28 February 2013

Janji tak ditepati !

nasib baik la aku ni penyabar.tapi kalau sabar lama-lama pun tak tahan beb.masak santan lama-lama pun nanti naik kepala.memang sejak jadi emak ni tahap kesabaran selalu la tercabar.

cerita dia macam ni...

ingat tak dalam post online-shopping-awal-tahun-2013 aku ada beli 2 barang.beg dan baju aufa. beg dah dapat so no hal lah kan. baju aku order 12 DECEMBER 2012 ye kawan-kawan sekalian. siap bayar semua dah. masa order dia tak cakap pun pre order. then aku tanya bila nak poskan.dia cakap yang ni pre-order so, END OF JANUARY baru barang sampai. so aku pun oklah.tak lama pun nak tunggu (walaupun kena tunggu sebulan), amik saiz 80.sebab pikir aufa time tu baru 1tahun.80 muat la kan.

kemudian, 17 JANUARY 2013, dia pm bagitau baju akan sampai lewat dari tarikh.katanya END OF FEBRUARY baru dapat.aku pon AGAIN, sabar dan cakap ok. saya tunggu.

dan harini, saya pm dia pulak sebab dah END OF FEBRUARY kan.dan dia reply,

"Sorry sis, supplier bagitau MID MARCH"

sekarang cuba bagitau aku, apa aku nak buat? aku ni tak pandai nak marah orang yang tak kenal ni.aku paham macamana depa sebagai peniaga susah payah order dari supplier.dan depa pun bergantung kepada stock yang supplier ada.tapi bila dok delay sampai 3,4bulan, aku beli saiz 80 sebab ingat boleh dapat la secepat mungkin.budak-budak ni cepat besar.kang lepas ni delay lagi 18bulan, baju nak bagi sapa pakai? nak bagi daddy aufa pakai? nak bagi kucing jiran depan umah aku ni pakai? tak muat bukan depa nak tukar pun.sapa rugi? aku jugak.

sapa-sapa kat sini pernah order baju anak lepas tu kena tunggu 3,4 bulan baru dapat?

mungkin lepas ni takkan order dah kot yang PRE-ORDER punya item.aku tak salahkan peniaga itu, tetapi apakan daya aku cuma customer yang pilih barang-bayar-nak barang cepat. so next time belilah READY STOCK item kalau takmau menunggu sampai tua unless anda kenal dan pernah berurusan dengan peniaga tu.

sebab tu aku tak suka letak PRE-ORDER item dalam online shop aku.sebab aku deal dengan supplier online,communicate online, aku tak tau pun condition pengilang supplier tu macamana.PRE-ORDER item ni adalah barang yang currently tak ada dalam tangan peniaga yang mana peniaga perlu order dari supplier then supplier order dari pengilang then kilang buat dan bayangkan berapa banyak supplier pengilang tu perlu handle dan taktau lah apa yang berlaku lagi sampai barang asyik delay..delay..delay..wallahualam.

 
harap-harap bila baju ni sampai kat tangan nanti,muat la nak pakai.kalau tak terpaksa la sedekah kat orang or simpan untuk next baby.kesian aufa..
 

27 February 2013

Mari Menggalak dengan 'Your Name In Korean' !

hari ni hari Rabu. tengah tunggu keja masuk.sekarang cuma kena revise notes. bila revise-meng-revise dan baca-membaca ni, mata pon setan dok bergayutan.jadinya kena rehat sat, meraban sat pastu baru boleh sambung balik.bukan tak boleh basuh muka, tapi memang tak berkesan sebab opis sejuk macam dok obersea.

jadi, Wordless Wednesday kita tukar jadi Hari Menggalak. Galak means gedik. ni aku amik dari Facebook Choclairs Malaysia (ada kenangan dengan coklat Choclairs masa sekolah,sebab tu like page Choclairs..teheeee)

skang tengok budak-budak hingusan asyik-asyik k-pop.meluat pulak aku.serius tak minat langsung artis korea.tapi aku dulu time uni pon rajin jugak la tengok drama korea.teringat sorang housemate aku dulu, tido pun nak kena pasang lagu korea.ntah apa-apa la.

so jom try main ni plak.

 
Nama aku LEE JI HWA. tak sedap langsung. budak chinese kat opis aku ni kata nak differentiate antara nama chinese pompuan dan lelaki adalah dari sebutan dia.kalau sebutan soft sket tu pompuan la.kalo kasar ja sebutan, nama laki la.so aku teka korean and japanese name pon sama la kot. LEE JI HWA. bunyi macam pompuan.hehehe.

jadi apa nama anda-anda luar sana yang pemalas macam saya harini? :p
 
 

26 February 2013

Kenali Poo Poo Anak Anda

OK. hari ni nak sembang pasal poo poo baby. oleh sebab baby just minum susu, jadi poo poo dia tak la busyuk macam poo poo kita. unless dia dah start makan macam-macam, poo poo pun ada bau sikit la.tapi sebagai mak, bau poo poo anak tu no hal lah.dah lali.kebal dah.tapi daddy aufa sampai sekarang, kalau nak suruh cebokkan aufa berak macam nak suruh bertukang buat sebiji rumah.sabar jelah.

So, setiap baby itu berbeza. berbeza dari segi penghadaman dan bergantung pula pada apa yang dia makan.secara normalnya,


Baby yang masih menyusu badan akan poo poo lebih kerap berbanding baby yang menyusu formula.Mereka mungkin akan poo poo setiap kali selepas minum. Apabila semakin membesar, poo poo mereka akan lebih besar dan lebih solid.


Menurut Bristol Stool Form Scale

Type 1 berada paling lama di dalam usus. Diikuti dengan Type 2 dan seterusnya sampailah Type 7 yang paling sekejap dalam usus. sebab tu bila anak-anak sembelit, dia susah nak berak sebab poo poo keras.

Poo poo yang paling ideal (ideal? hehehe) adalah Type 4 dan Type 5 dimana strukturnya lebih lembut dan mudah dikeluarkan.

Berhati-hati kalau anak anda dah makan solid food tapi masih keluarkan poo poo Type 7.mungkin perutnya tidak selesa.kalau kerap mungkin diarrhea. Apa-apa pun, setiap baby berlainan.Aufa biasanya Type 4, Type 5 or Type 6. tapi satu-satu masa kalau dia malas minum air masak, jadilah Type 1. taik kambing.hehehe.

Selamat Menyiasat Poo Poo!

Source : Chidhood Constipation