30 December 2010

Esok TAK CUTI !

saya tak cuti esok.salah siapa?salah siapa ni ha??!!!


*** won't be observing tomorrow's public holiday.Thank You. YES.THANK YOU for not giving us one day public holiday !!! we deserve it LOL!


ONE (1) day PTO in substitution of the public holiday will be given. means that, ADDED ONE DAY TO YOUR LEAVE BALANCE la.ish.


say no more lah.no difference at all. cuti tapi tak cuti, tak cuti lagi la tak cuti.


apa ni...i tak suka! tak suka! tak suka!!!


*** : if tak suka u boleh blah dari sini
i : oh tidak.i gurau saje.jangan buang i.sapa nak bagi anak-anak i makan nanti..sob..sob..


[hanya gurauan semata-mata.tiada kena mengena samada yang masih hidup,nyawa-nyawa ikan mahupun yang telah menutup mata]

mari pulang ke rumah dan menangis sampai petang esok jam 5.01petang.mari.mari lah!!

Barang pertama dibeli untuk hantaran W-Day

2 months and 1 week to go dan aku baru beli satu barang untuk hantaran.hebat kan? persiapan lain jangan tanya la.otak memang tak mau jalan kecuali buat last-last minit.mak aku lagi relaks.

Baju ---> "sewa apa awal-awal sangat.nanti ada design baru pulak,menyesal pulak"
Tirai ---> "mak nak tunggu lewat sikit baru tempah.nanti kedai tirai bawak kain peshen (fashion) baru"
Kad Kahwin ---> "awal sangat ni tempah.dok kalut apa"

so? apa nak dikata lagi? aku bukan malas or tak mau buat persiapan.tapi aku cuma tak mau menderhaka ja.berdosa taww...

ok.berbalik kepada cerita pasal barang pertama untuk hantaran yang aku dah beli.ini dia sudah sampai kelmarin.

Picture credit to SINI

TAFSIR AL-QURAN berharga RM130. dapat free buku agama dan cd. puas hati.mula-mula ingat nak buat tafsir ni sebagai hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan.tapi dah tukar.tafsir ni untuk pihak lelaki pulak.

aku dah pesan dekat encek tunang nanti simpan tafsir ni.aku nak baca.aci dak camtu?dah bagi kat orang tapi nak balik.buruk siku tak kalau buat macam tu?agak-agak?

kalau anda nak jugak tafsir macam ni sila pergi SINI yer.selamat beramal!

kelmarin pun dah pi tengok kasut untuk encek tunang.belek punya belek dekat sejam.kemudian beliau ternampak kasut pattern sama tapi bertali.berkenan pulak.belek lagi sejam.try-try.letak.amik  balik yang tadi.try lagi.kemudian pikir.kemudian nak amik yang tak bertali sebab yang bertali tak ada saiz.dan tulis bil.jalan.tiba-tiba rasa tak mau pulak.suruh aku pi bagitau salesgirl tu nak cancel.then aku cakap tak yah.blah ja.beliau tak puas hati sebab kesian kat salesgirl tu tapi tak mau pi bagitau.kemudian beliau ajak turun ikut tangga lain sebab malu kat salesgirl tu sebab tak jadi beli kasut.apekah...pastu pergi tengok jam tangan,harga pulak tak puas hati.pastu pergi tengok seluar jeans, beliau try 3,4 pasang.pastu tak mau pulak sebab saiz tak dak.apa ni..apa ni..habis masa i tau.penat i tunggu.arrgghhhh...

29 December 2010

Permainan apa korang selalu main masa kecik?

Permainan apa korang main masa kecil?Dulu balik sekolah terus kalut salin baju,semayang kartun (semua orang pasti akan lalui zaman semayang kartun,kalut gila,ish.ish.tak baik betul la).pastu terus keluar main.time tu ramai yang masih bersekolah.kira time tu meriah la kampong aku petang-petang ni.macam-macam kami main.yang paling besar pun dalam tingkatan 3.paling kecik tadika.semua main sekali.best sangat time tu sebab masih ada sawah, belakang kampong ada hutan.

1. Rounders
Pernah main rounders?aku tak tau la ampa panggil apa,tapi kami panggil rounders.permainan ni diadaptasikan dari permainan KRIKET.ada kayu pemukul dan ada bola.kayu pemukul biasanya ambil kayu kat tepi jalan ja.bola pun buat sendiri.amik paper,renyuk-renyukkan jadi bulat,balut plastik dan ikat getah.siap.pemain-pemain dibahagi kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan akan jaga satu kumpulan akan bersedia untuk buat pukulan dan menyudahkan larian satu pusingan..kriket kampong.yang paling dewasa akan jadi ketua kumpulan.mesti lah orang yang hebat-hebat.aku?aku jadi tukang kutip bola ja.sedih tau.sebab time tu aku darjah satu.depa tak bagi join.

2. Lom @ Galah panjang
Yang ni paling aku suka.sebab tak yah lari-lari sangat dan yang paling penting aku dapat main sekali walaupun just jadi ANAK BULAN.anak bulan ni kalau nak tau,dia boleh join dan main untuk dua-dua belah pihak.kira macam talam dua muka la.nak main game ni,mula-mula kena lukis petak garisan untuk tandakan kawasan permainan.dulu port main kami adalah bekas tapak rumah.bersimen.jadi mudah nak lukis garisan.guna arang.


Arah permainan mengikut anak panah.bulatan biru adalah kumpulan yang menjaga garisan.bulatan yang putus-putus tu kumpulan yang bermain.perlu melepasi garisan tanpa disentuh oleh penjaga garisan.menuju ke penamat.bulatan merah mesti la ANAK BULAN.aku la tu.haha.anak bulan akan jalan sekeliling petak.sentuh siapa saja yang mendekati garisan kecuali orang yang jaga garisan jugak (bulatan biru).rules yang selalu diguna:


- Kalau pemain ramai, garisan menegak akan ditambah (column bertambah).kawasan akan lebih luas.

- Kalau pemain ramai, jika 2,3orang berjaya disentuh,kumpulan yang main tak mati lagi.tapi pemain yang disentuh kena keluar.

- kalau pemain sikit ja,sorang kena sentuh,satu kumpulan kalah.

3. Tarzan
Ni bukan la game pun sebenarnya.just relaks-relaks lepas habis main permainan utama.pergi belakang kampong.ada hutan.hutan tu banyak pkok yang akar dia berjuntai panjang.lepastu pakat-pakat la gayut dari satu pokok ke pokok lain.port yang selalu main tu sampai dah jadi macam luas,kat tanah penuh daun-daun dah macam hamparan.best gila.pernah satu masa,salah sorang dari kami,dia balik paling last skali lepas main kat hutan tu.kena rasuk.habis ditendang semua orang.mengamuk sakan.lepas peristiwa tu semua orang dah tak berani tak pi main kat situ.takut weh.

4. Tangkap ikan
Dulu masa kampong aku masih permai, sawah padi banyak lagi.biasa la budak kampong.tangkap ikan.masuk sawah.aku macam biasa la.ushar dari tepi ja.geli dowh.nak masuk sawah berselut tu tak kisah sangat.tapi lintah besar gila.dok nyot-nyot kat kaki.kakak aku pun tak mau masuk.lagipun mak tak bagi main macam tu.baju kotor dan air kotor nanti kaki jadi kudis-kudis, parut macam duit sekupang penuh kaki.mengada-ngada kan?hehehe.lagi satu takut lintah masuk ehem-ehem.owwhh..tidak..

5. Main tembak-tembak
Sapa nak join mestilah mempunya pistol.pistol buatan tangan ni.yang hebat ja mampu buat ni.aku pun tak pasti depa buat macamana,tapi Nampak sangat cool dan kreatif. Peluru kutip ank buah terung kecik-kecik tu.tak pun buah apa-apa yang kecik saiz duit 5sen.tak ingat dah macamana pistol dan peluru tu berfungsi.tapi kalau kena tembak,merah jugak la kulit.hehe.tapi bagi yang tak mampu miliki pistol hebat tersebut,boleh la jadi informer.aku?tak main la tembak-tembak.ganas.aku balik main masak-masak atas ndoi la.ndoi?buaian la..

6. Main kejar-kejar sambil jengket sebelah kaki
Yang ni penat.dah la kena jengket sebelah kaki,kena kejar orang pulak. kumpulan yang dapat pemain kaki panjang kira bertuah la.rules dia mudah,kejar dan sentuh.yang lari mestilah berlari dalam kawasan yang ditanda sahaja.tak bleh lari naik atas pokok dan syok sendiri sebab orang tak bleh nak sentuh.kalau si pengejar kepenatan,dia boleh gantikan dengan ahli kumpulan dia yang lain dengan menyentuh tangan mereka.

7. Zeropoint
Aku tak pasti dalam perkataan warasnya dan globalnya dipanggil apa game ni. Main lompat getah.getah ikat barang (dulu panggil getah bodo.tak tau kenapa.bila pulak getah ni pi sekolah pun tak tau) dijalin-jalin kemas sampai panjang.bahagi kepada dua kumpulan.satu kumpulan akan pegang tali dihujung. Ada dua cara bermain.satu dengan menghayun getah supaya berpusing-pusing dan pemain akan melompat setiap pusingan sambil semua orang menyanyi.


Lagu dia sangat menarik, tapi sayangnya aku dah lupa.isk.isk.Cuma ingat ni ja

“Anak kambing patah kaki” - lompat sambil jengketkan sebelah kaki tanda anak kambing patah kaki.
“Anak kambing pandai menari” – lompat sambil berpusing.menari la katakan..
“Anak kambing makan rumput” – tunduk pegang tanah sambil gayakan macam makan rumput sambil lompat.
“Anak kambing masuk kandang!” – bersedia dan dengan pantas keluar dari pusingan getah tanpa menyentuh getah.


Sangat best okeh.dan satu lagi cara main ialah dengan memegang dan meletakkan getah di paras tertentu dalam keadaan tegang.kemudian lompat.paras yang selalu main dekat tanah (permulaan),lutut, pinggang, ketiak, cuping telinga,atas telinga dan last sekali adalah kepala.kadang-kadang dibuat tambahan satu jengkal dari kepala.ukuran ketinggian mesti la ikut ketinggian ketua (kalau tak silap).so even tinggi kepala ketua dekat ketiak kau,so mesti ikot la kan.yang ni kalau lompat kena getah pun takpa.asalkan lepas.bila dapat lepas kepala,mesti orang dah,wwoooww..wwooottt…hebat.hehehe.tapi aku paling hebat takat telinga ja.biasala.orang tak cukup ketinggian kan.
  
Peristiwa paling ngeri time main zeropoint ialah masa aku darjah 3.lompat kat kepala tak lepas.tersembam atas simen.mulut terkoyak.darah tak yah cakap la.penuh mangkuk! parut still ada sampai skang.tu la orang kata.sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya tersembam ni simen jua.

Tu ja permainan masa kecik yang aku dapat recall buat masa ni.senarai ni tak termasuk la permainan aku sendiri, main masak-masak,main mak-mak,main anak patung,main pejabat-pejabat.tu main kat rumah je.

So, korang men apa time kecik-kecik dulu? Ce citer,ce citer.. ^_^

28 December 2010

Pasal Gigi dan Braces lagi

Semalam pergi klinik gigi.lepastu tengok-tengok klinik tutup untuk lunch dari kul12 sampai 2.30 petang gila lama.terus balik rumah dulu makan-makan nasik semua dulu.lepastu pergi balik tengok orang gila ramai.ramai bawak anak-anak kecik.sebab klinik gigi ni memang best.kalau kamu pergi mana-mana klinik untuk cuci gigi dan tersilap pilih klinik.lepas cuci kadang-kadang gusi akan membengkak seba terlalu banyak luka-luka.sakit sampai tak boleh nak tidur.tapi kalau cuci gigi dekat klinik gigi ni macam ok ja.nama klinik ni KLINIK PERGIGIAN DR. RAJ.dekat Sungai Petani.

klinik ni macam dah jadi klinik gigi family aku skang ni.sampai dia kenal mak,kakak aku semua.aku first time la pegi klinik gigi tu sebab dah dekat 10tahun aku tak pi check gigi.hahaha.nampak sangat gigi dah gila berkarat.tapi permasalahan sekarang bukanlah sebab gigi berkarat aku pergi klinik tu.tapi sebab nak check gigi dan cabut gigi aku yang berserabut ni.

oleh sebab kenduri nak dekat dah.jadinya memang tak sempat la gigi aku nak pulih kalau pakai braces mau 2,3 tahun baru gigi jadi elok tersusun kan.so sementara waktu cadangnya lepas cabut nak buat gigi palsu ja untuk gantikan tempat gigi yang dicabut tu.nak cantik punya pasal sanggup pakai gigi palsu tu.ya.umur 23tahun sudah pakai gigi palsu ye kawan-kawan.tambah pulak pakai sekali pelekat poliden agar dapat makan rendang tanpa rasa malu.itu lebih baik,kalau tak alamat tak senyum la aku kawin nanti tangkap gambar sebab gigi terkangkang macam nak kokak orang jer.

jadinya pembantu klinik tu cakap depa tak boleh nak pakai cabut ja gigi suka-suka hati.dia suruh pergi check struktur gigi kat Hospital Metro.jumpa pakar gigi dulu supaya dia boleh study dulu struktur gigi aku dan suggest gigi mana yang sesuai dicabut supaya lepas ni mudah nak pasang braces.jadinya kena pulak buat appointment jumpa doktot gigi kat spital pulok.agak-agak berapa kos untuk konsultansi pergigian kat hospital metro tu ye?harap tak mahal la.habis la duit aku.gigi punya pasal.ni tak termasuk nak pi jumpa pakar kulit la apa la.ish3.duit semua tu!

21 December 2010

Digi 'What Berry Are You?' Contest

pernah tengok/nampak iklan ni kat tv atau kat mana-mana?






nak menang Red Blackberry Torch, White Blackberry Bold dan Black BlackBerry Curve? tapi sorang satu je la.sapa nak bagi sorang 3 blackberry dik non....

sangat comel.paling comel background music dia.lepas tu jawab-jawab soalan yang ringan dan mudah (ringan?) dan main permainan yang comel juga dan anda mungkin berpeluang memenangi BLACKBERRY!! so, dok tunggu apa lagi, tinggalkan kain basuhan, tinggalkan cucian pinggan, tinggalkan semua, mari-mari kita sertai

WHAT BERRY ARE YOU? CONTEST !!!

senang bangat tau.register then mulalah mengumpul BERRYPOINTS.lagi banyak kamu kumpul berrypoints, lagi tinggi peluang untuk menang!! (lagi banyak jugak masa kamu terbuang,itu jangan dilupain,tapi itu lebih baik dari kamu pergi merempit dan berclubbing).pulun la main sampai berjaya jadi ranking 6 kebawah.sambil-sambil main Farmville, Petville bagai, singgah la kat


Contest tamat pada 31 Januari 2011.

aku ranking ke 5789 beberapa minit yang lalu.@_@. tapi dah naik jadi 7***.so bayangkan betapa ramainya orang main.huh.tapi aku dapat gak hadiah.dapat hadiah ni
-
-
-
-
-
-
-
-
hoi.sapa nak bagi kat hang hadiah kalo ranking 5ribu hoiiii...sila blah dari sini.

PTPTN - dah tukar pinjaman 3peratus ke pembiayaan Ujrah 1peratus?

aku terlupa sudah pasal pembiayaan ujrah ni.padahal dah lama di uar-uarkan (war-warkan?). tiba-tiba hari ini terserempak dengan satu artikel berkenaan hal ini. so baru la terasa hati nak updatekan maklumat nak mohon untuk Ujrah ni.haish.


Tarikh mula kemaskini maklumat :


2006,2007,2008 ---> 20/9/2010
2003,2004,2005 ---> 01/11/2010
2002 dan sebelumnya ---> 01/12/2010
  1. sila masuk ke sini PTPTN 
  2. klik Kemaskini Maklumat Ujrah
  3. isi no kad pengenalan dan alamat email.satu email akan dihantar ke inbox/spam anda.
  4. klik pada link yang diberi
  5. isi borang dan hantar.SIAP.







comel pulak web ptptn ni.tak dak la tercari-cari kat mana nak klik. bukan macam website JobsMalaysia, warna bukan main.macam website untuk pembelajaran kanak-kanak.




tapi aku dok bayar PTPTN tiap-tiap bulan, tak luak-luak pun.makin naik ada la.kunun SERVICE CHARGE.padahal dah macam BUNGA hutang ALONG jer.serius weh.aku dah bayar dari tahun lepas.sampai skang kurang la dalam seratus dua.sampai masuk kubur la dok bayar PTPTN.terima kasih PTPTN kerana memberi pinjaman kepada saya lalu merealisasikan impian saya untuk berkerjaya dewasa ini, juga merealisasikan impian saya untuk menjadi PENGHUTANG BERJAYA diabad ini.Sekian ~


maklumat tambahan :

Untuk mendapatkan Nombor Pin anda:
PTPTN NOPIN<JARAK>NOKP
Contoh: PTPTN NOPIN 820504159636

Untuk semakan baki pinjaman pendidikan anda:PTPTN PINJAM<JARAK>NOKP<JARAK>NOPIN
Contoh: PTPTN PINJAM 880512019989 123456 atau PTPTN PINJAM RF123456 987654

**Charge 50sen dikenakan untuk setiap SMS
notanotty : kalau la ptptn ni macam along, ramai la ibubapa kehilangan anak,isteri hilang suami, anak hilang bapa,sebab kena sembelih.hehehe. 

20 December 2010

Pesta Penang dan Terapi Ikan!

Venue : Pesta Pulau Pinang

sejak bekerja di Pulau Pinang, every year wajib pergi pesta walaupun just nak cuci-cuci mata.kadang-kadang terbeli jugak beg yang RM10 yang ada macam-macam tu.teruja la sebab RM10 ja.tahun ni aku cuma beli karpet lapik semayang - RM10, beg mister potato - RM10 dan beg air jus cam twister tu, 6 botol kecil RM10 jugak.semua makanan ya kawan-kawan.so bagitau aku, macamana nak berjimat untuk kahwin kalau asyik membeli?

baju-baju yang made in Thailand pun banyak yang cantik-cantik tahun ni.sori tak snap gambar pun.huhu.tahun ni macam banyak jugak karpet.games macam tahun-tahun lepas jugak.tapi nasib baik tahun ni encik tunang tak mention pun kata nak main baling dart dekat belon.dan aku pun tak sebut pun.bukan buleh bagi muka.bila dah start main, jadi ketagih. macam tahun lepas, main punya main, dapat 3 teddybear comel.tapi kos beli token aku rasa melebihi kos ketiga-tiga teddy tu.huh.dan tahun ni macam tahun-tahun yang lepas, encik tunang tetap berkeras tak mau naik sebarang permainan disitu melainkan naik kaki beliau sahaja.eh, tahun lepas beliau mau naik ferris wheel.tu satu kejayaan yang membanggakan okeh.tu pun dari mula sampai habis pusing beliau senyap tak kata apa.gayat sayang oii....

dan sebelum balik sempat cuba buat terapi ikan.RM5 untuk 15minit.boleh la tahan.aku tak pernah try lagi.tapi rupanya amat la seronok.geli-geli dalam 5minit.dan 10 minit seterusnya rasa macam nak tidur plak.sedap..hehehe.kira malam tu abis la sel-sel kulit mati,kulit kering,segala habuk semua ikan-ikan tu telan.ni kalau tiap minggu buat konpem kaki bersih,ringan,mulus-mulus gitu. adik-adik,kakak-kakak dan abang yang jaga gerai tu pun friendly.yang penting encik tunang tak dak komplen apa-apa sebab beliau nampak aku bersembang dengan adik yang jaga gerai tu.isu bergaul dan bersembang adalah isu penting dalam perhubungan kami ya.huhu.



begitu rakus skali ikan-ikan tersebut melahap kematu, kurap, kudis-kudis dikaki.oh tipu.kaki saya tak ada kurap, kematu mahupun kudis-kudis ye.ok.tipu lagi.mungkin kematu nipis itu ada disebabkan tak pakai sandal dalam rumah pijak simen tiap hari dan kulit kering lalu membentuk kematu nipis.lebih comel dipanggil kulit yang sedikit tebal dibahagian tumit.

encik tunang time tu pakai kasut, refuse gila bila orang ajak join celup-celup kaki.katanya takut ikan mati tercium bau kaki beliau.eheh.kalau camtu letak ikan jaws pun belum tentu dia mau ngap.

depan gerai terapi ikan tu diorang letak satu akuarium kecik untuk tester.boleh la celup-celup tangan bekas korek hidung dalam tu.hehehehe.

setahu aku dekat Queensbay pun ada satu shop untuk urut dan terapi ikan.tapi harga agak mahal la.tapi dia punya environment sangat nice dan menenangkan.nanti kalau aku pergi try kat sini. aku promotekan kat belog ye.
jadinya, siapa yang tak pernah pergi Pesta Penang, pergi la jalan-jalan.tak dak la best teramat.tapi cukup la nak hepikan diri, dengan family, dengan kawan-kawan.

Bola..bola..bola..


okeh, ni berkenaan AFF Suzuki Cup 2010. aku gila babun tak minat bola.tapi dah encik tunang minat pulak bola tahap gaban,aku pun layan ja la... 

Malaysia VS Vietnam = Malaysia WIN
Indonesia VS Filipina = Indonesia WIN
-
-
-
-
-
FINAL ----> Malaysia VS Indonesia.

agak-agak siapa menang? hehehe.bagi aku Indonesia agak mantap dan kuat.Indonesia juga adalah antara pasukan terkuat di Asia Tenggara.Mereka adalah pasukan bola Asia pertama yang layak ke World Cup tahun 1938.walaupun tak sampai ke penghujung, sekurang-kurangnya depa tersenarai la jugak kan.ni jangan kata tersenarai, orang tak sebut langsung pun.siapa? Malaysia la.

aku bukan nak kutuk Malaysia. oleh sebab aku pun orang Malaysia, mesti la aku sokong Malaysia. tapi dari pemerhatian aku yang minat bola 2% saja ni, pasukan negara kita kadang-kadang terlebih yakin dan pandang rendah pada lawan.terlalu dijanjikan kemewahan padahal main tak hebat mana pun.menang diangkat,dijulang-julang,puji melambung.bila kalah?masing-masing salahkan sesama sendiri. mula la nak pecat coach bagai.kalau dah coach silih berganti, pemain pun kadang-kadang silih berganti, tapi corak permainan tak memberangsangkan, agak-agak salah siapa? kalau aku, aku akan cakap orang paling atas la kan.orang yang sama ja.tau pecat orang bawah je.cuba terasa-terasa sendiri,undur diri sendiri.hehehe.okeh.tiba-tiba masuk bahagian management pulak.terlajak kata sudah.kembali kepada piala suzuki (kenapa suzuki?).berikut ialah tarikh perlawanan seterusnya.

26 Dec 2010
Malaysia VS Indonesia
Venue : Kuala Lumpur, Malaysia
Time : 2000/8pm

29 Dec 2010
Indonesia VS Malaysia
Venue : Jakarta, Malaysia
Time : 1900/7pm

7pm? tak semayang eh....takpa-takpa.buat jama'.huhu.

harap tak ada la kes bakar membakar, letup-meletup, gaduh-gaduhan ya.especially kepada penyokong Malaysia, sila jangan emo-emo ya.penyokong kita sebahagiannya memang pro la kan bab gaduh-gaduh tak puas hati ni.ehem.ehem.

lagi yang aku tak puas hati adalah berkenaan isu meletakkan tangan didada semasa menyanyikan  lagu Negaraku.apa kes tu eh?tiru orang putih ka apa?kenapa nak letak tangan kat dada? seingat aku dari kecik sampai besar, yang diajar bila nyanyi lagu kebangsaan mesti berdiri tegak dan tangan disisi.tak pulak ajar letak tangan kat dada. even raja-raja, sultan-sultan pun nyanyi lagu Negaraku tak letak pun tangan dekat dada.pelik betul la.

apa-apa pun, ALL THE BEST kepada pasukan bola sepak Malaysia.semoga berjaya.jangan angan-angan kosong saja ye.walaupun tak ada pemain import (betul tak eh?msia tak ada pemain import kan?kan?).hehehe.

17 December 2010

Berita buruk, Berita baik

hohoho.pukul 4.30 tadi dapat berita buruk - HARINI KENA BALIK KERJA LAMBAT !!!! aduh..baru berangan nak blah balik awal.tiba-tiba ada kerja pulak.siap due date hari isnin lagik.maknanya aku kena siapkan harini la.macam mustahil.melainkan mai kerja hujung minggu ni.itu macam kerja gila.haih! beginilah nasib,diriku yang malang.oh Tuhan...

here comes the GOOD NEWS! baru beberapa saat yang lepas dapat panggilan dari kakak aku.katanya mimpi aku jadi kenyataan. terpikir plak.mimpi mana.mimpi jadi KAYA?ish..tak rasa kaya pun skang.mimpi naik basikal terbang?ish..macam mustahil.mimpi dapat KPLI,lagi cam harem.dah lepas pon.tak pun mimpi kawen Johnny Depp?ish..takkan dia mai makan nasik umah aku kot minggu ni.

rupanya mimpi kakak aku berisi..Pregnant la...haish..memang tepat la mimpi aku tu.alhamdulillah..dapat jugak akhirnya.tahniah kepada kok mas atas kejayaan anda.anda memang hebat dan mantop! hahahaha. dapat la lagi sorang anak saudara yang boleh disuruh buat kerja,urut-urut kaki maksu, tolong amikkan remote control, tolong buang sampah, tolong lap air tumpah dan tolong perabih duit maksu.haa....lega..

semoga selamat semua..amin...

5 pahlawan yang comel

5 pahlawan Proton.comel?tak semua comel la.sekali tengok bole la..tapi bila tengok berkali-kali,macam kereta mainan comel zaman kecik-kecik dulu yang bila masukkan dalam peti sejuk dia berubah warna dan bila mak buka peti sejuk terkejut penuh kereta mainan.

 LEKIU.agak ok la.macam 4wd.tapi lampu tu macam tak berkenan.futuristik sangat dan nampak garang.

 LEKIR. oh tak minat kereta sport.ni macam kereta apa ntah.lotus eh?aku pun tak tau.macam kereta mainan pun ada.pelik.huh.

 KASTURI.yang ni dah macam Saga BLM la pulak.tukar nama ja.oh, tak minat.

JEBAT.kawan baik TUAH.ni macam inspira @ lancer pulak.depan macam jerung tu tak lari mana dah.oh, tak minat jugak.

TUAH.ha, yang ni I LOIKE la.macam mewah.macam accord pun ada.nama pun paling comel antara 5 ni.T.U.A.H.comel kan? klasik.

ni agak-agak Proton nak jual berapa kupang eh?kuikuikui.jangan cantik diluar, harga tak hengat,tapi kualiti macam tin biskut merry dah la..

Ada apa pada nama?

okeh.hari ini rasa macam nak cakap pasal nama.sebab tadi baru saja LIKE fanpage website NAMA-NAMA ISLAM (kalau tak silap). kenapa ye semua nama yang dicadangkan tu adalah dua suku kata.means ada dua patah perkataan? contohnya : Aliya Natasya. tapi panggilan cuma yaya or sya.erkk..sia-sia bagi nama panjang, tapi panggilnya pendek dan tak bermakna pun. tapi tak dinafikan zaman sekarang ibu bapa lebih suka namakan bayi mereka dengan nama-nama yang trendy dan kadang-kadang langsung tiada maksud. tapi memberi nama yang tak mempunya maksud lebih baik dari memberi nama yang membawa makna tidak elok.

teringat cerita seorang guru masa sekolah rendah tentang seorang nama yang diberi nama Siti Zina (kalau tak silap la, tapi ada jugak perkataan zina-zina tu). alangkah menderitanya si pemilik nama sehingga dewasa.pelik jugak, takkan ibu bapa beliau begitu jahil sekali sehingga sanggup menamakan anak mereka begitu rupa. tapi akhirnya, beliau berjaya memohon untuk menukar nama kepada yang lebih baik dan bermakna.tu pun bila dah dewasa.

tapi, tak kisah la kalau dah ibubapa nak sangat bagi nama yang panjang dan glamor.ejaan tak penting, tapi yang penting bagaimana kita dan orang lain menyebutnya dan maknanya tidak lari.contohnya Fariesya.ejaannya nampak seperti glamor, tapi bila disebut masih berbunyi F.A.R.I.S.H.A.

memberi nama para malaikat juga menjadi pertanyaan.

Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama’ memakruhkannya. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Telah memakruhkan sebahagian ulama’ memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin”.

begitu juga, hendaklah dijauhi dari memberi nama dengan nama-nama yang menggambarkan hilang/leburnya jati-diri (sebagai seorang muslim), meniru-niru (nama orang bukan Islam) dan nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi seperti nama Huyam (gila berahi), Susan dan sebagainya - Tarbiyatul-Aulad, jil. 1, hlm. 87.

jauhi juga nama-nama yang makruh seperti nama yang memberi makna yang kurang disenangi (FADHIH - yang membuka aib, memberi makna yang merangsang nafsu (FATIN - penggoda), membawa maksud dosa dan maksiat (SARIQ - pencuri), FIRAUN, QARUN, HAMAN, nama haiwan yang terkenal dengan perumpamaan dan sifat yang tidak elok (HIMAR - keldai), nama-nama yang digabungkan dengan perkataan 'Al-Din' (agama) dan'Al-Islam' seperti DHIYAUDDIN, SAIFUL ISLAM, NURUL ISLAM.tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.

Kemudian nama-nama yang digabungkan daripada dua nama.kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.


aku baru tahu nama FATIN tu maksudnya penggoda.ramai jugak yang pakai nama Fatin ni kan?takpalah.mungkin menggoda orang lain untuk ke-arah yang lebih baik ke.sapa tau kan?

apa-apa pun, berilah nama yang baik dan elok maknanya. semoga anak itu membesar dan mewarisi sedikit sebanyak kebaikan dari nama yang diberi. ada pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’. tapi kadang-kadang, nama elok, ibubapa pun baik budi pekerti, tapi anak itu tetap membesar menjadi 'ntah apa-apa'. itu kita kena lihat pula didikan yang diberikan dan pengaruh-pengaruh luar. contoh jelas, lihat saja pada artis-artis tanah air. saya paling suka nak ambil contoh nama Rebecca Nur Islam.kamu-kamu semua pasti tau kan macamana jawapan beliau apabila ditanya mengenai nama beliau?

Sumber maklumat dipetik dari sini dan sini

notanotty :: tiru la macam saya, nama saya Husna, kakak saya Masna dan Lubna.senang kan dengan satu perkataan.kalau lima huruf pun tak boleh nak sebut, tak tau la nak kata.hus,mas dan lub.LUB? errkkk..apa-apapun, yang penting nama itu bermakna baik.renung-renungkan, selamat beramal!

15 December 2010

Rumah oh Rumah

Pencarian rumah untuk diduduki selepas berkahwin telah bermula. tapi nampaknya to no avail (i baru belajar-belajar guna ayat ni 'to no avail'). dah iklan dalam mudah, ramai jugak yang kol tapi semua silap.ada ka tanya balik kat aku

"PUAN ana ni nak sewa rumah ke nak bagi orang sewa rumah?"

PUAN.yaya.saya tak letak pun kat iklan tu PUAN tapi diorang sendiri assume sebab dalam description ada mention nak cari rumah untuk pasangan yang dah berkahwin.ANA tu pulak saja galak letak nama tu.selalu kalau letak iklan or nak beli apa-apa online aku suka letak ana ja.

kalau korang semua letak iklan dalam mudah untuk cari rumah sewa, nak pilih mana?
a) For Sell
b) For Rent
c) Wanted
d) Wanted to Rent

aku pilih WANTED TO RENT.betul la kan.kita yang nak menyewa kita pikir condition diri sendiri time tu la.MAHU MENYEWA.kalau kita nak sewakan mesti pilik FOR RENT.tapi kalau pikir-pikir balik.kalau aku nak cari rumah sewa,INGIN MENYEWA.bole jugak pilih WANTED TO RENT.ish..konpius.konpius.kamu-kamu semua paham tak?tapi WANTED tu untuk apa pulak dah?

notatibatiba ~ ha.aku baru tau Mudah.my tu singapura punya.means pengasas dia orang Singapura (kot).patut la haritu aku hampir kena tipu yang kes LOLA tu.cheh.LOLA FROM SINGAPORE kunun.cam harem jah.baik bela cicak kobeng (ish,apa ni.cicak kita kena bunuh-bunuhkan.sila tukar kepada labah-labah@merpati yang membantu Rasulullah SAW masa nyorok kat dalam gua dulu).

okeh.berbalik kepada dunia nyata.kelmarin dulu dan semalam ada orang mesej tanyakan jika nak sewa rumah.mesej pertama tu mahal sangat.RM500.mana mampu.baru nak mula hidup baru dah berhabis dekat rumah sewa.mesej kedua macam ok.RM400.tapi rumah flat la.bagi aku dah ok.1st floor.3bilik.2bilik air.tapi encik tunang tak mau pulak.katanya takut nak parking.tak mau rumah flat,tinggi.kalau ada lift pun tak mau.takut jugak.semua takut.apa kata kita buat khemah,atas tanah.boleh dak encik?

conclusion-nya :

"kita buat macam ni lah.tugas cari-cari rumah ni semua serah kat abg jalah eh"

"oklah.oklah.rasa macam nak cari rumah kampung,rumah batu"

"oklah.apa-apa jalah.apa yang abg suka,semua ayg suka punyalah"

fuhh..lega hati beta.kena buat ayat manja sket.aku sangat la malas bab cari-cari rumah ni sebab pengalaman sebelum-sebelum ni.kalau aku cari rumah memang fail la kan.dapat rumah yang ntah apa-apa ja.lagipun encik tunang memang tahap cerewet dia tu tahap gaban.so mesti dia akan berjaya cari rumah yang best dan berpatutan.insyaAllah.thats why i loike him so much!agagaga.

sekarang hal rumah ketepikan dulu.if dah kawin pun tak dapat-dapat lagi rumah, terpaksa la aku pun ronot-ronot (menyempit) dengan encik tunang kat bilik sewa beliau.dia menyewa dengan seorang makcik.tu yang aku lemah sikit.tak privacy langsung la.haih.

okeh.now fokus kat kerja-kerja buruh pulak.tunggu encik tunang balik jumaat ni.then terus pergi daftar kursus kahwin.check HIV.ambik borang kahwin dan lain-lain yang berkaitan.


percaya dak rumah ni bank lelong RM80,000??ni kat sungai petani.teringinnya rumah macam ni.tapi sapa nak tolong kemas tingkat atas?tikus?jangan berangan la cik husna..sila pi main jauh-jauh.

14 December 2010

Bahagianya ramai kawan


yup.sangat bahagia bila ada ramai kawan.lebih-lebih lagi kalau kawan-kawan tu adalah kawan dunia akhirat, saling mengambil berat, senang susah tetap bersama, menjaga hati dan menghiburkan.tapi bila ramai kawan, berapa kerat sangat yang memenuhi kriteria yang saya sebutkan diatas?walau apapun, tahniah kepada mereka-mereka yang mempunyai ramai kawan, mudah bergaul, mudah menyesuaikan diri lalu membuatkan mereka ramai kawan.

tapi saya tak ramai kawan sebab saya susah nak berkawan.tapi tak bermakna saya seorang yang sombong walaupun muka saya memang nampak macam sombong tapi saya tak sombong.tidak.tidak.bukan begitu.muka ini anugerah tuhan.walau sesenget manapun gigi saya, sepenyek manapun hidung saya.inilah saya.tidak dapat diconvert-kan menjadi mariah kari mahupun sesiapa saja.jadi terimalah saya seadanya.

lagi satu kelemahan saya ialah lambat untuk membiasakan diri dengan orang yang baru dikenali.susah nak mulakan perbualan dan pemalu yang melampau-lampau.

TAPI,

bila dah mulakan perbualan, selalu berjumpa, kadar percakapan saya akan bertambah dan kadangkala melebih-lebih pula.saya juga gemar bergurau tapi hanya dengan teman rapat kerana takut kalau bergurau dengan teman yang baru dikenali,takut terasa pula.

alangkah bagusnya jika saya seorang yang ramah-tamah-tanah lagi meriah.mesti saya mempunyai ramai kawan yang boleh diajak keluar meronggeng dan bersuka ria dikala kesunyian.sekarang kawan saya agak ramai, tapi yang betul-betul rapat cuma 4,5 orang. itupun masing-masing sibuk dan berada jauh dari sini.saat terasa seperti betul-betul ada kawan adalah masa belajar di Kolej Matrukulasi Penang dulu.tapi sekarang sudah terputus hubungan.dan kalau lepas ni bertemu balik mesti tak semesra dulu,macam janggal.oh,rindunya zaman-zaman dulu...

jadi, konklusinya

saya tak ramai kawan, tapi saya suka berkawan,cuma tak pandai mulakan.kalau dah rapat dan betul-betul selesa,saya hanya akan ber-HANG AKU saja.jadi sila jangan takut berkawan dengan saya.saya bukan karnivor mahupun kanibal.mulai saat ini, saya akan LEBIH menghargai kawan-kawan saya walaupun mereka tidak menghargai saya.hehehe.SEKIAN.

Tips sebelum kahwin [1]

Tips sebelum kawin [1] ? [1]?kunun nak buat part 1,part 2 bla..bla..tapi pasni mula la malas-malas buat-buat lupa ada part 1 lepastu tinggal macam tu saja.hehe.tips? ni contoh bahasa rojak yang membinasakan bahasa kebangsaan nih.padahal boleh je guna 'petua'.kan?okeh.tamat bahagian pertama mengenai tajuk entry.

malam tadi saya (harini mau pakai 'saya' pulak,nampak sopan) dan achik(ex-housemate) pergi melawat 'bakal' bapa saudara yang sakit di hospital penang. masa sampai beliau dah pun dimasukkan ke hospital bedah.berjumpa dengan 'bakal' ibu dan bapa mertua jugak.bersembang (niat nak menenangkan sebab nampak macam risau sangat menunggu kat luar tu,padahal saya tak bercakap mana pun.hoish).kemudian minta diri untuk pulang sebab pagi ni kerja.

kemudian dalam perjalanan pulang bersembang dengan achik pasal persediaan nak bergelar isteri dapat la 2,3 tips sebelum kahwin.Achik memang rajin betul la cari info-info ni.aku plak suka dengar orang bercerita dari mencari sendiri (dasar malasss..).tapi tips ni lebih fokus (memang fokus pun..) pada persediaan untuk menimang cahaya mata. siapa-siapa yang lagi 2,3 bulan nak kahwin pun boleh dah mula amalkan.bagi sesiapa yang memang nakkan cahaya mata dengan pantas la.

Tips 1 :: Susu Kambing dan Kurma

Minum susu kambing fresh dari ladang dan makan kurma.ataupun blendkan susu kambing bersama kurma.untuk kesihatan dan kesuburan.bila subur peratus untuk dapat cahaya mata itu tinggi la kan. baik lelaki mahupun perempuan, oleh cuba. insyaAllah, dengan izin Allah.

Tips 2 :: Pengambilan Susu Anmum (susu untuk orang mengandung)

selalu orang yang tengah pregnant ja yang minum susu ni. tapi menurut kata achik,menurut kata doktor,beberapa bulan sebelum merancang untuk hamil bole dah minum. persediaan untuk hamil la.means, macam kitaorang yang akan kahwin 2,3 bulan lagi ni boleh la minum. dan untuk elakkan salah sangka, sila tukarkan susu kedalam bekas lain.yala, nanti orang tengok dok minum susu anmum,ingat kita pregnant sebelum kahwin plak.takkan tak tau orang zaman skang, byk masa nak mengumpat dan berprasangka.

Tips 3 :: Pengambilan Asid Folik

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tungjang (spina bifida).

asid folik boleh didapati di farmasi dalam bentuk pil. tak mahal pun. sekotak ada beberapa papan (byk jugak) dan harga dalam RM30. kalau mahal pun takpa. yang penting kesihatan diri dan bakal baby.makan sekurang-kurangnya 400mcg sehari, sekurangkan kurangnya 1 bulan sebelum mengandung.

dan sebelum merancang kehamilan sila

:: Jangan merokok (pompuan smoking? macam syial..to encik tunang sila bagi perhatian lebih !)
:: Jangan minum minuman beralkohol (minum air setan, anak pun esok macam setan jugak.ngeee)
:: Kurangkan minum minuman berkafin (tak yah minum lagi bagus)
:: Pastikan berat badan optimal (optimalkah berat aku sekarang?)
:: Simpan cuma makanan yang sihat dalam peti sejuk (sihat untuk badan,bukan untuk nafsu,hehehe)

Maklumat untuk Tips 3 di ekstrak dari website AlamHamil. untuk maklumat lanjut sila lawati website ini ye.

mau baby secomel ini? banyak-banyak berdoa,mengaji,berzikir,berselawat,membaca surah yusuf, surah mariam (mudah nak beranak)
betul tak info aku ni?kalau salah tolong betulkan ya.
 Terima kasih Achik untuk tips-tips ni.semoga kita sama-sama murah rezeki dan bahagia dunia akhirat.AMIN

13 December 2010

Save the Date ?

'Save the Date' not being confirmed yet ! hoish.lambat betul la encik tunang mau balik.aku dah tak sabar nak mula preparation ni.semalam dah bincang dengan famili aku.semua macam dah ok dengan satu tarikh tu.harap tak berubah dah la tarikh. kenduri sebelah lelaki tak tau la pulak macamana.tunggu encik tunang balik dulu la.ramai betul orang nak kawin bulan 3 ni.kawan-kawan saja dah 3,4 orang.tak dapat la aku nak pi kenduri depa.sorry la PARA BAKAL BINI sekalian.

hantaran satu apa pun tak beli lagi ni.aku dah cuak.mana nak pergi survey baju lagi.pelamin segala.aduh.walaupun ada lagi dalam 3 BULAN sebelum majlis, tapi baik siapkan semua awal.dengan kad lagi.arrgghhhhhh!!!

warna tema dah pilih. BIRU (OR turquoise) + COKLAT. harap-harap dapat la cari baju warna ni.AMIN.walaupun dalam entry lepas aku ada bagi tips, cari baju dulu sebelum tetap tema.tapi apa salahnya pilih-pilih tema dulu then berusaha cari baju.ekekeke (eleh,cakap ja la ang teruja nak cari tema.tuih..tuih).

comel kanss?? sapa-sapa ada template nak buat beg comel camni kongsi-kongsi la.aku asyik jumpa template kotak biasa.susah plak tu.

11 December 2010

Lola NOT EXISTED !

 
baru terima email dari owner Lola (tak kenal? tengok sini).rupa-rupanya LOLA dari SINGAPURA.

jauh betul tu.patut la nak bagi adopt.ofkos la aku kena bayar dekat pets delivery service agency. owner tu tulis kat situ, aku perlu bayar kepada agency tu 600malra. MALRA? adakah 600RM? lepas tu aku pun macam pelik la.try google cari kot-kot ada currency MALRA kan.mana la nak tau.sebab Singapore kan pakai dollar. cari punya cari tiba-tiba aku terjumpa ini :

Saya ingin menyebarkan kepada semua bahawa sekarang ada satu sindiket yang sedang bergiat aktif untuk memperdayakan orang ramai yang ingin membeli haiwan peliharan seperti anjing, kucing dan sebagainya. Saya berharap agar dengan aduan dan maklumat ini, besar harapan saya agar pihak berkuasa harus berusaha untuk menangani sindiket yang nampaknya semakin bertaring ini.
Saya percaya ramai yang sudah terkena oleh sindiket tersebut yang mana menawarkan untuk memberikan perkhidmatan penghantaran haiwan peliharaan..

(baca lagi sambungan kat SINI)

Lagi aduan kat SINI

WTF!!!!!

aku hampir tertipu ni!!!! gila babun la..nasib baik aku jumpa website ni.kalo tak melayang la duit aku.tapi kalo rm600, aku memang tak mampu la nak bayar.tapi memang betul-betul tak sangka la ni sebenarnya sindiket penipuan ! hoishh...memang ayat sebijik sejibun la email aku dapat tu dengan contoh dalam artikel tu.ish3.bahaya ni.

p/s :: oh lola..kau hanya khayalan rupanya..aku tertipu!!tipah tertipu!!! nasib baik aku tak mampu,kalo tak melayang la duit aku.huh.sedih..kempunan lagi nak berkucing.huhuhu ~


10 December 2010

Hantu kak limah balik rumah

picture taken from Google

ni la conclusion hasil perbincangan selepas gagal menonton Narnia malam tadi! hoish.agak tertekan disitu sebab memang berharap sangat tengok Narnia.seat paling depan sekali ja available.tu pun dalam 4,5 seat ja yang tinggal.heran aku,sampai bawah skrin pun orang sanggup duduk.sungguh tak berbaloi la nak melangut tengok movie dan balik rumah sambil leher terkehel.

bincang punya bincang,aku, achik dan syu (budak-budak umah) ambik keputusan tengok cerita HKLBR ni lah.dah cerita lain penuh.kalo tak penuh pun,tinggal cerita yang tak best langsung.

tapi cerita HKLBR ni not bad la.takut pun ada, lucu tu lagi la kan.yang paling lucu tengok budak-budak umah aku la.nak tengok tapi takut.pakat tutup muka dengan sweater.takut hantu tiba-tiba muncul,terkejut.tapi memang kali ni hantu dia agak menyeramkan dari Zombie Kampung Pisang.berdebar-debar jugak la.huhuhu.

Sinopsis ::

Husin has been working in Singapore for some time and decides to return to his hometown, Banana Village. Upon returning, he feels that his neighbour Mak Limah is strange as she does not speak nor sleep. He then tells patrons at Pak Munawer's coffee shop that Mak Limah might be a ghost. Pak Abu decides they should investigate further but when they go to her house, she is already a rotting corpse! However, things get more interesting when the village is haunted by a strange occurrences, despite the burial of Mak Limah.

macamana pun, kalau movie tu dari Mamat Khalid, konpem la bleh gelak-gelak.hiburan ringan.cukup untuk releasekan tension.tapi tolong jangan jadi macam mereka-mereka yang mengalami ketakutan melampau semasa menonton HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH lalu menentionkan diri.hehehehe..

apa-apa pun,siapa-siapa yang belum tengok lagi cerita ni, bleh la pegi tengok.tak dak la koman sangat cerita melayu ni.except for satu movie tu...ala...yang 20juta?40juta?hoishh....hahahahaha =P


Pet Beds!

tengah mood 'sayang haiwan' buat masa ni.hari ni dari pagi sampai petang asyik surf pasal kucing ja.tengok accessories kucing dah naik geram nih.mintak-mintak la kali ni jadi aku amik kucing tu.tadi tengah godek-godek internet jumpa blog jual barang-barang pet.berkenan betul dengan pet beds dia.comel gila-gila.nak beli!!!

tapi yang mana satu paling comel?



Picture credit to liviabeds

kucing tak dapat lagi tapi dah beria-ria nak beli accessories bagai.wee....hehehehe.bayangkan kucing comel sedang sleep-sleep dalam pet beds ni.comelnya !!!!!
[husna,please stop.kamu sudah mau kawin tapi masih mau main-main dengan kucing?? hoish..everyone can be a PET LOVER right?? ^_^]

Cat, Hamsters and Cat AGAIN

ohoii...tiba-tiba rasa mau pelihara kucing pulak.kali terakhir pelihara kucing dalam tahun 2005.tapi mati pulak.tu la kucing terbaik pernah aku pelihara.bijak dan dengar kata.toilet trained,malam berak dalam bekas untuk berak.pagi tunggu bukak cage dan terus lari pegi berak seberang jalan.bagus bangat!!! beliau jugak pemalu walaupun beliau JANTAN.owhh.rindunya sama kamu ABU.isk.isk.isk.pastu pelihara pulak hamster.habis jual dah sebab 'ramai' sangat.asyik beranak ja.comel but kecik sangat.tak boleh nak peluk-peluk.hehehe.

2bulan lepas cousin ada janji nak bagi anak kucing. katanya same species dengan ABU.berbulu tebal.tapi kena tunggu anak tu besar sikit sebab masih menyusu.then 2,3minggu lepas tiba-tiba dapat tau anak kucing tu dah mati.tak tau sebab apa.sakit kot.sedihnya.kempunan lagi.

dan semalam aku godek-godek kat Mudah.my.jumpa satu iklan RAG DOLL KITTEN FOR ADOPTION.comel la sangat.tak tau la gambar yang owner tu letak tu gambar betul ke tak.then aku pun dengan pantas meng-email owner tersebut.then hari ni dah dapat reply. still available!!! hoishh...kucing jenis rag doll ni kalu mau beli mau seribu ni.tapi owner dia cakap nak bagi je sebab tak sampai hati nak jual-jual ni.aku pun dengan semangatnya mengaku la aku ni CAT LOVER (memang pun).

paling best kucing tu dah dapat suntikan semua dah.sihat dan bijak (kata ownernya).hopefully toilet trained la.macamana pun kalau jadi ambik,aku still nak bawak pegi vet.kata owner tu dia akan hantar gambar kucing tu nanti.HER name was LOLA.weee...i loike! harap rupanya secomel namanya.ni gambar yang owner dia letak dalam Mudah.my.tak tau la ni LOLA or yang lain.
Picture credit to Mudah.my :: is this LOLU?

09 December 2010

Kenapa saya geram dengan Celcom

dari mula-mula aku guna handphone,sampai skang, aku memang pengguna setia Celcom. tapi aku tak berapa nak nampak kat mana kelebihan dia selain dari beberapa peristiwa mengeciwakan. geram-geram tapi dok pakai jugak.haih..

kenapa saya geram dengan celcom :

1 :: bil sms yang mengelirukan

tiap kali check bil melalui SMS aku dalam rm30 - rm40 je.punya la seronok pegi bayar,murah la katakan.sekali tiba-tiba dia hantar sms :

Reminder: Yr usage of RM800 as at 091210 has exceeded yr credit limit.Pls make immediate payment as yr line MAY HAVE BEEN BARRED..bla..bla..bla..

rupanya bil tertunggak bulan lepas-lepas yang tak pernah pun dia bagitau dalam bil-bil yang terkini.kumpul-kumpul dah overlimit.beratus-ratus.bengangkan?bangang betul la camni..

2 :: service yang lembab

yang ni memang lembab gila babun la.satu hari, handphone kawan aku hilang (sebenarnya cari tak jumpa).terus telefon celcom untuk blockkan nombor tu.ok, agak cepat.die terus block.then esoknya,dapat jumpa balik handphone tu,then terus telefon celcom untuk unblock balik nombor tu.celcom ambik masa SEMINGGU untuk unblock nombor tu.tu pun lepas berpuluh kali telefon service center.

3 :: online service yang teruk

lagi satu contoh kelemahan celcom ialah time bayar bil online, dah la website lembab nak pergi dari satu page ke page yang lain (ramai yang dah komplen pasal ni).berjam-jam tunggu baru dapat pergi ke page yang lain. bila bayar online, 3,4 hari kemudian,baru la account diupdate.kadang-kadang online bill tak update pun.tapi bila check payment history ada pulak bayaran kita buat. bill statement pun mengelirukan.lepas tu mula la nak sekat nombor cakap kita tak bayar.deyyy....company besar pun sistem macam hampeh ka...

4 :: service charge hantu

encik bulat dan aku pernah dapat bil,total beratus-ratus.beliau jadi sangat tak puas hati dan check satu persatu dalam bil tu.banyak betul charge celcom yang ntah dari mana ntah.padahal sebelum ni diorang tak bagitau pun pasal charge-charge tu.kami pakai 1+5 (time tu masih 1+3). menurut orang celcom, kalau pelanggan tanya baru diorang akan jelaskan pasal charge-charge tu.mengamuk la encik bulat,komplen gila-gila.last skali, diorang batalkan charge-charge tu.TAK PERLU BAYAR.

5 :: broadband dan network

yang ni macam dah lali la.pakai broadband apa pun macam hampeh sikit.nak tengok 3 bar pun susah, apatah lagi nak EXCELLENT. kalau kat kampung agak laju.tapi bila balik penang, kalau depan tv mesti letak laptop atas meja,sebab coverage lebih sikit.if letak atas lantai terus dapat NO NETWORK. kalau dalam bilik boleh letak atas  lantai,kelajuan tu bole la nak guna.tapi nak upload gambar jangan harap la.kadang-kadang time maghrib agak laju,tapi most of the time macam kura-kura la.PAGE CANNOT BE DISPLAYED.itu sudah common.

walau macamana pun, aku tetap pakai celcom.dulu,kini dan selamanya.sebabnya? family semua pakai celcom..hoisshhh...apa-apapun, kepada  semua pengguna celcom,rajin-rajin la check bil anda dengan teliti,takut kena tipu depan mata ja.kadang-kadang kita amik remeh ja.dapat bil terus pergi bayar (macam aku.hehehe).


notes :: encik celcom,kalau tak mau saya mencarut-carut begini, sila turunkan kadar panggilan dan sms serendah 1sen/18jam dan 1sen/50sms.konpem saya puji encik celcom (mana aku tau celcom tu laki?aku tau la...)

08 December 2010

Hantaran e-day ~ Tema Biru Putih

mau promote sebentar.hehehe.ini hantaran tunang aku,untuk pihak lelaki. semua aku buat sendiri.semuanya 13 dulang.tapi sayang gambar sirih junjung ter-miss plak.tak tau kat mana.tapi sirih junjung sepupu yang tolong gubahkan. dan lagi satu hantaran extra dari mak saudara aku.

 Hantaran 1 :: Coklat
satu set coklat jenama Beryl's. tapi toblerone aku tak
pasti plak Beryl's punya ke tak.

 Hantaran 2 :: Cream cupcakes
ni cupcake cream, 12 biji semuanya,dan dah ngap sebiji
jadi la 11. RM40.tempah kat imanisbakery.design
atas pilihan sendiri.

 Hantaran 3 :: Kuih/Biskut
dua bekas kuih raya.sedap.murah ja.
satu bekas RM25.

 Hantaran 4 :: Buah-buahan
mak aku nak sangat letak buah naga.katanya dah cemuih
buah epal bagai.so nak bagi nampak crowded,aku
tambah la anggur sikit.
(kiri) Hantaran 5 :: Agar-agar kering, (kanan) Hantaran 6 :: Halwa
Agar-agar kering di-sponsored oleh mak saudara aku.sangat-sangat la
cantik.harga pun cantik juga. Halwa tu mak aku yang beli di seberang jaya.
dicampur dengan agar-agar kering jugak.

(kiri) Hantaran 7 :: Asam, (kanan) Hantaran 8 :: Sejadah
Asam tu pun mak aku belikan dekat seberang jaya.baunya sangat menggoncang
jiwa (bagi siapa yang suka asam la..). Sejadah tu beli dekat kamdar ja.
suka sebab dia tebal dan corak dan warna pun cantik.

(kiri) Hantaran 9 :: Tuala, (kanan) Hantaran 10 :: Potpuri
Tuala tu cantik kan? nampak macam sejadah.sampai orang tanya
kenapa bagi sejadah sampai dua.selalu orang gubah bulat-bulat 
macam buah la,buat katil la.tapi latest selalu orang lipat or
gulungkan macam biasa ja. potpuri pun buat sendiri. oleh
sebab letak dalam raga,jadi tak nampak kaki cawan tu. 

Hantaran 11 :: Halwa
Halwa yang ni macam jeruk sikit.dari mak saudara aku jugak.
balut macam hamper sebab bagi last minute,tapi aku dah prepare
pembalut dan reben.memang dah jangka akan ada extra.

dan last sekali.....

 Pelamin dowh...

tiba-tiba rasa macam nak buat bisnes gubah hantaran plak.start dari kakak aku bertunang lagi aku dah rasa macam nak gubah hantaran untuk orang.tapi tu la, dok berangan tak habis-habis.hehehe.nanti aku poskan gubahan hantaran kahwin kakak aku.aku jugak yang buat [bangga..ngeeee]. oleh sebab aku ni agak kedekut,jadi kos gubah hantaran pun tak mahal la.yang penting cantik, tak crowded dan nampak nice-nice ja.

Untuk tempahan gubahan hantaran bagi kawasan Pulau Pinang dan Kedah, sila hubungi 019-5552155 atau email ke husnaza@yahoo.com. Harga boleh dirunding,bergantung kepada design yang diminta.

wah.wah.wah..promote nih..woott..woottt.... Y(^_^)Y


ho