19 September 2014

Dan selepas 3 bulan..


Assalamualaikum..

selepas 3 bulan..inilah hasilnya..hehehe..

penat jugak anak 2 nih.baru 2 kan.kalo 8 macamana??



sekarang dah rasa stabil sket la.teratur sikit.haritu sebelum masuk kerja nasib baik la balik penang seminggu awal.macam-macam hal,rumah tunggang terbalik punya jaga anak.

sekarang dah mantap cekap dan efisien dah.

sambil hayun buai sambil lipat baju.hebat kan?kan?hihi

Alhamdulillah jugak la Aufa pun tak banyak kerenah. dia ok ja dengan adik.bak kata Aufa,

"Ufa sayam adik..adik ufa unya..."

bagus.memang boleh diharap.

sayangnya, Amni tak fully breastfeed pun. dah sulam dengan formula.sebab aku kerap sangat tak sihat lepas pantang haritu. so supply shortage. sekarang, perah susu hari ni kat opis untuk bekalan esok. susu pun tak meriah mana pun.boleh la 3,4 botol untuk bekal ke umah bs. tapi kat umah mmg direct jelah.

walau macamana pun dah cuba sedaya upaya..macam mak aku kata,

"kalau ang dok sakit ja, macamana nak jaga anak-anak.."

dan macam kak aku plak kata,

"ang terlalu obsess dan fokus untuk breastfeed sampai ang tak jaga kesihatan.baik lah sihatkan diri,kuatkan badan dulu.dah cuba sedaya upaya."

ya.family aku memang suka berkata-kata begitu.jadi tersentuh lah hati ni.jadi aku cuba lah buat yang mana terdaya.rezeki tu Allah yang bagi.Dia pun tau setakat mana usaha.

Well..at least aku bagi jugak susu badan dari tak bagi langsung.harap bertahan lama sikit la dari time Aufa dulu.In sya Allah..


13 July 2014

Happy 1 month! Introducing....

Baru la ada kesempatan sikit nak menaip karangan..

Alhamdulillah..dah sebulan berpantang.tak sabor bonar nak habiskan pantang sebab tertekan tengok orang berbuka makan sedap-sedap.nilah akibat pantang masa bulan posa.aku bajet memang kena ganti posa sebulan dah rasanya nih.nak ganti seminggu pun berperang.nampak sgt aku malas kan?ok dah terbuka pekung didada.hohoho.

Kita tinggalkan dada.serius malas nak buh gambar baby.husband yang rajin snap gambar anak-anak.orang pun don tanya mananya gambar baby nak tengok.

Nah hamik.ni ja yang mampu.hehehe.


Gambar sebelum beliau dibotakkan.lepas dah botak aku pon konpius anak aku ka anak sapa kan.tapi gambar botak tak payah buh kot.nampak ganas.

Nama : Amni Humairah Bt. Mohd Amirul
D.O.B : 9 June 2014
Weight : 3.36kg

Satu persamaan antara amni dan aufa masa kecik : dua-dua style tidur-tidur ayam.mudah betoi la terkejut.dengan aku-aku skali tak tidoq.kesannya dalam masa tak sampai sebulan,berat aku dah turun hampir ke asalnya.yakni underweight.pfftttttt...

Dan beza yang ketara antara depa dua ialah...amni kuat kentut.haha.serius.selalu kentut.bagus la kan sebab perot tak kembung.aufa dulu kentut pon malu-malu kambing sampai la skang.

Oklah.mood mengarang dah menurun tiba-tiba.hehe..nanti kita story pengalaman bersalin haritu.

One word. Pantas.

Bye. :p

24 June 2014

saya dah selamat...memberanakkan diri.alhamdulillah.

Alhamdulillah.dah selamat bersalin pada 9 june 2014.bahaha! Dah 2 minggu baru nak post.

Well..kena tunggu emosi stabil sket baru bleh menaip.ni pun malas gila nak taip sebab guna phone ja.terkemut-kemut.macam nak hempuk phone ni sebab jari asyik salah taip.

Bajet nak tunggu 15 june kan.tapi baby tak sabaq nak kuaq.nasik baik la dah amik cuti awal seminggu.baby girl.so i skang dah ada 2 pembantu di dapur.hehehe.

Ok lah.nanti story lagi yang lebih-lebih.sekarang nak tidoq.bye.