28 December 2012

5 Blogs Yang Paling Kerap Saya Singgah 2013 - campaign oleh Farah Rahim



kempen anjuran kak Farah Rahim [Not Just a Mom]. dah lama tak join kempen camni. cuti-cuti ni boring-borin best jugak layan kan.ok.

5 blogs yang paling kerap saya singgah ialah:

#1 :  Of course la blog kak Farah Rahim(kipas....kipas...).tapi tak lama mana la sangat.tu pun lepas join group HSFFYB. tapi just jadi silent reader saja.but tiap kali online, mesti jenguk blog kak Farah.walaupun tak ada update terbaru, jenguk jugak entry-entry lama.hehehe.

#2 : Zie Madini. Blog zie ni pun dulu silent reader ja.lama-lama baru jadi follower. i memang suka jadi silent reader.hehehe.start baca blog zie lama dah. dari 2010 lagi.time tu kakak i ja yang baca, tapi i pun berjangkit sekali.hehe.

#3 : Ustazah Siti Khadijah. Lepas baca blog ustazah khadijah ni, rasa letih uruskan anak terus hilang. jadi bersemangat nak didik anak.banyak ilmu boleh ambil dari blog ni.

#4 : Princess_N. Blog pun saya start baca masa mula-mula saya ada blog.pun pengaruh dari kakak saya jugak.

#5 : Model 80an. Blog kak Nani Rostam ni rasanya quite femes kot.saya selalu baca untuk tau pasal resepi dan pasal anak-anak dia yang berbakat tu.

Tamat sudah senarai blog yang saya selalu jengah.ada lagi blog-blog lain.tapi yang paling kerap saya jengah 5 blog ni la.kira ni 5 blog teratas la.hehehe.

ok. tamat kempen. Thanks kak Farah! ^_^
 

Heliza Helmi Hijab ~ cantik sangat!

dari dulu lagi teringin nak pakai tudung labuh-labuh macam ni.niat tu dah ada.tapi tak kesampaian lagi.insyaAllah.

lately selalu pulak nampak iklan tudung heliza nih.cantik.sempurna ja.tengok heliza pakai nampak cantik.maybe aku yang tak cantik ni pakai bleh nampak cantik kot.hehehe..ha..niat dah pi kot len dah.pakai tudung sebab nak nampak cantik ka sebab Allah taala?huhu

antara semua tudung keluaran Heliza Helmi Hijab, yang ni la paling aku berkenan sekali.


Picture credit to Heliza Helmi Hijab

nampak sangat selesa, simple dan kemas.harga? jangan terkezut nak bagitau ni na..harga dia...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
RM280

ok,sekian dan selamat beramal!
 

20 December 2012

Collecting recipes for my Aufa

Banyak resepi makanan baby yang kita boleh dapat kat internet.yang mana resepi yang aku rasa aku mampu buat, aku salin masuk buku khazanah aku yakni buku resepi.hehehe.dulu resepi apa-apa aku salin atas sticky notes dan lekat kat peti ais.penuh la depan pintu peti ais dengan resepi-resepi.lama-lama notes tu jatuh, sapu sampah,masuk bakul sampah dan tamat.akibat malas salin masuk buku camtu lah kan.

aku ni bukan pandai masak.so kena selalu la refer buku resepi.so untuk menu aufa, aku salin resepi masuk buku khas.kadang-kadang terlupa bawak buku dan jumpa resepi menarik, aku salin masuk kertas, balik rumah tampal.ada yang tak sempat tambal so berselerak la kat umah.so ingat nak compile semua resepi ni, print out jadikan buku.senang sket aku nak refer.anak bukan sorang ni ja kan.lepas ni ada lagi.boleh refer lagi.sangat la menguntungkan.mana tau nanti boleh pasarkan kecil-kecilan kan.hahaha.mata duitan.


ni buku resepi yang ada sekarang.doa tidur lekat atas buku resepi.motif?tidak diketahui.
kat umah ada satu lagi buku resepi orang dewasa.dah lama tak update.kebanyakan resepi aku amik dari mak aku ja.kadang-kadang refer internet.kalo resepi mak ni kadang ada petua untuk bagi sedap lagi masakan tu.hehehe.

tapi, kalau buku resepi 18juta muka surat pon,kalau malas nak masak tak ado gunonyo...but at least tau la jugak masak sikit-sikit kan.nak ikat tali perut,tali pusat suami.nak salurkan kasih sayang dari air tangan ni ke anak.tak gitu?

*feeling2 ibu mithali sat, nak recover dari kecik hati tak dapat buat goody bag*

19 December 2012

‎"After 21 years of marriage, my wife wanted me to take another woman out to dinner and a movie"

By Sheikh Khalid Yasin


"After 21 years of marriage, my wife wanted me to take another woman out to dinner and a movie. She said, “I love you, but I know this other woman loves you and would love to spend some time with you.”

The other woman that my wife wanted me to visit was my MOTHER, who has been a widow for 19 years, but the demands of my work and my three children had made it possible to visit her only occasionally.

That night I called to invite her to go out for dinner and a movie. “What’s wrong, are you well?” she asked.

My mother is the type of woman who suspects that a late night call or a surprise invitation is a sign of bad news. “I thought that it would be pleasant to spend some time with you,” I responded. “Just the two of us.” She thought about it for a moment, and then said, “I would like that very much.”

That Friday after work, as I drove over to pick her up I was a bit nervous. When I arrived at her house, I noticed that she, too, seemed to be nervous about our date. She waited in the door with her coat on. She was wearing the dress that she had worn to celebrate her last wedding anniversary. She smiled from a face that was as radiant as an angel’s. “I told my friends that I was going to go out with my son, and they were impressed, “she said, as she got into the car. “They can’t wait to hear about our meeting.”

We went to a restaurant that, although not elegant, was very nice and cozy. My mother took my arm as if she were the First Lady. After we sat down, I had to read the menu. Her eyes could only read large print. Half way through the entries, I lifted my eyes and saw Mom sitting there staring at me. A nostalgic smile was on her lips. “It was I who used to have to read the menu when you were small,” she said. “Then it’s time that you relax and let me return the favor,” I responded. During the dinner, we had an agreeable conversation – nothing extraordinary but catching up on recent events of each other’s life. We talked so much that we missed the movie. As we arrived at her house later, she said, “I’ll go out with you again, but only if you let me invite you.” I agreed.

“How was your dinner date?” asked my wife when I got home. “Very nice. Much more so than I could have imagined,” I answered.

A few days later, my mother died of a massive heart attack. It happened so suddenly that I didn’t have a chance to do anything for her. Some time later, I received an envelope with a copy of a restaurant receipt from the same place mother and I had dined. An attached note said: “I paid this bill in advance. I wasn’t sure that I could be there; but nevertheless, I paid for two plates – one for you and the other for your wife. You will never know what that night meant for me. I love you, son.”

At that moment, I understood the importance of saying in time: “I LOVE YOU” and to give our loved ones the time that they deserve. Nothing in life is more important than your family. Give them the time they deserve, because these things cannot be put off till “some other time.”

May Allah (SWT) bless our mothers and fathers, Ameen!


 

18 December 2012

Aufa's Birthday Party progress ~ Goody bag label dan template siap!

UPDATE : kecik hati dedi aufa cakap tak payah buat goody bag sebab nak buat sesimple yang mungkin.just nak jamu budak-budak makan makanan ringan tu suma.tak payah letak dalam beg-beg.means benda yang sepatutnya berada dalam goody bag akan ada atas pinggan ja.KECIK HATI!!!!!! ni lah susahnya kalau sama besday dengan orang lain.nak sambut sama-sama.besday budak kecik nak buat macam besday orang tua-tua.kenapalah aufa kuar 25hb bukan 2 haribulan 1.arrgghhhh..tension!


Cuma gatai tangan nak story pasal progress preparation untuk Birthday Party aufa. baru terhegeh-hegeh buat label untuk lekat kat goody bag dan template untuk nak printkan atas goody bag.dah siap.tunggu nak printkan ja.

oleh sebab aku ter-rajinkan diri sikit.so nak buat sendiri.tak mo beli goody bag yang siap dah. planningnya nak beli paper bag (warna putih or coklat), then printkan template tu atas paper bag tu, then masukkan barang/coklat dalam bag, then lekatkan label tu untuk tutup goody bag tu.

now cuma nak kuarkan modal untuk paperbag jelah.beli kat mydin murah sket bundle-bundle kan.kalau nak tambah benda lain kat goody bag macam reben ka nak pergi cari kat Daiso.mainan untuk party pun banyak kat Daiso.5 hinggit ja satu peket.

ini baru sketch.mungkin akan berubah sket-sket la nanti.

 

simple-simple sudah la kan. taktau la pasaipa letak kartun Hello Kitty kat situ.dulu masa skolah aku suka kumpul barang hello kitty.sebab tu la kot kartun ni la yang come across pikiran aku dulu.hehehe.

aku rasa paper bag kalau dapat cari warna putih comel sket kot.tak bajet lagi berapa ketul paper bag nak buat ni. kalau dedi aufa on malam ni nak pergi mydin kot cari paper bag.hopefully ada warna putih.kalau balik sg petani dapat la cari coklat untuk isi dalam goody bag.ada satu kedai jual coklat borong.murah sket.

nanti aku share bila goody bag dah siap yer ~

^_^
 

13 December 2012

I'm planning for Aufa's 1st birthday party!

Yes.lagi 2 minggu ja lagi Aufa dah nak genap setahun.sekejap ja rasa. dan of course, aku la paling beria nak buat birthday party untuk Aufa. Dedi aufa macam biasa..

"Alah, kita bawak aufa pergi jalan-jalan pun ok jugak pa"

oh no.impian aku dari aufa dalam perut lagi, nak sambut besday dia once dia masuk 1 year. penting tu. majlis yang simple dan koman pon takpa, asalkan ada.aku nak dia potong kek, nak dia bukak hadiah, nak tangkap-tangkap gambar pakai baju comel-comel. tapi problemnya aku tak pernah organize pun besday party sapa-sapa sebelum ni. besday aku pon tak bersambut.dapat hadiah ja. hehehe.rasanya akan sambut birthday Aufa kat Perlis kot.sambut sekali dengan birthday tok dan tokwan Perlis (sedih T_T).got to plan something and start looking for those things needed. tapi haruslah berangan dulu kan.haha.

1. Cake!

ini wajib.tak ada kek, bukanlah birthday party namanya.baik masuk bilik, amik bantal dan tidur ja. permasalahan sekarang ialah Aufa is 1 year old. takkan nak bagi kek yang biasa tu.dah la manis.dengan krim-krim.oh no.jadi mesti cari dulu sapa yang pandai buat kek SIHAT. means kek yang guna pewarna dan perasa semulajadi.macam dari buah ka kan.tak pun kalau tak jumpa, ingat aku nak buat ja kek dari BUAH betul.susun sampai jadi kek.hahaha.boleh jugak tu.dah la jimat, mudah, mnyihatkan lagik.kan?kan?



2. Goodies bag

kalau tak ada pun takpa, tapi guest budak-budak kalau mai, makan saja.macam bosan pulak.kalau ada sikit goodies macam meriah sket la.of course Aufa takkan dapat goodies.sebab goodies slalunya coklat dan makanan ringan. boleh ja nak letak buah dalam beg goodies tu, tapi kang bersepah la buah kat depan umah.budak depa makan pun.bazir. kalau sempat, nak buat la beg goodies sendiri. kalau tak beli jelah beg yang comel-comel kat kedai tuh kan.




3. Makanan

Mesti la jamu-menjamu tetamu. kalau tak mai birthday party, aku tengok muka hang, hang tengok muka aku.pehal kan. makanan ni boleh ja masak apa-apa.sebab Aufa bukan nak makan pun.tetamu budak-budak pun suma dah besar.


4. Decoration

Boleh la kot sket-sket. kasi nampak ceria dan macam birthday party.bukan majlis tahlil. I am very sure kalau celebrate kat Sungai Petani, mesti tokwan Sungai Petani akan bacakan doa.tapi aku tau, kat Perlis lain sket la.tak berapa sangat bahagian tu.heran kan.huhu.tak apa lah. Aku nak jemput jugak parents aku nanti. So, ada la orang nak bacakan doa sebelum potong kek nanti.yippii!!



Harap menjadilah angan-angan aku nih.berusahalah husna!!!!

Tidur haruslah bergaya


Bantal hijau tu bantal feveret aufa.tapi bukan bantal busuk kot sebab kalau bantal tu basuh, dia boleh ja peluk bantal lain.hehehe
 
 
Sekarang Aufa kalau tidur haruslah macam-macam gaya.satu toto tu dia sorang ja yang konker.tonggek camni, tonggek camnu.paling best bila tengah malam tengok kaki dia atas muka dedi.memang tak sesuai la nak tidur atas katil.mau tergolek jatuh katil.

aku memang tak pernah bagi aufa tidur sorang atau bagi dia tidur dalam baby cot.baby cot pon tak pernah beli.

first sebab dulu masa kecik kalau lapar susu, dia tak menangis or merengek.just kodek-kodek ja kaki.so, kalo bagi dia tidur dalam baby cot, konpem la aku tak sedar yang dia lapar susu.so sampai sekarang la dia memang tidur dengan aku saja.orang kata kalau ajar anak tidur sendiri, nanti dia lebih berdikari.aku tak berapa setuju kot statement tu.aku pegang kalau tidur dengan anak, lagi kuat la kasih sayang tu.lebih banyak sentuhan antara ibu dan anak. lagi bagus kan.bukan nak ajar anak manja pun.

kedua sebab aufa minum susu badan sampai 4 bulan ja.sekejap sangat.aku rasa sangat la menyesal sebab awal sangat stop.tapi time biasa la baru-baru lagi, pemikiran pun tak terexpose macam sekarang.jadi aku cover balik dengan selalu spend masa dengan Aufa, tidur dengan dia, masak untuk dia tiap-tiap hari.tapi time main, dia lagi suka main dengan dedi sebab dedi rajin melayan main pelik-pelik.ibu asyik-asyik ajak baca buku, nyanyi, susun barang.hahaha.

oh..i love my family soooo much lah!
 

12 December 2012

Bekas penyimpan mohor besar raja-raja meninggal dunia

Al-Fatihah..........Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman....

Sapa lahir sekitar tahun 80an mesti sangat la familiar dengan pokcik nih.sebab pokcik ni lah semua pakat lari tunggu ramai-ramai depan tv tunggu pengumuman raya. suara dia macam ada magic. walaupun dia cakap macam tak dak energy, tapi suara dia tu buatkan semua orang berenergy.betul tak?memang melekat dalam kepala nih.

Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah. meninggal pada usia 80 tahun. lahir tahun 1932. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. lama tu dia dok cakap dengan kita tiap-tiap tahun.

Datuk Syed Danial Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja yang baharu

tapi sekarang dah ada penyimpan mohor besar raja-raja yang baru. Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66.macam ada persamaan ja.pattern dan gaya lebih kurang.jadi kenangan tu tak dak la lari jauh sangat kan.tapi tetap la rindu masa dulu-dulu kecik-kecik.
 

11 December 2012

Tatih oppa tatih !

okay.oppa adalah panggilan anak-anak BS untuk Aufa Zahirah ye.nikmatilah gambar ini sebab aku nak balik umah dah pukul 5 lebih dah ni.nak balik amik oppa rindu sangat ni !!!!!!!! bye!


 
(^_^)

Dari Avent ke Basilic

Okay.dah almost 1 tahun aku jadi pengguna Avent yang quite tegar sebab langsung tak bagi Aufa minum dari botol lain.tapi memang botol Avent the best la.walaupun design biasa-biasa saja tak dak corak-corak kan.especially yang jenis PES. yang jenis PP pun tahan tapi tak seteguh jenis PES kot. cewah..mesti konpius kan kejap-kejap PES,kejap-kejap PP.hapakebenda la tu kan? kalau pengguna Avent mesti tau punya beza dua-dua ni.botol avent cuma ada wide neck. so apa beza botol-botol avent ni?

Avent buat masa ni ada tiga jenis botol.

1. PES is polyethersulphone (advanced bottle). warna dia keperang-perangan @ honey colored. permukaan keras.nampak macam buruk tapi memang macam gitulah warna dia.lebih tahan lasak dan tahan suhu yang tinggi.maksudnya kita boleh rebus dan sterilizer pada lebih dari 100 darjah celsius.jangan panggang sudah. harga dia of course mahal sket dari botol jenis lain sebab kos raw material dia yang tinggi. botol jenis PES ni tak ada ring adapter. so kalau rasa malas nak handle ring bagai takut hilang,beli jenis PES.sebab ring ni tak ada jual berasingan kalo hilang.


2. PP is Polypropylene (classic bottle). warna dia putih-putih milky sket.permukaan dia fleksibel sket.tahan lasak la jugak tapi suhu tinggi tu mungkin tak setahan yang jenis PES.tapi masih lagi tahan.jangan risau.hehehe.dan dia ada ring adapter yang perlu dipasang diantara puting dan penutup botol supaya puting lebih kejap.leceh sikit la nak jaga ring kan takut hilang.tapi botol jenis ni lebih murah dari yang jenis PES. Botol jenis PP ni ada dalam 3 warna. putih (lutsinar), pink dan biru.




3. PP Natural bottle. yang ni jenis Polypropylene jugak.tapi baru punya. design dia comel.menyerupai payudara ibu.yang jenis ni tak ada ring. ada 3 warna jugak.putih, pink dan biru. yang ni memang aku teringin nak beli tapi mahal sangat.mahal dari PES kalau tak silap.maybe sebab design dia cam gitu kot.produk apa-apa pun, setiap lekukan pada produk means more cost.thats why kereta malaysia banyak macam kotak sebab nak save cost..dah..masuk hal keta plak.

Lately aku ada try beli botol jenama Basilic. buatan taiwan. botol Basilic ni pun ada kuarkan jenis PES dan PP jugak. confirm la aku beli jenis PES kan.harga dia murah sket dari Avent. botol Basilic ni lagi comel dari Avent sebab dia ada corak stripe lembu kat botol tu. penutup botol ada macam-macam color. dan dia ada dua jenis iaitu wide neck dan normal neck (puting kecik tak lebar).

setakat pakai 2,3 hari ni, ok la jugak botol Basilic ni. tahan lasak jugak macam Avent.boleh tahan suhu lebih dari 100 darjah celsius. dan yang paling best, puting Avent boleh muat dalam botol Basilic dan puting Basilic boleh muat dalam botol Avent. dan yang lagi best lagi, menurut kata salesman tu (kalau dia tipu aku,aku tipu la sapa yang baca post ni).botol Avent yang guna ring adapter, dah tak perlu letak ring kalau pakai puting Basilic.best kan? hehehe. kiranya botol Avent dan botol Basilic boleh jadi kawan la kan. jadi lepas ni, nak beli tambah lagi botol jenama Basilic. puting dia mahal sket kot.satu puting RM12.kalau avent 2 puting boleh data RM19.90. Aufa pun ok ja guna Basilic.dia peduli apa.asalkan perut kenyang.

dan...botol Tupperware yang aku beli hari tu..puting tak ada LUBANG!!!! hampeh.jangan kata bocor ikut tepi, air pun tak kuar dah lubang pun tak tebuk. apa la.no wonder lah murah. tapi dah beli kena pakai jugak lah.rugi betul la. husband memang bising la.menyesal beli.kalau tak beli botol Tupperware itu hari, mesti dah dapat beli 2 botol Basilic masa pergi Baby fair kat PISA weekend hari tu.arrgggghhhhh!

10 December 2012

I'm 11 months!

entry lewat seminggu.dah masuk 11 bulan dah pon.dah berani berdiri lepas-lepas tangan dah.setakat nak naik katil,sofa,meja tu no hal lah.dah pandai macam-macam dah.gigi naik lagi 2 batang.jadi total semua 8 batang.gigit sana,gigit sini.tak lambat nak boleh jalan dah.tapi bab mengutip benda atas lantai masih nombor satu.pantang nampak.biskut merata jumpa.bawah meja.celah sofa.bawah karpet. dalam bakul.aufa makan ka simpan bekalan makanan pon ibu tak tau la.tapi..susu dok 4oz tu la tak ubah-ubah.nasib baik la berat naik jugak.kalo tak mau pening kepala ibu. lagi 2 minggu nak kena cucuk setahun dah. ibu plak yang nerves.


semoga aufa jadi anak solehah, menyenangkan hati ibu dan abah, rajin dan bijak..AMIN

06 December 2012

"I went to the mall, and a little girl called me a terrorist"


My name is Ela. I am seventeen years old. I am not Muslim, but my friend told me about her friend being discriminated against for wearing a hijab. So I decided to see the discrimination firsthand to get a better understanding of what Muslim women go through.

My friend and I pinned scarves around our heads, and then we went to the mall. Normally, vendors try to get us to buy things and ask us to sample a snack. Clerks usually ask us if we need help, tell us about sales, and smile at us. Not today. People, including vendors, clerks, and other shoppers, wouldn't look at us. They didn't talk to us. They acted like we didn’t exist. They didn't want to be caught staring at us, so they didn't look at all.

And then, in one store, a girl (who looked about four years old) asked her mom if my friend and I were terrorists. She wasn't trying to be mean or anything. I don’t even think she could have grasped the idea of prejudice. However, her mother’s response is one I can never forgive or forget. The mother hushed her child, glared at me, and then took her daughter by the hand and led her out of the store.

All that because I put a scarf on my head. Just like that, a mother taught her little girl that being Muslim was evil. It didn't matter that I was a nice person. All that mattered was that I looked different. That little girl may grow up and teach her children the same thing. This experiment gave me a huge wake-up call. It lasted for only a few hours, so I can’t even begin to imagine how much prejudice Muslim girls go through every day. It reminded me of something that many people know but rarely remember: the women in hijabs are people, just like all those women out there who aren't Muslim."



Sumber : Defenders of Sunnah

Baby bottle set jenama Tupperware

Updated : Application approved.dah order.esok pos.lusa sampai.YEAY!!
 

Berkenan betul la dengan set botol baby jenama Tupperware. tapi dok baca testimoni orang dan testimoni kakak aku sendiri yang dah guna botol ni.depa cakap tepi puting selalu bocor.kuar susu.means gap antara puting dan ring puting tu macam tak ketat.so susu kuar meleleh.alahai..

then terbaca pulak someone post pasal ni, dia cakap dia pun alami masalah yang sama.jadi sebab dah beli kan, bukannya murah.dia usaha cari jugak puting lain untuk replace puting tupperware tu.akhirnya jumpa jugak yang betul-betul fit dan solve masalah kebocoran itu. puting jenama JAPLO.

kenapa aku tetap berkenan dengan botol tupperware? maybe sebab dah tanam dalam kepala barang tupperware memang tahan dan best.aku bukan la peminat tegar tupperware. takat nak beli bekas kecik-kecik simpan biskut tu aku beli yang murahan ja.kedekut la katakan.haahahaha.tapi oleh sebab kepercayaan yang jenama tupperware memang tahan lasak, serius tahan sebab ada satu tupperware ni, dari aku kecik mak aku dah pakai.baru-baru ni baru tudung dia crack.dah berbelas tahun kot.sampai kaler dah kusam.hehehe.aku ni memang bulih jadi model tupperware or testimoni tiruan tupperware nih.puji melambung. hahaha.

oleh sebab ada orang dah jumpa solution untuk kebocoran puting itu, jadi aku ingat nak beli jugak.dan dah jumpa seller yang jual murah sempena year end sale.murah banyak.RM59 exclude postage.aku dah mula cucuk jarum mintak dedi aufa belikan.bukanla aku tak bleh buat keputusan sendiri, nak beli botol susu puluh2 hinggit pun nak mintak dedi aufa belikan. bukan la cam gitu.tapi dedi aufa ni memang sangat cerewet.dia amik tau semua hal aufa walaupun yang simple.aufa suka ka botol tu,aufa suka ka botol ni.macam pampers, sesuai ka dengan kulit aufa bla..bla..bla..

untuk tidak mengkomplikatedkan cerita ni, tolong doakan supaya dedi aufa approved permohonan nak beli botol tupperware nih  (-_-)

05 December 2012

Tahukah anda santan boleh menggantikan susu formula bayi??

Yes.aku pun baru tau.hehehe.bagi bayi yang mengalami alahan susu lembu atau susu formula boleh minum santan.bunyi macam pelik tapi benar okeh.mat salleh dah lama pon praktikkan ni. kita ja dah set minda yang santan tu banyak kolesterol.kan?

 
santan mengandungi khasiat yang hampir menyamai susu ibu.maksudnya kalsium dan lain-lain.so, sekarang buang lah perspektif yang santan itu tinggi kolesterol.santan selamat diambil jika betul cara prosesnya.now kita bercakap pasal bayi ye.jadi semestinya kajian terperinci telah dibuat sebelum kenyataan ni dikeluarkan oleh pakar pemakanan bayi.

ada tiga jenis susu yang boleh menggantikan susu lembu or susu formula.tapi ingat ye, ketiga jenis susu ini hanya sesuai untuk bayi berusia 1 tahun keatas sahaja.

1. Coconut Milk (Santan)
2. Susu beras
3. Almond milk


(Cara membuat semua diatas boleh rujuk sini ---> TheHealthyHomeEconomist

"Coconut 'meat' provides B vitamins, protein, zinc, phosphorus and iron. The fat in coconut is actually very good for us! This is because it is high in lauric acid, which also happens to be the main fatty acid found in breast milk. Lauric acid is what makes breast milk so digestible and is believed to protect the body from infection and boost the immune system.

Bagaimana cara menyediakan homemade coconut milk?
1. Pilih kelapa yang baik.Luarnya berwarna coklat gelap.senang cerita kelapa yang luruh sendiri dari pokok.tapi jangan amik yang terlalu tua dan kerepot air kat dalam pun dah kering.
2. Potong kelapa macam biasa dan mesin isi dia.
3. Campurkan kelapa dengan secawan air suam dan perah sekuat hati untuk dapatkan pati.Kemudian boleh la diberi kepada bayi. Nak lagi senang kelapa yang dah dimesin tadi, blendkan kemudian tapis.


Bayangkan air kelapa + susu kambing + ais = coconut shake.oh..penuh khasiat.susu kambing mahal.kesian sangat pada ibu-ibu yang ada baby alergik pada susu lembu dan susu formula.pastu pulak susu badan tak banyak.boleh la cuba coconut milk ni.murah,senang dan paling penting berkhasiat.

cuba try lenyekkan pisang ranum, letak coconut milk sket.sedap..sedap..sedap..tak pun try buat smoothies.haritu aku try buat strawberry smoothies hampeh tak jadi.maybe patut add in lebih banyak berries lain kot.hehehe.


ok.selamat mencuba.

p/s : Sila dapatkan nasihat doktor dulu sebelum cuba ye.In case anak anda alergik kelapa.walaubagaimanapun, SUSU IBU PALING TERBAIK DALAM DUNIA.bye.

Sumber : Homemade Baby Food Recipes

04 December 2012

Resepi lagi! Nasik Lemak Junior


Resepi ni amik dari Blog Saya Hot. tapi aku tambah la sket sana sket sini.improvise la orang kata.hehe. nasik lemak ni 9bulan keatas kot rasanya dah boleh makan.kalau dah lepas santan. aufa alhamdulillah setakat ni tak ada alergik apa-apa.rempah-rempah pun semua dia dah lulus.

Bahan-Bahan:
(Nasi)
1. Beras
2. Santan
3. Halia
4. Bawang putih
5. Bawang merah
6. Halba
7. Daun pandan


(Sambal ikan bilis) - Blendkan
1. Serbuk ikan bilis
2. Capsicum
3. Carrot
4. Bawang putih
5. Bawang merah
6. Tomato
7. Kurma (Optional)
8. Ayam (Optional)
9. Saleri


(Telur dadar bayam)
1. Telur
2. Bayam dicincang (Optional)


Nasik lemak masak macam biasa. Sambal ikan bilis tu tumis bawang putih dan merah, masukkan bahan yang dah diblend. masukkan ayam.masak api perlahan. rasa manis tu datang dari kurma, carrot, batang saderi.masin datang dari serbuk ikan bilis.capsicum takkan bagi rasa pedas pun kat sambal tu.manis-manis pahit sket.telur dadar goreng macam biasa.aku letak bayam dalam telur dadar tu sebab in case aufa takmau makan sambal tu, bole la jugak bs suap nasik dan telur dadar saja.ada la jugak sayuran kan.baru seimbang.

selain dari nasik lemak, bekal hari ni semestinya puding roti.hehehe.dan pisang.semalam aufa makan banyak sangat pisang kot, berak keras.mula nak marah-marah,tension-tension masa berak.macam-macam posisi.meneran ja lebih.tengok poo poo tak keras mana pun.petang satgi nak beli betik untuk aufa.lama tak makan betik.
ok.selamat mencuba jaya!

p/s: gambar harus la googling saja sebab nampak lebih menyelerakan.hehehehe.ilustrasi semata tuh.jangan la letak kacang pulak dalam nasik lemak anak.tapi nak letak timun boleh.bagus.sejuk badan.hehe.

03 December 2012

Makan ostrich, rusa, kambing, arnab @ Puncak Mutiara Cafe

Teringin makan rusa? ostrich? kambing? arnab? ha, pergi la puncak mutiara cafe kat kampung pelet Bukit Mertajam ni. Aku dok pi balik kot sini pun weekend hari tu baru first time pergi makan sini.kalau orang lalu kat situ memang tak perasan pun ada cafe konsep ladang kat dalam.masuk jalan kampung jalan naik bukit nampak ladang yang sangat besar. cantik.

kami pergi hari sabtu haritu.cadangnya nak pergi kenduri.tapi jem teruk gila nak naik jambatan so cancel la kenduri.terus pegi puncak mutiara cafe 3 biji kereta.dengan hujan lebatnya.mengangkut anak-anak.meja dia letak pondok-pondok.berselarakan.sayangnya aku tak snap gambar pun.sebab anak tengah tidur atas riba.lupa dah.antara menu yang kami pesan :

1. Rusa grill (boleh tahan)
2. Nasi beriayani rusa grill
3. Nasi putih + daging lembu beriayani
4. Nasi padprik (aku tatau la pasaipa kakak aku pesan ni, tak keladangan langsung.takpalah mak buyong punya pasai)
5. Steamboat (RM40 untuk 3 orang, biasa-biasa ja)
6. Roti arab kari kambing
7. Coconut shake susu kambing
8. Lamansi (air limau nipis + asam boi)
9. tak ingat lagi satu kakak aku amik makanan apa tapi berasaskan kambing.hehe


Tak sorang pun amik ostrich or arnab. masing-masing takut tak sedap kang rugi duit mahal kan.haha.harga boleh tahan mahal.portion makanan sikit ja especially rusa grill.layanan bole la.sebab hujan jadi orang tak ramai sangat.pondok meja kami pulak betul-betul depan kaunter order so lambai-lambai ja. surau ada disediakan.ada kolam ikan.bole pergi tengok ladang-ladang.tapi dah hujan kami makan ja lah. problemnya adalah time nak order.kena plak mat bangla mai amik order.jenuh nak explain.hapa da..amik la orang mesia.susah orang nak order ja tak paham bahasa.

maybe next time (tahun depan kot.sebab mahal.kopak ah) pergi bleh pesan arnab or ostrich plak kot.hehe.kambing memang aku lemah sket nak makan sebab ada pengalaman makan daging kambing yang berbau teruk sangat terus tak lalu dah.

ni website dia --> Puncak Mutiara Cafe
meh layan gambar aku cilok dari web dia (credit to Puncak Mutiara Cafe).miahaha! antara yang kitaorang pesan haritu.

 Rusa Grill (tapi aku makan haritu tak molek camni pun presentation dia..isk..isk.)
 Roti arab (aku assume sedap sebab nephew aku asyik usung ni ja tak cicah pun dengan gulai)
 Beriyani Rusa (tapi BIL aku pesan Beriyani Rusa Grill)
 Air kelapa + Susu kambing

Kalamansi (Air limau nipis + asam boi = masam piawwww)
 
terliur kan? well..jangan meleleh dulu sebelum anda rasa sendiri.nak kata tak sedap tak jugak,nak kata sedap sangat tak jugak.tengok orang.tapi aku suka environment dia.maybe should go there again on a SUNNY DAY.then only aufa boleh main-main dan jalan-jalan tengok binatang.hehehe.

ok yang ni gambar tak cilok. sebiji ni ja.ni pon husband aku tangkap.arggh.tension bila tengok gambar sendiri napa ntah ~


 

Resepi puding roti Aufa Zahirah

Takmau cakap banyak hari ni sakit kepala tak tau pasaipa. nak kena pegi check jugak rasanya.nak sujud ruku sakit sangat.haih.

harini nak share resepi puding roti feveret aufa.every week mesti buat.walaupun aufa dah lepas telur, tapi aku tak letak pun telur dalam puding ni.taktau la napa.ok ni bahan dan cara buat.

Bahan-bahan:
1. Roti buang tepi
2. Kurma/Kismis
3. Biskut meri 2 keping (optional)
4. unsalted butter 1 sudu besar
5. Susu tepung 1 scoop
6. Pisang sebiji
7. Oat 3 sudu besar
7. Air setengah cawan


Blend semua bahan sampai betul-betul hancur. Tuang dalam loyang.carikkan roti tabur dalam bekas tadi.rata-ratakan.jangan padat sangat.biar macam lembab berair sket.sebab nanti roti serap semua bahan tadi.puding jadi lembab dan lembut sket.kalo letak banyak sangat roti nanti puding keras.kering sangat pulak.kemudian kukus.bakar pun boleh.tapi aku suka kukus ja.siap!

Picture ehsan google.I think from someone blog kot.sy pinjam ye.watermark pon tak buang~

senang dan sedap.ni la makanan penyelemat tiap kali aufa tak mau makan nasik.at least makan la jugak kan. semalam buat bihun kungfu, kena reject terus.sesuap ja.lepas tu menyembur takmau.tak sedap kot.isk..isk..
 

30 November 2012

Pyjama Hunting!

Misi mencari pyjama Aufa

Susah sangat la nak cari pyjama untuk aufa.hari tu dah jumpa tapi harga dia mak aih.48hinggit sepasang.padahal kualiti tak tara mana pon.harga ja lebih.pastu jumpa dalam internet, harga murah jugak.tambah dengan pos pon tak sampai la 48hinggit tu.tapi saiz pulak yang isau.tak tau nak bajet.sebab selalu jumpa pyjama ni cutting kecik.nak agak pun tak reti pulak.aufa plak jenis kecik molek.kebanyakan saiz 2tahun ke atas.

aku dah jatuh hati kat pyjama-pyjama yang macam gini ~







 






 
hari tu dah beli sepasang pyjama kat jualan gudang kat perlis.tapi biasa-biasa ja.tak puas hati.nak cari lagi.tak kisah la long sleeve or short sleeve.lepas kejadian baju-baju aufa habis kena warna merah luntur tu.sakit hati.rasa nak buang ja baju-baju yang ada merah-merah tu.tapi sayang.so buat pakai main jelah.banyak jugak baju aufa skang muat-muat badan ja.sian aufa.hehehe.

sapa-sapa tau kat mana-mana ada jual pyjama cam kat atas ni saiz 12bulan? nak tau jugak berapa cm seluar dan baju.hehehe

 

29 November 2012

Resepi cucur keria baby

semalam launch aufa nasik macam biasa.lauk pun biasa.takdak yang special.bs cakap dia makan ja.cuma, breakfast aku buat cucur keria.sebab ada lagi balance sweet potato dalam fridge.

cucur paling senang dalam dunia.rebus sweet potato, lenyekkan. tambah tepung gandum/tepung atta sket.uli dan bentukkan macam roda.oleh sebab aufa yang nak makan, aku letak susu tepung dia sikit.kurma sikit dan bentuk jadi roda kecik-kecik baru nampak comel.kira mini keria la ni kan.

goreng atas non stick pan.buh sket ja minyak.tak buh pon tak pa.selesai goreng, aku sapu sket jem kurma kat atas.bagi manis-manis.kalau versi orang dewasa kan kita tabur gula atas dia.dah siap.simple.no gula, no garam.licin dia makan.alhamdulillah..macam biasa gambar ehsan google.aku masak dengan kadar pantas sebab aufa asyik nak menempek ja pagi kelmarin.bukak ustaz don pon tak mau, bukak kartun pun tak mau.so jangan harap nak snap gambar (padahal malas alasannsss).
ni versi orang tua
harini breakfast aufa kembali ke asal iaitu puding roti.tak kretip langsung mommy aufa ni.dok ulang yang sama ja.hehehe.ok-ok.nanti breakfast ibu buat nasik lemak.launch makan bihun kungfu, minum petang lempeng pisang, dinner nasi ayam.ok?kemain lah!!
 

27 November 2012

Resepi begedil ayam Aufa

Nama resepi harus letak nama anak sendiri ye.hehehe.aku pun tak pernah buat begedil untuk makan sendiri.tiba-tiba dapat idea nak buat untuk bekal Aufa.tapi semalam Aufa tak pi pon umah bs sebab anak bs bersunat.jadi, semalam Aufa duduk la dengan dedi cool seharian.aku faham sangat la dedi tak terer bagi aufa makan nasik sangat, tu yang buat begedil.senang, ringkas dan berkhasiat.cewah.. senang la nak bagi makan,bg ja dia pegang sendiri.tapi nasik tetap la aku buat jugak untuk lunch.besa la Aufa, dengan nasik ni ada masa-masa dia jugak.

ok. cakap banyak tak guna, ni resepi dia.pejam mata pon bleh buat.


Bahan-bahan:
1. Ubi kentang/ubi keledek (rebus dan lenyek)
2. Bawang holland (cincang)
3. Kurma (rebus sekali kentang dan lenyek sekali)
4. Isi ayam (dah siap rebus)
5. Sawi/Karot/Brokoli/apa sayuran yang anak suka
6. Tepung atta/tepung gandum (jangan banyak sangat kang liat pulak)
7. Telur

Gaul semua bahan dan uli sket.bentukkan.kalau tangan basah senang sket nak bentuk.nak celup tepung sebelum goreng pon boleh tak mau pon boleh.kalau anak dah lepas telur boleh la celup.memang tak ada masuk langsung gula atau garam ye.rasa manis dari kurma, rasa masin dari isi ayam.masin pun masin lemak-lemak gitu ja.dah siap pastu goreng jelah.saya goreng atas non stick pan.letak setitik dua ja minyak (lebih baik pure olive oil).siap!

serius sedap.sebab Aufa ni susah sket nak makan.so kalau dia makan sesuatu tanpa main-main means sedap la tu.hahaha..mintak maap saya terlanjur mengangkat bakul sendiri. weeehuuuuu!

p/s : Gambar ehsan google.bukan apa, aku kalau masak tak pegang henpon.kalo  masak sambil tangkap gambar alamat kelaut la...jadi takdak la gambar sendiri tu.hehehe.
 

23 November 2012

I'm wearing my safety boots today ~


Gila tenuk punya besar safety boots nih.tenuk pon takmo pakai cam gini.ni saiz paling kecik nih.dapat dah berbulan.tapi aku malu nak pakai.so aku dengan sengajanya ingkar untuk pakai boots besar gedabak nih.berat weh..kang kalo berlaku gegaran gempa bumi cam haritu, tak sempat la aku nak lari laju-laju.dah la tulang aku pun kecik.bukan aku yang bawak kasut,kasut yang bawak aku cmnih.

bayangkan kalau pakai baju kurung then pakai safety boots nih.pelik benor..malu mak.... harini baik hati dan patuh pakai sebab ada visitors nak lawat makmal.so pakai jelah.kang visitors balik, aku pakai balik selipar aku.huh.

21 November 2012

Lelaki China Saman Isteri Kerana Lahirkan Anak Berwajah Hodoh


 
Seorang lelaki di China telah menyaman isterinya akibat mempunyai wajah yang hodoh dan menang kes saman terhadap isterinya itu. Si suami, Jian Feng berasa ragu akan isterinya itu selepas dia melahirkan anak perempuan mereka.

Feng menuduh anaknya yang baru dilahirkan itu tidak mempunyai wajah yang sama seperti wajah mereka berdua. Dia menyifatkan bayi itu sebagai "amat hodoh".

Pada mulanya, dia menyangka isterinya telah menipu dirinya dengan mempunyai hubungan sulit dan bayi tersebut bukan anaknya.
Pada suatu ketika, isterinya mengaku yang dia pernah membelanjakan lebih daripada $100,000 pada beberapa pembedahan plastik sebelum dia bertemu dan berkahwin dengan Feng.

Selepas tahu mengenai pembedahan tersebut, Feng mengambil keputusan untuk menyaman isterinya. Dia membuat dakwaan bahawa wanita itu menyakinkan diri nya untuk berkahwin dengannya di bawah dakwaan palsu.

Pihak hakim bersetuju dengan dakwaan Feng dan mengarahkan si isteri membayar ganti rugi sebanyak $120,000.
 
Ntah apa-apa la depa nih.tapi memang berbeza gila la muka bini dia sebelum dan selepas buat pembedahan. tapi kan pompuan tu buat pembedahan sebelum dia jumpa laki dia lagi.so bukan la salah dia pun kan.yang laki dia tu pon nampak sangat la nak yang lawa-lawa ja sampai tak mengaku anak.ntah-ntah laki dia pon tak hensem pun.sibuk nak saman bini kunun.tengok muka baby dia comel ja. tak paham aku.
 
tapi tula kan..dok buat bedah plastik sana sini, nanti beranak takkan la anak nak ikut muka yang lepas bedah plastik kot.tu la orang kata, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak.hehehe.ada kaitan? 
 
Sumber berita : PenPatah
 
 

20 November 2012

Belog bertukar wajah lagi

Belog tukar rupa paras lagik.weeehuuuuuu...gila tak dak keja dok tukar macam-macam.haha.amik sana sikit, amik sini sikit. hasil akhirnya jadi cam gini lah.kalau dah pompuan tu pompuan la jugak.pi balik ala-ala pink la jugak kan. header ni aku transparentkan. so bila letak atas background merah jambu tu, nampak cam header pon merah jambu.sebut pasal merah terus rasa sakit hati.sakit hati yang betul-betul punya sakit hati.sebab kain batik warna merah yang orang bagi telah menyebabkan baju kami anak beranak bertompok-tompok warna merah sebab tercampak dalam mesin basuh sekali.paling sakit hati, romper aufa baru beli punya la comey kaler putih terus bertukar jadi pink.kalo pink semua molek-molek dan sekata tak pa la jugak.ni bertompok macam hapa lagik.benci!!!!!!! singlet hubby pon jadi kaler pink.ok.yang ni macam lawak plak.hehehe. malam tadi dok mengamuk rasa macam nak lempar ja kain tu turun bawah flat.huh.

ok.dah tersasar nampaknya dari tajuk asal.mari kembali ke pangkal jalan.


susah betol la nak edit html blogger template yang baru ni.jenuh nak godek.ni tak tau la nak bertahan lama mana ni.cepat sangat bosan.tapi aku akan coba bertahan template ni selama mungkin.aku coba..aku coba...

dan kenapa aku punya iklan nuffnang kat sebelah kanan ni tak mau kuar eh? dah paste code dah. sapa-sapa yang mantap dalam hal-hal cam gini tolong sat.aku upah cekodok satu pinggan.

p/s : tengah selsema.sakit tekak.adeh..hidung macam nak tercabut dah ni.tinggal tak demam ja lagi.kali ni aufa n mommy demam.last time aufa n daddy.aufa mesti join jugak la kot mana-mana pon.memang perasan la dia tak tahan langsung sejuk-sejuk.mesti nak selsema.aufa..aufa..

08 November 2012

MyDeal : Samsung Hello Kitty Limited Edition

Promosi MyDeal untuk Samsung Hello Kitty Limited Edition. sesuai untuk siapa yang memang collector Hello Kitty. Promosi 69% OFF. So cuma perlu bayar


RM248 instead of RM799
3 months warranty
FREE DELIVERY untuk semenanjung malaysia!

Cepat! Cepat! Cepat! Tinggal lagi 12 jam sebelum promosi habis ye.

Pergi sini to view the deal
 


P/S : ehhh..napa aku dok buat pengiklanan free ja nih? hehehe

07 November 2012

Yeayy! 7-eleven day, mari tapaw slurpee ~

Aku baru dapat tau hari ni adalah hari 7-Eleven. 7-eleven pon ada hari jugak ye.aku kalau sebut 7e ni, tak lain tak bukan teringat slurpee ja.sekali sekala teringin jugak.

Oleh sebab hari ni 7e day, diorang buat promosi Slurpee. Bawak bekas sendiri cuma bayar RM2.20 sahaja. boleh tahan.bawak bekas besar-besar la kan.hehehe.tapi agak-agak la.cuba tengok rules dalam flyer dia kat bawah nih.lawak plak.kehkehkeh.


alah, banyak mana sangat orang nak makan,kalo amik segelas besor pun tak larat makan kot.BRAINFREEZE.even anda sorang peminat slurpee tegar pun takkannya nak telan sebaldi.


 
husband aku selalu bising kalau aku beli slurpee.sebab manis sangat katanya.memang pun.so tak elok makan selalu ye.tapi kalo time promo cam gini, rugi pulak tak grab kan.2 hinggit 20sen..ingat nak bawak baldi kot.bleh agih kat anak-anak babysitter dan budak-budak yang dok main depan umah.cewah..macam kempen mari beramal.tapi..mampukah aku menahan malu nak bawak baldi? bawah tumbler yang saiz besar tu mampu kot.

tapi permasaalahan yang mungkin timbul ialah, konpem orang ramai dan beratur.nak-nak pulak slurpee habis nak tunggu dia putar sampai beku.tapi mungkin jugak tak payah beratur pun.slurpee tak sehangat baskin robin or tutti frutti punya promo kot.hehehe.

so tunggu apa lagi,mari kita serbu ~ malam ni makan nasik lauk SLURPEE ye!!!
untuk maklumat lanjut :