29 July 2011

Belum puasa orang dah mula soping untuk raya???

Wah..wah..wah..puasa tak mula lagi, sibuk nak beli belah untuk raya no.ha..sapa tu..jangan tak ngaku plak. Orang menjual kuih pun dah start buka meja. Masuk supermarket dah nampak kueh raya (lain kaler satu rasa =p) menimbun macam gunung dah.

Orang jual bunga api pun dah mula amik stok dan usher line. Kedai-kedai makan pun penuh waktu siang sebab kononnya nak makan sepuas mungkin sebab bulan puasa da tak bleh makan siang hari secara terbuka.eheh! sapa tak puasa nanti kena penjara 6 bulan tau.hehehe.

Mak aku awal-awal dah complete dah baju raya ntah berapa pasang. MIL aku pun sama. Nanti nak belikan tudung untuk mak dan MIL. Untuk mak dan MIL mesti beli yang mahal-mahal yer.tudung aku cuma 10 hinggit. Abah dan FIL ja tak tau dah buat ka belum baju melayu. Nak carikan kain pelekat.

Sebelum mula puasa, mesti beli stok serunding, ikan masin, ikan pekasam, acar. Itu wajib. Sebab takut liat bangun sahur, tak sempat nak masak. Tambah tahun ni puasa berdua. Dulu boleh la liat-liat bangun sebab mak yang masak. Celik-celik mata terus duduk kat meja makan kan.

Bulan puasa ni harap dapat la berjimat.yela kan.siang tak makan.makan masa berbuka dan sahur ja.berapa sangat belanja nak keluar.tambah-tambah kalau masak sendiri.jimat oOo..tapi rajin ka aku nak masak tiap-tiap hari? Itu la masalah utama skang.hehehe. tapi aku kalau pi bazaar pun, tak reti nak beli banyak-banyak mata.kira tergolong orang yang tak tamak la ni.bahaha! nasib baik laki aku pun tak reti nak makan nasik banyak lauk. Tapi kalau bawak dia pi bazaar, tiba-tiba bertukar jadi ganas.suma benda nak beli padahal lepas tu aku yang kena paksa habiskan semua.

Harap bulan puasa ni dapat la aku habiskan sebulan dengan jayanya. Jangan la ada pengsan-pengsan.ni la peluang nak puasa penuh. Tak ada bendera merah.harap jugak dapat pi semayang terawih sekerap yang mungkin. Rasa teruja gila nak puasa. Lagi teruja bila dengar lagu nih!!!


ni baru lagu puasa. kalau dengar lagu raya, mau kembang satu badan teruja tak hengat. sabar-sabar.puasa dulu.10 hari terakhir nanti baru mula dengar lagu raya. amik feel.

Bye!

Puasa tak ganti lagi? Macamana nak bayar fidyah? Meh nak story

Assalamualaikum...

Masalah dah selesai.alhamdulillah...syukur.lapang dada. (^_^).bila masalah dah selesai, baru ada mood nak kongsi info. sebenarnya dapat idea ni dari blog Atina (sorry tina, aku tiru tajuk entry ang).hehehe..apa salahnya kan menyebarkan benda baik.untuk pemahaman semua. sebab aku tiap tahun mesti ada yang kena bayar fidyah.errkkk....nasib baik tahun ni aku akan puasa penuh.insyaAllah.

entry ni pasal pembayaran fidyah.tak payah nak pening-pening kepala.kira ja pakai kalkulator fidyah kat website pejabat zakat. tapi kat sini aku nak explain la sikit.

seperti yang kita sedia maklum, kalau tak sempat ganti puasa sebelum datangnya ramadhan seterusnya,berapa banyak hari yang ditinggalkan, banyak tu la jugak cupak kena bayar. kalau ramadhan lagi sekali pun tak sempat jugak nak bayar, darab la 2. cupak akan berganda la kalau 2 kali ramadhan tak sempat nak ganti lagi.begitulah seterusnya.

nilai 1 cupak beras berdasarkan nilai beras tempatan yang dimakan oleh masyarakat umum. namun sekiranya kadar tersebut dinisbahkan kepada beras yang tinggi nilai dan harganya mengikut pemakanan individu adalah lebih afdhal dengan syarat tidak kurang harganya dari harga beras umum.

1 cupak = 675gram
1 gantang baghdad = 3 cupak 1 kepul
1 gantang baghdad = 3.063 kg


contoh 1 :
Ramadhan 2009 ----> tinggal 2 hari
Tak sempat ganti sebelum ramadhan 2010, RM2.60 x 2 cupak = RM5.20
Perlu bayar 2 cupak beras pada bulan ramadhan 2010

Ramadhan 2010 ----> tinggal 2 hari
Tak sempat ganti sebelum ramadhan 2011, RM2.60 x 2 cupak = RM5.20
Perlu bayar 2 cupak beras pada bulan ramadhan 2011

---------------------------------------
Ramadhan 2011, tak sempat gantikan 2 hari (2009) dan 2 hari (2010)

2 hari (2009) ----> 2 cupak x 2 tahun tinggal ----> RM10.40
2 hari (2010) ----> 2 cupak x 1 tahun tinggal ----> RM5.20
------------------------------------------------------------
Jumlah fidyah perlu dibayar ialah 6 cupak bersamaan dengan RM15.60


Contoh 2 :

A Tahun tinggal puasa                                                                        ---> 2009
B Tahun bayar fidyah                                                                          ---> 2011
C Jumlah tahun tinggal puasa (2010,2011)                                     ---> 2
D Jumlah hari tak puasa                                                                     ---> 5
E Jumlah hari tak puasa (D) x Jumlah tahun tinggal puasa (C)      ---> 10
F Nilai zakat fitrah semasa                                                                 ---> RM2.60
G Jumlah (E) x Nilai (F) (10 x RM2.60)                                             ---> RM26.00

tak faham jugak dan nak mudah, sila buka website pejabat zakat negeri masing-masing dan guna ja kalkulator fidyah tu. jangan konpius-konpius.even kalau anda lupa tahun bila dan berapa hari pun ada juga cara kira.aku pun dok refer macam-macam web sampai naik pening.masing-masing ada formula masing-masing. tapi in the end,total sama ja.setakat ni macam ni la yang aku faham.

mintak maaf kalau ada kesilapan.mintak tolong perbetulkan kalau info ni tersilap.

selamat beramal!

28 July 2011

Mummy bimbang baby pon tumpang sekaki

oleh sebab tak ada mood nak bekerja hari ni. mood beralih kepada menulis saja. serius hari ni tak sembang dengan siapa-siapa pun kat office.cuma pagi tadi ja dengan kawan time breakfast.tapi tu sebelum terima berita tak best itu.

semalam pergi pregnancy checkup. amik darah. minum air gula dan kena tunggu 2jam. lepas sejam setengah pergi amik air kencing.time tu dah rasa pening dah loya.masuk ja toilet teros la berhamburan.then lepas 2jam ambil lagi darah.semalam kira abis banyak jugak la darah aku disedut.pusing-pusing kepala ni. tapi overall semua ok ja.darah pun ok.berat pun naik dengan sepatutnya walaupun aku underweight.

then nurse pegang perut nak ukur baby.tiba-tiba nurse tu cakap, "uik..meletup?".
aku pun cam heran la tapi senyum ja la.tapi dalam hati dok pikir,nurse ni ingat aku lapaq ka aku kentut ka aku berangin nih...

pastu masuk bilik consultation,dengan nurse tadi jugak. dia tanya kamu dok rasa dak meletup-meletup tu.aku pun dengan naifnya pi cakap,"la...saya ingatkan perut saya berangin".hehehehe.rupanya rasa macam meletup-meletup tu baby bergerak ler...apa da..kalau macam tu memang selalu la jugak.tambah tadi sebaik asja terima berita buruk.terus terasa.maybe baby pun dapat rasa jugak mummy dia serabut..

haih..cita pasal baby,lupa sat pasal masalah. ujung minggu ni balik Perlis.bosan.SEKIAN.