24 August 2011

There are no perfect fathers. But a father will always love perfectly!

kenapa semua nak wordless wednesday?? aku tiap-tiap hari wordless.buat kerja duduk depan pc pukul 8 sampai pukul 5. tambah-tambah bulan puasa ni lagi la wordless, malas bercakap.kurang la dosa tersilap cakap,mengumpat semua tu kan.hehehe. hari ni nak kongsi video ni. tak mau cakap apa-apa.sila tengok.


T_T


23 August 2011

Mana MAK? ~ sila baca, serius sedih dan menginsafkan

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada  di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah  basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh  menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah  mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah  bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang  sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."  

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah  sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah  telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah  itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah  hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala  Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"   

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnyaSolat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Welcoming my new niece on 21 Ramadhan

Alhamdulillah, kakak aku selamat melahirkan baby sulung hari ahad lepas.baby girl yang sangat comel. tak tau lagi nama apa. berat 2.8kg. ada lesung pipit lagik. mata memang tak bleh elak la.sepet.


tak sabar nak balik kampung.syok kalau rumah ada budak-budak ni. tambah-tambah baby yang kecik-kecik. bertambah la lagi sorang cucu mak dan abah aku. hadiah hari raya. awal tahun depan tambah lagi satu.meriah.hehehe.

semoga baby aku nanti pun secomel dan sesihat ni jugak.amin...

18 August 2011

Berkenannya tengok baju raya kat Jusco..isk..isk..

Hari tu pergi Jusco Perda, pastu pergi pulak Jusco Queensbay. berkenan betul la dengan baju raya dia tahun ni. saiz pun memang saiz aku. tapi masalahnya sekarang saiz aku dah lebih sikit dari dulu. kalau beli pun bukan bleh pakai raya ni. perut ni nak sumbat celah mana. mana muat.isk..isk..sedih betul ah. serius berkenan. baju kebaya dia comel-comel sangat. kalau beli pakai lepas beranak boleh la kot. tapi buang karan ja beli sekarang pastu simpan sampai lepas beranak. sebab tak tau lagi lepas beranak saiz aku camna kan.

weekend lepas jalan-jalan kat mydin. saja belek-belek baju raya mydin. boleh tahan cun kalau pandai pilih. ended up terbeli sepasang baju kurung moden. muat la nak pakai time sekarang dan time lepas beranak. boleh la kan. so setakat ni baju raya cuma 2 pasang. jubah dan baju kurung mydin. hehehe. aku murah-murah ni tak kisah sangat. asal selesa. lagipun aku memang jarang pakai baju kurung.

jeles pulak tengok orang shopping baju raya, tudung raya. borong sakan. aku tak bleh la nak lebih-lebih sangat tahun ni. banyak kena save ni. lagipun pagi raya pertama hubby baru habis shift. aku balik kampung dulu. tak bleh la nak pergi semayang sama-sama.

tapi tak pa, tahun depan beraya bertiga. lagi best. yuhuuu...bleh shopping baju raya untuk baby. rasa lebih bermakna ada orang baru.hehehe..

ha, jangan lupa pegi bank tukar duit. dah list down dah anak sedara semua. mau beratus-ratus jugak kena tukar duit nih. better pegi tukar awal. nanti tak sempat. sampul free sikit je dapat tahun ni. kena beli jugak la nampaknya.

bonus raya? harem ler company aku nak bagi..semua cha ya nun alif.gaji pun masuk sehari dua sebelum raya.kejam!!!


17 August 2011

Nurse nak datang check kat rumah???

016***** : helo, boleh cakap dengan puan husna?

aku : ya saya bercakap ni.

016***** : ni nurse ni. sekarang ada kat mana?

aku : hah?? saya kat pekan.

016***** : Ooo, tak ada kat umah la ni. ni saya nak pi check husna kat umah ni. husna ada astma kan?

aku : haah. tapi bukan on med dah. dah lama dah.

016***** : bulan ni tak buat check up lagi kan?

aku : next week baru buat. kenapa eh?

016***** : saya ingat nak pi check husna kat rumah. tapi tak palah. next week mai klinik na.

aku : ok.

naik heran aku. dah la call pakai nombor handphonw. aku ingat nurse mai check kat umah kalau dah beranak ja. adakah sebab aku astma? tapi rasanya dah banyak kali bagitau aku bukan on med dah. last astma pun time form5. heran..heran..semangat nurse tu nak mai check sampai umah. tapi dengar suara memang aku kenal nurse mana yang call tu. nurse tu la yang check aku masa first time pegi klinik kesihatan dulu. terkejut badak gak la. cara dia cakap macam emergency ja. padahal aku rasa sihat ja.hehehe.

tadi pukul 12 keluar opis ingat nak pegi print out penyata KWSP, lupa plak hari ni bank semua tutup, Nuzul Quran. hadoih...tertangguh lagi. napa la letak kiosk tu kat dalam. letak jelah sekali dengan mesin atm.menyusahkan betul la.dah la hari ni cuaca panas tak hengat. masuk sunshine beli barang, cashier silap kira barang dah satu hal, orang ramai macam semut, dengan parents yang tak reti public parenting satu.pening kepala aih.


Menu 16 ramadhan : Daging dendeng

Salam 17 ramadhan semua. hari ni sakit perut. pagi-pagi lagi dah rasa tak larat sangat. tengahari japgi nak pegi kiosk kwsp nak print out salinan penyata kwsp plak. malas tapi terpaksa.hoish..

semalam berbuka sorang-sorang sebab hubby kerja petang sampai malam. buat lagi cucur udang sebab memang suka sangat cucur udang yang buat sendiri dari yang beli kat bazar.rasa puas bila makan. semalam jugak buat daging dendeng. so harini nak bagi resepi daging dendeng yang sangat la mudah tapi sedap.

Daging dendeng
Bahan-bahan:
daging
bawang besar
bawang putih
halia
cili kering
cuka
garam dan gula

Cara-cara:
1. rebus semua bahan
2. keluarkan cili, bawang besar, bawang putih dan halia.tumbuk semua.daging rebus sampai empuk.
3. keluarkan daging, potong nipis-nipis dan goreng sampai garing.
4. tumis bahan yang ditumbuk tadi.
5. masukkan satu sudu cuka, garam dan gula.
6. masukkan daging dan hirisan bawang.SIAP.

itu saja menu semalam. balance gulai ikan talang masin perangat. hehehe.sengaja aku buat lebih gulai tu.

untuk menu harini 17 ramadhan, ingat nak buat ikan kembung berlada stail minang dan sup ayam. semua resepi-resepi ni aku cedok dari website ja nih. cari yang mana mudah dan cepat. rasa macam nak buat puding roti kukus jugak. tapi loyang dan butter tak beli lagi. kalau jadi buat petang ni, esok post resepi.hehehe. buat puding roti kukus sebab rumah tak ada oven.isk..isk..so kukus jelah senang.puding pun tak kering.moist moist gitu.

ok.bye.sambung buat kerja.

16 August 2011

Menu 15 ramadhan : gulai ikan talang masin + cucur udang kuah kacang

hari ke15 puasa baru insaf nak masak kat umah.sebelum ni asyik menyinggah bazar.weekend lepas pergi beli segala ikan,ayam, udang,sotong untuk stok nak masak sepanjang minggu ni. so semalam start masak.agak kalut jugak sebab balik kerja sampai rumah dah pukul6.terus letak nasik dan start masak.

menu 15 ramadhan : Gulai ikan talang masin dan cucur udang kuah kacang.nyam nyam.aku buat yang senang jalah.yang complicated nanti tak sempat plak.kang tak berbuka laki aku. ni saja nak kongsi resepi Gulai ikan talang masin utara dan cucur udang marveles.hehehe.

Gulai ikan talang masin
Bahan-bahan :
3,4 ketul ikan talang masin (bertulang lagi sedap)
kentang
karot
terung
daun kari
serbuk kari ikan
sedikit halba
cili kering
santan
bawang merah dan putih

Cara-cara :
1. tumis bawang merah, putih dan sedikit halba.
2. masukkan bancuhan kari ikan, tumis sampai pecah minyak
3. masukkan karot, kentang, terung dan ikan masin.kemudian masukkan santan.
4. masukkan air kalau terlalu pekat. biar mendidih.
5. masukkan garam dan gula secukup rasa
6. tumis bawang merah, daun kari dan cabai kering (potong2) berasingan.
7. tuang tumisan dalam gulai.

Cucur udang
1. Gaul tepung gandum, udang, daun kuchai, taugeh, bawang merah, sedikit air kapur (supaya rangup), gula, garam, sedikit serbuk kunyit (untuk warna jer).
2. Bila goreng leper-leperkan.supaya lebih rangup.jangan leper macam lempeng plak.

Kuah kacang
1. Goreng kacang, buang kulit dan kisar sederhana hancur.
2. Goreng cili kering (kejap jer) dan kisarkan.
3. Campur kacang dan cili yang dikisar tadi. masukkan sedikit air asam jawa, gula dan garam. kacau.
4. Tak perlu masak sebab kacang dan cili dah masak sebelum kisar.tapi kalau nak kuah sedikit berminyak boleh jugak tumis dulu kuah tu.


menu 16 ramadhan, ingat nak buat daging dendeng ja. makan dengan nasik putih panas-panas.dah menyengat. tak payah susah-susah buat banyak mata. ngeee...^_^


15 August 2011

My first baby stuff : Tommee Tippie BPA Free Manual Pump!

Minggu ni dah masuk 20weeks. dan tadi secara sengaja dan sepantas kilat beli barang baby yang pertama.betapa bersemangatnya aku nak breastfeed baby nanti.5months dah gatai nak beli barang no.huhu..benda murah bukan ada selalu taww...


Tommee Tippie BPA Free Manual Pump



apa la yang aku pikir ntah.tengok-tengok harga murah terus teruja dan terus beli. dah bayar dah pun.weekend ni kot pegi amik kat kedai tu. akhirnya.dah lama dok ushar macam-macam brand. ingat nak beli yang pureen or anakku ja.murah sket. tapi kalau dah yang lagi branded dan berkualiti dapat harga yang murah apa salahnya kan.memang plan nak beli yang manual ja.

puas hati. MyEm0.Com

12 August 2011

Addicted to Chinese drama

lepas balik kerja terus terkejar-kejar pergi bazar beli makanan untuk berbuka dan sahur.kemudian rushing balik rumah untuk menonton drama cina dalam slot Golden Phoenix kat TV2 jam 6 petang bertajuk Hui Jia De You Huo atau dalam melayunya 'Kepulangan'. aku tengok dari first episod so agak menghayati jugak la kan. cuma semalam ja termiss sebab hubby sibuk nak berjalan-jalan kat giant la apa la.bagi aku memang best la cita ni. actually cita ni remake dari cita drama popular korea, 'Temptation of a Wife'.


cari sinopsis tak jumpa pun, so aku story sendiri la na.

drama ni mengisahkan tentang 2 orang sahabat baik yang dibesarkan bersama. then bila dah dewasa, seorang dari mereka, Ping Ru berkahwin dengan seorang lelaki. tapi Ping Ru tak tau yang suami dia dulu ada fair dengan kawan baik dia, Ai Li. lepas diorang kawin, Ai Li melanjutkan pelajaran ke Perancis. konflik bermula bila Ai Li balik dari study.dia mula memporak perandakan rumahtangga Ping Ru dalam usahanya merampas balik suami Ping Ru.

begitulah...hehehe..tapi serius jahat gila Ai Li ni. yang si Ping Ru tu pulak naive, baik sangat sampai selalu ditindas.normal la kan drama cenggitu. bila tengok mesti rasa macam nak lempang ja pelakon dia sebab lembab sangat bertindak. sampai orang rampas suami kat depan mata boleh dok pendam tak mau bagitau sesiapa. hoish. tak sabar nak tengok kebangkitan Ping Ru balas dendam kat Ai Li dan suami dia.

so ini lah drama yang aku suka tengok skang.hubby dok cakap, "tengok la drama cina, nanti baby mata sepet baru tau".eh..sepet pun takpa.i loike! hehehe.

mesti ada nak cakap, apa kelas la nengok drama kat TV2.isk..isk..rumah aku cuma ada TV2 ja..huwaaa....channel len tak dapat.kena pasang astro.astro baru ja pegi register 2,3 hari lepas.isk..isk..

tapi nasib baik la aku bukan kaki tengok tv. so aku pun tak merungut pun la kat hubby suh buh astro la apa la. tak kisah pun. hubby yang nak buh astro.sebab...nak tengok BOLA...

11 August 2011

Ucapan yang Mempengaruhi Sejarah


Berhati-hatilah dengan ucapan kerana mungkin dapat mempengaruhi sejarah!

Pada 20 Julai 1969, Komandan Apollo 11 Lunar Module, Neil Armstrong terkenal sebagai manusia pertama yang menjejakkan kakinya di bulan. Kata-kata pertamanya setelah menjejakkan kaki adalah; "That's one small step for man, one giant leap for mankind"

Kata-kata tersebut disiarkan kepada jutaan penonton TV di seluruh bumi. Tetapi seketika sebelum dia kembali mendarat di bumi, dia membuat ucapan yang cukup misteri; "Good Luck Mr. Gorsky".

Pada saat itu orang-orang di NASA berpendapat ia hanya semacam sindiran halus kepada pesaing mereka iaitu angkasawan Soviet. Namun setelah disiasat tidak ada nama Gorsky pada angkasawan Amerika mahu pun Soviet. Bertahun-tahun setelah itu ternyata masih ramai masyarakat yang penasaran dan mempersoalkan erti kata Armstrong "Good luck Mr. Gorsky".

Setiap kali ditanyakan, Armstrong hanya tersenyum penuh makna.

Pada 5 Julai 1995 di Tampa Bay, Florida, pada wawancara seumpama pidato, seorang wartawan kembali mengajukan pertanyaan yang sudah berusia 26 tahun itu kepada Armstrong. Saat itulah, pada akhirnya Armstrong menjawab pertanyaan itu. Disebabkan Mr. Gorsky telah meningal dunia sehingga Armstrong merasa tidak menjadi masalah jika dia menjawab pertanyaan itu.

Cerita bermula di tahun 1938 ketika Armstrong masih kanak-kanak, ia sedang bermain bola dengan jirannya di halaman belakang rumah. Suatu ketika, temannya menendang bola terlalu kuat sehingga bola itu mendarat dihalaman sebuah rumah yang tidak jauh dari situ, dan berada betul-betul di bawah jendela bilik tidur. Sang empunya rumah adalah Mr dan Mrs Gorsky.

Ketika Armstrong kecil sedang merangkak mengambil bola tersebut. Dia mendengar jeritan Mrs. Gorsky sedang marah ke Mr. Gorsky. Dan jeritan itu yang membuat Armstrong yang masih kecil tidak boleh melupakannya seumur hidup.

"Sex! You want sex?! You'll get sex when the kid next door walks on the moon!"
Source : Ceritalucu
husna : "Good luck to all !!" =p

09 August 2011

13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

Assalamualaikum. saja nak berkongsi ilmu dan maklumat. sama-sama renungkan.

selalu kalau tegur orang tak menutup aurat (lebih-lebih) lagi mengenai pemakaian tudung, memang boleh menaikkan kemarahan. kalau tegur kawan, silap-silap boleh putus kawan. walaupun ditegur cara baik, mesti akan ada jawapan balik yang tidak menyenangkan. tapi, jangan putus asa menegur.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,

 ‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”

Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara.

Berikut ialah jawapan yang mungkin sesuai bagi mereka,


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. 




Sumber Shahirul.Com , Solihin Zubir & ILuvIslam


aku pun bukan la sempurna dan arif sangat. tapi bila terdetik dalam hati, rasa nak berkongsi dengan semua. apa salahnya. kita sama-sama berubah.so, dibulan ramadhan yang mulia ni, kalau ada nak buat sebarang perubahan rohani dan jasmani, elok sangat la. perubahan ke arah kebaikan itu adalah sesuatu yang indah dan menenangkan. 


sekian, selamat beramal! 


nota kakiku : nak jadi seorang anak yang solehah, isteri yang taat, ibu yang penyayang..insyaAllah..

04 August 2011

Korek idung, korek telinga tak batal puasa eh?

sibuk suma pakat share post pasal benda nih kat fb. sebab dah set dalam minda, asal masuk je jari dalam hidung or telinga, batal puasa.so sampai nak sentuh hidung pun tak berani.takut tiba-tiba TERlajak masuk lubang.hahaha.


sebelum kita melompat ke tajuk utama yakni pasal korek idung dan korek telinga.mari kita hayati perkara-perkara mudah yang dikatakan membatalkan puasa padahal cuma sikit salah faham.

Perkara 1 : Mandi

Dulu balik skolah petang, penat tak hingat.terus nak mandi.nak segarkan badan la katakan..tapi mak terus dengan kerasnya melarang. tapi ayat mak aku melarang tu jelas, "tak yah mandilah..makruh".buat tak dosa, tak buat dapat pahala, puasa tak batal. tapi, ada kawan masa kanak-kanak ribena dulu suka-suka hati cakap mandi batal posa.memang la batal kalo sambil mandi sambil buat-buat tersedut air kan.tapi nak diingatkan jugak,kalau sesuatu perkara tu makruh berlebihan, boleh jugak membawa kepada haram. baik jauhkan jelah senangkan.macam gosok gigi, ada orang kalut nak gosok gigi sebelum habis waktu imsak.padahal kalo gosok tengahari pun tak dak masalah.cuma makruh.

Perkara 2 : Sahur time imsak

Selalu kalut-kalut makan sebab dok tengok jam,waktu imsak dah nak habis.then toleh tengok jam lagi,imsak dah habis.sedih la hati sebab tak sempat mengketedarah lagi. tapi..untuk pengetahuan, imsak tu macam lampu kuning la.macam lampu isyarat tu.BERJAGA-JAGA.bila masuk imsak tu beringat-ringatlah.jangan amik senduk tambah nasik lagi. takut orang dah azan,ko tengah syok menelan lagik.

Perkara 3 : Korek telinga dan idung

tak batal. sebab kita nak membersihkan diri. islam kan pentingkan kebersihan.tapi agak-agak la, cari tempat privasi sket.kang bleh mendatangkan fitnah plak sebab bukan semua orang tau benda ni tak batal. kalau dah taik idung kau sampai dah menutup saluran pernafasan, taik telinga sampai dah buat kau pekak.korek jelah.tapi INGAT!! korek untuk membersihkan diri ye, bukan untuk kepuasan nafsu,korek sampai mata jadi putih (steam habis,nikmat) or korek sampai ke gegendang telinga dan temulang idung.itu dah lebih.

kalau tak yakin, rajin-rajin la google, cari pendapat ulama or ustaz mana-mana. aku tak larat plak nak link-kan sumber-sumber.huhu.

dan baru harini ku tau korek hidung dan telinga itu tidak membatalkan puasa.tapi macam tak gamak pulak nak buat.kalo takat sehari puasa,takkan tengahari taik telinga dan taik hidung dah berjejer kot.tunggu malam pun bleh layan...hahaha!

02 August 2011

18 Weeks : Baby Kicking and Punching!

Sekarang kadang-kadang dah terasa baby bergerak. bila duduk or baring diam-diam memang rasa.mula-mula dulu ingat perut berangin. tapi sekarang dah tau bezakan angin ke baby.sebab rasa dia memang lain macam. orang cakap orang kurus memang akan cepat rasa dan selalu rasa. sekarang dah 18weeks. memang sepatutnya dah dapat rasa.

rasa yang sangat nice.butterfly movement orang cakap.selalu time lepas lunch dan time baring nak tidur tu. kalau pegang, kena time baby bergerak kasar sikit memang terasa kat tapak tangan.maybe sebab aku ni kurus kan.hehehe. tapi yang herannya, bila abah dia pegang, langsung tak bergerak.bila abah dia ada kat umah pun dia tak bergerak sangat.takut ka apa tak tau la.hehehe.

baru 18weeks dah sakan. tak tau la bila dah 7,8 bulan nanti. tak sabar nak pi scan. sekarang dah nampak perut ni.nasib baik toilet kat umah toilet duduk.serius tak selesa kalau toilet cangkung.

lagi satu bila rasa stress mesti baby bergerak.takut pulak bila stress efek kat baby.tapi akhir-akhir ni ramai pulak orang nak bagi aku tekanan. nasib baik la aku ni penyabar.cewah..eh..sungguh na.memang aku ni kuat sabar ni. kalau tak takut naik minyak. bukan naik minyak bersilat ka apa.tapi mulut ni ler...takut laju.huhu.eh, bulan puasa tak boleh mulut jahat. kena cakap yang baik-baik ja. walau orang mengata kita, senyum dah la.apa boleh buat, orang ada mulut. senyum dah tak perlu kata apa-apa. =P