28 September 2012

Selepas 6 bulan berlalu...i dah jadi supermak!

last post masa bulan 3,aku tidoq mati ka pa taktau la.lama gila tak mai bercanda ria kat belog.bila dah mai mula la gatal tangan nak ubah sana sini.skali keluar template kanak-kanak ribena ni.title belog pon dah bertukar.

I am Supermak.yes..i skang kan supermak.i lah anak,i lah mak,i lah bini,i lah pekerja berdedikasi dan berwawasan.tu tak masuk lagi dok jadi penasihat kepada kawan-kawan yang memerlukan pandangan .cewahh..bajet macam kaunselor la kan.so haruslah letak nama belog macam gini kan.

ok.skang tarik nafas panjang-panjang,muncungkan mulut macam duck face dalam facebook dan hembus perlahan-lahan sambil pejam mata dan tangan buat macam berenang-renang.cerita baru nak mula ni.lepas 6 bulan, aku masih lagi seorang ibu dan isteri yang bekerja.

the best part is...Aufa Zahirah dah pun masuk 9 bulan.macam-macam benda dah berlaku sepanjang 6 bulan tu.nanti nak kena story balik.kalau nak cover balik yang tertinggal 6 bulan tu, kena ambil cuti sebulan dengan gaji.

now cuma nak update perkembangan Aufa dari baru lahir sampai umur 8 bulan. untuk umur 9 bulan belum pegi timbang dan tangkap gambar.biasa la kan, i kan bizi.bizi mengelap lantai, perabot dan lain-lain.

 
 To be continue...

21 March 2012

Wordless Wednesday ~

19 March 2012

Aufa, mommy sayang kamu !

dah nak masuk 3 bulan umur Aufa. rasa cepat sangat masa berlalu. tak dak perkara yang lebih menggembirakan dari balik dari kerja, terus pergi amik Aufa kat babysitter. balik rumah terus main dan acah-acah Aufa dan Aufa senyum balik kat mommy.weee...sangat heaven.


sepanjang 3 bulan Aufa dengan mommy, mommy langsung tak rasa letih. walaupun tidur mommy tak cukup. makan pun kadang-kadang tak sempat. tapi mommy tetap bertenaga bila tengok Aufa. Aufa memang anak yang baik. tak pernah meragam. tak banyak kerenah.  senang sangat-sangat jaga Aufa. Aufa cuma menangis bila lapar saja.


tengah malam Aufa bangun nak susu, Aufa cuma merengek sikit. lepas tu Aufa senyum bila mommy bangun. terus mata mommy segar bugar. Aufa memang murah senyuman. rajin dan pandai bersembang. babysitter pun kali pertama jumpa Aufa terus jatuh cinta. dari nak jaga sementara, terus nak jaga sampai bila-bila.hehehe.


Aufa memang menyenangkan hati mommy dan abah. Mommy nak buat kerja pun senang. letak Aufa atas playmat. Aufa main sampai tertidur. tapi selalunya Mommy takkan biar sampai Aufa tertidur sebab mommy lebih suka tidurkan Aufa dengan tangan mommy sendiri. Aufa pun senang nak ditidurkan. baring atas tilam, bagi puting dan tepuk-tepuk. Aufa terus tidur. Aufa bangun tidur pun tak menangis. cuma merengek sikit mintak perhatian. bila mommy or abah panggil Aufa terus senyum sampai nampak gusi.


Aufa langsung tak kisah kalau bagi puting dan botol yang macamana pun. Semua Aufa minum tak kisah pun. tak memilih langsung. Tiap kali mommy balik kerja Aufa tak sabar-sabar nak menyusu. Teruja habis lah. hehehe.


Sekarang Aufa dah pandai tengok tangan sendiri. Dah belajar nak pegang something. dah pandai nak berdiri ja tak mau baring. sia-sia la mommy dan abah beli stroller. sebab Aufa tak mau duduk pun melainkan Aufa tidur atau abah naikkan sikit tempat sandar stroller supaya Aufa boleh tengok sekeliling. 


mommy dan abah sayang sangat-sangat kat Aufa. semoga Aufa jadi anak yang solehah ~

XOXO