29 July 2011

Belum puasa orang dah mula soping untuk raya???

Wah..wah..wah..puasa tak mula lagi, sibuk nak beli belah untuk raya no.ha..sapa tu..jangan tak ngaku plak. Orang menjual kuih pun dah start buka meja. Masuk supermarket dah nampak kueh raya (lain kaler satu rasa =p) menimbun macam gunung dah.

Orang jual bunga api pun dah mula amik stok dan usher line. Kedai-kedai makan pun penuh waktu siang sebab kononnya nak makan sepuas mungkin sebab bulan puasa da tak bleh makan siang hari secara terbuka.eheh! sapa tak puasa nanti kena penjara 6 bulan tau.hehehe.

Mak aku awal-awal dah complete dah baju raya ntah berapa pasang. MIL aku pun sama. Nanti nak belikan tudung untuk mak dan MIL. Untuk mak dan MIL mesti beli yang mahal-mahal yer.tudung aku cuma 10 hinggit. Abah dan FIL ja tak tau dah buat ka belum baju melayu. Nak carikan kain pelekat.

Sebelum mula puasa, mesti beli stok serunding, ikan masin, ikan pekasam, acar. Itu wajib. Sebab takut liat bangun sahur, tak sempat nak masak. Tambah tahun ni puasa berdua. Dulu boleh la liat-liat bangun sebab mak yang masak. Celik-celik mata terus duduk kat meja makan kan.

Bulan puasa ni harap dapat la berjimat.yela kan.siang tak makan.makan masa berbuka dan sahur ja.berapa sangat belanja nak keluar.tambah-tambah kalau masak sendiri.jimat oOo..tapi rajin ka aku nak masak tiap-tiap hari? Itu la masalah utama skang.hehehe. tapi aku kalau pi bazaar pun, tak reti nak beli banyak-banyak mata.kira tergolong orang yang tak tamak la ni.bahaha! nasib baik laki aku pun tak reti nak makan nasik banyak lauk. Tapi kalau bawak dia pi bazaar, tiba-tiba bertukar jadi ganas.suma benda nak beli padahal lepas tu aku yang kena paksa habiskan semua.

Harap bulan puasa ni dapat la aku habiskan sebulan dengan jayanya. Jangan la ada pengsan-pengsan.ni la peluang nak puasa penuh. Tak ada bendera merah.harap jugak dapat pi semayang terawih sekerap yang mungkin. Rasa teruja gila nak puasa. Lagi teruja bila dengar lagu nih!!!


ni baru lagu puasa. kalau dengar lagu raya, mau kembang satu badan teruja tak hengat. sabar-sabar.puasa dulu.10 hari terakhir nanti baru mula dengar lagu raya. amik feel.

Bye!

Puasa tak ganti lagi? Macamana nak bayar fidyah? Meh nak story

Assalamualaikum...

Masalah dah selesai.alhamdulillah...syukur.lapang dada. (^_^).bila masalah dah selesai, baru ada mood nak kongsi info. sebenarnya dapat idea ni dari blog Atina (sorry tina, aku tiru tajuk entry ang).hehehe..apa salahnya kan menyebarkan benda baik.untuk pemahaman semua. sebab aku tiap tahun mesti ada yang kena bayar fidyah.errkkk....nasib baik tahun ni aku akan puasa penuh.insyaAllah.

entry ni pasal pembayaran fidyah.tak payah nak pening-pening kepala.kira ja pakai kalkulator fidyah kat website pejabat zakat. tapi kat sini aku nak explain la sikit.

seperti yang kita sedia maklum, kalau tak sempat ganti puasa sebelum datangnya ramadhan seterusnya,berapa banyak hari yang ditinggalkan, banyak tu la jugak cupak kena bayar. kalau ramadhan lagi sekali pun tak sempat jugak nak bayar, darab la 2. cupak akan berganda la kalau 2 kali ramadhan tak sempat nak ganti lagi.begitulah seterusnya.

nilai 1 cupak beras berdasarkan nilai beras tempatan yang dimakan oleh masyarakat umum. namun sekiranya kadar tersebut dinisbahkan kepada beras yang tinggi nilai dan harganya mengikut pemakanan individu adalah lebih afdhal dengan syarat tidak kurang harganya dari harga beras umum.

1 cupak = 675gram
1 gantang baghdad = 3 cupak 1 kepul
1 gantang baghdad = 3.063 kg


contoh 1 :
Ramadhan 2009 ----> tinggal 2 hari
Tak sempat ganti sebelum ramadhan 2010, RM2.60 x 2 cupak = RM5.20
Perlu bayar 2 cupak beras pada bulan ramadhan 2010

Ramadhan 2010 ----> tinggal 2 hari
Tak sempat ganti sebelum ramadhan 2011, RM2.60 x 2 cupak = RM5.20
Perlu bayar 2 cupak beras pada bulan ramadhan 2011

---------------------------------------
Ramadhan 2011, tak sempat gantikan 2 hari (2009) dan 2 hari (2010)

2 hari (2009) ----> 2 cupak x 2 tahun tinggal ----> RM10.40
2 hari (2010) ----> 2 cupak x 1 tahun tinggal ----> RM5.20
------------------------------------------------------------
Jumlah fidyah perlu dibayar ialah 6 cupak bersamaan dengan RM15.60


Contoh 2 :

A Tahun tinggal puasa                                                                        ---> 2009
B Tahun bayar fidyah                                                                          ---> 2011
C Jumlah tahun tinggal puasa (2010,2011)                                     ---> 2
D Jumlah hari tak puasa                                                                     ---> 5
E Jumlah hari tak puasa (D) x Jumlah tahun tinggal puasa (C)      ---> 10
F Nilai zakat fitrah semasa                                                                 ---> RM2.60
G Jumlah (E) x Nilai (F) (10 x RM2.60)                                             ---> RM26.00

tak faham jugak dan nak mudah, sila buka website pejabat zakat negeri masing-masing dan guna ja kalkulator fidyah tu. jangan konpius-konpius.even kalau anda lupa tahun bila dan berapa hari pun ada juga cara kira.aku pun dok refer macam-macam web sampai naik pening.masing-masing ada formula masing-masing. tapi in the end,total sama ja.setakat ni macam ni la yang aku faham.

mintak maaf kalau ada kesilapan.mintak tolong perbetulkan kalau info ni tersilap.

selamat beramal!

28 July 2011

Mummy bimbang baby pon tumpang sekaki

oleh sebab tak ada mood nak bekerja hari ni. mood beralih kepada menulis saja. serius hari ni tak sembang dengan siapa-siapa pun kat office.cuma pagi tadi ja dengan kawan time breakfast.tapi tu sebelum terima berita tak best itu.

semalam pergi pregnancy checkup. amik darah. minum air gula dan kena tunggu 2jam. lepas sejam setengah pergi amik air kencing.time tu dah rasa pening dah loya.masuk ja toilet teros la berhamburan.then lepas 2jam ambil lagi darah.semalam kira abis banyak jugak la darah aku disedut.pusing-pusing kepala ni. tapi overall semua ok ja.darah pun ok.berat pun naik dengan sepatutnya walaupun aku underweight.

then nurse pegang perut nak ukur baby.tiba-tiba nurse tu cakap, "uik..meletup?".
aku pun cam heran la tapi senyum ja la.tapi dalam hati dok pikir,nurse ni ingat aku lapaq ka aku kentut ka aku berangin nih...

pastu masuk bilik consultation,dengan nurse tadi jugak. dia tanya kamu dok rasa dak meletup-meletup tu.aku pun dengan naifnya pi cakap,"la...saya ingatkan perut saya berangin".hehehehe.rupanya rasa macam meletup-meletup tu baby bergerak ler...apa da..kalau macam tu memang selalu la jugak.tambah tadi sebaik asja terima berita buruk.terus terasa.maybe baby pun dapat rasa jugak mummy dia serabut..

haih..cita pasal baby,lupa sat pasal masalah. ujung minggu ni balik Perlis.bosan.SEKIAN.

Bagaimana nak tempuhi bulan puasa dengan tenang bila dapt berita bulan July yang tak menyenangkan?


Hari ni hari saya remuk
Hari ni hati saya berkecai
Hari ni hati saya kecewa
Sakit, panas,pedih
Saya dapat rasa darah naik ke kepala
Saya dapat rasa beban yang cukup berat atas bahu dan kepala ni

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau ringankanlah beban yang terpaksa ditanggung
aku hari ini dan hari seterusnya. Engkau permudahkanlah segala urusanku pada
hari ini dan hari seterusnya. Engkau tenangkanlah hatiku dan tabahkanlah hatiku
untuk mengharungi bulan ramadhan ini dengan tenang dan khusyuk.
Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau peliharalah keluargaku dari bala bencana,
bebanan dan kesusahan yang akan mengkucar kacirkan keluargaku.
Kurniakanlah padaku kesabaran dan ketabahan, supaya aku dapat bertahan
dan kuat untuk keluargaku..dan untuk permata didalam kandunganku...
Sesungguhnya aku terasa teramat lemah dan tak berdaya.
Semoga akan ku terima sedikit berita menyenangkan didalam masa terdekat ini,
yang sedikit sebanyak akan dapat meringankan bebanku.Amin...

[hari ni spatutnya nak share something useful.tapi tiba-tiba dapat berita buruk pagi tadi.terus hilang semua mood.serius.dari pagi memang tak buat kerja apa.termenung ja.serabut.rasa susah sangat.rasa macam baru kena rempuh dengan treler tayar 18.menitik air mata.tapi berita ni tak ada kaitan dengan baby.cuma masalah peribadi.masa ni la nak test diri sendiri masih ada tak kawan yang betul2 sahabat dan teman.]

Doakan semoga masalah saya ini cepat berlalu...

25 July 2011

New nephew and breastfeed story

semalam pi melawat cousin aku beranak.baby boy yang teramat la comel.tapi aku tak snap gambar pun sebab ralit dok tengok kan.hehehe.

yang kesiannya, baby dia dah diberi minum susu formula..isk..isk..bukan sengaja. tapi terpaksa.susu cousin aku ni ada,memang sampai bengkak dah pun breast.tapi..masalahnya, lubang puting susu tak sempurna.sepatutnya ada banyak.tapi katanya yang ada cuma satu.so sebab susu tak kuar,bengkak la.susu pun dah jadi keju dah pun.

even dia try pump pun,kuar setakat setitik dua ja.so semalam dia pergi mengurut. tak tau macam mana.harap dapat la dia breastfeed baby dia.sayang la kan.susu banyak tapi tak bleh kuar plak.lagi sayang bila tak dapat bagi baby susu badan. baby yang diberi susu badan ni bonding dia mummy dia sangat kuat.baby pun susah jatuh sakit.lebih independent.

macam kak ipar aku.walaupun kurus, tapi susu dia macam kilang ah.hehehe.memang dia breastfeed anak dia lebih dari 6bulan.yang paling lama menyusu anak dia yang last skali.terbukti, setakat ni tak pernah demam selsema lagi.walaupun kecil molek, 11 bulan dah boleh berjalan dengan jayanya. kalau tengok mesti ingat baru 7,8 bulan.kecik tapi tough dan berani.dan paling penting dia tak meng-alien-kan orang ramai.paham? maksudnya dia tak kisah dengan sapa-sapa pun.semua dia nak.sangat friendly. tak dak la asyik dekat mak ja.cari mak bila nak nenen ja.hehehe.

so, pesanan cousin aku kepada aku,dan aku nak pesan pulak kepada mummy to be kat luar sana.masa kandungan 7,8 bulan tu,rajin-rajin la urut breast anda untuk merangsang pengeluaran susu.kalau samapi kuar susu pun tak pa.walaupun setiap orang keadaan lain-lain,ada yang baru 7,8 bulan susu dah berlambak,ada yang lepas beranak pun susu tak kuar-kuar lagi.jangan panik.teruskan urut breast anda dari sebelum beranak lagi.bukan susu tu tak ada,cuma belum terhasil banyak.perlu dibantu. pemakanan pun penting.makan makananan yang akan membanyakkan susu badan.aku memang excited nak breastfeed baby spenuhnya.insyaAllah.harap susu badan mencurah-curah keladang gandum..muehehehe.. amin...

22 July 2011

Status update ^_^

Status : Sihat dan gembira bersama perut yang semakin menampakkan keboyotan disamping melayan kerenah encik suami yang tak mau berenggang langsung.haish...sidai baju pun dok mencari-cari,memanggil-manggil.pantang ilang dari mata.tapi takpa.maksudnya dia makin sayang la tu kan.bahaha! =p

Nak cita pasal week 16 pun tak syok sebab tak pi scan pun lagi.next week.skang nak cita pasal ke-excited-an aku buat list untuk baby dan diri sendiri.hehehe..gila awal.yala..dok opis,keja pun orang bagi yang relax, duduk-duduk.memang mengantok tahap gaban.makin besar perot,makin menggila la rasa mengantok aku ni.
kul10 pagi,terlelap.lepas lunch terlelap lagi.hahaha..please..please..bukan aku malas.tapi dah keja asyik duduk depan pc ja.mana tak ngantuk..

ok.sambung cita pasal list.list panjang berjela.tapi..list duit tak buat lagi.hahaha. no money no talk la bebeh.pesanan aku untuk semua yang dah berkahwin dan merancang untuk menimang cahaya mata, sebelum pregnant tu, prepare dan kukuhkan kewangan tu dulu.melainkan laki anda orang kaya...

skang aku tengah survey-survey harga barang-barang baby. nanti dalam bulan 9 baru nak start beli.sekarang macam awal sangat pulak.lagipun, tak tau pun baby boy ka girl. skang kalo galak nak membeli pun,beli barang yang tak memihak kepada boy or girl. cewah..hehe.ujung bulan ni nak order breast pump.sebab cadangnya aku nak breastfeed selama yang mungkin.walaupun hantar kat baby sitter.

set tilam pun dah tau kat mana nak beli.sangat la banyak barang nak beli.maybe sebab baby first.tambah excited lagi. sebenarnya aku tak yah pun beli banyak-banyak.sebab kakak aku pun nak beranak bulan
8 ni.so by the time aku beranak nanti,dia pun dah habis pantang dan baby dia pun mesti dah bulat.so baju-baju new born bleh la pinjam.tapi bila pikir-pikir balik, takkan tiap kali beranak nak pinjam kan.better aku beli la sendiri sikit-sikit.

mak mertua aku siap bagi buku amalan untuk ibu mengandung dan nama-nama baby lagi.
menambahkan lagi ketidak sabaran dalam hati ni.wooowwhhh..cepatla bulan 1.hehehe.


03 July 2011

Anniversary yang dilupain?

semalam anniversary aku dan hubby. anniversary kami berkenalan, sat declare, sat clash.dan declare balik tarikh kemarin tahun 2006.genap kami berkenal-kenal 5 tahun.hehehehe. dan....AKU LUPA semalam anniversary kami. dan paling tragis, hubby pon lupa.bahahaha!!

mesti korang nak cakap tak lomantik kan?kan? memang pun kami tak romantik..time bercinta dulu ja.bunga, coklat tu kira dok ditangan la kan.hehehe. sekarang tidak lagi. sekarang ikan kembung goreng garing dan air asam di tangan la. itu la hadiah buat suami tiap hari. masak. boleh macam tu?boleh..boleh..=P

takpa.anniversary couple tak penting sangat. yang penting anniversary kawin. tapi tu lambat lagi la. tunggu baby new year kuar dulu, then celebrate anniversary bertiga.wah..wah..wah..

sebut baby new year. aku pun dah konpius bila due date.2kali jumpa doktor klinik swasta.dapat 2 tarikh. kat KK plak, nurse cakap tarikh lain, doktor cakap tarikh lain. tapi hopefully sempat la masuk new year.bulan satu.dan tak lebih dari 15 haribulan satu (kalo tak silap) bleh bagi anak masuk skol awal. skali dengan tahun sebelumnya. kira beg skolah anak aku nanti besar dari tuan la.paham? tak paham sudah.hehehe.

malam ni aku sakit. sakit malas masak. malas nak keluarkan ayam ikan dari fridge. malas!!! hubby balik kerja japgi. tapau jer...muehehehe..i lap u sayang !!




13 Weeks and 2nd Pregnancy checkup

Assalamualaikum....

Alhamdulillah harini baru ada masa nak post something. baru ada masa dan kerajinan. hehehe.serius memang aku malas gila sejak-sejak pregnant ni. malas tahap dewa ah. so harini cuma nak update pasal pegi pregnancy checkup haritu. dah la tak dapat cuti, amik pay slip.petang masuk opis balik. skang kerja dah tak bleh main-main. dah permenant la katakan.muehehehe...

kali ni punya checkup kena tunggu agak lama sebab orang merenyut macam semut. berat naik 0.5kg. ok la tu kan. baru minggu 13. tu kira bersyukur tak hingat dah tu. aku dah la payah gila nak naik berat nih. dan nurse kali ni best sebab banyak bagi nasihat dan bersembang. ntah brapa kali dia pesan pasal astma sebab aku ada childhood astma. kena berjaga-jaga jugak.

kali ni tak scan pun sebab kata nurse tu tak ada beza sangat pun dengan yang scan 1st time haritu. so next appointment baru scan dan amik darah. tiap kali pi mesti amik darah dan air kencing. haih..sangat troublesome lah.

minggu ni dah tak muat pakai jeans. nak pakai boleh ja, tapi dah rasa tak selesa dan sengkak. so pakai la suar gebeh-gebeh. hehehehe. oleh sebab this week tak scan, aku godek lagi google cari gambar scan untuk minggu ke13.



dah besar la sket.dah saiz lemon.perut still nampak macam buncit. tapi buncit yang lain macam dah la.sekali sekali nampak macam pregnant. sekali sekala nampak macam buncit.bleh camtu?hehehe..skang makan memang agak laju.baru 15minit makan nasik, dah lapar.so aku just makan buah-buah ja la sebab tak mau perot masuk angin. 

kakak aku due bulan 8 ni. dah confirm baby girl katanya..bestnya...aku pun teringin baby girl untuk anak sulung. tapi tak tau la dalam perut ni boy or girl. mana-mana pun tak pa la kan. rezeki Tuhan. hubby nak boy katanya. sebab boleh bawak tengok bola. jadi geng la...tapi overall, aku dan hubby tak kisah pun.asalkan baby sihat dan selamat semuanya.

* dalam hati ni macam kuat kata boy..hohoho..