25 July 2013

Selepas 3 bulan...Selamat Berpuasa

Post terakhir adalah 3 bulan yg lepas.sekarang dah bulan 7.gila malas lah nak update blog.sebab banyak lagi komitment lain.banyakk.........tabik spring pada mommies yg masih mampu update blog, jaga anak yang ramai, jaga rumahtangga, berkerja dan lain2.ni baru sorang anak tapi penat macam buka nursery dan jaga 15 orang budak.

tambah-tambah aufa zahirah sekarang dah masuk gear 18.dia punya laju macam peluru berpandu tak dapat dihalang2 lagi.tiba-tiba rindu time pregnant.semua benda pun buat slow ja.skang pung pang pung pang kalut manakan nak tengok aufa takut dia buat aksi ekstrem.letik mak....

dah setengah bulan puasa, boleh kira dengan jari berapa kali masak untuk berbuka.masak untuk bekal aufa kat umah babysitter ja.berbuka semua pun beli je.balik kerja dah lembik.tahun ni puasa rasa teruk sikit sebab kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan. backpain yang quite teruk, batuk yang tak mau lega dan astma yang sekejap on sekejap off.dugaan bulan puasa.

apa-apa pun, walau terlambat, nak wish selamat berpuasa lah yer.jangan lupa bayar zakat.jangan lupa jugak bayar fidyah kalo posa tahun lepas tak sempat diganti.hehehe.bye.

anak sapa ntah ni..

27 March 2013

Tips on pumping gas @ Tips untuk mengisi minyak

Tak pernah amik tau pun sebelum ni. hentam ja pi stesyen minyak, bayar, angkat nozzle dan isi minyak. yang tau nak komplen harga minyak naik ja.oppss...hehehe..

ok. hari ni nak kongsi info sikit macamana nak isi minyak berbaloi or at least hampir berbaloi dengan harga yang kita bayar.



1. Isi minyak pada waktu pagi dimana pada waktu tu suhu bawah tanah masih sejuk. kenapa perlu suhu bawah tanah walaupon kita dok atas tanah? sebab minyak kat stesyen minyak depa simpan kat dalam tangki bawah tanah. jadi, lebih sejuk suhu, lebih tumpat la minyak/gasolin kat bawah tu.lebih panas suhu, minyak/gasolin akan expand/vaporize. kalau anda isi 10liter, yang masuk tangki anda mungkin hanya 9liter saja.contoh la kan.

2. Semasa mengisi minyak, jangan picit trigger nozzle sampai habis.selalunya kita akan press trigger nozzle sampai habis dengan harapan minyak dipam masuk ke tangki dengan pantas dan kita dapat blah dengan segera.kan? untuk pengetahuan, kalau minyak di pam pada kadar perlahan, ia akan meminimakan pengewapan yang terjadi masa anda sedang pam. kebanyakan hos kat stesyen minyak dia ada mekanisma pembalikan wap. wap yang terhasil masa kita pump minyak tu akan di sedut balik masuk ke dalam tangki simpanan bawah tanah. jadi mcm contoh di tips pertama tadi, kalau anda isi 10liter, yang masuk tangki anda mungkin hanya 9liter saja. 1 liter lagi dah jadi wap....


3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana, lebih banyak minyak ada dalam tangki, lebih kurang la udara yang memenuhi ruang. jadi minyak/gasolin yang remain dalam tangki anda tak la evaporates sangat.ni untuk elakkan kerugian. minyak/gasolin evaporates faster than you can imagine okeh.

4. Kalau ada truck minyak sedang isi minyak ke dalam tangki stesyen minyak by the time anda sampai untuk isi minyak kat stesyen tu, JANGAN ISI lagi. kemungkinan besar minyak dalam tangki besar depa akan berkocak dan bercampur-campur semasa proses pengisian.kotoran-kotoran di dasar tangki mungkin akan naik ke atas dan anda mungkin tersedut sama kotoran tu masuk ke tangki anda masa isi. Who knows kan. bayangkan ada air dalam gelas.kotoran dah mendap ke bawah selepas satu ketika.tiba-tiba anda tuangkan air lagi.mesti kotoran kat dasar gelas tu pon naik.kan?kan?hehehe


sekian saja. selamat beramal dan selamat mengisi minyak.

Love,

Aufa's Mommy
 

 

22 March 2013

The Carnivall, Sungai Petani

Punya dok peram post tak sempat nak update blog.dah basi pun.tapi nak cerita jugak.

last 3 weeks bawak aufa pegi mandi kolam dekat The Carnivall, Sungai Petani. so ni first time la bawak aufa mandi manda kat kolam public.aufa punya keterujaan tu macam "wah...hebat sungguh..tak sangka ada kolam sebesar ni kat dalam dunia nih!"

ni kat bahagian kanak-kanak.paras lutut ja.dekat sini kaki aufa boleh touch lantai.jadi berjalan dia dia kesana sini bawak pelampung.

muka kelat sebab nak lalu tak boleh pelampung besaq tu halang laluan.hehehe
 
Tak tau la berapa round aufa dok pusing playground tu..
 ni kat tempat sederhana dalam.kat sini kaki aufa dah tak sampai.terkodek-kodek la dia nak bergerak.
 
 letih sket sebab kodek pon tak jalan-jalan jugak.haha
 
 Happy family ^_^
 
 Dedi and aufa kat depan gerbang nak pergi tempat mandi.dah habis mandi time ni.jari-jari aufa pon dah kecut.tu pon tak mau balik.
 
dan.........
 
2,3 hari jugak la naik keta tapi nak duduk dalam pelampung..last skali dedi amik sorokkan dalam store.simpan untuk next vacation. InsyaAllah tengah tahun ni. pegi mana? rahsia la dulu.hehehe.