07 December 2010

Braces !

"saya bercadang mahu membuat rawatan pendakap gigi yakni braces. dulu rasa macam gigi dah ok tapi lately ramai pulak yang tegur kehodohan gigi saya ini.saya sangat kecik hati apabila mereka menegur begitu.oleh sebab itu saya terasa sangat malu untuk memberi senyuman yang menampakkan gigi.keadaan ini juga telah membuatkan saya merasa rendah diri dan malu-malu kucing untuk senyum.huhu"

haih...sepatutnya aku dah start pakai braces lama dah ni..tapi oleh sebab mahal tak hengat,dan aku pun fulus tak berapa nak ada,terpaksa tangguhkan dulu lah..T_T

gigi aku ni ofkos la kena cabut 4,5 batang dulu before nak pakai braces.orang cakap kalau normal cuma ada dalam 32 batang gigi.tapi aku ni dah tak terkira.berebut-rebut nak tumbuh.sampai tahap kalo lawan gigit dengan jaws, alamat kalah la jaws tu..

orang cakap lagi, kalo pakai braces bentuk muka akan berubah.suara pun maybe akan berubah.sebab pemasangan braces tu menarik rahang kita.jadi lain.apa-apa pun aku tetap akan buat jugak rawatan gigi ni suatu hari nanti.kalo tak camna nak bagi senyuman menwan untuk suami..kan?ahakkks...
p/s :: bila semaking dewasa,keinginan untuk cantik dan nampak sempurna itu membuak-buak..haih...

ho

01 December 2010

Nikmatnya difitnah


Manusia sememang tak pernah senang melihat kejayaan dan kebahagiaan orang lain. Sampai sanggup bersusah payah nak menghancurkan hidup orang lain.punya la pulunnya manusia berhati syaiton tersebut.akan tetapi, kepada sesiapa yang pernah mengalami situasi dimana dirinya difitnah, dikeji dari belakang,bersabarlah. sesungguhnya fitnah itu adalah satu nikmat..

kalau orang tak fitnah,bermakna kita bukan siapa-siapa pun.macam habuk kat tepi jalan.macam kuman kat seberang sungai bawah jambatan.tapi, bila orang mula berkata-kata tentang kita,memfitnah kita,itu menunjukkan ada kejayaan yang telah kita cipta, ada sesuatu yang hebat pada diri kita, kita menyerlah dimata orang lain.kita bukan lagi 'bukan siapa-siapa',tapi kita adalah seseorang.

dan tindakan yang perlu kamu buat adalah, BUAT BODOH JER..sebabnya, kalau kamu menyerang balas dengan taktik yang sama,itu samalah seperti mencurah petrol kedalam api.jadi, lebih baik berdiam diri dan berdoa kepada Allah semoga jurufitnah (juru?) itu dilapangkan dada, diberi hidayah dan bertaubat.kamu juga tentu tak mau makan daging saudara sendiri kan?itu adalah sesuatu yang jijik dan menggelikan.

kamu cuma mangsa provokasi yang tidak bermoral, dan bila sampai satu masa,satu tahap dimana provokasi itu tidak berjaya,kamu akan dapat lihat kedunguan manusia-manusia yang menabur fitnah itu.

Allah swt telah berfirman;“dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kalian akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah swt.Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang”
(Al-Hujurat(49):12)

Doa bila difitnah ::

Ya Allah Ya Tuhanku,jika mereka ingin menyakiti hatiku,menghina ilmu ku dan mencerca kaum keluarga serta para sahabatku, Hanya pada Mu aku memohon segala pertolongan, perihal buruk mereka aku berserah pada Mu yang Maha Bijaksana dan mempunyai Hak Mutlak Maha Keadilan.Amin.

Minyak Hermione 97 naik lagi?


tajuk macam pelik kan?kan?hehehe...instead of guna Ron 97.mari kita guna Hermione 97 atau Harry Potter 97.kot-kot lepas ni tak naik dah harga..mana tau..tapi kalo naik pon aku apa kisah.jangan Ron 95 naik suda.kalo tak terpaksa la aku pakai minyak masak.disamping memandu boleh goreng cokodok.

buat la demonstrasi baring atas jalan sambil pakai spender ka,mogok makan cikedes ka,harga minyak tetap naik.biasa la, efek berantai.satu benda naik harga,efek yang lain-lain.pernah kah minyak turun harga?tak penahnya.

apapun terima ja lah.siapa-siapa yang pakai keta tu bajet drakula/vampire dan sewaktu dengannya yang tak boleh kena panas tu,bawak-bawak la bertaubat.belajar-belajar la pegi keja naik pengangkutan awam atau basikal pulak (berpayung).kan jimat.jangan nak merungut salahkan orang sebab naikkan harga minyak.tau?

p/s :: minyak naik?? @3fyt46q&6$6*hJf#%