25 January 2011

Misi NiQuitin?

pernah tengok iklan pil NiQuitin kat tv yang turun-turun tangga merangkap berkurangnya minggu untuk nak kurangkan lalu berhenti merokok? tiap kali aku tengok iklan tu mesti teringat Nobi. rasa macam nak belikan pil ni sebab beliau sangat susah nak berhenti merokok.hangat-hangat tahi kambing. sampai demam-demam kalau stok rokok habis.


rupanya NiQuitin ni bukan setakat pil saja, ada yang lain. ada 3 pilihan.


1. NiQuitin Minis Mint Lozenges - design to help you quit one cigarette at a time


2. NiQuitin Patches - design to give you 24hours craving relief.


3. NiQuitin Lozenges - discreet way to manage your craving.


kalau tak tau nak pilih yang mana satu yang sesuai untuk diambil, sila lawat website NiQuitin ni. kena jawab sedikit soalan.contoh macam screenshot kat bawah ni.








tapi pesanan keras dari aku, kalau hati separuh ikhlas nak berhenti, tak tabah, tak cekal, tak sungguh-sungguh dan tak tahan kena kutuk dengan kawan-kawan bila bagitau kawan-kawan nak berhenti merokok lalu dihina,diketawakan dek kawan-kawan.tak dak maknanya makan ubat selori pun. tak kan menjadi. sila lupakan saja.

perokok ni kalau takat letak gambar geli-geli kat kotak rokok, iklankan pasal bahaya merokok, takkan bagi efek pon.dah keluar fatwa kata rokok HARAM pun, haram depa nak heran. melainkan letak bontot cik bab kat setiap batang rokok,mungkin depa akan berhenti.mungkin la kan.


so kepada sesiapa yang mempunyai pasangan yang kuat merokok, bersabar la.kalo dah depa liat sangat nak berhenti, bantu la mana yang patut kan. kalau dah kahwin, cuba ugut-ugut sikit. u tak berhenti merokok, jangan tidur dalam bilik okeh.hehehehehe.


apa-apa pun gunakan kreativiti sendiri la.insyaAllah, kalau depa sayang diri, sayang anak bini, depa akan berhenti jugak walaupun amik masa yang lama.


atau lepas orang yang depa sayang KO sebab hidu banyak sangat asap rokok.


ni ada aku amik cara-cara nak berhenti merokok dari website JustKhai :

1. Gula-gula Hacks merah sentiasa letak dalam beg.
- Setiap kali rasa nak berasap, makan gula Hacks ni cepat-cepat. Automatik tekak korang yang kononnya dahagakan asap tu, akan terbantut dek rasa ketidaksedapan gula-gula tadi.


2. EyeMore dalam beg.
- Rasa 'sangap' nak berasap, titikkan EyeMore dalam mata. Korang akan rasa segar since si perokok ni kalau tak dapat rokok, seriously akan buat dia rasa mengantuk. Mata merah. Si perokok gelarkan perkara ni sebagai 'sangap'.


3. Beli rokok tak sedap.
- Kalau korang dah hisap rokok Dunhill bertahun-tahun, korang akan rasa rokok lain tu semua rasa macam bangsat terutamanya yang lagi murah dari rokok yang biasa korang hisap. So tips ni agak susah. Apa rokok yang paling korang benci nak hisap, itulah rokok yang korang beli. Rasa gila babi punya sangap nak hisap rokok (desperados), amik rokok tadi, masuk mulut dan bakar. Automatik mental korang akan reject rasa rokok tu. Tapi sila paksa untuk hisap sampai habis. InsyaAllah korang akan ambil masa beberapa hari nak habiskan rokok tadi. Ingat, disiplin perlu ada. Jangan buang rokok tu pergi juga beli rokok yang korang suka pula. Ingat, disiplin!


4. Mak ayah korang.
- Bukan semua perokok ni ada lesen besar dari mak ayah diorang untuk merokok. Siapa mak ayah yang buat tak tahu je anak hisap rokok tu, baik korang cek surat beranak. Betul ke agaknya korang tu anak diorang? Ntah-ntah bukan kot? Sebab tu dia buat bodoh je korang nak mati cepat? Untuk yang tak dapat lesen tu, setiap kali korang sembur asap tu, bayangkanlah muka diorang. Betapa kecewanya kalau dia tahu anak dia buat perkara yang dia tak suka. Ala macam iklan kat TV tu lah, "dont break my heart". Korang kalau nengok iklan tu dan cakap "ada aku kesah", sah la korang ni tak sayang mak bapak korang. Teruk punya anak!


5. Air meneral letak tepi.
- Doktor selalu pesan banyak-banyakkan minum air kalau nak berhenti merokok. Sebabnya bila si perokok tak dapat nak berasap, dia akan rasa sentiasa dahaga. Sebenarnya bukan dahagakan air tapi lebih kepada dahagakan asap. So bila rasa macam tu, minum air meneral sampai kembung perut. Sure tak ingat rokok lagi dah. So pastikan air meneral sentiasa ada.


6. Bila melepak kat mamak.
- Kalau korang ada rokok sekotak, bila nak pergi mamak jangan bawa rokok tu. Untuk si perokok, lepak mamak tanpa rokok adalah perkara paling membosankan sebenarnya. Lagi-lagi kalau nengok bola kan? Rasa nak tido je atas meja mamak tu. Hehe. So paksa diri korang supaya jangan bawak rokok tu. Kalau rasa sangap sangat dah macam nak tidur atas meja mamak tu, beli rokok sebatang kat mamak tu. Sebatang dah 70 sen. Dua batang dah 1.40. Tiga batang dah 2.10. So korang akan nampak larung gila duit keluar beli batang-batang. So korang akan habiskan 3 batang je la masa tu. Berbanding korang bawak sekotak rokok, 4 jam lepak mamak, silap-silap habis dah sekotak. Terus beli lagi sekotak yang baru.



Source: www.justkhai.com

so, apa yang penting?? bukan KERJASAMA ye. sebab kerjasama kawan-kawan yang baik hati tolong suakan rokok tu la yang melingkupkan kesihatan anda.yang sebenar-benarnya penting disini ialah DISIPLIN, hati mau CEKAL, AZAM mau tinggi.


Not so 'kursus kahwin'.hehe

apekah maksud not so 'kursus kahwin'? aku pun tak tau.hehe.hujung minggu haritu temankan encik tunang pergi kursus kahwin.beliau bawa sorang lagi member beliau untuk temankan.aku pun tak faham apa motif bawak aku untuk temankan beliau kalau dah ajak member beliau untuk temankan.aku pun on jelah.lagipun aku amik kursus kahwin pun dalam 2 tahun lepas.dah lupa dah.so aku temankan jugak la.menumpang ilmu.tak ambil ujian apa pun.memang menumpang sungguh la.tak amik sijil.takyah tandatangan kedatangan pun.kena bayar cuma RM30 untuk makan dan buku.kursus kahwin ni buat dekat masjid negeri Pulau Pinang.

masa beratur nak daftar tu, aku ushar-ushar la sapa-sapa budak pompuan yang bleh buat geng nak duduk dalam dewan nanti.ringan-ringankan mulut berkenalan.hehe.nasib jumpa sorang budak ni yang satu kepala.nasib...

ramai betul yang mai kursus.tapi aku rasa kebanyakannya muda-muda lagi dan mai dengan pasangan saja-saja nak amik kursus.bukan nak kahwin lagipun. dan aku perhatikan ramai budak pompuan rasanya lahir kat obersi kot sebab suma mata berkaler-kaler.biru, hijau.

then ada dua orang budak pompuan ni.pakai jubah,pashmina bagai.celak penuh mata.memang macam orang arab dah aku tengok.tapi sayang,depa tak kawan dengan orang lain dah.asyik berdua ja.pelik aku tengok.tapi aku suka tengok gaya pemakaian depa.telekung depa pun cantik.sorang pakai warna kelabu dan sorang lagi purple.telekung jenis skali dengan kain.labuh.macam jubah.sekali sarung.

lagi sorang budak ni,mula-mula aku tak perasan pun fizikal dia tu.tak perasan pun muka dia.tiba-tiba encik tunang bagitau budak tu nampak macam pregnant.bila aku tengok sendiri memang konpem dia pregnant.bukan buncit.no wonder lah dia asyik galas beg besar sambil cover-cover perot dia.pernah sekali aku tengok dia punya pasangan lalu sebelah dia dan tolong tarikkan beg dia macam suruh cover perut tu.hmmmm...

overall kursus kat sini memang best la.cuma bila part kesihatan tu yang tersengguk-sengguk.doktor tu asyik baca slide ja.tak bagi contoh langsung.fakta pun ada yang silap.aku yang tak amik medic ni pun tau kata silap ni.ish.ish.ish.

macamana pun,bila mai nak kahwin dan mai dengar kursus kahwin, perasaan tu memang tak sama macam dulu pi saja-saja kursus kahwin.keterujaan tu lebih.hehe.

yang paling aku ingat ustaz tu pesan, "jangan la asyik panggil suami 'abang' ja.panggil la panggilan yang lain sikit.yang menambahkan kemesraan, gurauan yang mengeratkan hubungan".

ok.aku nak panggil encik tunang nobita.tapi ringkaskan lagi NOBI.comel kan?kan?NOBI....panggil lanjut-lanjut ala-ala manja + gedik-gedik sket.NOBI ku sayang.agagagaga.

lepas ni dalam entry mana-mana takmau mention dah 'encik tunang'.nak guna ganti nama NOBI ja.

nanti lama-lama dah bosan tukar plak panggil DORAEMON. singkatan MON.moooooonnnnnn....

24 January 2011

Resepi : Baked Mashed Potato

Bahan-bahan:
7-8 biji kentang (saiz kecil)
bawang putih 2 ulas (dikisar)
lada hitam secukup rasa (halus)
lada putih secukup rasa (halus)
garam
susu cair
keju
aluminum foil

Cara membuat :
1. buang kulit kentang
2. rebus kentang, letak sedikit garam.rebus sampai seempuk-empuknya.
3. toskan kentang yang sudah empuk tadi lalu dilenyek-lenyekkan.
4. masukkan susu cair, keju, lada putih, lada hitam dan bawang putih yang telah dikisar tadi.gaul hingga sebati.
5. kemudian letakkan kentang tadi diatas aluminium foil.rata-ratakan sedikit dan balutkan.
6. bakar (atas bara api @ BBQ) atau bakar guna oven dengan suhu rendah dalam 25-30 minit.

SIAP!

aku pun cilok resepi ni dari mana-mana ntah.dah try masa BBQ haritu.konpem jadi.hehehehe.sedap kalau ayam bakar cicah dengan baked mashed potato ni. kopok twisties pon enak juga kalau dicicah dengan potato ni kalau takdak ayam bakar.hehehehe.

Nak tipu pon agak-agak la

pernah dapat SMS macam ni?

"Ini abang guna telpon orng, tlong send credit Mexis 30RM k nmbor baru abng 0128640261 abng lgi ada masalh kat balai police ta payah call, sekejap bru abng call"

sila gelak guling-guling dan abaikan bila dapat mesej macam ni ye.agak-agak ah nak menipu pon.sah-sah la keja orang indon nih.ayat ntah apa-apa.MEXIS? ish.kat Malaysia ni mana ada company telekomunikasi nama MEXIS.hehehehe.

kalau nak menipu pon, belajar la bahasa malaysia bagi betul dulu.ni kalau ada sapa-sapa yang tertipu memang kesian tak tau nak cakap la kan.sila pi hentuk kepala kat dinding ye.jelas lagi terang nih.

budak umur 2bulan pun tau mesej ni tipu.apatah lagi orang dewasa malaysia yang pintar ni kan.hehehehe.

tu tak termasuk yang SMS cakap menang peraduan SHELL, menang RM19,000. lepastu siap call suruh pergi ATM la apa la. kan dah dinasihatkan jangan percaya.tapi ada jugak makhluk bangang dok percaya.ingat diri sendiri bertuah sangat la kan dapat RM19,000. pastu kena pukau habis licin duit dalam akaun. pastu buat report kena tipu, gambar masuk paper sambil cover muka dengan surat laporan polis.hahahaha.

kawan aku pernah dapat panggilan macam ni.bila kita tanya depa macam-macam dia marah kita pulak.yang pasti slang cakap tu paham-paham la bahasa apa kan.tanya no akaun maybank, bila cakap takdak, dia tnya pulak bank lain.hadoi..

lagi satu pasal MLM ni.kadang-kadang nak tergelak dengan depa yang obses sangat berbisnes cara macam ni.keluar modal,lepastu cari orang.bila tanya jual produk apa, tunjuk la produk macam-macam.tapi tengok tak jual pun.motif cuma nak cari orang ja.benda simple sangat, cari orang dan dapat duit.bila dah cari orang,yg atas mesti akan lagi untung.sistrem piramid.bukan ka dah keluar kata skim piramid ni haram? menindas orang dibawah.

setakat ni aku dah 3x pi dengar benda-benda macam ni.yala, kawan lama call,ajak keluar minum-minum.tapi bila jumpa dok promote masuk benda alah ni.cuba bayangkan.teros hilang mood nak berkawan.tapi layan jela kan.

kali pertama pasal satu bisnes ni.ala, yang hari tu kantoi masuk paper yang abis kereta mewah kena tarik la apa la tu. modal 40k.ofkos la kena buat loan. lepastu cari orang.ada yang berenti kerja buat full time.sekali kantoi.sekarang tengok yang mana pakai BMW,dah pakai KANCIL.camna tuh? hihihihi.

kali kedua pasal jual kad pembelajaran online.tapi masih kena cari orang.konon nak bantu anak-anak melayu belajar online,lebih efisien.padahal nak cari orang yang lebihnya.jual barang tak tara mana pun.yang tu pun tengok tak kemana pun.ada yang masuk, dengar kata tiap bulan dok pi pinjam duit nenek sendiri.betul ka tidak wallahualam...

kali kedua bisnes apa kebenda ntah la.tak tau produk apa.yang pasti depa asyik sebut environment kerja dia best.satu team semua satu kepala. ada yang baru habis belajar terus buat bisnes ni fulltime.tak pernah hantar resume kerja pun.ramai yang kerja cikgu masuk bisnes ni.mula-mula part time.lepastu berenti cikgu buat fulltime.apa dah jadi ni?kereta toksah cakap la.BMW tu kira bersepah la geng-geng depa ni.ayat dia lebih kurang macam ni

"tak payah susah payah cari orang pun.bisnes ni tak perlu cari orang.kita cuma nak cari team member yang satu kepala.baru syok kerja"

ok.fine.TEAM MEMBER tu bukan ORANG ka bongok?hadoi la.asas semuanya masih sama.kena cari orang.tak dapat orang tak dapat la duit.kerja apa la macam ni.tak nampak kat mana relevannya buat kerja macam ni.

kalau aku, aku lebih suka buat kerja yang nampak jelas dari atas sampai bawah.kalau jual produk, ada akad dia.jual beli yang jelas.

aku pernah masuk dalam forum yang bincangkan pasal MLM ni.biasa la.bila forum, ramai orang.ada yang sokong, ada yang tak sokong.gaduh-gaduh.baca pun sambil tergelak. yang sertai bisnes macam ni ofkos la depa sokong.siap kata,

"kerja gomen or swasta pun kira piramid la jugak.ada bos.kita buat kerja untuk bos.bos dapat duit banyak, kita yang kerja penat.menindas jugak tu"

ok.aku cuma nak kata orang yang cakap macam tu adalah BODOH SOMBONG.dah la bodoh,pastu dok buat kepala tau.dok keja gomen or swasta memang la ada yang jadi bos, ada yang jadi pekerja.tapi ada ka pekerja kena bayar duit untuk dapat gaji?selama aku dok kerja ni tak pernah pulak company aku mintak duit lepastu guna duit aku untuk bayar gaji bos.gaji bos pun dibayar sebab dia pun kena buat kerja.dah dia kerja kuat,kerja lama,ada pengalaman, belajar pandai, memang la dia jadi bos kan.adil la kan?

ada pulak yang bangga sebab dah dapat pulangan lumayan hasil buat bisnes ni.bangga pulak dapat sara parents guna duit ni.lagi bangga dapat beli keta besar-besar.elok-elok kerja sanggup berhenti.bayangkan la ada yang kerja polis, cikgu.

tolong la beringat.pikir elok-elok.nak cari rezeki biar jelas punca dia.nak bagi makan anak bini.jadi darah daging.jangan la kena tipu hidup-hidup!

Persediaan fizikal saya untuk ke gerbang perkahwinan?

Wajah? muka saya spesis yang berjerawat dan tak bermusim.maksudnya muka sentiasa akan berjerawat sekurang-kurangnya sebiji. tak kira la waktu bulan mengambang, bulan sabit dan sebagainya. jadi ini merupakan satu masalah besar la kan.parut jerawat pun payah nak hilang. ditambah dengan tahap resdung yang sederhana menambahkan lagi kemeriahan wajah. jadi baru-baru ni dengan peritnya saya keluarkan duit membeli PROACTIVE SOLUTION.

ingat tak dulu time sekolah rendah,tengok tv waktu tengahari, ada iklan SmartShop? ha, kadang-kadang kuar pasal product ni la. asalnya kakak aku yang suggest suruh guna product ni.dia cakap husband dia masa study obersi dulu byk jerawat yang agak kronik.lepas pakai product ni muka dah ok.harga? bagi aku mahal la dah aku memang kedekut pun kan.hehehehe.aku baru mula pakai tak sampai seminggu.memang jerawat cepat surut.lepas pakai rasa halus ja kulit muka ni.promote..iklan tak berbayar nih.hehehe.

  
kemudian untuk dalaman, aku cuma minum minuman coklat collagen/ COCOA COLLAGEN. dapat melancarkan perjalanan darah, atasi kelesuan dan lain-lain.dah minum sebulan dah collagen ni.dan memang ada orang tegur kulit licin dari dulu.muehehehe.bila dah perjalanan darah ok, jerawat pun insyaAllah malu dan segan nak keluar.sedap pun sedap.tengok kat kotak tu tagline dia, "Kembalikan Keremajaan Wanita". faham? tapi nak tekankan kat sini,aku kalau minum kopi or apa-apa minuman yang konon tak mau bagi mengantok memang harem la nak berkesan.langsung tak berkesan sebab aku masih boleh tidur nyenyak dalam masa 5minit.so aku minum collagen ni cuma nk bagi cergas dan nak licinkan kulit dan nak elak tumit kering dan merekah.

untuk persediaan kehamilan saya sudah mula makan ACID FOLIC. ya, persediaan kehamilan. orang awal-awal kahwin ni, tolong la jangan set dalam minda,"nak rancang dulu, nak bulan madu dulu dan lain2". rugi.takut rancang punya rancang, tengok-tengok 10tahun tak dapat anak lagi.lepas dapat anak sorang nanti, kalau nak rancang, rancang la.betullah kata kawan saya, bila ambil acid folic ni rasa lapar sentiasa.asyik nak makan ja. walau macamana pun.tak ada effect negatif lain.macam makan vitamin.

dan akhir-akhir ni kulit asyik kering ja.kering sampai mengelupas terutama bahagian badan.beli losyen bukan main banyak,tapi kalau dah malas, tak guna.mula-mula rajin la sapu satu badan.tapi sekarang pagi-pagi sebelum pi kerja ja sapu losyen.tu pun bahagian tangan ja.so aku bercadang nak beli mandian yang ada pelembab.sebab mandian mesti akan pakai punya tiap kali mandi kan.so nak try apa?

rambut plak memang tak dapek nak nolong.spesis rambut tebal dan kasar tak hengat.sekali syampoo mesti letak syampoo penuh satu baldi,buh air sket,kacau-kacau lepastu celup kepala dalam baldi. nanti nak dekat-dekat majlis baru nak pi cuci rambut kat kedai.

ok.apa lagi yang aku tertinggal?nak besarkan payudara?mantopkan bontot?? hahahahha.

21 January 2011

1 month and 3 weeks to go, Preparation 30peratus??!

30%...30%...tak mau kawen..tak mau kawen...wuwuwuuuuuu...

dah buat appointment dengan kedai pengantin.nak buat baju baru.cheh, masa dah suntuk ada hati mau buat baju baru ye.hapa plak..orang dah offer nak buatkan baju baru dengan harga berpatutan,takkan cek nak tolak pulak kan.cek lagi suka sebab boleh pilih design dan tema sendiri.hikhikhik.tema cek secara rasminya ialah
Turquoise Brown

dan idaman hati buat masa ini ialah

tema dan design baju
Pelamin
Hiasan Katil
Meja Makan
Contoh Kad Kahwin
i akan cuba DIY pomander ball macam ni tapi jadi hand bouquet untuk bunga tangan akad nikah. untuk majlis nanti takyah sebab sekali pakej dengan baju semua.

ok.ni baru perancangan.tak terlaksana lagi.kita macam angan-angan mat jenin la kan.hehehe.ok la tu.ada jugak impian kan.harap semua yang nak ni jadi kenyataan.

husna, chaiyok,chaiyok!!!!

[credit to pemilik gambar-gambar diatas ye.aku pun dah lupa kat mana aku ambil gambar-gambar ni semua.mintak maaf ye tuan gambar.]


15 January 2011

Hukum memakai inai

Hukum memakai inai adalah HARUS.tetapi melukis corak-corak pada tangan dengan menggunakan inai macamana pulak?


Petikan ini diambil dari utusan.com.my dalam ruangan Bicara Agama. jawapan diberikan oleh Ustaz Abu Hassan Din (Ustaz Hassan Din).


picture source : Google

Soalan : Apa pula hukum melukis inai pada tangan terutama bagi gadis yang mahu berumah tangga?


Jawapan :


Islam melarang perbuatan melukis pada mana-mana anggota badan tidak kira apa juga bahan yang digunakan sama ada kekal atau sementara.


Ini ditegaskan dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Allah melaknat (washam) yang bekerja sebagai melukis di badan orang dan orang yang meminta supaya dilukis".


Sepatutnya, berkahwin itu adalah perbuatan yang baik, maka jangan dicampur aduk dengan benda atau perbuatan yang kurang baik lebih-lebih yang khurafat.


Dibimbangi akan kurang keberkatan dalam perkahwinan tersebut.Tentang pakai inai ia memang diharuskan tetapi jangan dilukis.


Demikian juga dengan upacara menepung tawar yang kini dilihat sudah jadi tradisi dan sebati dalam masyarakat. Sedangkan ia bukan budaya Islam.


Sebab itu, ulama berpendapat perbuatan merenjis dengan tepung tawar itu untuk tujuan apa sekali pun adalah termasuk dalam bidaah dan khurafat. Ia patut ditolak.


Ada juga sebahagian ulama yang membolehkan merenjis dengan syarat jangan guna tepung tawar. Gantikan dengan benda lain seperti merenjis air mawar.


Kedua, jangan ada niat tertentu tetapi seelok-eloknya jangan amalkan budaya ini.


--------------------------------------------------------------------------------------------------


aku pernah pakai dua kali inai (henna) yang dilukis-lukis.first time masa study matriks dulu.siap tolong lukis kat kawan-kawan chinese lagi tuh.tapi takpa la depa bukan Islam.huhu.kali kedua tahun lepas.jalan-jalan kat BJ, ada orang wat promosi henna.try la pakai.tak tau lagi masa tu yang tak boleh lukis-lukis ni.


ok.dah tau sekarang.so kahwin nanti aku just pakai inai macam biasa kat hujung jari saja.itupun nak pakai inai henna tu saja sebab cepat hilang.tak mau pakai inai daun.mau berbulan-bulan baru hilang tu.dan darah aku bukan elok sangat.orang kata kalau darah elok,jari jadi merah elok bila pakai inai.tu tak masuk lagi tak boleh bagi ayam tengok la apa la.haish.


dan aku ELERGIK inai sebenarnya.tapi suka bau dia.suka sangat-sangat.bila pakai, lepas 2,3hari terus gatal-gatal dan naik macam kudis bisa yang berair tu.gatal gilos.so better pakai inai henna.cepat hilang dan tak payah la aku menanggung siksa menggaru-garu tangan ni.

14 January 2011

Nak buat simpanan untuk pergi Haji?

mahu promote bisnes kakak aku, seorang suri rumah professional dan agent insurans berjaya.hehehe.sejak beliau menjadi agent insurans ni, kira satu family ada insurans macam-macam.termasuk sepupu sepapat semua dipaksa amik insurans.ni nanti esok-esok aku ada anak, beliau dah sebut siap-siap dah suruh amik insurans kat dia.so, dah tak boleh nak lari la kan.tapi zaman sekarang memang digalakkan ambil insurans.banyak sangat faedah dia.selain dari tak menyusahkan keluarga bila kita dah tak ada nanti.

Takaful Ikhlas ada produk baru dipanggil Ikhlas Hajj. ini sesuai untuk orang yang belum pergi haji dan ada plan nak pergi dalam masa 10,20 tahun akan datang.

simpanan dalam ni boleh la buat top up simpanan dekat tabung haji...sebab yang utama pelan ni disyorkan ialah kalau tak sempat pergi haji masa kita dok simpan dalam pelan ni, maknakata..mati la...Takaful Ikhlas akan buat upah haji dari coverage kita tu..jadi tak bebankan waris la..lebihan coverage dapat kat waris..

salah satu sebab ia disyorkan ialah pelan ni tak mahal..kalau budak-budak serendah RM19.50 sebulan...kalau dewasa mungkin dalam RM30 ja.


aku rasa semua orang mampu kot banyak tu.daripada dok berpoya-poya buang duit beli benda tak berfaedah kan.

jadinya, kalau berminat dan nak tau lebih lanjut, sila email kepada
lubnaz77@yahoo.com.  

atau bleh ja email kat aku.nanti aku bagi contact number beliau. husnaza@yahoo.com

13 January 2011

Antara Holga, Diana dan Fisheye

woott..woottt..dari tahun lepas lagi aku dok berkenan si Holga ni.tapi hasrat tak kesampaian lagi.dok teringin dari kejauhan saja.tiba-tiba hari ni terpandang pulak pada satu link yang aku simpan,buka je terus nampak HOLGA.aduh..jatuh hati lagi.aduh..aduh..

kali ni perasaan nak beli tu macam lagi membuak-buak.tapi masih pikir-pikir.nak beli ke tak?

This is si Holga 135

Design dia macam klasik kan?tapi tengok gambar yang terhasil pasti akan tertawan.aduh..tengok ni


macam professional jerkk..suka.suka.suka.i loikeee!
Yang ni pun berkenan jugak.This is Diana Mini

 

Gambar dia pun cun jugak.tengok.

tak perlu edit-edit dah.capture dan nah! cun weyh...

Yang ni design memang cun + comel.kan?tapi pattern gambar dia i tak berkenan sangat.fish eye.This is Fisheye No. 2.
dan this is gambar yang terhasil.


tapi aku rasa lense fisheye yang kat atas tu boleh cabut.kalau tak silap la.sebab aku tak suka gambar dia cam bulat-bulat macam tu.nak gambar normal je.tapi design dia memang cun.modern sikit la dari Holga 135 dan Diana Mini tu.macamana pun aku suka semua! rasa macam nak beli semua. kamera-kamera ni ada aksesori dia.kena tambah duit la kalau nak dengan aksesori dia.contohnya macam KOLA color filters, Holga Wide-angle lens dan lain-lain lagi.harga pun mampu beli.kalau rasa nak tangkap gambar dan nampak macam pro,beli la.hehehe.

all pictures credited to this website ----> The Click Shop
nak tengok design-design lain yang comel-comel,sila lawat website ni jugak ye.

1st day makan acid folic

yup.aku baru ja beli acid folic semalam. hari ni baru start makan.bagi sesiapa yang macam tertanya-tanya kenapa aku makan acid folic.sebabnya acid folic dapat melicinkan kulit selicin-licinnya, memontokkan tubuh badan dan membuatkan kamu bertukar kepada seorang model yang tip top! hahahaha.aku tipu.sila rujuk entry ni untuk maklumat lanjut ---> Tips sebelum kahwin 1

lepas makan terus rasa macam wowww....fuyyoooohhh..homaigodd...tak rasa apa.hehehe.kawan aku cakap dia makan acid folik rasa macam cepat sangat rasa lapar.lepas 20minit makan tengahari dah rasa macam nak makan lagi dan lagi.aku?aku memang sentiasa lapar pon.so tak ada beza.makan.makan dan makan lagi setiap minit.

semoga dengan pengambilan acid folic ni kesihatan aku akan bertambah baik dan tubuh badan aku bersedia untuk masa hadapan.ehem.ehem.uhuk.uhuk.ngehehehehe.

sungguh tak sabar mau jadi bini orang.gataiii!!!!

Ujrah yang menyusahkan

oohhoiiii...menyesal aku apply ujrah. konon nak kurangkan beban bayar 'BUNGA' pinjaman.tapi macam menyusahkan lagi ada la.complex + complicated.buat jela isi semula borang online.ni nak kena pos-pos plak.dengan duty stamp bagai.kuno betol la.ni la orang kata KERENAH BIROKRASI yang banyak songeh tak lain tak bukan nak menyusahkan orang.

aku terbaca dalam satu blog yang komen pasal ujrah.aku rasa ayah beliau dah meninggal dunia (Al-Fatihah..).then masa apply ujrah tu dia dah state status bapa dia tidak diketahui.means dah meninggal or tak dapat dikesan la.tapi bila dapat reply yang ujrah dah diluluskan,dalam borang depa letak pulak nama penjamin ialah ayah beliau.masa beliau apply PTPTN time study dulu, beliau letak penjamin ialah makcik beliau.pelik kan? kemudian beliau call ptptn nak suruh tukar la.tapi kena sound pulak dengan orang tu.siap cakap kalau rasa ujrah menyusahkan tak payah la apply,depa buat untuk orang yg betul-betul berminat ja. ada ka orang tak berminat nak kurangkan BUNGA pinjaman?ada ka? aku punya kalau buat potongan gaji tiap bulan kena bayar sampai dekat RM200.tinggi gila.tu kalau mai masa-masa sengkek nak pakai duit, jenuh la.tak dak pilihan.makan PASIAQ (pasir).

ni la kakitangan kerajaan (BUKAN SEMUA tapi yang pastinya MELAYU) buat kerja.malas.lepas tangan.kurang ajar. buat kerja tak bagus mana.mengumpat menjatuhkan orang nombor satu.aku yang melayu ni pun rasa malu.kalau sapa-sapa pernah kerja dengan bukan melayu, memang akan rasa perbezaan tu ketara sangat.kalau si A kerja bagus, si B akan berusaha jugak nak lawan untuk jadi bagus.tapi kalau melayu, si A kerja bagus, siap la dia. si B,C,D,E mula mengumpat, bawak mulut, iri hati sampai ada yang sanggup bomohkan.aku bukan cakap kosong.adik beradik,kawan-kawan aku pun ramai kerja gomen.memang tu kenyataan dia. memang ada yang dah kena.

kalau kerja dalam gomen, dikelilingi rakan sejawat berbangsa Melayu, kalau tak pandai bermuka-muka, kipas-kipas, kerja 2,3 bulan dah rasa macam nak hentuk kepala kat dinding.tension dowh..aku bukan nak kutuk bangsa sendiri.sapa la nak kutuk bangsa sendiri.sesama ISLAM pulak tu.kita kerja biar ikhlas kerana Allah.nak cari rezeki halal.kerja betul-betul.

aku cuma pegang, "kalo cakap banyak,banyak la salah silap dan dosa.banyak jugak sakitkan hati orang".cakap banyak tu macam mengumpat la.kalau cakap banyak hal yang bermanfaat dan berinfo tak pa la jugak kan.

OKEH.berbalik kepada cerita asal.UJRAH.hehehe.gila jauh terlajak ni.ampun.ampun.aku memang kalo naik bab-bab ni jadi hangin sikit.sebab dah banyak kali terkena dan tengok kesan dia atas orang keliling aku.minded kawan-kawan cha ya nun alif kat tempat kerja aku pun memang sangat negatif terhadap gov dan malay.aku rasa sakit hati la sangat.malu.

so aku amik keputusan nak ignore ja ujrah yang aku apply tu.takpalah.bak kata orang PTPTN tu,depa tawar untuk yang betul-betul berminat ja kan.aku dah kurang berminat dah.biar la aku bayar sendiri bulan-bulan takat mana mampu.asalkan aku terus bayar.kenang jasa PTPTN tolong masa belajar (dan susahkan selepas belajar). pasal bunga tu, redha jelah. nama pun BUNGA.akan sentiasa mekar,mewangi,berkembang.dunia.

aku bukan menghasut ni.ikut suka hampa semua la nak amik ka dak ujrah tu.aku malas dah nak pikir.ok.

tata titi tutu adios amigos! lap u! =p

12 January 2011

Susahnya hidup bila bersaudarakan orang kaya

bila ada saudara mara kaya raya,adik beradik berada,sangat la susah. semua benda nak berlumba-lumba.harta benda jadi ukuran talian persaudaraan. saling kejar-mengejar.

si polanA pakai kereta cap A, si polanB terus tukar pakai kereta cap A++.

berbelanja tak ingat.kalau orang lain berbelanja kurang,dikatakan kedekut.padahal orang berjimat cermat.sebab bukan orang senang macam mereka.

kekurangan kita dipersenda. walau sedarah sedaging, kita susah, semua berpaling.
kita senang, semua datang berlenggang

susahnya macam ni.

yang kurang ada dibeza-bezakan.dilayan tak sama.
yang berada dipandang dengan mata bersinar-sinar.

susahnya...

tapi tak apalah.sekurang-kurangnya,BAHAGIA dan TAK pinjam pun duit mereka.takut suatu hari, mereka yang meminjam duit kita pula.

(^_^)

emo sebentar ye.baru lepas kena kejutan 'kesusahan' beberapa saat yang lalu.sedang berusaha mengharungi saat-saat getir yang macam tiada penyelesaian.sedang berusaha untuk bertenang dan berfikir secara rational. Ya Allah, bantulah hambamu mengharungi dugaanMu ini Ya Allah...

11 January 2011

Pengakuan bekas paderi Kristian

ARTIKEL INI DIPEROLEH DARI LAMAN WEB SOSIAL YANG TERKEMUKA IAITU FACEBOOK...
THANKS TO THE INFORMER FOR GIVING US THE MEANINGFUL INFORMATION
KEBANYAKAN YANG TERLIBAT ADALAH DIKALANGAN UMAT ISLAM & MELAYU SENDIRI, SEMUANYA BERLAKU SEMATA-MATA KERANA DESAKAN HIDUP DAN KURANGNYA DIDIKAN AGAMA...SANGGUPKAH KITA MENGGADAIKAN ISLAM DEMI KEPENTINGAN DIRI SENDIRI...
FIKIR-FIKIRKANLAH..
WALLAHUALAM

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.


Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia .


Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina.
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.


Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.... Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.
Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.


Cara-cara berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.


Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.


Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.
Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:


1. Desakan hidup 2.. Kurang agama
Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.
Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)


Beliau beri penerangan kepada 1. Polis Bukit Aman, 2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)
Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat


1. Tidak boleh hisap rokok 2. Tidak boleh minum arak 3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah 4. Tidak boleh kahwin.


Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.


*PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA 'Sebarkanlah walau satu ayat pun'


(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu** dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar.'


(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuksuami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allah hu Akbar'......maha suci Allah

10 January 2011

Apa dah jadi nih?!!! arrgghhhh!!!!

tiba-tiba PANIC ATTACK! mula melayari internet dengan hati gembira dan bersenang-lenang. then tiba-tiba harini termasuk.terjerumus,terjah blog-blog Bride-To-Be yang tarikh perkahwinan lebih kurang aku dan persiapan mereka sangat SUPERB!! dah 90% completed !

wuuwaawoowuuwuuu....apa dah jadi ni..aku cuma siap 5% ja ni.tiba-tiba baru nak terpikir,aku nak kahwin ke tak eh?ke tak nak?ke nak lari dari rumah jeww?apa nak buat??

ni semua gara-gara tarikh asyik berubah-rubah + encik tunang bermalas-malasan (ok.dah mula salahkan orang lain padahal diri sendiri yang malas dan asyik berpoya-poya).gilalah kali ni.haritu tunang pun buat last minute.tapi takpa lah tunang ja.paling koman sua tangan kuar ikut celah pintu supaya bakal MIL dapat sarungkan cincin.hehe.ish.macamana ni.penyakit..penyakit..

what happen nih.tiba-tiba rasa macam dah tertekan (oOps..penah ke aku rasa tertekan sebelum ni?hurrmm).argghhh..kawen pakai kain batik, baju kedah.bole tak agak-agak? pelamin amik bentang tikar bawah pokok.angin sepoi-sepoi nyaman gitu. ish,kira bole la ni.DIY la katakan.apa la sangat.hahahah..sapa nak tolong jadi wedding planner untuk aku sat?tolong sat.please..tolong ketuk kepala aku bagi rajin sikit.

AJL 2010 - Ana Raffali? errkkk

post ni bukan nak kutuk Ana Raffali ye.japgi aku kena simbah air sirap plak dengan fan Ana Raffali.aku pun bukan tengok sangat pun AJL malam tadi. bosan dowh tengok rancangan hiburan lama-lama.bajet diri sendiri tak layan la hiburan dunia ni.kehkehkeh.padahal aku tengok CSI.lagi masyuk.membina minda taww..

pasal Ana Raffali menang AJL ni.tak dinafikan suara dia memang agak nice.rupa pun comel.memang dia ada bakat.tapi aku rasa bakat dia macam tak cukup sangat untuk melayakkan dia menang.aku tak minat Yuna.tapi aku rasa compare to Yuna,Yuna is better.but compared to others yang memang lagi best dan berbakat bangat, Ana Raffali macam ada kurang sesuatu.AJL memang aneh ni.juri mungkin silap makan atau baru lepas bergaduh dengan bini.erm..aku tak faham pun lirik lagu Tolong Ingatkan Aku tu.maybe sebab berkias sangat kot.juri je yang paham maksud yang tersirat dan tersurat bila terperangkap dalam sangkar dan ada lelaki ntah apa-apa datang nak lepaskan oOps..kantoi sudah tengok Ana Raffali nyanyi tapi tak ngaku.itu sebab ada iklan kat channel lain.bukak la kejap tengok AJL.hehe.

walau macamana pun, dia dah menang dah pun.TAHNIAH. lepas ni mana tau jadi ikutan.maksud aku jadi ikutan dalam berpakaian.kan Ana Raffali suka pakai baju kurung,kebaya.kan comel dan sopan tu.kalau jadi ikutan dalam menyanyi, nyanyi dalam jamban sudey.

lepas tengok CSI, bukak balik TB3 (TV3), nak tengok AJL dah abis.then tukar channel ke AXN.ada cita best.13th Warriors.Antonio Banderas jadi hero berbangsa Arab.siap mengucap lagi.tak minum arak atau gandum yang diperam.bila terluka, ada perempuan tu rawat luka dia dengan air kencing lembu yang dimasak.dia cakap tak mau,sebab najis dan kotor.cewah..bukan main lagi.hehehe.aku tak pernah tengok lagi cita ni sebelum ni.abang aku cakap dah lama dah cita ni.biasa la,aku kan ketinggalan sikit hiburan-hiburan dunia ni.kehkehkeh.

Memancing dan sakit kaki melampau!!

petang hari sabtu tengah bergolek-golek atas katil sedap-sedap.ibu ajak pergi memancing.kena jadi pemandu.aku memang tak minat mancing-mancing ni.tapi layan jelah.ibu kata kalau dah dapat ikan nanti mesti jadi suka dan teruja nak pi mancing lagi.

last-last aku cuma dapat sekor ja ikan.kecik plak tu.kecik hati betul la bila tengok ibu dan ibu saudara dapat ikan setiap 5-15 minit.mancing kat tepi bendang.umpan asyik kena curi tinggal kepala saja.menyampah betul terus letak joran dan cabut pergi cuci-cuci mata jalah.


 sightseeing.nampak ibu dan ibu saudara tengok kusyuk memancing.

balik rumah sakit kaki gila.sakit kaki dari pergi soping Jusco haritu la.syial betul la.merengut-renyut.nak tidur pun tak boleh.rasa macam dah tua sangat dah. terus buat exercise guna mesin urut kaki ala-ala ogawa.bertambah sakit lagi.lepastu try pakai footpatch yang untuk buang toksin tu.lagi la rasa merenyut-renyut.bangun pagi tadi tengok ada hitam-hitam sikit ja.toksin pun segan nak keluar kot.lupa nak snap gambar.biasa la mamai bangun tidur terus koyak footpatch jalan masuk bilik air mandi sambil mata tertutup.



beli pun 10keping ja.setiap kali pakai dua belah kaki.so 5x pakai dah habis.tinggal lagi 2peket.nak bagi cik tunang try pakai tengok mesti hitam footpatch tu tahap gaban.smokers.ntah berapa tan toksin dalam badan pon tak tau la.

07 January 2011

Shopping Jusco sampai patah kaki

Kelmarin misi mencari barang hantaran bermula.tapi sayang tak sempat nak beli semua. bermula dengan berita Jusco buat sales untuk membercard. aku dah teruja. ingatkan semua Jusco buat kelmarin.so cadang nak pi soping kat Jusco Perda la. tapi sebelum tu jalan-jalan kat Gurney Plaza dulu.situ banyak butik dan agak sesuai kalau nak cari barang hantaran yang bersifat 'beli sekali seumur hidup'.hehehe.

so,

Gurney Plaza = Jeans dan jam tangan Nose (jam bukan buat hantaran pon.terbeli pulak).ya.ya.aku tau jam tangan kat Nose macam tak dak kelas.tapi aku memang suka barang murahan camni.mampu dibeli.gumbira memakai.


RM39.berbaloi-baloi dik non...
 kemudian ke Jusco Perda (kat sini cuma terbeli tshirt dan jeans untuk pakai hari-hari) dan tengok-tengok tak dak pun sales.hari sabtu ni baru ada.rupanya membercard day untuk Jusco Queensbay ja.chait.kemudian terus berenang kembali ke pulau menuju ke Jusco Queensbay.orang,Ya Rabbi...ramai macam semut hurung kepala ikan!

jalan-jalan tengok perfume.ok.beli perfume dua set.keluar duit dengan linangan air mata.dapat voucher Jusco yang cukup untuk beli beg Bonia sebiji.tapi i tak minat handbag Bonia yang berconteng-conteng itu.bye.

jalan-jalan lagi, tengok ada clearance sale untuk barang kosmetik Za dan In2It.ok.terbeli two way cake foundation sebiji (rm20), lipstick sebiji (rm8) dan lip gloss sebiji (rm6). murah kan?so bagitau aku macamana nak tahan diri dari tak beli?

jalan-jalan lagi, tiba-tiba ada happy hour.encik tunang kalut pi tengok.tak sempat nak grab beg cantik sebab berebut.melepas sudah.

jalan-jalan lagi, tengok kemeja.beli kemeja. tapi tak cukup seratus dalam satu resit.nanti tak dapat voucher rm10.so jalan cari tshirt rm10.pergi bayar.lepas bayar tiba-tiba nampak jeans Rags murah dan cun.encik tunang mau beli.ok.beli.beratur sejam untuk bayar.tiba-tiba lutut tercabut.sambung balik.sambung beratur.aku nampak mainan baby yang untuk baby gigit-gigit yang dalam dia ada air tu.terus capai bagi pada encik tunang suruh bayarkan.teringat anak saudara yang suka gigit dan isap tangan orang.

So, konklusi untuk shopping kelmarin ialah

3 helai jeans
1 kemeja
2 tshirt
2 set perfume
3 biji barang kosmetik murahan
Total voucher = unknown
Total LOST = unknown

sekian.