05 May 2014

TB, Cikenit dan Charlie


bukan TV,tapi Tibi (TB) yakni Tuberkulosis.tak tau lagi apa dia? penyakit BATUK KERING la. kenapa tiba-tiba hari ni nak story pasal penyakit batuk kering plak kan? sebab budak opis aku sorang ni dah kena TB.tetiba ja.ntah mana dia angkut virus pun tak tau.

yang menakutkan sket, dia memang dah batuk agak lama la.aku rasa dari awal bulan 3 kot.tapi dia kata dia pi check up banyak kali.tapi doktor cakap tak ada apa.tak diagnos apa-apa pun.kebetulan last week dia cuti seminggu sebab ada operation.so, dah lepas seminggu,tiba-tiba doktor cakap dia kena TB plak.so sambung la lagi cuti.

kat opis ni, tak semua orang tau lagi pasal dia kena TB.depa takmo la satgi pakat panik huru hara plak kan. tapi management opis dah tau la.tak tau la depa nak suruh pakat-pakat pi buat check up ka pa.so far, dalam lab ni semua sihat-sihat lagi la.alhamdulillah.

aku takut jugak la sebab budak tu dok belakang aku ja kot.pastu sometimes dia ada jugak mai dekat aku tanya something.pastu dok satu lab beraircond plak.pengudaraan dok circulate dalam ni jalah.takut tak?takut kan? hehehe.

tapi family dia semua sihat-sihat.so, depa syak dia kena time dok kat spital la kot.kot jelah. tapi, harap-harap tak sempat la dia sebarkan virus kat opis ni kan.

aku ada terbaca satu artikel:


"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering. Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG."


tengok..tengok..dah cucuk pun tak selamat.sama level ja dengan orang tak cucuk.jadi kau sama level ja dengan bangla,indon yang masuk keja kat malaysia ni ye.masih terdedah dengan macam-macam penyakit. macam cucuk MMR la, cucuk pun still kena jugak.tapi penyakit ni, kalau dah Tuhan nak uji, nak kena,kena la jugak walaupun ang duduk dalam balang.

kakak aku cakap dia sakit bahu.tak tau silap tidoq ka pa.tapi telan air liur sakit.aku cakap, pi check la mana tau tiroid ka, nak bengkak cantik ka.dulu dia dok sakit belakang leher, ropa-ropanya kena CIKENIT.tau cikenit? macam hama tu.dia punya sakit tu macam cedera parah.dia punya cengkaman kaki tu tahap kena tarik dengan dua-dua tangan.dia punya bekas gigitan tu seminggu lebih baru lega.dia punya parut tu perrghhh...macam kena charlie.tau charlie? taktau cari sendiri.aku ada lagi parut cikenit walaupun dah pudar kat kaki ni.dah 3,4 tahun kot.

Cikenit cam gini rupanya.jumpa gambar yang ni ja.

tapi aku tak pernah la plak kena CHARLIE walaupun time matrikulasi dulu charlie menyerang maha hebat,macam ikan todak serang singapura.nak duduk berak tengok penuh atas mangkuk tandas.nak sidai towel tengok dia dok jalan-jalan atas dinding.amik baju kat ampaian kalau tak kibas-kibas dulu memang menempah maut la.macam bom jangka.skali kena memang terus plan nak buat plastic surgery lah kan.kalau musim charlie mengganas tu, turun kafe memang nampak la muka manusia-manusia malang yang terkena kat muka.tahap macam kena asid.kesian sungguh.alhamdulillah la aku tak pernah kena.maybe sebab aku takut sangat jadi sangat lah berhati-hati.masuk toilet aku sembur satu toilet abis semua dinding-dinding nak makesure selamat.paranoid.

Ni plak rupa si Charlie.gambar dari Google.Credit tu tuan punya gambar. Gambar kesan kena Charlie ni Google la sendiri. ngeri plak nak tengok. serius teruk.

p/s : Tibi adalah penyakit. Cikenit dan Charlie adalah serangga ye kawan-kawan.

02 May 2014

Projek DIY dah siap, yeay!!

Alhamdulillah.semalam cuti buruh berjaya jugak siapkan sarung tilam baby (baca SINI).membanting tulang,berpeluh-peluh sebaldi.letih ooii..jahit tu tak letih sangat la.tapi paling letih sebab Aufa kacau.kacau yang memang kacau daun betul-betul la.dia pegang sana,dia pegang sini.tak sampai dia amik kerusi, nak jugak sentuh-sentuh. ibu dok sabar la tak mau bertukar jadi godzilla sebab nak siapkan jugak sarung tilam. nak pulangkan mesin jahit orang yang dah pinjam seminggu tu.

akhirnya siap jugak.

tada....


cantik tak dek nonnn??? tolong cakap cantik. penat aku jahit. 2 tahun sekali kot nak jahit benda-benda penting cam gini ha.sarung bantal peluk tu tak letak tali dan ikat lagi kat hujung.so masih ternganga.

luaran memang marveles, tapi kalau pusing tengok sebelah dalam pengsan.hahaha.buruk la sikit belah dalam.tukang jahit amatur kan.bedal ja asal kain bercantum sudah.


ni pulun tangkap gambaq time aufa tak dak sebab dia marah buh sarung tilam lain kat tilam dia. manyak kudukut itu budak.tu baru sarung tilam.kalau dia tengok bantal tu lagi mengamuk tahap ultraman taro la sebab bantal kat dalam tu bantal dia punya.bantal busuk dia aku rasa ada 8 bijik dah kot.

untuk menampakkan lagi semua dah lengkap, letak dalam beg pulak..


abaikan keadaan sekeliling, dengan stok pampers aufa sampai hujung tahun ke hapa. abaikan pelekat PAID C-mart kat beg.cuma fokuskan kepada tilam comel didalam beg. 

DAH SIAP!

01 May 2014

Selamat Hari Pekerja!


Awat gambaq labour day semua pun buruk-buruk belaka ha.

Yeayyy!! hari ni cuti. walaupun cuti tengah-tengah minggu, dan jumaat masih perlu bekerja, tapi hati tetap gumbira.sekali sekali cuti sehari tengah-tengah minggu ni best jugak kan.rasa macam serabut-serabut buat keja pastu tiba-tiba stop sehari.oh,seronotnyier....hehehe (padahal sehari ja pun).

apa nak buat hari ni? tidur? melepak tengok tv sampai malam? menziarah jiran tetangga?oh no..tiap-tiap hari pun tidur, tv pun bukan ada cita best pun.cita ulangan ja.pastu drama melayu poyo.jiran tetangga tak yah ziarah sebab depa pun nak rehat kan.tak baik kacau orang cuti-cuti nih.hehehe.

so, hari ni plan nak sudahkan Projek DIY,tinggal sarung bantal ja tak siap lagi.yang lain dah siap.dan paling penting nak kemas rumah.aku tak tau la pasaipa aku suka sangat kemas rumah.suka sangat-sangat hokeh.walaupun rasa tak larat sangat, tetap la nak susun sikit,walaupun sikit,walaupun sekadar betulkan bantal yang senget atas katil.bukan la nak kata diri sendiri ni rajin sangat kan.bahahaha..tapi aku rasa majoriti pompuan memang suka kan bersih-bersih.barang-barang nak organize. orang kata kalau ada anak ni, susah la nak mengemas.kemas sat, 5 minit pastu dah bersepah.memang pun cam gitu.hehehe.

jadi, apa anda buat cuti hari ni? tolong jangan tidoq seharian sebab anda akan terlepas banyak benda yang best di dunia ni.(padahal jeles orang lain bleh tidoq lama). 

p/s : Tiba-tiba teringat, labour day 2007 adalah cuti terakhir arwah abang aku spend masa kat rumah. kali terakhir jugak aku jumpa dia.balik cuti kali tu dia suka duduk lepak termenung depan pintu. sambil nyanyi lagu "Rindu Serindu-Rindunya" kumpulan Spoon.Ogos 2007 dia dah tak dak.so dah 7 tahun. Al-Fatihah ~