28 February 2013

Janji tak ditepati !

nasib baik la aku ni penyabar.tapi kalau sabar lama-lama pun tak tahan beb.masak santan lama-lama pun nanti naik kepala.memang sejak jadi emak ni tahap kesabaran selalu la tercabar.

cerita dia macam ni...

ingat tak dalam post online-shopping-awal-tahun-2013 aku ada beli 2 barang.beg dan baju aufa. beg dah dapat so no hal lah kan. baju aku order 12 DECEMBER 2012 ye kawan-kawan sekalian. siap bayar semua dah. masa order dia tak cakap pun pre order. then aku tanya bila nak poskan.dia cakap yang ni pre-order so, END OF JANUARY baru barang sampai. so aku pun oklah.tak lama pun nak tunggu (walaupun kena tunggu sebulan), amik saiz 80.sebab pikir aufa time tu baru 1tahun.80 muat la kan.

kemudian, 17 JANUARY 2013, dia pm bagitau baju akan sampai lewat dari tarikh.katanya END OF FEBRUARY baru dapat.aku pon AGAIN, sabar dan cakap ok. saya tunggu.

dan harini, saya pm dia pulak sebab dah END OF FEBRUARY kan.dan dia reply,

"Sorry sis, supplier bagitau MID MARCH"

sekarang cuba bagitau aku, apa aku nak buat? aku ni tak pandai nak marah orang yang tak kenal ni.aku paham macamana depa sebagai peniaga susah payah order dari supplier.dan depa pun bergantung kepada stock yang supplier ada.tapi bila dok delay sampai 3,4bulan, aku beli saiz 80 sebab ingat boleh dapat la secepat mungkin.budak-budak ni cepat besar.kang lepas ni delay lagi 18bulan, baju nak bagi sapa pakai? nak bagi daddy aufa pakai? nak bagi kucing jiran depan umah aku ni pakai? tak muat bukan depa nak tukar pun.sapa rugi? aku jugak.

sapa-sapa kat sini pernah order baju anak lepas tu kena tunggu 3,4 bulan baru dapat?

mungkin lepas ni takkan order dah kot yang PRE-ORDER punya item.aku tak salahkan peniaga itu, tetapi apakan daya aku cuma customer yang pilih barang-bayar-nak barang cepat. so next time belilah READY STOCK item kalau takmau menunggu sampai tua unless anda kenal dan pernah berurusan dengan peniaga tu.

sebab tu aku tak suka letak PRE-ORDER item dalam online shop aku.sebab aku deal dengan supplier online,communicate online, aku tak tau pun condition pengilang supplier tu macamana.PRE-ORDER item ni adalah barang yang currently tak ada dalam tangan peniaga yang mana peniaga perlu order dari supplier then supplier order dari pengilang then kilang buat dan bayangkan berapa banyak supplier pengilang tu perlu handle dan taktau lah apa yang berlaku lagi sampai barang asyik delay..delay..delay..wallahualam.

 
harap-harap bila baju ni sampai kat tangan nanti,muat la nak pakai.kalau tak terpaksa la sedekah kat orang or simpan untuk next baby.kesian aufa..
 

27 February 2013

Mari Menggalak dengan 'Your Name In Korean' !

hari ni hari Rabu. tengah tunggu keja masuk.sekarang cuma kena revise notes. bila revise-meng-revise dan baca-membaca ni, mata pon setan dok bergayutan.jadinya kena rehat sat, meraban sat pastu baru boleh sambung balik.bukan tak boleh basuh muka, tapi memang tak berkesan sebab opis sejuk macam dok obersea.

jadi, Wordless Wednesday kita tukar jadi Hari Menggalak. Galak means gedik. ni aku amik dari Facebook Choclairs Malaysia (ada kenangan dengan coklat Choclairs masa sekolah,sebab tu like page Choclairs..teheeee)

skang tengok budak-budak hingusan asyik-asyik k-pop.meluat pulak aku.serius tak minat langsung artis korea.tapi aku dulu time uni pon rajin jugak la tengok drama korea.teringat sorang housemate aku dulu, tido pun nak kena pasang lagu korea.ntah apa-apa la.

so jom try main ni plak.

 
Nama aku LEE JI HWA. tak sedap langsung. budak chinese kat opis aku ni kata nak differentiate antara nama chinese pompuan dan lelaki adalah dari sebutan dia.kalau sebutan soft sket tu pompuan la.kalo kasar ja sebutan, nama laki la.so aku teka korean and japanese name pon sama la kot. LEE JI HWA. bunyi macam pompuan.hehehe.

jadi apa nama anda-anda luar sana yang pemalas macam saya harini? :p
 
 

26 February 2013

Kenali Poo Poo Anak Anda

OK. hari ni nak sembang pasal poo poo baby. oleh sebab baby just minum susu, jadi poo poo dia tak la busyuk macam poo poo kita. unless dia dah start makan macam-macam, poo poo pun ada bau sikit la.tapi sebagai mak, bau poo poo anak tu no hal lah.dah lali.kebal dah.tapi daddy aufa sampai sekarang, kalau nak suruh cebokkan aufa berak macam nak suruh bertukang buat sebiji rumah.sabar jelah.

So, setiap baby itu berbeza. berbeza dari segi penghadaman dan bergantung pula pada apa yang dia makan.secara normalnya,


Baby yang masih menyusu badan akan poo poo lebih kerap berbanding baby yang menyusu formula.Mereka mungkin akan poo poo setiap kali selepas minum. Apabila semakin membesar, poo poo mereka akan lebih besar dan lebih solid.


Menurut Bristol Stool Form Scale

Type 1 berada paling lama di dalam usus. Diikuti dengan Type 2 dan seterusnya sampailah Type 7 yang paling sekejap dalam usus. sebab tu bila anak-anak sembelit, dia susah nak berak sebab poo poo keras.

Poo poo yang paling ideal (ideal? hehehe) adalah Type 4 dan Type 5 dimana strukturnya lebih lembut dan mudah dikeluarkan.

Berhati-hati kalau anak anda dah makan solid food tapi masih keluarkan poo poo Type 7.mungkin perutnya tidak selesa.kalau kerap mungkin diarrhea. Apa-apa pun, setiap baby berlainan.Aufa biasanya Type 4, Type 5 or Type 6. tapi satu-satu masa kalau dia malas minum air masak, jadilah Type 1. taik kambing.hehehe.

Selamat Menyiasat Poo Poo!

Source : Chidhood Constipation
 

20 February 2013

Alhamdulillah demam aufa dah kebah..tapi..

Last 2 weeks Aufa dah demam, selsema dan batuk.lepas tu dah ok.dah lega dan dia pun main,makan macam biasa.tapi weekend haritu tiba-tiba dia demam lagi.siap cirit-birit, muntah-muntah.teruk jugak sebab dia tak mau main, tak mau makan.nasib baik still nak minum air.takut sangat dia dehidrasi.

Bawak pergi Children Hope Hospital kat sungai ara.doktor tu cuma cakap, mungkin perut dia tak selesa sebab mungkin dia ada makan or masukkan something kotor dalam mulut. memang aufa uka sangat masuk barang dalam mulut.Suhu badan aufa memang tinggi.doktor nak masukkan ubat ikut bontot.tapi oleh sebab aufa cirit birit, doktor tu cuma bagi ubat demam ikot mulut on the spot la.memang suhu dia turun.tapi aku tau dah lepas 4-5jam mesti suhu dia naik balik.

pukul 4 pagi suhu badan dia naik balik.aku berjaga sepanjang malam monitor suhu badan dia.jelum dengan air asam dan bagi minum air kerap.hari ahad mak abah aku datang penang sebab risau.petang ahad aufa sampai berguling-guling macam sakit perut sangat-sangat.mak aku sapu minyak dan bacakan ayat-ayat Al-Quran sikit dan alhamdulillah dia ok dan terus tidur.esok hari isnin tu demam dia dah kebah dan dah tak muntah.tapi cirit masih ada tapi tak sekerap sebelum tu.tapi aufa nampak selalu letih.tapi masih lagi bangun dan main.Alhamdulillah.

semalam hari selasa, babysitter cakap aufa main macam biasa.tapi bila dia letih dia pergi baring-baring atas katil.lepas tu sambung main.kesian sangat.mungkin letih sebab belum recover sepenuhnya.makan pun dah macam biasa.semua benda pun dia nak makan.tapi aku dah pesan kat babysitter jangan bagi makan berat-berat sangat sebab perut dia tak ok lagi,susah nak hadam.aku bekalkan air barli, roti bakar pisang.nasi tak bagi sebab memang dia takmau makan nasi.nasib baik la susu dia nak dan air minum banyak jugak. aku ada baca kalau baby cirit birit kena stopkan dulu susu.tapi memang tak sampai hati sangat-sangat bila aufa amik botol dan tunjukkan kat aku cakap "nak..nak".oh sungguh menghiris jiwa raga.aku buat la sikit susu.bila dia marah sebab tak kenyang,aku bagi air kosong/air garam (yang doktor bagi).

malam tadi aufa dah bangun lari-lari main dengan dedi macam biasa.cuma kadang-kadang dia macam letih sket dan sentiasa nak ibu ada dekat.asyik "mama..mama..mama" lepas tu bergantung kat kaki ibu.

esok dah amik cuti untuk checkup susulan.tengok macamana condition dia.takut dia demam semula.sebab ada kes anak kawan.demam asyik ON OFF, rupanya dah kena jangkitan kuman,kuman dah naik ke paru-paru.Nauzubillah..mintak la Allah jauhkan semua tu dari Aufa.

Semoga cepat sembuh sayang, semoga Allah sentiasa pelihara Aufa. AMIN.

 

18 February 2013

Akhirnya crepe oreo ku menjadi jua


akhirnya projek crepe oreo aku hampir berjaya setelah 1st trial haritu fail.nak tangkap gambar pon malu.tapi yang herannya, buka-buka peti ais, tinggal tupperware kosong.sungguh menghairankan.walaupon tak sedap masih ada makhluk pelahap yang sanggup makan.hahaha.


so for the second trial aku follow betul-betul resepi, tak berani dah pandai-pandai kurangkan bahan.dan resultnya

.
 
.
 
.
 
.
 
.
 
.
 
.
 
.
 
tadaaa!!!!

kulit huduh sket besa la amatur kan.berlobang-lobang sebab aku blendkan bahan,so dia berbuih.

rupa bentuk macam fail sikit la.but at least kulit dia dah menjadi. sebelum ni ingat nak buat kulit kaler turquoise macam ni.pi la beli pewarna hijau (tak perasan pulak kat botol pewarna tu tulis HIJAU PUCUK PISANG). lepas combinde dengan bancuhan tepung yang berwarne kekuning-kuningan (sebab ada letak tepung kastard). jadi la hijau lumut. serius nampak macam kuih ketayap punya kaler.mak aku cakap baik la ang amik air daun pandan, lagi cantik kaler..isk..isk..rupanya untuk dapatkan kaler turquoise yang cantik

KUNING + BIRU = TURQUOISE

oleh sebab keinginan nak makan crepe oreo buatan sendiri semakin memuncak, makanya berusa keraslah aku cari resepi lain dan tengok video macam mana cara nak lenggang kuali nak buat kulit.memang kena pantas tangan ni. flling dia tu aku pakai whipping cream yang botol sembur tu.so masa buat tu crepe nampak gemuk,bila dah masuk peti ais, dia jg kurus balik.so aku suspect whipping cream tu punya pasal la.mungkin kalau buat cream sendiri ok kot.

sekali bancuh dapat la buat dalam 6biji.buat skala kecik ja nak makan sendiri ja kan.husband memang asyik ulang buka peti ais.kira boleh tahan jugak la kan.hehehe..

Resepi amik dari zila4ever . but instead of tulis dalam gram, aku guna sudu lah senang.bukan ada penimbang pon kat umah.

Bahan-bahan :
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar gula halus
40ml susu cair (aku sukat guna botol susu aufa,kahkahkah :p)
150ml air
pewarna kesukaan anda

Cara-cara:
Campur semua bahan.Panaskan non-stick pan.Tuang dalam kuali agak-agak dalam satu senduk. Lenggangkan kuali secepat mungkin supaya bahan tersebar rata.Masak sampai kering.tak perlu terbalikkan.bahagian bawah yang kena kuali tu akan jadi bahagian dalam crepe.bahagian atas yang licin akan jadi luar crepe.

Untuk filling:
Biskut oreo
Fresh cream diputar sampai kental (nak senang guna ja whipping cream yang dalam botol tin tu)

 
ni gambar dari blog zila4ever. niat hati nak buat sampai jadi cam gini laj.tengok pun dah meleleh air hidung kan?hehehe