05 October 2012

Karihome? rumah kari?

Taukah anda terdapat susu jenama KARIHOME? bagi yang tak pernah dengar mesti ingat rempah kari yang digunakan dirumah atau macam curry house, restoran yang menyediakan
masakan kari kepala ikan yang lazat.kan?kan?ok.lupakan.mari baca dulu.

KARIHOME adalah salah satu jenama susu kambing berasal dari New Zealand.susu kambing boleh dikatakan sebagai susu kedua terbaik selepas susu ibu.tiada apa yang boleh tandingi susu ibu.terbaik dan marveles.tapi tak semua baby bernasib baik dapat minum susu ibu sampai umur 2 tahun kan.so sebagai alternatif, cubalah susu kambing.

aku dapat tau pasal susu ni pun tahun lepas masa pegi baby fair kat PISA. dapat goody bag.dia tanya nak sample pampers ka sample susu karihome.time tu macam "eh susu karihome apa kari-kari nih.takmau lah.nak sample pampers".pastu dapat tau cousin bagi anak dia minum susu ni.lepas tu baru tergerak hati nak cari info pasal susu ni.ingat nak try bagi aufa.

Susu kambing pun ada laktosa, macam susu lembu.tapi laktosa dia lebih mudah hadam dan sesuai untuk bayi yang alah pada susu lembu, alah pada soya atau alah pada laktosa.





 

1) Karihome Infant Formula Step 1 (0-6 months)
2) Karhome Follow Up Formula Step 2 (7-12 months)
3) Karihome Growing Up Formula Step 3 (12 months above)
4) Karihome Pre School Formula Step 4 (3-7 years)
5) Karihome Goat Whole Milk Powder (7 years above & adults)


Please noted that harga susu KARIHOME quite marveles ya.hehehe..900gram = RM90. kalo sebulan anak minum 2 tin.dah RM180.kalau minum 2 tin la.macam aufa sebelum ni sebulan 4 tin jugak la.yang 900gram.tapi sejak hari tu dia muntah dan cirit dan tak lalu makan,minum susu pun dah kurang sket.kalau sebulan 2,3 tin tu mampu lagi kot.huhu.dah order sample.nanti update progress aufa lepas minum susu tu,mana tau terus boleh bercakap kan.ok.9bulan dah boleh berjalan dan cakap.wweeewwwiitttt....hahaha.
 

02 October 2012

Suitable food for babies with diarrhea



Diarrhea means cirit birit.penyebab cirit-birit ni ada macam-macam.kalau nak sebut semua tak tersebut kot.so aku cuma story based on pengalaman aku sendiri bila aufa cirit birit.

Antara punca cirit-birit:
1. alah pada laktosa dalam susu (susu tepung)
2. alah pada susu lembu
3. alah pada sesuatu makanan
4. jangkitan kuman/virus

bila baby cirit-birit,dia akan kehilangan air dan mineral dalam badan.jadi perkara penting untuk dimonitor adalah dehidrasi.pastikan baby minum lebih cecair/susu.kadang-kadang paed akan beri SMECTA.sejenis serbuk garam untuk membaiki dan merehatkan dinding usus.tapi ingat, sebarang cecair tambahan macam smecta ni bukan berfungsi untuk melegakan cirit-birit, tapi more to untuk elakkan dehidrasi.

kemudian, paed mungkin akan suruh tukar ke susu tanpa laktosa.contohnya macam susu soy-based.macam aufa haritu, aku tukar ke susu ISOMIL.susu soya tanpa laktosa.lepas tu terus cirit dia stop.then aku cuba balik ke susu lain macam Dutch Lady dan Anmum.cirit balik.so aku teruskan jela denga ISOMIL sampai umur dia 8bulan.bagi baby yang tak ada masalah dengan laktosa,sebaik cirit-birit sembuh,boleh la bertukar ke susu asal semula.

lepas tu aku try bagi minum susu SIMILAC, susu lembu tanpa laktosa.kira nak eksperimen sket la.nak tau aufa alah pada laktosa saja or alah pada the whole susu lembu.tukar ke similac, poo poo dia ok dan normal.so sampai skang minum SIMILAC.

bagi baby yang dah mula solid food, kalau cirit-birit boleh cuba diet BRAT. BRAT is Banana, Rice, Applesauce and Toast.teruskan diet harian baby macam biasa,cuma add in la diet ni.sebaiknya cuba elak makanan yang mudah lawas.sebab ini mungkin akan menyebabkan cirit-birit berterusan.Kentang pun bagus jugak dimasukkan dalam diet bila baby cirit-birit.
contohnya :

1. Bubur + Banana
2. Banana + Avocado + Susu
3. Applesauce + Avocado
4. Toast (roti bakar) + jem kurma
5. Toast (roti bakar) + applesauce

Applesauce tu kita rebuskan apple yang dipotong-potong.bila dh lembut,kita lenyekkan atau pureekan.macam harini saya bekalkan aufa dengan bubur nasik kosong dan sup ayam (ayam,kentang,karot,kurma).besok maybe mash potato + banana dan roti bakar + jem kurma.


dan jangan lupa if anak cirit-birit, bontot melecet merah.letak ja tepung ubi..insyaAllah cepat lega.teheee...

01 October 2012

Kenduri @ Kuala Kangsar

Hari sabtu 29 September 2012, pukul 3 petang.tiba-tiba husband baru teringat hari tu ada kenduri kawan dia.kawan baik plak tu.masa tu ada kat sungai petani.

aku ni fail sket la nak ingat negeri-negeri, tahap kejauhan dan berapa lama perjalanan tu amik walaupun sebelum-sebelum ni dah pernah pergi.so kalau sebut perak,tak kira la apa tempat pon,dalam kepala cuma terbayang,bukit+terowong+telinga berdengung+jauhhhh sangattttt....

tapi dah husband beria nak pergi jugak.follow jelah.jauh la jugak 2jam perjalanan.mau pulak umah pengantin area kampung dalam jugak la nak masuk.sampai umah kenduri dah pukul 5petang.orang dah bersih cuci pingan cuci calat dah pon.pengantin pun dah siap salin baju berehat-rehat dah.tapi orang kata rezeki ada mana-mana kan..nasik kenduri ada lagi.hehehe.lauk punya la banyak.orang perak selalu masak lauk banyak mata eh? banyak mata tu bukan la maksud lauk ikan yang ada banyak mata,macam sekor ikan ada 8 mata.bukan.begitu ye.maksudnya bermacam jenis lauk yang sedap-sedap.hehehe.

nasib baik la ada ramai tukang mengasuh nak tolong jaga aufa.dapat la aku makan kenyang-kenyang.habis makan tu nak balik la.ternampak pulak pelamin tak simpan lagi.cantik.so gedik-gedik la sat tangkap gambar.bukan slalu dapat naik pelamin kan.hehehe.

pelamin cantik, tapi tangkap gambar tak masuk pon bunga-bunga atas kepala yang cantik tu.aiseh...

skang every weekend mesti ada kenduri.lagi seronok kalau kenduri tu area kampung-kampung.lagi dalam kampung,lagi sedap makanan dia.teringat dulu pernah pegi kenduri kat kupang.ada gulai batang pisang.serius marveles gila rasa macam nak jilat pinggan dan nak mintak tapau.tapi time tu kecik lagi,fokus lebih kepada goodies kenduri.hehehe