24 December 2014

[REVIEW] Lacte Duet BreastPump

Assalamualaikum

Dah 18 tahun janji nak buat review. baru harini sempat ye. mentang-mentang esok start cuti. cuti sampai habis tahun ye uollls...hepi nyieerrrr hati..mihmihmih

So, kita review breast pump Lacte Duet dulu. nanti review Jingle Jungle Jasmine Cooler Bag pulak.

Untuk pengetahuan, aku pernah pakai 

- manual breastpump Tommy Tippee (dah selamat jual)
- manual breastpump 'made in china' yang tak tau apa brand tapi prestasinya superb! - ini pinjam kakak aku punya.tapi serius aku suka walaupun tak dak brand.  masih guna kalo travel.
- breastpump Eve Love Single - ini pun pinjam. 
- breastpump Spectra 3 double pump (dah selamat jual)

Aku suka breastpump Eve Love sebab corong cup dia sedap pakai dan motor dia ringan.
Aku suka breastpump Spectra sebab tahan lasak dan kuasa suction dia cuma dia berat.

Jadi aku carilah breastpump yang ada kebanyakan ciri pada Eve Love dan Spectra. Combine dua-dua. dapat la Lacte Duet. hehehe

Kenapa pilih double pump?

Sebab jimat banyak masa. setiap hari pergi office, aku cuma ada dalam 15 minit ke 30 minit ja masa untuk pump. 3 kali sehari.

Waktu pagi 7.45am - 8.00am
Waktu tengahari 12.45pm - 1.00pm
Waktu petang 4.30pm - 4.45pm

kalau pakai single pump, lepas pump sebelah, kena pump lagi sebelah kan. lepas tu kalau LDR, sebelah pump sebelah lagi kena tadah. susah sikit. then bila turn untuk pump lagi sebelah yang kita tadah tadi, lambat pulak nak LDR. bila lambat mula la meleret-leret masa pump sebab nak make sure breast kosong. faham? hehehe.

jadi, bila ambil double pump, senang.dua-dua belah sekali harung. macam Lacte Duet. 

Part dia boleh tahan banyak compared to Spectra 3 yang ada secoet saja part nak handle. tapi tak kisahlah sebab best.hehehe.

Kita mulakan dengan motor Lacte Duet.

Motor Lacte Duet kecik dari Spectra. Besar sikit dari Lacte Solo. Ringan. kalau letak dalam handbeg pun tak terasa sangat. tapi kalau letak motor Spectra 3 dalam handbeg, mungkin lebam jugak bahu kalo angkut tiap hari (hyperbola sket..kehkeh). 

Motor Lacte Duet ni ada 2. Satu untuk sebelah kanan, satu untuk sebelah kiri. boleh disablekan mana-mana satu incase nak guna satu saja. kalau satu rosak, satu lagi maintain bleh pump.so tak dak la panik sangat kan.

Yang paling suka ialah dia punya breast shield. Breast shield dia silicon. So lembut bila time suction tu. kalau breast shield plastik keras tu, bila suction, memang dia sedut-sedut kuat la cik b untuk keluarkan susu. tapi kalau breast shield silicon ni, bila dia sedut, silicon yang lembut tu akan berubah bentuk, macam mengempis.bila dia mengempis dia kepit la sikit puting cik b. macam baby.macam kita buat mermet.

Sebaik turn ON motor, dia akan terus start. satu sesi ada 2 phase dan dah di set selama 30 minit. Lepas 30 minit terus turn OFF.

2 minit pertama ialah sesi stimulation mode iaitu mod urut mengurut.Stimulation mode ni untuk rangsang pengeluaran susu. So dalam masa 2 minit nilah LDR sepatutnya berlaku.terpulang pada masing-masing. tapi serius lepas guna Lacte Duet, tak sampai seminit dah LDR. Default kekuatan suction masa Stimulation mode ni agak rendah. macam tak rasa apa. mula-mula dulu aku increasekan jugak sebab macam tak rasa apa.tapi sekarang dah boleh adapt.terus guna default ja. hehe.

Semasa Stimulation mode.abaikan masa kat screen tu.memang dia 2 minit ja tapi aku saja tambah-tambah. 

Lepas 2 minit, dia akan automatik tukar kepada Expression mode. So, 28 minit seterusnya ialah sesi memerah la. Default kekuatan suction expression mode ni bagi aku dah ok. tak kuat sangat tak perlahan sangat.masih berjaya kosongkan breast dalam masa 15 minit ++. 

Kalau dalam masa 2 minit tadi, belum LDR, dan dia dah tukar ke expression mode, bleh la tekan balik untuk tukar ke stimulation mode. Butang atas sekali yang ada simbol titis-titis air tu adalah untuk tukar mode.

Kalau Spectra 3, satu jelah. mode memerah jelah dari mula sampai kau tutup suis. tak ada nak urut-urut. Boleh adjust kekuatan sedutan tu jelah. tapi suction Spectra memang power. mula-mula aku compare, aku rasa Spectra sedut lagi power dari Lacte. tapi, sedut kuat tak semesti bagus ye. Lepas tu baru la perasan, Lacte Duet ada anti backflow. Anti backflow ni kebaikan dia elak susu masuk tubing. kekurangan dia ialah, dia kurangkan kuasa suction tu. kurang sikit la. sebab aku try pasang shield Spectra dekat Lacte, suction dia macam nak tercabut segala.sebab breast shield Spectra tak ada anti backflow. suction dia direct terus. so, kesimpulannya, suction Lacte dan Spectra sama power.hehehe.

Dari segi bunyi, motor Lacte Duet boleh tahan senyap. Especially time stimulation mode. masa Expression mode ada jugak la dengar bunyi tapi tak ada la macam bunyi jentolak. aku selalu jugak dengar dekat Mother's room bunyi breastpump yang maha kuat. tak tau la dia lama tak service or memang breastpump dia bunyi macam gitu. agak annoying la. susu nak kuar pun terus sentap terkejut bunyi pam kuat sangat.walau macamana pun, harus di akui bunyi Spectra la paling senyap.hehehe


Ni time Expression mode. 

Butang kiri (+) dan kanan (-) tu untuk adjust level suction. butang tengah tu untuk turn ON dan OFF. Butang bawah sekali tu untuk pilih either nak guna motor kanan (R) ,motor kiri (L) atau kedua-dua (Double pump).  



Nin dia part dia. nala punya banyak.hehehe. kalau Spectra part nak kena basuh cuma DUA sahaja. Corong pump dan valve. Simple. tapi untuk Lacte lebih banyak. antara 4 hingga 5 part kena basuh. 

Sebelah kiri atas tu dia punya breast shield. Shield silicon dan dia punya rangka yang pegang silicon shield tu. dah ada 4 ketul disitu.

Kemudian bawah sebelah kiri tu penyambung antara breastshield dan botol susu. ada 2 bijik. Yang kecik putih tu dia punya Valve or Injap. 2 bijik. tak ada injap ni, tak dak rasa apa la sedutan tu. 

Lepas tu tube panjang tu untuk sambung dari motor ke breast shield. Sebelah bawah kanan tu penutup anti backflow, bottle converter dan injap anti backflow. 

Breastpump Lacte Duet ni, default botol dia adalah wide neck. Kebanyakan storage bottle kata pasaran skang adalah neck  yang kecik tu. macam bumble bee, autumz suma tu kan. so, dia ada bagi 2 ketul bottle converter.pasang bottle converter tu bila nak guna botol susu yang neck biasa tu.

setakat ni aku cuma perasan ada sorang ja amoi ni pakai Lacte Duet jugak. tu pun sebab dia tanya aku masa kat Mother's Room, part mana yang boleh basuh dengan air panas/sterilize dan part mana yang tak boleh. tiba-tiba aku bertukar menjadi breastpump expert.kahkahkah. senang.kalo nak tahan lama, part yang ada getah-getah ni basuh air sabun suam jelah.macam valve dan silicon shield tu. tapi seminggu skali aku campak jugak dalam air panas semua sekali.

ok. itu sajalah review panjang lebar. ada soklan sila komen. terima kasih.

Bye.

08 December 2014

Nestle Bliss Limited Edition [Apple Banana]

Assalamualaikum.

Sakit perut makan kenduri tak habis lagi.makan sikit tapi sakit perut berhari-hari.penangan nasik kawah.

harini singgah Sunshine store lepas lunch. terpandang Nestle Bliss Limited Edition. Bagus jugak kalo minum time perut tengah rasa tak best ni. tak tau la dia akan tolong cure sakit perut ni atau lebih mengeruhkan keadaan.hehehe.

ni kira terpengaruh dengan iklan dalam tv jugak la ni. tengok flavor dia yang macam pelik.macam tak sesuai combination tu.tapi sebab teringin nak try rasa jugak camana.

Credit to Facebook Nestle Bliss


ada dua flavours.

Pineapple Coconut

Apple Banana


Try Apple + Banana dulu lah.



Nestle Bliss Limited Edition - Caribbean Series


choihh. bukak ja botoi terus bau pisang.minum rasa pisang.hujung-hujung baru rasa apple sikit.tak sedap pun.tak tau nak kata camana rasa dia.kalo minum sambil pejam mata, ingat nak terbayang Johnny Depp, tapi terbayang Davy Jones. 

harap botol ja cun...

ok.takpa.nanti kita try Pineapple Coconut plak.nak terangkat sampai nek atas pokok nyok dak.hehehe.

04 December 2014

Persediaan Solid Food Si Amni

Assalamulaikum


Beria benar nak bersedia bagai kan.hahaha. macam time Aufa dulu eksaited kemain.padahal dia makan tak tara mana pun.yang ibu ni sampai dah bulih masuk master chef.sekarang Amni pulak.tak boleh nak elak rasa teruja tu.nak tengok macam mana reaksi dia berbanding Aufa dulu.

lagi 5 hari Amni nak masuk 6 bulan. Oleh sebab 9 haribulan tu jatuh weekday.so macam tak best la bagi babysitter yang start solid food dia kan. so, dengan kuasa yang aku ada, aku menitahkan agar hari start solid food tu dipercepatkan kepada weekend ini ye. TAPI, since sabtu ni sibuk dengan kenduri rumah cousin husband, so kita start hari Ahad.

Antara sebab lain eksaited adalah sebab kakak aku bagi pinjam dia punya Avent Baby Food Processor.kehkehkeh.dulu time Aufa buat manual.stim pastu blend la.susah jugak la nak blend pakai blender sebab kena kuantiti banyak baru dia blend smooth ja.






pakai ini cepat dan senang sikit la.stim then terus blend.tak payah nak transfer sana sini. kalo stim, khasiat makanan tu tak hilang banyak macam rebus ye.

tak try pun lagi la.dok baca manual ja dulu.

lagi satu aku pinjam buku resepi.



Annabel Karmel !

Rasanya ramai kenal kot. Time Aufa dulu pernah jumpa buku dia tapi tak terasa nak beli sebab dok refer resepi online. Kali ni orang bagi pinjam kan.hahaha.mahal kot..

Bekas untuk simpan puree Aufa dulu pun ada lagi. Cuma sekarang tengah berangan nak cari bekas kaca untuk simpan puree.macam senang nak bagi babysitter nak senang dia nak panaskan.

macam ni.



Comel sebab bleh nampak isi dalam.bila tengok kaler-kaler cam gitu, semangat sket nak buat, nak suap.tapi tuan punya badan tak tau la nak makan banyak mana.

so, kat mana nak cari bekas macam tu? DAISO?

harap semangat nak masak semakin bersinar di masa-masa depan.hahaha!

rasa bangga sebab Aufa dulu tak pernah sekali pun bagi Nestum.

Amni pun takkan makan Nestum. In sya Allah.

Bye.

26 November 2014

BreastPump Package Pilihan Hati

Assalamulaikum

Breastpump dah sampai.lama dah.tak sempat nak snap gambar dan update lagi.cakap nak buat review both breastpump dan beg skali haritu.tak sempat-sempat lagi.hadoih.

Cuma nak story kat mana aku beli breastpump tu dan pakej apa yang aku ambik.

So, aku beli breastpump tu dekat website Fabulous Mom

survey punya survey, paling puas hati pakej dekat Fabulous Mom. Harga pun berbaloi dan paling best sebab boleh pilih beg. kebanyakan tempat lain aku tengok pakej dia banyak yang bagi free VCool beg tu. aku pernah tengok beg tu di alam nyata.tak berkenan sangat la. 

aku pilih breastpump Lacte Duet. so, dia ada dua pakej.


Kasih Package



Mesra Package



Kasih Package harga dia RM550. Beg dia pun best. tapi lebih dari budget aku. So aku pilih Mesra Package. RM450. amik Jasmine complete set sebab beg awesome tu muat letak motor ja kat atas tu.perkakas lain tak muat.kena letak kat bawah.tu pun tak tau la muat ke tak. beg Jasmine ruang atas lebih luas la.so muat sumbat motor dan perkakas.

So far pakai semua ok.best.berbaloi jugak la jual Spectra kesayangan hati.isk..isk..dah sampai ke owner baru dah.nasib la owner baru pun suka.

Sekarang, malam memang Amni minum susu badan saja. either DF or dari botol. dia pun kalau bagi susu formula malam-malam mesti macam nak tak mau ja. 

lagi 2 minggu nak cukup 6 bulan.dah nak start solid food.kena bukak buku resepi balik lah nampaknya kan. si Amni ni nampak macam lagi excited nak makan berbanding Aufa dulu. Aufa dulu tengok makanan buat dono ja.Amni ni meleleh air liur tengok orang makan, tangan tu kalut nak sambar apa orang makan.

Ok lah.next time aku buat review breastpump dan beg tu skali. anak-anak semua tak berapa sihat.so balik rumah terus lupa nak snap gambar.hehehe.

Bye.

14 November 2014

Cara hapuskan lipas dari dalam kereta

Assalamualaikum


Orang pembersih, takkan nak ada LIPAS dalam kereta.kan? ok. tunggu sampai kau beranak pinak nanti nak tengok kereta masih suci ka dak. kalau suci maksudnya either tak bawak anak naik kereta or anda parents yang kejam tak bagi makan dalam kereta or seminggu 7 kali anda cuci kereta. 

aku pun bukan la pengotor sangat sampai dalam kereta pun ada lipas. tapi kalau travel jauh, melangut tengok jalan,perut lapaq.bila makan, ada la sisa-sisa terpelanting sana-sini masuk celah-celah kerusi, jatuh bawah kerusi. seminggu sekali ada la vacuum kereta.tapi vacuum tempat yang boleh capai jelah kan.

jadi, sisa-sisa makanan ni lah yang menarik makhluk-makhluk 'halus' ini yakni hang LIPAS. hang lipas ni, kalau dah masuk sekor, dia bertelur beranak pinak la dalam kereta.buka pintu ja mesti lah nampak sekor dua tepi pintu.tepis pung pang pung pang.esok ada lagi.jadi tiadalah berkesudahan episod pung pang itu.

nak sembur Ridsect? racun tu.kang sembur dalam aircond lagilah.berbau satu hal.racun satu hal. banyak rasanya produk untuk halau lipas dalam kereta kat pasaran. tapi, nak bagitau satu cara yang takyah keluar duit malah lebih berkesan!

Cara apa?

DAUN PANDAN !


Source : Google

senang sangat derr...amik daun pandan selit la celah mana yang rasa lipas berkampung. In Sya Allah semua lipas lari keluar balik kampung asal mereka. husband aku letak 20 helai daun pandan.nampak sangat dendam tu.dan kereta memang harum semerbak bau daun pandan. bau macam pergi kenduri.tau?

tak percaya, cuba la sendiri.tu pun kalo kereta ada lipas la..

10 November 2014

Sedang dalam mode MENUNGGU

Assalamulaikum.

Alhamdulillah baru beli breastpump dekat Fabulous Mom online untuk ganti breastpump Spectra 3 yang dah terjual tu. now sedang menunggu.mungkin esok mungkin lusa.tak sabar.hehehe.

Ambil package, so dapat bag dan ice pack. tak sabar nak tengok bag tu sebenarnya.sebab pump dah tau macamana dia bertindak.kihkihkih.tapi beg tu tak jumpa lagi orang review.geram betol.

Dah ada orang nak tolong tambah duit. Sayang anak katanya.hahaha.so, apa lagi,rembat la kan.rezeki jangan ditolak.tapi bersyarat katanya.Mesti guna selalu. oOohh..mesti la...In Sya Allah..selagi ada rezeki.walaupun tak fully BF, at least ada jugak la bagi susu badan kan. hehehe.

So, sama-sama lah kita tunggu barang ye.

Bye.

04 November 2014

Mari Mencuci Mesin Basuh

Assalamualaikum.

Apa kes pulak nak mencuci mesin basuh yang memang tugas dia membasuh kan?

Lately aku stress sebab lepas siap basuh baju mesti ada benda keping-keping hitam kecik-kecik melekat kat baju.dah la liat.kena air pun tak cair.jadi aku pun kehairanan.mula-mula aku ingat daki stokin husband.kahkahkah.suspek utama sebab stokin minggu lepas peram kat opis dia pastu minggu ni baru bawak balik kan.padahal bukan.

Then aku pun try cuci yang jaring perangkap habuk dalam mesin basuh tu. tak selesai jugak masalah. lagi satu masalah ialah, baju macam tak berapa nak wangi segar walaupun dah letak sabun dan softlan sebotol.

So, google punya google jumpa la penyebabnya.mesin basuh kalau tak bercuci lama, akan jadi berdaki,berkerak,berbau dan lain-lain lagi yang tak enak didengar mahupun dibau.mungkin kita tengok dalam tub bin tu nampak berkilat bersih.tapi di luar bin,di celah-celah kita tak nampak dan tak dapat nak cuci. so macamana kan?

aku dengan segera paksa husband aku pi Cosway beli pencuci mesin basuh! ya.pencuci mesin basuh itu wujud.aku baru tau.aku ingat kalo nak cuci mesin basuh just tekan punat Tub Hygiene kat mesin basuh,selesai.tapi tidak ye ibu-ibu sekalian. fungsi Tub Hygiene tu aku rasa untuk cuci-cuci manja ja.tak berkesan langsung.then, aku baca pencuci Cosway ni powerful sangat.so nak try la tengok.


 Nama dia Wash Drum Cleaner brand PowerMax. Sekotak ada 2 peket. RM11++


Tengok macam suci murni ja kan mesin basuh? bahagian dalam ni memang bersih sebab kita dok basuh baju.tapi di bawah dan tepi celah-celah tu dah berlumut.perasan tak kat tepi bin tu ada lubang-lubang? ha luar tu la kotornya.


Sekali basuh masukkan satu peket sahaja.


Lepas tu uols masukkan air.orang cakap masukkan air sampai max/penuh. tapi HATI-HATI ye. masukkan air sampai max tanpa baju dengan masukkan air sampai max bila ada baju adalah berlainan. sebab mesin basuh aku jatuh teros kebawah ha sebab berat sangat agaknya.hampeh!!!

nasib baik motor tak rosak.cuma dia jatuh ke bawah ja. tapi still kena bawak gi kedai rasanya.sapa nak angkut turun dari tingkat 2? itu kena pikirkan nanti.

lepas dah isi air tu, putarkan sekali dua.lepas tu biar dia terendam dalam tu semalaman. esok tu putar-putar lagi sikit.aku lupa nak snap gambar lepas semalaman tu.gila kotor! 

semua daki keluar sampai naik itam air. bilas 3,4 kali pun still ada sisa.sampai perangkap habuk kat tepi tu pun penuh 2 kali buang derrr....puhh..daki hitam yang ketegaq tu pun keluar sekali penuh semangkuk.perrghhhh..

jadi, macamana dengan mesin basuh anda? masihkah dibelenggu daki-daki dan keladak ini? hehehe ~

29 October 2014

Dilema breastpump

Assalamualaikum

Breaspump pun nak sampai dilema-dilema kan.tampaq dahi baru tau. breastpump spectra pun tak terjual lagi.mahal sangat ka.kira murah la tu.barang elok lagi.jarang pulak pakai.motor berfungsi baik lagi.i ni bukan jenis loqlaq guna barang. husband suruh reducekan lagi harga.ok.fine.dah reduce.tengok SINI.

ingat nak beli breastpump lain lah pulak.jemu pulak pakai manual pump.tapi manual pump ringan nak usung ke opis.part nak basuh pun tak banyak. tapi itulah, tangan ni sampai naik muscle punya mengepam.lenguh beb.walaupun aku ni kidal, tapi banyak kerja aku lebih cekap buat tangan kanan.menulis dan dukung anak je tangan kiri.

so, dengan alasan takmau tangan besar sebelah sebab asyik mengepam, dok cucuk jarum la nak beli breastpump baru.tapi skang tengah survey.makin di survey, makin banyak pulak pilihan.nak yang affordable la sama kan.dulu teringin Medela FS, tapi tengok harga terus meleleh air hidung.plus tengok banyak jugak review cakap medela ni motor dia selalu problem.sparepart pun boleh tahan harga.husband aku cakap kalo fully BF bleh la nak beli mahal-mahal..okeh..okeh...i tau i bukan fully bf mommy.tapi badan i masih mengeluarkan susu.jadi nak jugak beli breaspump.

sekarang ada dua brand yang dalam perhatian. LACTE dan EVE LOVE. dua-dua pun brand Malaysia. dua-dua pun sama fungsi.macam sama best.so konpius nak beli yang mana.yang geram pasaipa depa punya single pump lagi comel dari double pump.cuba buat sama-sama comel.



opps...yang ni mak tak mampu ~ T_T



Eve Love Sassy (Single)

tengok betapa comelsnya beliau.


ni pulak Lacte Solo (Single).haduhhh....

Beza antara dua ni, Eve Love Sassy ada lcd screen so boleh la tengok suction level dan masa semua.tapi Lacte Solo ni tak ada screen.cuma ada lampu-lampu level tu ja.



dua-dua ni double pump untuk Eve Love. Lily dan Flexi.


ni lacte punya double pump. Lacte Duet.

jadi mana nak pilih ha?


24 October 2014

PRE-LOVED Breastpump dan Ring Sling FOR SALE

Assalamualaikum.

Harini nak berjualan sikit. kat fesbuk dah promote.sini pulak nak promote.

First skali nak jual breastpump.


BRAND : SPECTRA 3 (electric double pump)
TAHUN BELI : 2011 (Jarang guna)
HARGA MASA BELI : RM390++ (tak termasuk harga lagi satu breastshield RM70 untuk doublepump)
CONDITION : TIPTOPKEBABUM 
(bottle stand lupa letak dalam gambar, sticker spectra kat atas pump tu ja dah tertanggal hilang mana ntah, overall masih berfungsi dengan sangat baik)
SEBAB NAK JUAL : Pakai yang manual ja skang. ingat nak try breastpump lain plak.hehe



HARGA JUAL : RM250 RM220 (including postage)

SOLD

okeh.sekarang beralih pada barang kedua untuk dijual iaitu Ring Sling.


 yang ni masih baru ye.pakai sekejap ja masa try-try.pastu simpan.napa ntah beli.amni pun takmo duduk dalam tu.aufa apatah lagi. takkan nak bawak abah pulak dalam tu. kena beletiaq jugak la sebab husband yang belikan sebab aku beria sangat.ahhh..salahkan jurujual tu la sebab beria convincekan aku untuk beli walaupun tak perlu.haihh

BRAND : Klickagift
TAHUN BELI : October 2014
HARGA MASA BELI : RM169
CONDITION : NEW
FABRIC TYPE : Cotton Mix
COLOR : Blue Black with floral pattern on the shoulder pad and pocket
RING TYPE : Aluminium
RING COLOR : Silver
SEBAB NAK JUAL : Semua tak mau duduk dalam tu.dah nak bawak sapa lagi.isk..isk..



HARGA JUALRM155 RM150 (including postage)


15 October 2014

Amni Humairah @ 4 Months !

Assalamualaikum

9 hb Oktober lepas, genap 4 bulan. cepatnya rasa masa berjalan berlari. 10 hb Oktober dah boleh meniarap sendiri.Yeay!



Dah boleh meniarap ni, asyik nak meniarap jelah. nak buh pampers pun nak meniarap.pantang letak sat tengok-tengok dah guling dah.dia punya pulun tu sampai berpeluh-peluh.kalau tak berjaya, meraung la.abah plak kaki mengusik,saja pi sendal bantal.kawan tu pun apa lagi, bukak volume paling tinggi la stress kan.

Aufa dulu tak catatkan pun bila dia boleh meniarap semua.cuma ingat dia boleh berjalan masa umur 1 tahun 1 bulan.sian aufa.hehe.

09 October 2014

DIY : Elsa's new dress

Assalamualaikum

Telinga dah berdarah dengar aufa nyanyi lagu frozen tiap hari.siap menari bagai.siap amik kain suruh ikat dibadan nak bagi meleret pastu jalan feeling-feeling ala elsa.memang tak bleh blah.

So plan la nak belikan aufa frozen doll.survey punya survey,bleh tahan mahal tengok orang jual online.tu belum kos pos lagik.walaupon aku suka beli barang online,tapi nak berbaloi la kan.

Nak jadikan cita,akak kat opis aku cakap dia beli patung frozen tu kat alor setar RM8.90 je.cantik pun cantik.dari situ aku dah target baiklah aku beli yang murah ja.aufa pon main sat-sat ja.

nak dijadikan cita lagi terjumpa patung tu jual kat tesco.bukan dalam tesco tapi kat stall tepi-tepi tu.sebiji RM15.kalo elsa dan anna RM30. So belilah sebiji yang si elsa tu dapat 13hinggit.aufa mesti la pilih yang baju glowing-glowing kan.


Tapi baju glowing tu asyik luruh ja serbuk prada dia.jadi dengan penuh rasa kasih sayang tulus ikhlas dari hati.aku pon mandai-mandai la jahitkan baju baru.

Tada!!


Jahit satu malam ja.malam hari raya haji.hahaha.pulun gila la kan.

mak yang suka buang masa memang cam gini.benda tak penting pun nak buat kan.tapi takpa.untuk gembirakan hati anak-anak,no hal lah kan.ececeh...

notakaki : sarung bantal patchwork tak siap lagi woii..abah si aufa suruh buat besaq sikit plak dah. tapi takpa, sebab mesin jahit dah ada.weeehuuuu!!!!

29 September 2014

Baby Hatch atau Pusat Perlindungan Bayi

Assalamualaikum.

"Sharing is Caring"

Terbaca pasal ni kat paper. Rasa nak share.


"Baby Hatch atau Pusat Perlindungan Bayi dikendalikan oleh OrphanCARE Malaysia menyediakan ruang khas bagi menempatkan bayi yang tidak diingini oleh si ibu. Kewujudan Baby Hatch ini bagi memastikan bayi yang tidak diingini selamat dan tidak dibuang seterusnya diserahkan kepada keluarga angkat."




Harap lepas ni tak jumpa dah la baby tepi longkang, tepi pagar rumah orang dan dalam toilet. Tapi masalah yang mungkin timbul, orang yang berniat nak buang bayi tu mungkin akan rasa malu nak pi letak kat baby hatch ni la kan.sebab orang sekeliling mesti dah tau kalau pi situ bawak baby mesti nak tinggalkan.jadi macamana ha?hmmm.. 

 macamana pun ni satu usaha yang sangat bagus. at least baby tu selamat.tak dak la kena gigit semut, or kena gigit dengan anjing ka kan. letak dalam tu dan tutup.lepas dah tutup tak boleh bukak dah sebab depa nak elak orang lain plak amik baby tu.
Boleh layari laman web depa : OrphanCARE

Lokasi : N0.6, Lorong SS 1/24A, Petaling Jaya, Selangor


*Image credit to OrphanCARE facebook

Teambuilding @ Shamrock Beach, Lunch @ Hard Rock Cafe

Assalamualaikum.

Teambuilding hari sabtu lepas.hari sabtu sepatutnya hari merelaks-relaks-kan diri.tapi kena bangun awal pi team building.kat batu feringgi.haih.

main - main tepi pantai. lari sana sini.pergghh..penat..panas...letih.lama dah tak main.main dengan aufa kat umah pun tak penat macam ni.sakit tulang temulang i.rasa macam dah tua.

mula-mula main game hakebenda ntah tutup-tutup mata pukul belon bagi pecah.katanya nak main childhood games.aku rasa childhood games aku adalah galah panjang, tuju kasut,rounders,etc.hehehe.

lepas tu lawan bina 3D object guna pasir.group aku buat penyu bertelur.hahaha..senang.


lepas tu lawan cari siput remis.bukan cengkerang siput saja.tapi nak siput yang hidup hokay.dapat la beberapa gram.ada satu team tu dapat berapa ratus gram ntah.dasat...

dan...last skali, lunch dekat Hard Rock Cafe Penang.

First time aku mai sini.tak dak la best sangat pun.tapi dia punya makanan not bad lah.

Untuk starter aku amik Lil’s Caesar Salad. eksyen..kahkahkah..sayur pun malas makan amik salad pulak.puiii....tapi sedap jugak. gambar salad tak amik sebab fokus sangat nak habiskan salad :P

Lepas tu main course aku amik Cajun Blackened Fish. Sedap.


Cajun Blackened Fish



Baker's Choice : Cheese Cake

Aussie Chicken Burger

Ni Veggie Leggie Burger. Dia gantikan meat dengan cendawan 2 ketul.


Yang ni plak Vegetarian Spagetti. Not bad jugak lah.


Layan gambar sket..



 Oleh sebab siang hari, live band nan hado lah..




Sebelah kanan ada deretan gitar dalam cermin.tempat sempit.belakang tu ada Hard Rock Shop. satu keychain kecik molek sampai 50hinggit!

mesti nak bawak balik bukti kata pi hardrock kan.

Bawak balik TISU. T.I.S.U.kahkahkah..macam bangang.

semalam Aufa amik tisu Hard Rock tu lap lantai

Sekian.

Update : Ni gambar baru dapat pagi tadi.Siput yang semua orang dapat tu, sorang officemate aku amik bawak balik masak.


PatchWork in progress..

Assalamulaikum,

Projek isi masa lapang (lapang kah aku?) terbaru..


PatchWork @ Cantum Tampal

kain lebih buat baju raya selambak. 
sarung bantal Aufa membosankan. 
ternampak selimut cantum tampal yang mak buat.
maka tercetuslah idea nak buat keja merenyahkan ini.

"Sarung Bantal Pathwork"

berminggu-minggu tak siap-siap lagi nih.  

sehari bleh spend masa berapa minit ja jahit.semua jahit tangan hokeyyy..

mesin jahit ada kat kampung tak bawak mai lagi.jadi kena guna kudrat lebih sket la kan.

tengok nanti jadi sarung bantal ka jadi apa kan.pandai sangat mula, pandai la habiskan.

Aufa awal-awal lagi dah mengaku, "yang ni Ufa punya"

baik.ibu akan siapkan!!

Throwback (Projek lepas-lepas) : 

Sarung Tilam (DONE)
Diaper Stack (DONE)
PatchWork Sarung Bantal (In Progress)
Nursing Cover With Boning (In Dream)
Pillowcase Dress untuk Aufa & Amni (In Dream)
PatchWork Bag untuk isi breastpump pi opis (In Dream)

sebab sedih tak dapat purse Mulberry, jadi kalau semua diatas berjaya, aku nak buat purse sendirilah.hebatkan cita-cita? hahaha.



26 September 2014

Spagetti Bolognese With Meatball

Assalamualaikum.

Semalam lunch mate tak dak. So, pergi tapau kat Bread History. Makan 

Spagetti Bolognese Meatball!




Spagetti Bolognese kat Bread History dalam Keysight ni memang terbaik. Cuma meatball dia kering sikit la.tapi serius sedap.hehehe..

Yup. dalam kilang aku ni ada Bread History, ada Sunshine store. dan untuk memanjangkan cerita, Mother's Room untuk pump susu pun ada jugak.tu yang terbaik..(ni mai keja ka kuar meronggeng?)hahahaha!


Selamat menjamu mata!

P/s : Aku tak tau la Bread History kat luar ada ka dak spagetti, fried rice semua.tapi dalam ni semua pun ada.

25 September 2014

DIY TShirt MakeOver

Assalamualaikum,

Yang ni pun siap hari tu lagi, tapi tak sempat nak post. Kira ni post tergendala korek-korek balik keluarkan untuk tatapan umum.hehe.

Yang ni pun kes gedik cari kerja lebih.

Ada sehelai t-shirs I Love Australia yang kak aku beli untuk Aufa.
Lepas 2,3 kali basuh, perkataan I Love Australia tu pun tercabut licin. jadilah t-shirtkosong kontangbosangilatengok. 

pastu baru tertengok tag  kat baju tu --> Made in China. ok.i paham.

jadi pikir-pikir punya pikir apa aku nak buat dengan t-shirt tu. tshirt kain elok sedap pakai.takkan nak pakai main.kalo pakai kuar pekan tak vogue la kosong ja kan. 

lepastu jumpa tutorial orang buat patchwork letak kat sarung bantal. then aku pun try la letak.then jahit kat baju tu.




padahal mesin jahit boleh ja nak jahit pangkah-pangkah cam gitu kan.

kak aku masa festime dia tengok dia ingat aku pakai mesin.kira hot jugak la aku jahit kan.kahkahkah.padahal kalo zoom betapa hodohnya pangkah-pangkah tu.

ah..pedulikan mereka.handmade nih.mahal.mana jumpa kat kedai. 

husband aku cakap, "pahal secoet ja corak kat tengah tu..buat la besaq sikit"

ok.takpa.pasni aku tambah sket lah kotak tu baru berterabur penuh depan tu.permasalahannya ialah bila? sila beri jawaban.

tapi tu la kan.bila kita jahit untuk orang yang kita sayang, susah pun kita buat jugak.

24 September 2014

DIY Diaper Stack

Assalamualaikum.

Ingatkan dah pernah post pasal diaper stack ni.rupanya cuma sempat post dalam FB dan Instagram ja.

 Buat sebelum beranak haritu lagi.sempat lagi buat kan.hehe.

Guna balance kain buat sarung tilam


Masa proses nak buat bontot dia.punyalah payah.manalah i ada pengalaman..hehe.



Boleh lah kan walaupun herot sana sini. Nak beli mahal sangat.Postage lagi.jadi baik buat sendiri.

Aufa pun dah tau kalau suruh amik pampers, mesti nak amik dalam ni.

Pampers Amni pun buh dalam ni.

Macam biasa, manis di luar, masam di dalam. dalam memang berselirat la aku tak kemaskan pun.hahaha..

Update : sorry lah aku lupa nak snap gambar step by step kot-kot ada sapa nak rujuk tutorial kan. pakai surf sana sini cari tutorial paling senang.semua pun susah.orang yang spesis hothotchickenshit suma pun jadi susah kan. haha.last-last part atas tu aku jahit ikut logik.

part bontot tu tak ingat plak refer tutorial sapa.tapi tak sangka macam gitu rupanya nak buat base untuk bagi jadi petak.

ok lah.ni bagi sikit lah step macamana nak buat. khas untuk orang yang zero macam aku ni tapi berangan nak jadi pro.

1) Refer kepada gambar pertama, line biru tu design ja.untuk lubang masukkan pampers. Sebelum jahit ,alihkan bahagian dalam kain ke luar,bahagian luar masuk dalam.

2) Lepas tu nak mudahkan kerja, potong satu kertas keras (ie kotak), saiz potongan kotak tu sama dengan saiz pampers, mungkin lebih setengah inci ka.ikut suka la.masukkan potongan kotak tu ke dalam kain tu sampai ke bawah. ni akan jadi base/bontot stack tu.

3) Then perasan tak ada lebihan bucu kain di kiri dan kanan stack tu? segitiga kan? lipat bucu tu, tandakan dan kemudian jahit.

Ok. Ni pandangan atas ye. Hijau tu adalah kain. Kelabu tu adalah kotak.masukkan sampai ke dasar. Biru tu lubang nak masukkan pampers. Line merah tu la tempat kita akan jahit.

4) Alihkan balik yang dalam ke luar dan luar ke dalam. Means yang comel untuk tatapan umum keluar la.jadilah yang kita jahit tadi sebelah dalam kan. Bucu yang dah jahit tu biar berlipat. Tindih dengan potongan kotak tadi.so tertutup la. Potongan kotak tadi jugak akan bantu bentukkan diaper stack tu jadi segi empat,mudah nak letak susun pampers,else diaper stack tu akan jadi bulky.

ok? Sekian. :)

19 September 2014

Dan selepas 3 bulan..


Assalamualaikum..

selepas 3 bulan..inilah hasilnya..hehehe..

penat jugak anak 2 nih.baru 2 kan.kalo 8 macamana??



sekarang dah rasa stabil sket la.teratur sikit.haritu sebelum masuk kerja nasib baik la balik penang seminggu awal.macam-macam hal,rumah tunggang terbalik punya jaga anak.

sekarang dah mantap cekap dan efisien dah.

sambil hayun buai sambil lipat baju.hebat kan?kan?hihi

Alhamdulillah jugak la Aufa pun tak banyak kerenah. dia ok ja dengan adik.bak kata Aufa,

"Ufa sayam adik..adik ufa unya..."

bagus.memang boleh diharap.

sayangnya, Amni tak fully breastfeed pun. dah sulam dengan formula.sebab aku kerap sangat tak sihat lepas pantang haritu. so supply shortage. sekarang, perah susu hari ni kat opis untuk bekalan esok. susu pun tak meriah mana pun.boleh la 3,4 botol untuk bekal ke umah bs. tapi kat umah mmg direct jelah.

walau macamana pun dah cuba sedaya upaya..macam mak aku kata,

"kalau ang dok sakit ja, macamana nak jaga anak-anak.."

dan macam kak aku plak kata,

"ang terlalu obsess dan fokus untuk breastfeed sampai ang tak jaga kesihatan.baik lah sihatkan diri,kuatkan badan dulu.dah cuba sedaya upaya."

ya.family aku memang suka berkata-kata begitu.jadi tersentuh lah hati ni.jadi aku cuba lah buat yang mana terdaya.rezeki tu Allah yang bagi.Dia pun tau setakat mana usaha.

Well..at least aku bagi jugak susu badan dari tak bagi langsung.harap bertahan lama sikit la dari time Aufa dulu.In sya Allah..


13 July 2014

Happy 1 month! Introducing....

Baru la ada kesempatan sikit nak menaip karangan..

Alhamdulillah..dah sebulan berpantang.tak sabor bonar nak habiskan pantang sebab tertekan tengok orang berbuka makan sedap-sedap.nilah akibat pantang masa bulan posa.aku bajet memang kena ganti posa sebulan dah rasanya nih.nak ganti seminggu pun berperang.nampak sgt aku malas kan?ok dah terbuka pekung didada.hohoho.

Kita tinggalkan dada.serius malas nak buh gambar baby.husband yang rajin snap gambar anak-anak.orang pun don tanya mananya gambar baby nak tengok.

Nah hamik.ni ja yang mampu.hehehe.


Gambar sebelum beliau dibotakkan.lepas dah botak aku pon konpius anak aku ka anak sapa kan.tapi gambar botak tak payah buh kot.nampak ganas.

Nama : Amni Humairah Bt. Mohd Amirul
D.O.B : 9 June 2014
Weight : 3.36kg

Satu persamaan antara amni dan aufa masa kecik : dua-dua style tidur-tidur ayam.mudah betoi la terkejut.dengan aku-aku skali tak tidoq.kesannya dalam masa tak sampai sebulan,berat aku dah turun hampir ke asalnya.yakni underweight.pfftttttt...

Dan beza yang ketara antara depa dua ialah...amni kuat kentut.haha.serius.selalu kentut.bagus la kan sebab perot tak kembung.aufa dulu kentut pon malu-malu kambing sampai la skang.

Oklah.mood mengarang dah menurun tiba-tiba.hehe..nanti kita story pengalaman bersalin haritu.

One word. Pantas.

Bye. :p