21 November 2013

"Ten Rules for a Happy Marriage"


1. Never both be angry at the same time.

Pendapat saya : Api tak boleh lawan dengan api jugak.bila pasangan tengah marah,cara terbaik adalah diam dan dengar.

2. Never yell at each other unless the house is on fire.

Pendapat saya : Bila dua-dua sibuk nak bersuara,volume suara akan makin meninggi sebab masing-masing nak lebih didengari.so terjadi la proses 'berbalas-balas pantun'.cara terbaik, cakap dengan nada yang tenang dan lemah lembut.tekak pun tak sakit.tapi kalo umah terbakar,jangan plak dok bisik-bisik.kang renting dua-dua.hehe.

3. If one of you has to win an argument, let it be your mate.

Pendapat saya : MENGALAH. walaupun kita pasti yang kita betul.mengalah dulu.sabar.kalau kita menang pun,tapi pasangan kita sakit hati, tak selesai la jugak kan.

4. If you must criticize, do it lovingly.

Pendapat saya : Kritik pasangan dengan penuh romantis.hehe..yang ini paling saya suka. macam Rasulullah menegur masakan isteri-isteri Baginda.langsung tak terasa hati,bahkan lagi bersemangat nak improve masakan.jangan cari kesalahan, tapi terus bagi penyelasaian.ayat biar berbunga-bunga.2,3 kajang pun takpa,asalkan hati pasangan suka.

"Sedap sayang masak harini, tapi kalau pedas sikit lagi mesti lagi terangkat nih"
"Awak rajin tolong saya buat kerja rumah, terima kasih.sebab tu saya sayang sangat dekat awak.tapi kalau sekali sekala awak tolong lipat kain jugak lagi berbunga-bunga hati saya." ~ ni ayat aku selalu guna nak suh hubby tolong lipat kain.kekeke.

5. Never bring up mistakes of the past.

Pendapat saya : Jangan sekali-kali mengungkit melainkan benda yang diungkitkan tu perkara baik. tapi selalunya benda yang diungkit tu untuk sakitkan hati.macam kesilapan yang pernah pasangan kita buat.biarlah.yang lepas tu lepas lah kan.padam terus. piker sekarang dan masa depan.

6. Neglect the whole world rather than each other.

Pendapat saya : Pedulikan apa pendapat orang lain.apa orang lain nak cakap.yang kawinnya kita,bukan orang lain.orang tak tau cerita dalam kain kita.Jadi, cukuplah kita focus pada pasangan kita.Faham betul-betul.

7. Never go to sleep with an argument unsettled.

Pendapat saya : OK.FINE!. terus pegi tidur. eh...tak bleh cam gitu ye. tergantung-gantung tak tau conclusion kot mana kan. tapi kalau dah seharian argue sampai ke malam sampai rasa nak pitam dah tak selesai-selesai jugak.mungkin la bleh tangguhkan sekejap kot. contohnya macam cakap,

"ok, awak tengah marah,saya pun tengah marah.biarlah kita sama-sama reda dan stabil.esok awal pagi kita bincangkan balik masalah kita dengan baik,dalam keadaan tenang.mungkin penyelesaiannya akan lebih elok jika perbincangan berjalan dengan harmoni".

8. At least once every day say a kind or complimentary word to your life partner.

Pendapat saya :

"Awak nampak bersinar-sinar la harini.berkesan jugak safi rania yang awak pakai tu kan"
"Awak nampak segak la harini.macam Shah Rukh Khan."

tapi kadang-kadang, sekadar cium tangan,cium pipi,cium dahi sebelum pegi keja pun dah super membahagiakan pasangan kita.

or
SMS cakap, "sayang,hati-hati bawak kereta tu ye."
or
"saya sayang awak, (^_^)"

9. When you have done something wrong, admit it and ask for forgiveness.

Pendapat saya : yang ni biasalah kan.kita buat salah,tapi nak jaga ego,tak maunya ngaku or mintak maaf.depends on orang tu sendiri.buat apa nak keras-keras hati dengan pasangan.bukan nak hidup setahun dua bersama.sampai akhir hayat.

10. Remember it takes two to make a quarrel. and the one is the wrong is the one who does the most talking.

Pendapat saya : Tak pernah lagi aku nampak manusia gaduh sorang-sorang unless dia ada sakit mental then bermonolog sendiri,marahkan diri sendiri.tak boleh tepuk tangan dengan sebelah tangan.tak boleh kupas udang galah guna sudu sebelah tangan.boleh eh?hehehe.orang salah memang takmo mengaku,pastu untuk tutup kesalahan,banyak la idea nak cakap tu kan. so, amik balik petua 1-9 untuk settle petua 10.

Perkahwinan bukan macam main pondok-pondok,main kawin-kawin.

"eh ko suka kentut kuat la, tukar bride lah"
"eh ko ada jerawat batu, tukar-tukar orang lain.tak mau dah aku kawin dengan ko.bagi si Noni plak.dia cute dan sopan santun sket."

Banyak benda yang perlu kita korbankan bila dah kahwin.terutamanya perasaan.tapi apa salahnya berkorban kalo untuk masa depan,kita akan dapat sesuatu yang lagi manis dan berharga kan?pasangan yang berkahwin ni macam puzzle.melengkapkan each other.apa yang kita ada,pasangan kita tak ada.apa yang kita tak ada pasangan kita ada.

contohnya macam aku la,

aku kurus, husband bolat.hehehe.
aku senyap, husband aku talkative dan ramah tamah

campur,tolak,bahagi,darab, dapatlah pasangan yang hampir sempurna dan bahagia..ecececeh...

Orang cakap 10 tahun pertama perkahwinan tu la paling mencabar.banyak dugaan dan rintangan.banyak makan hati.tapi lepas dari 10tahun, dah stabil.apa saja cabaran pun boleh tempuh sama-sama.no hal lah.


18 November 2013

Antara Dim Sum, Sushi dan dot,dot,dot

Dua-dua dah checked! hehehe..tu la, rajin sangat tengok AFC (Asian Food Channel). terliur habis.nasib baik la ada jual dim sum halal kat Penang nih.kalo tidak, meleleh la air liur adik aufa nanti.hehehe.

sebelum preggy pernah la ternampak Dim Sum halal ni kat Kompleks Bukit Jambul.tapi time tu tak craving-craving, so buat bodo jelah.actually stall dim sum ni betul-betul depan White House Coffee, ala-ala Old Town jugak la.dah tak pernah beli dim sum, tengok menu pun tak tau hapakebenda nak order ntah.so order satu set jelah takut kang tak sedap plak.satu set RM3.60 ja.ada 3 ketul dim sum yang comel.aku pilih prawn dim sum.nak selamat takut tak sedap.hehehe.aku rasa lagi sedap kalo terus makan kat situ,makan time panas instead of tapau.tapi sebab aufa dah macam pelancong mencari-cari jalan pulang tak keruan lari sana sini,terpaksa la tapau.sampai rumah dah sejuk.then kena reheat la.boleh tahan la rasa dia.nanti try filling yang lain pulak.oleh sebab tak sabar sangat nak melahap, gambar tak ambil pon.nah cuci mata gambar google ja.cam gini rupa dia.




try google-google jumpa resepi.boleh la try, KALAU rajin. KALAU rajin la...


Lepas tu teringin Sushi pulak.seb baik la senang dapat kan sushi.sushi tesco la semestinya.dulu makan sushi, tak berapa nak laju sangat kalau yang ada macam caviar tu kan.yang telur ikan tu.tapi kali ni sedap pulak rasa.

so kalau dibanding-banding antara dim sum dan sushi, kali ni, sushi la makanan yang paling berjaya hilangkan rasa loya kat tekak ni.rasa macam tiap-tiap hari nak makan sushi. tidur pun sampai mimpi-mimpi makan sushi dengan dim sum. ni memang betoi-betoi craving ni.kali ni preggy memang nak makan pelik-pelik.


tapi cari sushi yang ini tak jumpa pulak kat Tesco.hihihi.ni kalau dapat kat aufa memang lumat la.cat-lover level tinggi skali.kucing pun sampai jilat-jilat jari kaki aufa time dia tidur.

lagi satu yang paling pelik skali yang aku teringin nak makan tapi macam mustahil nak cari dan husband pun mungkin tak bagi dan mungkin payah nak cari ialah

OYSTER letak perahan LEMON


hahaha.tengok penangan AFC.terliur-liur la tengok chef tangkap oyster fresh dalam laut,pastu kopek-kopek,pisahkan oyster dari cengkerang dia then perah lemon dan terus makan.Ya Allah..sedapnya..tapi kalau buffet hotel ada la kot ni.


tapi mana la nak cari oyster fresh kat sini kan..betoi ka sedap pon tak tau la..kalo tengok Mr. Bean yang dia dok kat hotel tu.yang dia makan oyster rosak tu.hehehe.

time aufa dulu tak dak lah craving macam-macam sangat....haih..

15 November 2013

Kenapa puting botol susu berkerak?

ok.sangat merimaskan bila tengok puting anak-anak berkerak.buruk benor dan menggelikan.tapi selama aku hidup ni, tak pernah lagi la puting susu anak-anak aku,or anak-anak sedara aku berkerak.semua ok ja.

ada pendapat cakap sebab jenis susu, ada jugak orang cakap sebab air liur budak dan ada jugak orang kata sebab basuh tak cuci or cuci botol lambat (biarkan semalaman ke).

untuk eviden pertama yakni jenis susu.

anak kakak aku minum dutch lady dan anmum. Aufa penah minum similac,isomil dan skang enfagrow. tak dak satu pun yang berkerak.jadi aku rasa jenis susu bukanlah penyebab kerak-kerak tersebut.

untuk eviden kedua yakni air liur.

hamboih...berasid sungguh aih air liur anak sampai berkerak puting-puting ye.hehehe.air liur memang cepat biak bakteria.macam makan something.bahagian yang terkena air liur lebih cepat basi.


untuk eviden ketiga yakni basuh tak cuci/lambat basuh

yang ni aku rasa ada betul jugak.kita combine semua eviden.susu + air liur + malas nak cuci botol betul-betul.berkerak la jadinya.penah jugak botol susu aufa jatuh bawah kerusi,so tak nampak.so tak basuh la 2,3 hari.tapi tak jadi pulak kerak.mungkin kalau kerap basuh lambat kot baru jadi.yang menghairankan, puting kat umah babysitter selalu berkerak.haish..so slalu jugak la aku bagi puting baru suh tukar.kesian kot mai amik petang-petang tengok anak isap botol susu,puting berkerak macam tiada hari esok.isk..isk..dah la aufa pakai botol avent and basilic.kopak.memang nak kena cari puting murahan yang sesuai.murah bleh tukar selalu.hehehe.


puting memang kena basuh bersih-bersih.pisahkan puting dari ring.gosok betul-betul pakai berus.2 hari sekali aku akan sterilize botol-botol aufa.so far puting kat rumah tak pernah lagi jadi berkerak.

kalau pergi travel memang angkut sekali berus.aku perasan kalau pegi umah mil, memang dia kocak ja botol.huhuhu..takkan nak tegur pulak kan.

tak jumpa pun petua untuk hilangkan kerak-kerak tu.gosok la dengan berus tembaga ka,kikis dengan pisau ka memang konpem tak kuar melainkan kau kikis habis permukaan puting.hehehe.solution dia adalah campak dalam tong sampah dan beli baru.puting jenama or tak berjenama tak penting.yang penting kebersihan.pandai jaga,tahan lama.tapi puting ni elok tukar dengan kerap la.sampai ka hati nak bagi anak minum susu dari puting dan botol yang uzur?sampai hati tak?sampai?

oh.ada orang bagi petua kalau pergi travel,tak ada berus, letak beras pastu goncang2.cari celah-celah yang sukar tu cuci la.lagi satu letak garam dan sikit air.goncang.tak pernah try lagi.tapi kalau tak ada sabun, botol macam berminyak plak.kena bawak jugak sabun.kan ada travel pack untuk sabun cuci botol..kan?

so, begitulah.kalau kita pun tak lalu tengok puting berkerak,apatah lagi nk minum.anak-anak tak faham,so dia minum ja asalkan susu.so kita sebagai parents la kena pikir-pikirkan.

lagi satu, ingat tak pasal post botol Tupperware dulu (baca SINI).tak ada kebocoran yang berlaku pun.botol boleh tutup dengan elok dan rapat.tak ada masalah.maybe masalah susu meleleh keluar tu masalah random saja kot.so far aufa minum ok ja.cuma puting la aku luaskan sikit.so boleh la beli lagi pasni amik kaler lain pulak.hehehe.

oh.lagi.pesta penang dah nak mula 25 haribulan ni.sampai hujung tahun.so orang jauh orang dekat pakat-pakat la mai na.aku orang dekat ni dah cemuih.hehehe.

nyampahkan cita tak mau habis-habis lagi.eh oh eh oh.klah.klah.bye.serius nak bye-bye.bye.

13 November 2013

Nursing blouse cantik sangat~

perot pon tak buncit lagi dah sibuk tengok nursing blouse bagai kan.hikhikhik.well, ni terpandang dan terbaca blog kak maghfarah (blog saya hot) la nih.dia promote blouse kat satu fesbuk nih.oh,serius memang cantik-cantik.memang terpaut hati jiwa raga.kalo time tak bf pun still bleh pkai nih.sebab cantik.

dulu sebelum kahwin memang suka sangat la beli baju tshirt muslimah kain cotton jenama aqeela.ni jumpa nursing blouse cotton pulak.aku rasa material dia lebih kurang sama macam baju muslimah aqeela tu..sedap pakai.tak panas.dan design pun cun-cun.nak beli sekarang macam awal sangat kang perot boncit tak bleh pakai kena simpan sampai lepas beranak bagai.sayang.benda cantik kena pakai selalu kanss.hehehe.

ni antara blouse yang sudah terpaut tapi tak tau mana satu nak amik ~





Ni pulak nursing dress. So ibu-ibu menyusu pon bleh bergaya ye uollss ~



Ni nursing blouse.walaupun plain tapi cantik sebab ada cekak kat tangan.ada butang senang nak amik air sembahyang.nampak kain dia selesa.



 So, kalo ada siapa-siapa yang turun terbekenan dengan blouse-blouse comels ini, silalah mulakan langkah anda di






ini bukan iklan berbayar. saja nak share dan untuk rekod sendiri jugak.kata nak beranak minimum 5 orang kan.haruslah simpan rekod-rekod begini supaya senang dikemudian hari.
OK.bye.

01 November 2013

Pentingnya anak-anak tidur nyenyak

uissh..sangat penting.budak-budak macam kita la jugak.bila tidur tak cukup, mula la rasa badan tak sedap.jiwa tak tenang.lepastu asyik nak memberontak.jadi, sila awasi waktu tidur anak-anak anda sekelian ye.

hasil pemerhatian aku minggu ni.minggu ni aufa tidur awal sikit dari kebiasaan,dan dia tidur dalam buai.aufa sebelum ni tidur atas katil macam biasa,tapi minggu ni dia mengada-ngada nak tidur buai ntah pasaipa.so layan jalah kan.bila tidur dalam buai, dia kurang merengek-rengek tengah malam.kira dia tidur lena la.bila tidur lena, dia bangun awal.celik mata,tapi tak teriak macam selalu.dia akan senyum gembira dan mintak susu dan tak payah kena dukung pi umah babysitter.see? semuanya berkaitan.

jadi kuncinya disini, pastikan anak tidur awal dan nyenyak dan selesa.sejam sebelum waktu tidur tu, jangan bagi main-main secara aktif dah.cukup la sekadar lepak-lepak tengok tv, baca buku cerita, or aktiviti pasif yang lain.kira nak slow down kan aktiviti dia la.

dinner pun jangan bagi makan manis-manis sangat.macam coklat ka.sebab nanti dia akan lagi bertenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti flying fox,lompat bintang, aci ligan dan lain2 lagi.

lagi satu afternoon nap.kalau petang lepas keja pi amik aufa kat umah babysitter,then bila babysitter kata aufa tak tidur petang,aku dah risau.sebab malam tu for sure dia akan memberontak serba tak kena.budak-budak ni bila dia terlalu letih,terlalu mengantuk,kita akan nampak dia macam lagi aktif dan banyak buat perangai.siap la berperang nak bagi tidur.

kalau aku tak keja,memang aku akan pastikan dia tidur lepas makan tengahari.jangan bagi dia tidur lewat sangat macam pukul 3,4 takut nanti bangun lewat petang sangat plak.tak sempat pi playground or kuar main-main.hehehe.

anak-anak yang tidur cukup menyumbang kepada anak-anak yang sihat dan cerdas.

itulah saja pesanan dari patik yang tak seberapa ni.

terima kasih sudi baca.

bye!

omey tak? ni anak sedara aku @ cousin aufa.Muhammad Zaim Ammar.ni time kecik nih.skang dah 6 bulan.dia punya bulat penuh lense kamera.




25 October 2013

Love her..when

To all husbands and husband-to-be,

Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.


 Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).


 Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.


 Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you


 Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.


 Love her…when her cooking is bad. She tries.(But Yours is just awesome)


 Love her…when she looks disheveled in the morning. She always grooms herself up again.


 Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.


 Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.


 Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.


 Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.


 Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.


 Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change. 


 Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay


 Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)


 Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass


 Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway


 Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.


 Love her…when she argues. She only wants to make things right for both


 Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!


and the right song to hear during reading this..

video

24 October 2013

Untungnya suami tak memilih & Anak bertuah

Alhamdulillah sangat la dapat suami yang tak memilih langsung bab-bab makan ni.tambah-tambah time chronicle of narnia cam skang nih.baru letak nasik, dah lari masuk toilet muntah.tu tak start masak-masak lagi.lapar,tapi tak dak daya nak masak.jadi malam tadi, lepas letak nasik, i terus lah terbungkang tidoq.

nampak macam malas gila.tapi serius memang tak larat bukan nak buat-buat lah.so,hubby pon volunteer nak tolong.dia cakap, takpelah, nasik dengan daging goreng kunyit pun dah ok.


ok.daging raya haji ada berbaki lagi.tengok betapa malasnya aku nak masak this few weeks.haish..


so semalam beliaulah yang masak.suruh dia goreng sekali ikan masin dan telur dadar.itu je yang selera pon....


pastu tengah-tengah makan,orang mabuk dan mengada ni pun berbunyi,


"kalau dapat minum milo panas pun sedap ni..."


hehehe...then tiba-tiba milo panas dah siap.see, time ni la kita bleh nampak jelas ikatan kasih sayang yang utuh tu.hahaha.


oh,lupa nak selit hal aufa.aufa skang ala mat salleh.nasik tak mau makan.ntah hapa benda dia nak pun taktau.suap nasik takmo.roti boleh la gagah sikit.buah mau la.asyik main tak berenti-berenti.sampai nak tido pun tak mau.jenuh la ibu n abah buat-buat tido supaya dia takut main sorang-sorang then masuk tido.


well...aufa, apa ada kesah heh.takdaknya dia nak tido.pastu bila dah suma orang betul-betul dah tido (pura-pura tido lama sangat sampai tertido betul), dia pun mula la oh eh oh eh.pastu tarik tangan orang suruh tepuk bontot dia nak tido.


so, esok pagi orang hantar pegi umah babysitter dia dok lena sedap lagi..


teringat time balik kampung raya kot kalo tak silap.bilik semua dah full la sebab semua pun balik kampung.so kami tido kat ruang tamu depan.orang semua dah tido.dah siap tutup lampu semua dah.aku pun dah tido tak sedar hapa dah.esok pagi baru tau cerita.tokwan dia cakap,tokwan dia baru balik tengok gusti,buka-buka pintu tengok dia terpacak depan pintu dalam gelap.dah macam toyol gaya.seb baik la tokwan tak dak sakit jantung.so malam tu aufa tido dengan tokwan..


hai la anak....


hai la...apa nak makan malam ni ha.....haih...ooiiii....



gambar time demam campak.kesememehan itu terserlah.apa ada hal kalo demam campak pon,main tetap main la.

21 October 2013

Petua anak demam campak


Banyak betul petua jumpa dalam internet.Sebelum ni tak amik pusing sangat.tapi bila dah terkena kat anak sendiri, baru la panik berpeluh-peluh kol mak abah kat kampung,surf internet cari remedies yang sesuai.hehehe.

So, kat sini nak story sikit pasal kes demam campak ni.demam campak ada dua.bahasa mudahnya, demam campak kecik (ada orang panggil campak sekam) dan demam campak besar.Campak sekam ni biasa ja.naik macam ruam-ruam.Aufa dah pernah kena time kecik-kecik.yang nak di story kan disini ialah campak yang besar gedabak tu.

demam campak ni lebih kurang demam biasa jugak.bezanya virus dia lagi power (virus measles).bila virus lagi power,sistem imunisasi badan pun kena kerja lagi keras nak lawan,jadi badan hantar signal kat otak,"oi otak,kasi naik lebih sikit suhu badan".so badan anak pun panas.jadi kerja punya kerja,badan pun panas,nak buang panas tu,paling cepat kuar kot rongga2 kulit la kan.so naik la bintat2 comel di badan..

kat sini aku prefer guna kaedah rawatan DarusSyifa',

1. Jangan makan ubat untuk menurunkan panas badan, biarkan panas tersebut sekurang-kurangnya 3 hari, agar campak tersebut tidak terbantut.Ubat klinik (orang tua2 panggil ubat gedung) selalunya bersifat panas.jadi,tak berapa sesuai)
2. Selepas 3 hari, campak akan keluar (bintik2 merah).Lagi banyak lagi bagus sebab biar semua panas dalam badan tu keluar.
3.Jika tidak dapat menahan kepanasan badan tadi, gunakan kain yang lembap, dan lap dibadan, di bawah ketiak atau letakkan di atas dahi.Sebab tu ada doktor dan perawat tradisional nasihat jangan mandikan.cuma lapkan.supaya cepat sejat air dari badan dan tarik panas dalam badan keluar.

4. Minum air kelapa (bukan kelapa gading @ kuning), dengan makan sedikit isi kelapa untuk beberapa hari.
5. Bacakan doa pada bahan dan air kelapa.
6. Kerapkan mandi, mandi dengan perlahan, dari kaki dan naik ke atas badan dan akhir sekali barulah kepala.


Tanda-tanda campak dah sampai ke penghujung ialah apabila biji-biji campak mula keluar kat tapak kaki atau tangan.bergantung la.lain orang lain la sikit.macam Aufa haritu, kuar kat tepi tapak kaki sikit,kat celah jari tangan seketul dua.

Untuk elakkan atau kurangkan rasa gatal dan miang akibat bintik2 campak tu, boleh guna daun mambu.daun ni even doktor pun suggest.

1. Buat lapik tidur.
2. Letak dalam kolah mandi,guna untuk mandi.
3. Ada sesetengah orang, guna untuk kibas2 sket kat badan bagi hilang miang tu.
4. Ada jugak orang guna campur dalam bedak sejuk.



Credit to tuan punya gambar.sy amik kat google jer.xjelas sgt watermark tu.huhu.

Menurut petua Darussyifa',

1. Tidak boleh terkena air hujan. (akan meninggalkan parut hitam)
2. Tidak boleh mandi laut (selama 6 bulan)


Pernah masa pegi bercuti kat langkawi last year.ada satu pasangan ni bawak anak dalam umur 8bulan.demam campak.dah keluar semua bintik.dia bagi mandi air laut.tu la aku cakap,ada macam2 petua.so amik la yang mana yang yakin.Allah saja ada kuasa nak sembuhkan.InsyaAllah.

Pantang larang lain yang aku pernah dengar, jangan makan kicap,nanti lekat parut hitam.kalau doktor senang ja, jangan makan makanan yang boleh bagi gatal2 macam seafood.ada jugak orang petua, jangan goreng2 dalam rumah.sebab minyak2 dan udara yang berminyak tu boleh buat badan gatal2.jangan makan makanan berminyak.

Ok.now untuk petua hilangkan parut pulak.simple, bedak sejuk dan daun asam jawa.sapu seluruh badan waktu malam,dan esok pagi mandi dengan air yang dah didoakan.amalkan 3 hari berturut2.tak pun buat ja sampai parut tu hilang.

 Contoh daun asam jawa dan bedak sejuk.tak pasti la macamana nak cari bedak sejuk yang asli..

Ni adalah kombinasi doa/ayat yang perlu dibaca:

1.Al-Fatihah
2.Selawat Syifa
3.lau anzalna.... (surah Al-Hasyr 21~24)


Kita cuma boleh ikhtiar, kot mana pun kena tawakal dan doa banyak2 pada Allah.Semoga Allah lindungi keluarga dan anak2 kita semua.AMIN.

Lagi satu kekonfiusan yang berlaku ialah, masa anak umur 1 tahun,kita dah suntik MMR.Measle.Mumps.Rubella.tapi apasal skang masih kena campak?ajaib betul la.adakah vaksin MMR haritu dah hilang dan habis atau tak berkesan pun?ish..musykil..

15 August 2013

House Hunting


ni nak cerita pasai house hunting yang sudah berlanjutan selama 2 tahun. berapa biji buah rumah yang dah di view tu toksah cakap la berlambak. dari tak tau apa pasai rumah bleh bukak buku dah la. jumpa macam-macam orang dah. sampai tak ingat dah rumah mana yang pernah pi tengok. punya la berusaha nak cari dan beli sebuah rumah kat Penang nih. rumah mampu milik harga 1.5juta. mampu sangat la dik non oiii....

nak kata kami ni memilih, well nak beli rumah kan.mesti la pilih.bukan beli coq cempedak tepi jalan.memilih pon tak sangat la.kalau boleh biar berpadan la dengan harga.kami pun bukan orang senang.dua-dua pun bukan kerja besaq.jadi sekupang pun sangat la berharga.tak cukup sejuta kalo kurang sekupang.kan?

rumah 2 bilik pun ok.tapi bila ada anak ni, kesian pulak kat anak.katakan la satu bilik jadi master bedroom, satu lagi bilik anak.kalo ada anak laki pompuan tak kan nak bagi tidur sekali?

keluasan tu tak jadi hal la sangat.rumah sempit pun kalau pandai susun, lapang jugak rasa.pernah sekali pergi melawat kawan husband.duduk rumah flat.dalam 600sqft ja.memang kecik tapi tu la realiti hidup kat penang ni.terpaksa la beli.tapi kemas ja dalam rumah.selesa jugak walaupun sempit.perabot pun yang simple dan perlu saja.tapi kalau adik beradik bertandang, macam tin sardin jugak la.tapi takpa la,bukan tiap hari pun adik beradik nak mai umah kan.

baru-baru ni ada booking satu rumah dengan orang perumahan pulau pinang.macam biasa la bila ada projek, staf depa mesti dapat buang 2,3 biji umah.jadi dia jual kat orang la bahagian yang dia dapat tu.harga 250k.x sampai 1000sqft pun.tingkat 3.ok la.3 bilik 2 bilik air.booking rm500.tapi taktau la pasaipa tiba-tiba husband cancel.dia cakap bila kira-kira balik bulanan rasa berat pulak.kesian takut anak bini tak dapat apa-apa sebab bayar umah mahal katanya.

pergi tengok rumah duplex 230k. cantik.tapi balkoni mengadap bukit dan hutan.bukan nak demand, tapi ada kawan duduk area tu katanya ular tedung selalu masuk rumah.no wonderlah nampak umah orang sebelah tu tutup terus balkoni dia dengan dinding dan cermin. plus banyak jugak benda nak kena repair, ada leaking, kulat dan macam-macam.

pergi tengok rumah 100k, apartment. sangat la murah okeh.tingkat 5.naik lift.lift pun dah macam dark water punya lift.nampak sangat la maintenance tak berfungsi.rumah pulak susunan macam terlindung.jiran pulak macam tak berdunia.nak jadi cerita jumpa kawan husband duduk area situ.dia cakap depa jual murah sebab rumah tu dulu ada vietnam mati kena bunuh bergaduh sesama depa.ok.aku besa dengar cerita tu tapi tak sangka jadi kat situ.sekian.tak jadi amik.

pergi tengok rumah 190k. katanya dah renovate.ada tenant.pergi nak tengok, tenant balik kampung.tuan rumah pun betul bendul la tak calling2 dulu tenant arrange nak tengok dalam rumah.bila tanya apa yang you dah renovate? grill, aircond.okeh.tu bukan renovate la oii..tak padan dengan rumah nego harga pun tak mau turun dengan tak reno apa pun.sekian lagi.

dan banyak lagi rumah lain menyusul kemudiannya.pun tak jadi.dan terbaru adalah semalam.pergi tengok rumah.190k.luas.dah pernah tengok dalam sebab ada sedara duduk situ.nak dijadikan cerita, bila pegi nak view rumah, pergi dengan agent.rupanya ada tenant.tuan rumah tak cakap pun kata ada tenant.dan...tenant terkejut badak sebab tuan rumah tak bagitau pun dia yang dia nak jual rumah.kecoh la jugak semalam.bincang punya bincang.balik dulu agent kata nak bincang dengan tuan rumah.husband berusaha cari owner rumah nak deal terus tanpa agent. end up tuan rumah cakap memang dia nak jual RM290k !!!!!!!!!!!. gila babun.rumah original tak ada reno letak harga tu.nak jual rumah ka nak jual bangunan ntah.rumah kat area tu kalo partially reno RM220k ja.dia punya up harga.pergghh...

rasa macam sampai tua la kot menyewa kat penang ni.susah betoi nak beli rumah.tapi yang herannya, orang bujang, bukan IC penang dapat plak rumah yang perumahan pulau pinang tu noh.heran..heran...yang laki aku ni keja 8 tahun kot kat penang ni, tak dapat sebiji pon aih.

tu la orang kata tak dak rezeki.tunggu la 80 tahun pun kalau tak dak rezeki tu kat sini, tak dak la jugak kan. takpalah.mungkin ada hikmah. harap sangat dapat beli sebiji rumah kat sini.

notakaki: tunggu gambar raya tangkap kat studio siap dulu baru nak post pasal raya.hahaha.ciwi sebab ni festyme tangkap gambar family kat kedai.

25 July 2013

Selepas 3 bulan...Selamat Berpuasa

Post terakhir adalah 3 bulan yg lepas.sekarang dah bulan 7.gila malas lah nak update blog.sebab banyak lagi komitment lain.banyakk.........tabik spring pada mommies yg masih mampu update blog, jaga anak yang ramai, jaga rumahtangga, berkerja dan lain2.ni baru sorang anak tapi penat macam buka nursery dan jaga 15 orang budak.

tambah-tambah aufa zahirah sekarang dah masuk gear 18.dia punya laju macam peluru berpandu tak dapat dihalang2 lagi.tiba-tiba rindu time pregnant.semua benda pun buat slow ja.skang pung pang pung pang kalut manakan nak tengok aufa takut dia buat aksi ekstrem.letik mak....

dah setengah bulan puasa, boleh kira dengan jari berapa kali masak untuk berbuka.masak untuk bekal aufa kat umah babysitter ja.berbuka semua pun beli je.balik kerja dah lembik.tahun ni puasa rasa teruk sikit sebab kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan. backpain yang quite teruk, batuk yang tak mau lega dan astma yang sekejap on sekejap off.dugaan bulan puasa.

apa-apa pun, walau terlambat, nak wish selamat berpuasa lah yer.jangan lupa bayar zakat.jangan lupa jugak bayar fidyah kalo posa tahun lepas tak sempat diganti.hehehe.bye.

anak sapa ntah ni..

27 March 2013

Tips on pumping gas @ Tips untuk mengisi minyak

Tak pernah amik tau pun sebelum ni. hentam ja pi stesyen minyak, bayar, angkat nozzle dan isi minyak. yang tau nak komplen harga minyak naik ja.oppss...hehehe..

ok. hari ni nak kongsi info sikit macamana nak isi minyak berbaloi or at least hampir berbaloi dengan harga yang kita bayar.



1. Isi minyak pada waktu pagi dimana pada waktu tu suhu bawah tanah masih sejuk. kenapa perlu suhu bawah tanah walaupon kita dok atas tanah? sebab minyak kat stesyen minyak depa simpan kat dalam tangki bawah tanah. jadi, lebih sejuk suhu, lebih tumpat la minyak/gasolin kat bawah tu.lebih panas suhu, minyak/gasolin akan expand/vaporize. kalau anda isi 10liter, yang masuk tangki anda mungkin hanya 9liter saja.contoh la kan.

2. Semasa mengisi minyak, jangan picit trigger nozzle sampai habis.selalunya kita akan press trigger nozzle sampai habis dengan harapan minyak dipam masuk ke tangki dengan pantas dan kita dapat blah dengan segera.kan? untuk pengetahuan, kalau minyak di pam pada kadar perlahan, ia akan meminimakan pengewapan yang terjadi masa anda sedang pam. kebanyakan hos kat stesyen minyak dia ada mekanisma pembalikan wap. wap yang terhasil masa kita pump minyak tu akan di sedut balik masuk ke dalam tangki simpanan bawah tanah. jadi mcm contoh di tips pertama tadi, kalau anda isi 10liter, yang masuk tangki anda mungkin hanya 9liter saja. 1 liter lagi dah jadi wap....


3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana, lebih banyak minyak ada dalam tangki, lebih kurang la udara yang memenuhi ruang. jadi minyak/gasolin yang remain dalam tangki anda tak la evaporates sangat.ni untuk elakkan kerugian. minyak/gasolin evaporates faster than you can imagine okeh.

4. Kalau ada truck minyak sedang isi minyak ke dalam tangki stesyen minyak by the time anda sampai untuk isi minyak kat stesyen tu, JANGAN ISI lagi. kemungkinan besar minyak dalam tangki besar depa akan berkocak dan bercampur-campur semasa proses pengisian.kotoran-kotoran di dasar tangki mungkin akan naik ke atas dan anda mungkin tersedut sama kotoran tu masuk ke tangki anda masa isi. Who knows kan. bayangkan ada air dalam gelas.kotoran dah mendap ke bawah selepas satu ketika.tiba-tiba anda tuangkan air lagi.mesti kotoran kat dasar gelas tu pon naik.kan?kan?hehehe


sekian saja. selamat beramal dan selamat mengisi minyak.

Love,

Aufa's Mommy
 

 

22 March 2013

The Carnivall, Sungai Petani

Punya dok peram post tak sempat nak update blog.dah basi pun.tapi nak cerita jugak.

last 3 weeks bawak aufa pegi mandi kolam dekat The Carnivall, Sungai Petani. so ni first time la bawak aufa mandi manda kat kolam public.aufa punya keterujaan tu macam "wah...hebat sungguh..tak sangka ada kolam sebesar ni kat dalam dunia nih!"

ni kat bahagian kanak-kanak.paras lutut ja.dekat sini kaki aufa boleh touch lantai.jadi berjalan dia dia kesana sini bawak pelampung.

muka kelat sebab nak lalu tak boleh pelampung besaq tu halang laluan.hehehe
 
Tak tau la berapa round aufa dok pusing playground tu..
 ni kat tempat sederhana dalam.kat sini kaki aufa dah tak sampai.terkodek-kodek la dia nak bergerak.
 
 letih sket sebab kodek pon tak jalan-jalan jugak.haha
 
 Happy family ^_^
 
 Dedi and aufa kat depan gerbang nak pergi tempat mandi.dah habis mandi time ni.jari-jari aufa pon dah kecut.tu pon tak mau balik.
 
dan.........
 
2,3 hari jugak la naik keta tapi nak duduk dalam pelampung..last skali dedi amik sorokkan dalam store.simpan untuk next vacation. InsyaAllah tengah tahun ni. pegi mana? rahsia la dulu.hehehe.
 
 

08 March 2013

Happy International Women's Day !

Sana sini semua orang asyik wish selamat hari wanita. dah wish kat omma masing-masing ke belum? hehehe. dan jangan lupa wish kat diri sendiri jugak.maybe hari ni boleh rehat sekejap kot dari buat kerja-kerja rumah duduk depan tv goyang-goyang kaki sket.husband tak marah kot sebab harini hari wanita sedunia kanss...mari baca ni, jangan amik serius, aku pun copy paste ja sebab sounds good untuk dijadikan inspiration dan semangat sempena hari wanita ni kan.




To all the fearless women around the world who are moms, CEO’s, wives, daughters, friends and etc., etc.

When God created woman, He was working late on the 6th day.
 
An angel came by and said: “Why spend so much time on that one?”
 
And the Lord answered,
 
“Have you seen all the specifications I have to meet to shape her? She must be washable, but not made of plastic, have more than 200 moving parts which all must be replaceable and she must function on all kinds of food, she must be able to embrace several kids at the same time, give a hug that can heal anything from a bruised knee to a broken heart and she must do all this with only two hands”.
 
The angel was impressed. “Just two hands….impossible!”  And this is the standard model?
 
“Too much work for one day….wait until tomorrow and then complete her”.
 
“I will not”, said the Lord. “I am so close to complete this creation, which will be the favourite of my heart”.
 
“She cures herself when sick and she can work 18 hours a day”
 
The angel came nearer and touched the woman.
 
“But you have made her so soft, Lord”
 
“She is soft”, said the Lord “But I have also made her strong. You can’t imagine what she can endure and overcome.”
 
“Can she think?” the angel asked.
 
The Lord answered: “Not only can she think, she can reason and negotiate.”
 
The angel touched the woman’s cheek. “Lord, it seems this creation is leaking! You have put too many burdens on her.”
 
“She is not leaking….it’s a tear” the lord corrected the angel.
 
“What’s it for?” asked the angel.
 
And the Lord said: “Tears are her way of expressing grief, her doubts, her love, her loneliness, her suffering and her pride.“
 
This made a big impression on the angel; “Lord, you are genius. You thought of everything. The woman is indeed marvellous!”
 
Indeed she is! Woman has strengths that amazes man. She can handle trouble and carry heavy burdens. She holds happiness, love and opinions. She smiles when feeling like screaming. She sings when she feels like crying, crys when she is happy and laughs when she is afraid.
 
She fights for what she believes in. Stand up against injustice. She doesn’t take “no” for an answer, when she can see a better solution. She gives herself so her family can thrive. She takes her friend to the doctor if she is afraid. Her love is unconditional.
 
She cries when her kids are victorious. She is happy when her friends do well. She is glad when she hears of a birth or a wedding.
 
Her heart is broken when a next of kin or friend dies. But she finds the strength to get on with life.
 
She knows that a kiss and a hug can heal a broken heart.
 
There is only one thing wrong with her – She forgets what she is worth.

HAPPY INTERNATIONAL WOMEN'S DAY !

Semoga semua wanita kat dunia ni bertambah bahagia dan dikasihi semua orang ~

http://www.internationalwomensday.com/

 

06 March 2013

Happy 2nd Anniversary and Meatball !

Alhamdulillah. Kelmarin genap 2 tahun perkahwinan. sat ja rasa dah 2 tahun. baru 2 tahun nak banding dengan orang lain yang dah berbelas,berpuluh tahun. but at least dah 2 tahun dan ada banyak tahun lagi kami boleh riang ria togeder-geder forever.

untuk menambahkan lagi keromantikan anniversary kali ni, haruslah cakap/tulis omputih.

To the wonderful man I married,
 
With lots of love and care, we are successful in completing a yet another year of our companionship. Being married to you is the best thing that happen in my life and being blessed with a lovely athlete-to-be little princess make it the 'bestest' thing ever.Thanks for loving us and for always protecting us.
 
Hoping that the love we've shared years ago is still as strong today as it was, may our anniversary be full of joys and bliss then bringing us much joy, love and happiness till Jannah. May Allah SWT shower all his blessings for the many more years to come.
 
Happy 2nd Anniversary !

Hadiah u i dah bagi last 2 weeks, in case u tak perasan yang tu sebenarnya adalah hadiah anniversary..hahaha.

so malam tadi makan 'kalimantang' light dinner la.dah berminggu-minggu teringin makan meatball ala ikea.tak pernah rasa pun meatball ikea pujaan ramai tu.so taktau la rasa macamana.so petang semalam balik kerja terus la pergi beli bahan kat Giant. hasilnya...


kuah meatball tu aku buat tak berapa pedas.letak black pepper sket ja sebab aufa pun nak makan jugak.tapi oleh sebab petang tu aufa dah makan nasik la roti la.so dia dah kenyang.end up dia cuma makan sayur ja malam tadi. usaha la ibu bawak keluar pinggan dari almari semata-mata nak hidang meatball kasi nampak menyelerakan. daddy aufa mula-mula cakap dah kenyang tapi macam biasa dia dulu yang duduk kat meja makan. sayur tu buat ala kampung ja.mula-mula ingat nak steam kan. tapi tak jadi, aku tumis ja letak telur.hehehe. Alhamdulillah, merasa jugak meatball yang ntah macam Ikea ke tak pun tak tau la kan.

Meatball and kuah ada lagi balance.mungkin malam ni ibu makan meatball lagi but daddy dah request nak makan nasik.so aufa ngan daddy makan nasik la malam ni. petang ni singgah pasar malam beli ikan. minggu ni tak makan ikan lagi. tapi lately sayur sentiasa penuh dalam fridge.agaknya sekarang musim anak-beranak makan banyak sayur kot.aufa pon makan sayur macam makan nasik dah skang.bagus betul.

^_^

oh lupa.. Happy Birthday untuk my second brother.Happy 37th. Belum berkahwin dan bekerja sendiri, sapa-sapa ada nak rekemen kakak, makcik, sedara mara masing-masing, range umur 25 tahun hingga 37 tahun sila roger aku. mak aku dah bising-bising tinggal abang aku sorang ni ja lagi tak kahwin.
 

28 February 2013

Janji tak ditepati !

nasib baik la aku ni penyabar.tapi kalau sabar lama-lama pun tak tahan beb.masak santan lama-lama pun nanti naik kepala.memang sejak jadi emak ni tahap kesabaran selalu la tercabar.

cerita dia macam ni...

ingat tak dalam post online-shopping-awal-tahun-2013 aku ada beli 2 barang.beg dan baju aufa. beg dah dapat so no hal lah kan. baju aku order 12 DECEMBER 2012 ye kawan-kawan sekalian. siap bayar semua dah. masa order dia tak cakap pun pre order. then aku tanya bila nak poskan.dia cakap yang ni pre-order so, END OF JANUARY baru barang sampai. so aku pun oklah.tak lama pun nak tunggu (walaupun kena tunggu sebulan), amik saiz 80.sebab pikir aufa time tu baru 1tahun.80 muat la kan.

kemudian, 17 JANUARY 2013, dia pm bagitau baju akan sampai lewat dari tarikh.katanya END OF FEBRUARY baru dapat.aku pon AGAIN, sabar dan cakap ok. saya tunggu.

dan harini, saya pm dia pulak sebab dah END OF FEBRUARY kan.dan dia reply,

"Sorry sis, supplier bagitau MID MARCH"

sekarang cuba bagitau aku, apa aku nak buat? aku ni tak pandai nak marah orang yang tak kenal ni.aku paham macamana depa sebagai peniaga susah payah order dari supplier.dan depa pun bergantung kepada stock yang supplier ada.tapi bila dok delay sampai 3,4bulan, aku beli saiz 80 sebab ingat boleh dapat la secepat mungkin.budak-budak ni cepat besar.kang lepas ni delay lagi 18bulan, baju nak bagi sapa pakai? nak bagi daddy aufa pakai? nak bagi kucing jiran depan umah aku ni pakai? tak muat bukan depa nak tukar pun.sapa rugi? aku jugak.

sapa-sapa kat sini pernah order baju anak lepas tu kena tunggu 3,4 bulan baru dapat?

mungkin lepas ni takkan order dah kot yang PRE-ORDER punya item.aku tak salahkan peniaga itu, tetapi apakan daya aku cuma customer yang pilih barang-bayar-nak barang cepat. so next time belilah READY STOCK item kalau takmau menunggu sampai tua unless anda kenal dan pernah berurusan dengan peniaga tu.

sebab tu aku tak suka letak PRE-ORDER item dalam online shop aku.sebab aku deal dengan supplier online,communicate online, aku tak tau pun condition pengilang supplier tu macamana.PRE-ORDER item ni adalah barang yang currently tak ada dalam tangan peniaga yang mana peniaga perlu order dari supplier then supplier order dari pengilang then kilang buat dan bayangkan berapa banyak supplier pengilang tu perlu handle dan taktau lah apa yang berlaku lagi sampai barang asyik delay..delay..delay..wallahualam.

 
harap-harap bila baju ni sampai kat tangan nanti,muat la nak pakai.kalau tak terpaksa la sedekah kat orang or simpan untuk next baby.kesian aufa..
 

27 February 2013

Mari Menggalak dengan 'Your Name In Korean' !

hari ni hari Rabu. tengah tunggu keja masuk.sekarang cuma kena revise notes. bila revise-meng-revise dan baca-membaca ni, mata pon setan dok bergayutan.jadinya kena rehat sat, meraban sat pastu baru boleh sambung balik.bukan tak boleh basuh muka, tapi memang tak berkesan sebab opis sejuk macam dok obersea.

jadi, Wordless Wednesday kita tukar jadi Hari Menggalak. Galak means gedik. ni aku amik dari Facebook Choclairs Malaysia (ada kenangan dengan coklat Choclairs masa sekolah,sebab tu like page Choclairs..teheeee)

skang tengok budak-budak hingusan asyik-asyik k-pop.meluat pulak aku.serius tak minat langsung artis korea.tapi aku dulu time uni pon rajin jugak la tengok drama korea.teringat sorang housemate aku dulu, tido pun nak kena pasang lagu korea.ntah apa-apa la.

so jom try main ni plak.

 
Nama aku LEE JI HWA. tak sedap langsung. budak chinese kat opis aku ni kata nak differentiate antara nama chinese pompuan dan lelaki adalah dari sebutan dia.kalau sebutan soft sket tu pompuan la.kalo kasar ja sebutan, nama laki la.so aku teka korean and japanese name pon sama la kot. LEE JI HWA. bunyi macam pompuan.hehehe.

jadi apa nama anda-anda luar sana yang pemalas macam saya harini? :p
 
 

26 February 2013

Kenali Poo Poo Anak Anda

OK. hari ni nak sembang pasal poo poo baby. oleh sebab baby just minum susu, jadi poo poo dia tak la busyuk macam poo poo kita. unless dia dah start makan macam-macam, poo poo pun ada bau sikit la.tapi sebagai mak, bau poo poo anak tu no hal lah.dah lali.kebal dah.tapi daddy aufa sampai sekarang, kalau nak suruh cebokkan aufa berak macam nak suruh bertukang buat sebiji rumah.sabar jelah.

So, setiap baby itu berbeza. berbeza dari segi penghadaman dan bergantung pula pada apa yang dia makan.secara normalnya,


Baby yang masih menyusu badan akan poo poo lebih kerap berbanding baby yang menyusu formula.Mereka mungkin akan poo poo setiap kali selepas minum. Apabila semakin membesar, poo poo mereka akan lebih besar dan lebih solid.


Menurut Bristol Stool Form Scale

Type 1 berada paling lama di dalam usus. Diikuti dengan Type 2 dan seterusnya sampailah Type 7 yang paling sekejap dalam usus. sebab tu bila anak-anak sembelit, dia susah nak berak sebab poo poo keras.

Poo poo yang paling ideal (ideal? hehehe) adalah Type 4 dan Type 5 dimana strukturnya lebih lembut dan mudah dikeluarkan.

Berhati-hati kalau anak anda dah makan solid food tapi masih keluarkan poo poo Type 7.mungkin perutnya tidak selesa.kalau kerap mungkin diarrhea. Apa-apa pun, setiap baby berlainan.Aufa biasanya Type 4, Type 5 or Type 6. tapi satu-satu masa kalau dia malas minum air masak, jadilah Type 1. taik kambing.hehehe.

Selamat Menyiasat Poo Poo!

Source : Chidhood Constipation
 

20 February 2013

Alhamdulillah demam aufa dah kebah..tapi..

Last 2 weeks Aufa dah demam, selsema dan batuk.lepas tu dah ok.dah lega dan dia pun main,makan macam biasa.tapi weekend haritu tiba-tiba dia demam lagi.siap cirit-birit, muntah-muntah.teruk jugak sebab dia tak mau main, tak mau makan.nasib baik still nak minum air.takut sangat dia dehidrasi.

Bawak pergi Children Hope Hospital kat sungai ara.doktor tu cuma cakap, mungkin perut dia tak selesa sebab mungkin dia ada makan or masukkan something kotor dalam mulut. memang aufa uka sangat masuk barang dalam mulut.Suhu badan aufa memang tinggi.doktor nak masukkan ubat ikut bontot.tapi oleh sebab aufa cirit birit, doktor tu cuma bagi ubat demam ikot mulut on the spot la.memang suhu dia turun.tapi aku tau dah lepas 4-5jam mesti suhu dia naik balik.

pukul 4 pagi suhu badan dia naik balik.aku berjaga sepanjang malam monitor suhu badan dia.jelum dengan air asam dan bagi minum air kerap.hari ahad mak abah aku datang penang sebab risau.petang ahad aufa sampai berguling-guling macam sakit perut sangat-sangat.mak aku sapu minyak dan bacakan ayat-ayat Al-Quran sikit dan alhamdulillah dia ok dan terus tidur.esok hari isnin tu demam dia dah kebah dan dah tak muntah.tapi cirit masih ada tapi tak sekerap sebelum tu.tapi aufa nampak selalu letih.tapi masih lagi bangun dan main.Alhamdulillah.

semalam hari selasa, babysitter cakap aufa main macam biasa.tapi bila dia letih dia pergi baring-baring atas katil.lepas tu sambung main.kesian sangat.mungkin letih sebab belum recover sepenuhnya.makan pun dah macam biasa.semua benda pun dia nak makan.tapi aku dah pesan kat babysitter jangan bagi makan berat-berat sangat sebab perut dia tak ok lagi,susah nak hadam.aku bekalkan air barli, roti bakar pisang.nasi tak bagi sebab memang dia takmau makan nasi.nasib baik la susu dia nak dan air minum banyak jugak. aku ada baca kalau baby cirit birit kena stopkan dulu susu.tapi memang tak sampai hati sangat-sangat bila aufa amik botol dan tunjukkan kat aku cakap "nak..nak".oh sungguh menghiris jiwa raga.aku buat la sikit susu.bila dia marah sebab tak kenyang,aku bagi air kosong/air garam (yang doktor bagi).

malam tadi aufa dah bangun lari-lari main dengan dedi macam biasa.cuma kadang-kadang dia macam letih sket dan sentiasa nak ibu ada dekat.asyik "mama..mama..mama" lepas tu bergantung kat kaki ibu.

esok dah amik cuti untuk checkup susulan.tengok macamana condition dia.takut dia demam semula.sebab ada kes anak kawan.demam asyik ON OFF, rupanya dah kena jangkitan kuman,kuman dah naik ke paru-paru.Nauzubillah..mintak la Allah jauhkan semua tu dari Aufa.

Semoga cepat sembuh sayang, semoga Allah sentiasa pelihara Aufa. AMIN.