nih.skang dah 6 bulan.dia punya bulat penuh lense kamera.