30 November 2012

Pyjama Hunting!

Misi mencari pyjama Aufa

Susah sangat la nak cari pyjama untuk aufa.hari tu dah jumpa tapi harga dia mak aih.48hinggit sepasang.padahal kualiti tak tara mana pon.harga ja lebih.pastu jumpa dalam internet, harga murah jugak.tambah dengan pos pon tak sampai la 48hinggit tu.tapi saiz pulak yang isau.tak tau nak bajet.sebab selalu jumpa pyjama ni cutting kecik.nak agak pun tak reti pulak.aufa plak jenis kecik molek.kebanyakan saiz 2tahun ke atas.

aku dah jatuh hati kat pyjama-pyjama yang macam gini ~







 






 
hari tu dah beli sepasang pyjama kat jualan gudang kat perlis.tapi biasa-biasa ja.tak puas hati.nak cari lagi.tak kisah la long sleeve or short sleeve.lepas kejadian baju-baju aufa habis kena warna merah luntur tu.sakit hati.rasa nak buang ja baju-baju yang ada merah-merah tu.tapi sayang.so buat pakai main jelah.banyak jugak baju aufa skang muat-muat badan ja.sian aufa.hehehe.

sapa-sapa tau kat mana-mana ada jual pyjama cam kat atas ni saiz 12bulan? nak tau jugak berapa cm seluar dan baju.hehehe

 

29 November 2012

Resepi cucur keria baby

semalam launch aufa nasik macam biasa.lauk pun biasa.takdak yang special.bs cakap dia makan ja.cuma, breakfast aku buat cucur keria.sebab ada lagi balance sweet potato dalam fridge.

cucur paling senang dalam dunia.rebus sweet potato, lenyekkan. tambah tepung gandum/tepung atta sket.uli dan bentukkan macam roda.oleh sebab aufa yang nak makan, aku letak susu tepung dia sikit.kurma sikit dan bentuk jadi roda kecik-kecik baru nampak comel.kira mini keria la ni kan.

goreng atas non stick pan.buh sket ja minyak.tak buh pon tak pa.selesai goreng, aku sapu sket jem kurma kat atas.bagi manis-manis.kalau versi orang dewasa kan kita tabur gula atas dia.dah siap.simple.no gula, no garam.licin dia makan.alhamdulillah..macam biasa gambar ehsan google.aku masak dengan kadar pantas sebab aufa asyik nak menempek ja pagi kelmarin.bukak ustaz don pon tak mau, bukak kartun pun tak mau.so jangan harap nak snap gambar (padahal malas alasannsss).
ni versi orang tua
harini breakfast aufa kembali ke asal iaitu puding roti.tak kretip langsung mommy aufa ni.dok ulang yang sama ja.hehehe.ok-ok.nanti breakfast ibu buat nasik lemak.launch makan bihun kungfu, minum petang lempeng pisang, dinner nasi ayam.ok?kemain lah!!
 

27 November 2012

Resepi begedil ayam Aufa

Nama resepi harus letak nama anak sendiri ye.hehehe.aku pun tak pernah buat begedil untuk makan sendiri.tiba-tiba dapat idea nak buat untuk bekal Aufa.tapi semalam Aufa tak pi pon umah bs sebab anak bs bersunat.jadi, semalam Aufa duduk la dengan dedi cool seharian.aku faham sangat la dedi tak terer bagi aufa makan nasik sangat, tu yang buat begedil.senang, ringkas dan berkhasiat.cewah.. senang la nak bagi makan,bg ja dia pegang sendiri.tapi nasik tetap la aku buat jugak untuk lunch.besa la Aufa, dengan nasik ni ada masa-masa dia jugak.

ok. cakap banyak tak guna, ni resepi dia.pejam mata pon bleh buat.


Bahan-bahan:
1. Ubi kentang/ubi keledek (rebus dan lenyek)
2. Bawang holland (cincang)
3. Kurma (rebus sekali kentang dan lenyek sekali)
4. Isi ayam (dah siap rebus)
5. Sawi/Karot/Brokoli/apa sayuran yang anak suka
6. Tepung atta/tepung gandum (jangan banyak sangat kang liat pulak)
7. Telur

Gaul semua bahan dan uli sket.bentukkan.kalau tangan basah senang sket nak bentuk.nak celup tepung sebelum goreng pon boleh tak mau pon boleh.kalau anak dah lepas telur boleh la celup.memang tak ada masuk langsung gula atau garam ye.rasa manis dari kurma, rasa masin dari isi ayam.masin pun masin lemak-lemak gitu ja.dah siap pastu goreng jelah.saya goreng atas non stick pan.letak setitik dua ja minyak (lebih baik pure olive oil).siap!

serius sedap.sebab Aufa ni susah sket nak makan.so kalau dia makan sesuatu tanpa main-main means sedap la tu.hahaha..mintak maap saya terlanjur mengangkat bakul sendiri. weeehuuuuu!

p/s : Gambar ehsan google.bukan apa, aku kalau masak tak pegang henpon.kalo  masak sambil tangkap gambar alamat kelaut la...jadi takdak la gambar sendiri tu.hehehe.
 

23 November 2012

I'm wearing my safety boots today ~


Gila tenuk punya besar safety boots nih.tenuk pon takmo pakai cam gini.ni saiz paling kecik nih.dapat dah berbulan.tapi aku malu nak pakai.so aku dengan sengajanya ingkar untuk pakai boots besar gedabak nih.berat weh..kang kalo berlaku gegaran gempa bumi cam haritu, tak sempat la aku nak lari laju-laju.dah la tulang aku pun kecik.bukan aku yang bawak kasut,kasut yang bawak aku cmnih.

bayangkan kalau pakai baju kurung then pakai safety boots nih.pelik benor..malu mak.... harini baik hati dan patuh pakai sebab ada visitors nak lawat makmal.so pakai jelah.kang visitors balik, aku pakai balik selipar aku.huh.

21 November 2012

Lelaki China Saman Isteri Kerana Lahirkan Anak Berwajah Hodoh


 
Seorang lelaki di China telah menyaman isterinya akibat mempunyai wajah yang hodoh dan menang kes saman terhadap isterinya itu. Si suami, Jian Feng berasa ragu akan isterinya itu selepas dia melahirkan anak perempuan mereka.

Feng menuduh anaknya yang baru dilahirkan itu tidak mempunyai wajah yang sama seperti wajah mereka berdua. Dia menyifatkan bayi itu sebagai "amat hodoh".

Pada mulanya, dia menyangka isterinya telah menipu dirinya dengan mempunyai hubungan sulit dan bayi tersebut bukan anaknya.
Pada suatu ketika, isterinya mengaku yang dia pernah membelanjakan lebih daripada $100,000 pada beberapa pembedahan plastik sebelum dia bertemu dan berkahwin dengan Feng.

Selepas tahu mengenai pembedahan tersebut, Feng mengambil keputusan untuk menyaman isterinya. Dia membuat dakwaan bahawa wanita itu menyakinkan diri nya untuk berkahwin dengannya di bawah dakwaan palsu.

Pihak hakim bersetuju dengan dakwaan Feng dan mengarahkan si isteri membayar ganti rugi sebanyak $120,000.
 
Ntah apa-apa la depa nih.tapi memang berbeza gila la muka bini dia sebelum dan selepas buat pembedahan. tapi kan pompuan tu buat pembedahan sebelum dia jumpa laki dia lagi.so bukan la salah dia pun kan.yang laki dia tu pon nampak sangat la nak yang lawa-lawa ja sampai tak mengaku anak.ntah-ntah laki dia pon tak hensem pun.sibuk nak saman bini kunun.tengok muka baby dia comel ja. tak paham aku.
 
tapi tula kan..dok buat bedah plastik sana sini, nanti beranak takkan la anak nak ikut muka yang lepas bedah plastik kot.tu la orang kata, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak.hehehe.ada kaitan? 
 
Sumber berita : PenPatah
 
 

20 November 2012

Belog bertukar wajah lagi

Belog tukar rupa paras lagik.weeehuuuuuu...gila tak dak keja dok tukar macam-macam.haha.amik sana sikit, amik sini sikit. hasil akhirnya jadi cam gini lah.kalau dah pompuan tu pompuan la jugak.pi balik ala-ala pink la jugak kan. header ni aku transparentkan. so bila letak atas background merah jambu tu, nampak cam header pon merah jambu.sebut pasal merah terus rasa sakit hati.sakit hati yang betul-betul punya sakit hati.sebab kain batik warna merah yang orang bagi telah menyebabkan baju kami anak beranak bertompok-tompok warna merah sebab tercampak dalam mesin basuh sekali.paling sakit hati, romper aufa baru beli punya la comey kaler putih terus bertukar jadi pink.kalo pink semua molek-molek dan sekata tak pa la jugak.ni bertompok macam hapa lagik.benci!!!!!!! singlet hubby pon jadi kaler pink.ok.yang ni macam lawak plak.hehehe. malam tadi dok mengamuk rasa macam nak lempar ja kain tu turun bawah flat.huh.

ok.dah tersasar nampaknya dari tajuk asal.mari kembali ke pangkal jalan.


susah betol la nak edit html blogger template yang baru ni.jenuh nak godek.ni tak tau la nak bertahan lama mana ni.cepat sangat bosan.tapi aku akan coba bertahan template ni selama mungkin.aku coba..aku coba...

dan kenapa aku punya iklan nuffnang kat sebelah kanan ni tak mau kuar eh? dah paste code dah. sapa-sapa yang mantap dalam hal-hal cam gini tolong sat.aku upah cekodok satu pinggan.

p/s : tengah selsema.sakit tekak.adeh..hidung macam nak tercabut dah ni.tinggal tak demam ja lagi.kali ni aufa n mommy demam.last time aufa n daddy.aufa mesti join jugak la kot mana-mana pon.memang perasan la dia tak tahan langsung sejuk-sejuk.mesti nak selsema.aufa..aufa..

08 November 2012

MyDeal : Samsung Hello Kitty Limited Edition

Promosi MyDeal untuk Samsung Hello Kitty Limited Edition. sesuai untuk siapa yang memang collector Hello Kitty. Promosi 69% OFF. So cuma perlu bayar


RM248 instead of RM799
3 months warranty
FREE DELIVERY untuk semenanjung malaysia!

Cepat! Cepat! Cepat! Tinggal lagi 12 jam sebelum promosi habis ye.

Pergi sini to view the deal
 


P/S : ehhh..napa aku dok buat pengiklanan free ja nih? hehehe

07 November 2012

Yeayy! 7-eleven day, mari tapaw slurpee ~

Aku baru dapat tau hari ni adalah hari 7-Eleven. 7-eleven pon ada hari jugak ye.aku kalau sebut 7e ni, tak lain tak bukan teringat slurpee ja.sekali sekala teringin jugak.

Oleh sebab hari ni 7e day, diorang buat promosi Slurpee. Bawak bekas sendiri cuma bayar RM2.20 sahaja. boleh tahan.bawak bekas besar-besar la kan.hehehe.tapi agak-agak la.cuba tengok rules dalam flyer dia kat bawah nih.lawak plak.kehkehkeh.


alah, banyak mana sangat orang nak makan,kalo amik segelas besor pun tak larat makan kot.BRAINFREEZE.even anda sorang peminat slurpee tegar pun takkannya nak telan sebaldi.


 
husband aku selalu bising kalau aku beli slurpee.sebab manis sangat katanya.memang pun.so tak elok makan selalu ye.tapi kalo time promo cam gini, rugi pulak tak grab kan.2 hinggit 20sen..ingat nak bawak baldi kot.bleh agih kat anak-anak babysitter dan budak-budak yang dok main depan umah.cewah..macam kempen mari beramal.tapi..mampukah aku menahan malu nak bawak baldi? bawah tumbler yang saiz besar tu mampu kot.

tapi permasaalahan yang mungkin timbul ialah, konpem orang ramai dan beratur.nak-nak pulak slurpee habis nak tunggu dia putar sampai beku.tapi mungkin jugak tak payah beratur pun.slurpee tak sehangat baskin robin or tutti frutti punya promo kot.hehehe.

so tunggu apa lagi,mari kita serbu ~ malam ni makan nasik lauk SLURPEE ye!!!
untuk maklumat lanjut :
 

06 November 2012

Visual Shoe Dictionary

Asyik post pasal kesihatan.bosan plak.orang Kedah kata CEMUIH.kemudian diikuti dengan kata-kata macam menghela, cewe dan lain-lain.
 
tapi hari ni bukan nak cakap pasal bahasa Kedah pun.untuk seimbangkan kepala otak ni nak membaca.hari ni nak post plak pasal entertainment.entertainment la sangat.kalau Cikgu Osman Baku baca blog saya ni mesti kena tampar kepala dah ni.Hiburan ya.bukan Entertainment.
 
(rasa tension pulak bahasakan diri saya.sopan sungguh.nak tukar)
 
Ok.dah perenggan ketiga tak mula-mula lagi.ok.yang ni aku just share dari Facebook ja ni.quite interesting untuk yang gila beli kasut tu.
 

So, yang mana kesukaan anda?

aku senang ja.

Flip Flops = untuk kuar kedai, buang sampah,jalan dekat-dekat,shopping (asalkan tak sakit kaki)
Ballerina flats = pegi keja/shopping
Wedge (yang rendah-rendah ja) = pegi kenduri, majlis-majlis
Sport shoe (takdak dalam list) = pegi team building office. jangan harap la nak keluar jogging dan execise.


Aku ada 3 pasang heel yang memang betul-betul heel la.tak sanggup nak pakai.sakit kaki weh.tak paham camana depa bleh survive pakai kasut tumit tinggi gila.time kahwin ja pakai heel.pastu masuk kotak simpan.Flip flop la paling pantas dia punya turn over.memang lanyak sungguh-sungguh sampai putus.kasut pegi keja kena beli mahal sket.mesti beli yang tahan lasak sebab jauh gila kot jalan dari tempat parking nak naik ke opis.lagi satu pakai sandal crocodile pun tahan lama jugak.jenama crocodile tu memang feveret la kalo nak beli sandal.

lain-lain pattern kasut tu tak pernah beli plak.dulu ada orang sedekahkan boots.tapi nak pakai hapanya bukan kat oversea pon.macam pelik pulak.tapi aku berangan nak pakai kalau pi genting ka.eksyen ala-ala oversea la kan.kahkahkah.mengong.(sat..kasut tu taktau ada lagi ka tak.ntah mak dah sedekah kat orang pa).
 

Konsep Yin Yang dalam pemakanan

Assalamualaikum,

Dalam post lepas (refer sini), saya ada cakap nak share something pasal pemakanan menurut budaya orang cina.selalunya kita dengar konsep Yin Yang digunakan dalam mereka hias dalam rumah, kedudukan barang-barang dalam rumah dan sebagainya.konsep Yin Yang jugak digunakan dalam pemakanan/pemilihan bahan makanan.Yin adalah bahagian sejuk manakala Yang adalah bahagian panas.keseimbanga kedua-dua ni adalah penting.kita orang melayu pun ada jugak makanan panaskan badan, makanan yang sejukkan badan.bezanya kita tak dak la sampai ada konsep-konsep ni.

Picture credit to Mr Googlicious

*Tahukah anda keseimbangan pemakanan dapat membantu proses penyembuhan luaran dan dalaman badan?ok.sekarang dah tau.hehe

Bawah ni adalah contoh makanan mengikut konsep Yin Yang. Ni contoh la.amik yang mana sesuai jela kan.yang mana bukan makanan kita tu tak payah la kan.


 
[Click untuk besarkan.]

Update : Bengong betol la gambar tak jelas la plak.senang pegi SINI jelah nak tengok yang betul punya table makanan ~ haih

Corak ketidakseimbangan Yin (Sejuk):
  • Kecenderungan untuk berasa sejuk
  • Air kencing cenderung untuk menjadi jelas/jernih
  • Berpakaian tebal, suka pada haba
  • Warna najis yang pucat
  • Suka makanan / minuman panas
  • Kurang minum air
  • Berat badan berlebihan, lemak lembut
  • Jarang dahaga
  • Sering letih, tidur banyak
  • Kecenderungan untuk berasa tertekan
  • Kesihatan yang teruk dalam cuaca sejuk
  • Tenang, kurang bergerak, diam
  • Hidung tersumbat, titisan hingus
  • Kembung perut
  • Bawah mata bengkak/muka nampak bengkak/sembab
  • Mudah pendek nafas
  • Bahagian bawah badan rasa berat

  •  
    Selalunya, orang yang vegetarian akan mengalami ketidakseimbangan Yin sebab diorang makan banyak raw food.Umur lanjut jugak antara satu penyebab ketidakseimbangan Yin.Jadi untuk seimbangkan semula, selain dari exercise,kurangkan pengambilan makanan yang sejuk dan lebihkan makanan yang dapat memberi kehangatan.
    Corak ketidakseimbangan Yang (Panas):
    • Kecenderungan untuk berasa panas
    • Kecenderungan untuk menjadi suka bercakap
    • Tidak selesa dalam cuaca panas
    • Air kencing cenderung untuk menjadi gelap/pekat/kuning
    • Selalu dahaga, keinginan minuman sejuk
    • Menopause
    • Mudah berasa panas
    • Tubuh badan yang kurus
    • Mudah tertekan, marah atau kecewa
  • Tidur sering resah, mimpi membimbangkan
  • Tidak sabar, cepat marah
  • Sembelit/Najis kering
  • Kulit Kering
  • Kelumumur
  • Keinginan kepada manisan
  • Berpeluh waktu malam
  • Mungkin mengalami demam, sakit tekak,pedih mata
  • Berpakaian lengan pendek
  • Mungkin mengalami sakit kepala, hidung berdarah, pendarahan
  • Tekanan darah tinggi

  •  
    Cuaca panas, stress dan pengambilan makanan manis berlebihan boleh menyebabkan ketidakseimbangan Yang.Kurangkan pengambilan daging dan lebihkan pengambilan sayuran.Hormon, minyak pada kulit, air liur, jus dan rembesan pencernaan dalam perut memberikan kita elemen Yin atau sejuk. tapi ada masanya, badan masih tak dapat nak bekalkan cecair secukupnya, jadi kita kena cari alternatif lain untuk seimbangkan.

    Jadi, berikan perhatian betul-betul macamana keadaan badan kita,kemudian pilihlah kaedah dan pemakanan yang sesuai untuk seimbangkan elemen-elemen ni dalam badan sekaligus menyihatkan badan dan diharap dengan izin Allah, sembuh la sakit-sakit. orang kata penyakit semua berpunca dari perut,maksudnya punca utama sakit adalah pemakanan.Corak pemakanan baby jugakboleh diperhatikan melalui konsep ni bila baby tak sihat.macam saya pernah cerita sebelum ni, Aufa batuk tak mau lega. bile check-check rupanya saya silap bagi makan buat tiap hari.kebanyakan buah sejuk,boleh menyebabkan batuk.
     
    Renung-renungkan dan selamat beramal ~ ^_^

    Source of information : GregSamples and AcuFinder
     

    05 November 2012

    3 things to monitor when your baby frequently got flu, cough and fever ~

    Baby jatuh sakit : demam, selsema, batuk.memang tak dapat nak elak la.biasa la budak-budak nak besar.kita ibu bapa kena banyak bersabar.bagus juga kalau budak-budak sakit ringan cam gini.menguatkan sistem imun dia.nak keluarkan virus-virus jahat dari badan.ada satu kajian menyatakan, anak mungkin mengalami demam sebanyak 60kali sebaik menjelang umur 3 tahun.depends on ketahanan anak masing-masing la kan.
    ok.tanpa lengahkan masa dan membebel ntah kemana, kita mulakan sekarang ~

    1. Pemakanan
    Ini paling penting.pernah dengar kata-kata ni ~ You Are What You Eat. saya tak amik port sangat siapa yang punya kata-kata.hehehe.asal jadi peringatan pada saya.ok.kebanyakan penyakit dalam dunia ni, selain dari berpunca dari genetic, penyumbang terbesar adalah dari gaya pemakanan. perhatikan apa yang anak anda makan, apa yang dia suka makan, apa yang anda suka bagi dia makan.kalau orang cina, pemilihan makanan pun ada Yin dan Yang (nanti saya story dalam post lain pasal Yin Yang ni ye).baby badan tak tahan,kalau tiap hari bagi makan makanan sejuk pon tak boleh, bagi makanan yang panas banyak pon tak bole.mestilah seimbang.contohnya buah-buahan.mengikut pngalaman saya, kalau anak batuk, hentikan sementara pemberian buah-buahan sampai anak sembuh.kalau selsema, bole la bagi makan makanan yang bole bantu proses penyembuhan macam bawang putih, sup ayam,halia.contoh jela.

    2. Persekitaran
    Pastikan persekitaran anak bersih.bersih dari habuk, kotoran dan asap-asap.tolong jauhkan anak dari asap rokok ye.sebab ada sesetengah baby, alergik pada asap.bersihkan mainan-mainan anak selalu.yang mana bole sterilize,sterilizekan je.lap-lap mana yang patut.lantai kena mop selalu bagi anak yang dah menyesot/menyulur/merangkak.kalau keluar rumah, jangan lupa bawa wet tissue yang anti bakteria tu.saya suka bawak pegi mana-mana pun.kalau pegi kedai makan,saya lap baby chair tu.nampak remeh dan susah la sket kan,tapi puas hati.hehehe.botol susu rajin-rajin la sterilize.jangan amik mudah.anak saya pernah kena jangkitan kuman dalam darah sebab pengendalian makanan anak tak betul.so, sebelum bancuh susu, basuh tangan sampai kuar kulit ye.hehe.sebelum pegang anak terutama balik keja,tolong la basuh tangan.ntah dari mana-mana ntah kita angkut kuman bawak balik.suami saya memang selalu kena sound balik keja terus nak cium-cium gomoi2 anak.tak bleh.BASUH TANGAN DULU!kalau anda atau suami tak sihat, asingkan lebih baik.bukan la asing sampai kuar rumah sewa hotel pulak.tapi just jangan peluk cium sangat la anak tu.kang berjangkit.haritu saya siap suh suami tidur bilik lain,jangan cium anak.sian jugak la.tapi nak buat camana,anak saya pulak jenis tak berapa kuat badan ni.tapi yang menghairankan, haritu family babysitter semua selsema dan demam, anak saya tak berjangkit pulak.sungguh la aneh.huhu.

    3. Perubahan cuaca
    Oh.yang ni tak dapat buat apa la.kuasa Tuhan.siapalah kita nak mengubah kan.tapi kita masih boleh elakkan.saya paham ramai ibu-ibu gian habislah nak bawak baby kuar hangout2, ronggeng2,naik stroller, window shopping sambil rasa macam keluarga bahagia.saya pon begitu juga.hahaha.tapi kalau anak tu tak tahan sejuk, mungkin boleh elakkan keluar malam-malam ka.kalau keluar pon,pakaikan anak pakaian yang tebal,sweater,topi,sarung kaki.completelah kan.kalau anak tak tahan panas pun, jangan la kuar time tengahari terik memancar segenap alam betul-betul atas kepala.kira kalau letak telur tengah padang konpem masak cuma amik letak lada + garam sket pastu makan.ok.contoh hyperbola sket ye.kesian kat anak.kita pun kadang-kadang panas terik,sakit kepala ni tau.saya tak faham jugak bila tengok ada parents yang dukung anak tengah-tengah panas terik pegi jom heboh la konsert la.ya Allah..yang mak bapak reti pulak pakai topi, tudung.pastu bila anak sakit mula la kaget.dalam hal cam gini, suami saya memang cerewet tahap cipan.payung memang wajib.topi memang wajib.memang saya spare dlm handbag dah topi Aufa dan payung kecik bole lipat tu.lagi satu stokin.slalu dlm handbag jugak.hehehe.

    4. Emosi
    Perhatikan emosi baby.baby pon boleh stress tau.tanda-tanda baby stress salah satunya ialah dia garu-garu kepala, tarik-tarik rambut.hehe.macam kita jugak la,kalo stress,rasa tak sihat ja kan.so, pastikan baby anda membesar dalam persekitaran positif dan riang ria.jangan gaduh-gaduh depan anak.jangan tinggikan suara depan anak.jangan cakap bukan-bukan depan anak.jangan marah-marah depan anak.senyum selalu ye.selalulah main dengan anak.tidur dengan anak.saya percaya sangat, bila anak tak sihat, lagi kerap skin contact kita dengan anak, lagi cepat la dia sembuh.


    Last sekali, kalau semua diatas dah dimonitor sebaik mungkin tapi anak masih kerap jatuh sakit, berserah sajalah pada Allah ye.mungkin ada hikmah.ujian untuk kita.takkan la Allah nak siksa anak kita pulak.semua mesti ada hikmah.jadi, saya doakan semoga anak-anak ibu semua cepat sembuh @ sentiasa sihat dan aktif dan sentiasa dipelihara oleh Allah SWT.AMIN

    Pentingnya mencari babysitter yang perfect!

    Assalamualaikum,

    First skali nak cakap ~ TIADA YANG SEMPURNA DALAM DUNIA NI MELAINKAN ALLAH SWT

    jadi, kalau tak dapat cari yang SEMPURNA, carilah yang hampir sempurna @ sebaik mungkin @ bersesuaian. ok.hari ni nak cakap pasal babysitter.

    aku start cari baby sitter dalam sebulan lagi nak bersalin.lewat jugak la sebab tak jumpa yang sesuai.babysitter memang ramai.tapi ada yang sorang jaga sampai 10orang baby, ada yang umah pulak macam tongkang pecah, tak bersih.aku bukan la nak demand sangat, tapi kebersihan sangat penting ok.nak mengasuh anak orang,bukan anak lembu ye.so mesti cerewet banyak.

    sampai la satu masa tu, owner umah sewa aku sendiri tawar diri nak babysit anak aku.sebab dia pon tak bekerja dan anak-anak dia dah besar semua dah sekolah.umah dia umah kampung,bersih.ok la kan.tuan rumah tu pun baik.bukan yang jenis mulut puaka cakap bukan-bukan bila marahkan anak-anak.tengok anak-anak dia pun semua behaved.so bagus la kan.tapi malangnya, lepas ja aku bersalin dok dalam pantang lagi, tuan umah tu bagitau dia tak dapat nak jaga anak aku sebab dia nak berniaga nasik lemak.hadoi la..tapi takpala, nak buat macamana kan.mungkin untung juai nasik lemak lagi masyuk dari mengasuh budak kot.

    so dalam situasi terdesak nak cari babysitter, jiran aku suggest sorang kakak ni.dok satu floor dengan umah aku ja.dia ada mengasuh sorang lagi budak umur 2tahun.kira dah besar la kan.tapi kakak ni dah ada orang booking,orang tu tak bersalin lagi.so aku mintak la dia tolong jaga anak aku sementara waktu.sementara nak cari babysitter lain.alhamdulillah dia cakap ok.aku tengok, kakak ni tak da apa yang tak memuaskan hati pun.so go on jelah kan.

    lepas 2 bulan dia jaga Aufa. tiba-tiba,orang yang dah booking kakak tu tak jadi hantar sebab nak hantar ke babysitter lain sebab rumah dia jauh. Alhamdulillah. secara automatiknya status Aufa sebagai temporary terus jadi PERMENANT la kan.weeehuu..memang lega gila lah hati.kakak tu pun cakap, even kalau orang tu jadi hantar pun, dia tetap akan jaga Aufa sebab dah sayang walau baru jaga 2 bulan.

    so sampai sekarang Aufa dah 10 bulan, masih dengan babysitter yang sama.Alhamdulillah.bagi saya memang kakak ni jaga Aufa terbaiklah.tak nampak lagi kekurangan kat mana-mana.dan satu-satu masa tu, im a bit surprise on how much Aufa had learned during her time with the babysitter.

    belajar bye-bye, belajar geleng-geleng bila dengar lagu, belajar letak something kat telinga bila orang cakap Hello, dan sometimes Aufa ada sebut perkataan tertentu macam meniru apa yang saya cakap.saya percaya mana-mana ibu pun, kalau tengok anak dah bole buat sesuatu yang baru, mesti rasa terharu dan nak nangis.isk..isk...uwaaaaaaa...skang pun aku rasa nak nangis sebab teringat Aufa ~

    ok.dah habis membebel tulis panjang mesti orang bosan nak baca.taktau la hamba Allah mana yang baca blog aku yang melukut ditepi gantang nih kan.now aku nak list down kriteria yang perlu dititik beratkan semasa mencari babysitter.

    kalau nak cari babysitter :

    02 November 2012

    Happy 10th Months my dear baby boo!

    Assalamualaikum,

    Betapa cepatnya duit gaji yang baru masuk surut, begitu jugalah cepatnya anak-anak membesar.oh, bukan 'anak-anak', cuma ANAK.lagi 2 tahun baru jadi anak-anak, insyaAllah.
    25th October haritu, Aufa genap la 10 bulan. lagi 2 bulan cukup la setahun.dah besar dah.perangai pun dah macam-macam dah.cerdik dah skang.tak bagi apa-apa mula la nak stress tarik-tarik rambut.

    walau macamana pun, semoga Aufa jadi anak yang solehah, meyenangkan hati ibu dan abah,menjadi anak yang bijak dan cerdas,rajin,menghormati orang tua, penyabar dan lain-lain lagi sifat yang mulia.hehehe.AMIN...

     

    01 November 2012

    Petua Bayi Demam dan Selsema

    Salam,

    Hari ni rasa letih sangat-sangat.kalau dapat bantal sebiji, atas papan pon aku boleh tidur nih..serius tak larat.maybe letih selalu tidur lambat,tidur tak cukup kot.sekarang aufa suka tidur lewat.pastu bangun minum susu 2kali.dah almost 10 months, tapi bangun minum susu kerap jugak even before tidur dah bagi susu.huhu.pukul6 pagi aufa dah terkebil-kebil sambil senyum kat sebelah.haih.

    oleh sebab hari ni tak larat, topik pun berkaitan ketidak-laratan diri jugak iaitu demam. bukan demam orang besar,tapi demam orang kecil. means demam baby la.aufa sepanjang 9 bulan ni demam 5 kali dah kot.kerap betul.aku assume dia punya immune system tak berapa kuat kot.and suddently im thinking of taking supplement for aufa.but not sure what type.

    i come across some articles about the risk of giving babies medicine (with drug inside).macam ubat demam,selsema,batuk dan paling utama antibiotik. baru-baru ni pun ada masuk paper pasal bahaya antibiotik.walaupun dia tulis kat situ pengambilan tanpa nasihat doktor membahayakan kesihatan.tapi dengan nasihat doktor pun, antibiotik itu rasanya lebih banyak negatif efek dari positif efek.contohnya macam batuk. konpem doktor akan bagi antibiotik.katanya untuk bunuh kuman.aku rasa ramai orang pun percaya macam tu.aku masih ingat doktor yang aku selalu jumpa dari kecik, dia memang mention macam tu.makan antibiotik sampai habis, baru semua kuman mati.padahal, hakikatnya, antibiotik tu membekukan kahak.dan batuk pun berhenti.but akan occur lagi in the future sebab kahak is still there.tak kuar pon.

    so after baca banyak dah article pasal bahaya pemberian ubat-ubatan pada bayi, aku pun terus stop bagi aufa ubat.now im slowly moving to natural remedies.aku takmau aufa bergantung pada ubat-ubat yang ada dadah tu.perasan tak bila bagi ubat, mesti baby macam laloq semacam,lemah mengantuk.dah la demam tu buat dia letih dan mengantuk.makan ubat lagi mengantuk.then asyik tidur.

    kenapa kita letih dan mengantuk bila demam? sebab sistem imun badan kita tengah bekerja keras untuk lawan virus dan bakteria jahat.so letih la.bila makan ubat, kononnya nak bagi sembuh,kita hanya interfere kerja-kerja sistem imun dalam badan.lama-kelamaan, badan jadi malas nak melawan bakteria tu sendiri dan bergantung pada ubat.every time kita sakit, mesti amik ubat.

    berbalik kepada natural remedies. ada macam-macam natural remedies yang boleh kita guna dan lebih selamat berbanding makan ubat klinik.bawah ni aku dah compile dan senaraikan:

    Demam/demam panas

    • Jerlum kepala dan seluruh badan baby dengan air/air asam jawa/air daun bunga raya (terutama celah ketiak dah pelipat tangan dan kaki)
    • Minum banyak susu/air masak (bagi yang minum fm) sekerap mungkin bagi elakkan dehidrasi
    • Letak tuala lembab pada dahi/Ketiak/Pelipat
    • Amik lemon/limau purut, potong2 amik air dan hampas. letak atas kain, then balut tapak kaki.makesure hampas limau tu kena pada tapak kaki.then pakai kan stokin.lemon akan menyerap panas.
     
    Batuk

    • Bakar bawang putih,tumbuk dan campur sedikit minyak masak.sapu pada leher dan belakang anak
    • Sapu minyak panas pada belakang dan dada
    • Campuran daun kaduk, kapur makan dan air.tumbuk dan sapu pada dada,leher dan belakang
    • Kunyit hidup, gosok pada lesung amik air dia then campur minyak masak/kapur makan sket.sapu pada dada dan belakang.
    • Sapu minyak jerslin oil.minyak ni minyak zaitun.boleh beli kat kedai.botol kecik dalam RM30.

    Selsema

     • Kunyit hidup, gosok pada lesung amik air dia then campur minyak masak/kapur makan sket.sapu pada pada hidung
    • Amik lendir daun sirih, sapu pada batang hidung
    • Gosok gambir kat lesung, amik pati dia dan sapu pada batang hidung

    Ramai jugak yang cakap, ubat homeopati pun bagus jugak.ubat-ubatan homeopati tidak mengadungi dadah.jadi tak ada long term effect.kalau teroverdose pon, tak membahayakan kesihatan sebab dia berasaskan herba.sekarang pun banyak dah klinik homeopati.aku tak pernah cuba lagi. now aufa start selsema dah batuk, dan ingat nak bawak pergi klinik homepati pulak.tak salah kita mencuba.nak cari yang terbaik kan.sebab dah tau dah kalau pergi klinik pakar, mesti bagi ubat batuk, selsema dan antibiotik.

    lagi satu, kalau batuk kahak anak dah teruk,lebih baik bawak pergi klinik dan amik nebulizer.nebulizer adalah lebih baik dari makan ubat.nebulizer ni untuk cairkan kahak guna gas biasa (ada klinik yang guna air saja),kahak yang cair tu akan keluar either bila baby muntah or ikut poo poo dia.tapi ada orang cakap kalau sekali amik neb, lepas-lepas ni pun mesti kena amik.yang tu aku pun tak pasti.aku dulu astma, kalau teruk baru amik neb, kalau sikit-sikit tu tak amik pun.memang inhaler tak pernah amik.inhaler akan menyebabkan kita bergantung pada ubat.always kena bawak inhaler.latih paru-paru bergantung pada ubat.not good hokeh.

    bila anak sakit ni kena banyak-banyak bersabar.bukan boleh sembuh cepat.biar perlahan, tapi selamat dan tak ada long term efek.


    p/s : baru terfikir nak amik supplement appeton infant atau transfer factor...
    p/s (update) : dah beli appeton infant.anak x berapa gemar sebab masam sikit.huhu.jerslin oil pun dah try pakai last week sebab aufa batuk kahak.alhamdulillah.this week dah stop.but it think bukan hanya sebab minyak itu saja, tapi ada jugak faktor lain yang membantu dalam proses penyembuhan tu.yang penting dan utama, dengan izin Allah.Alhamdulillah..