21 October 2013

Petua anak demam campak


Banyak betul petua jumpa dalam internet.Sebelum ni tak amik pusing sangat.tapi bila dah terkena kat anak sendiri, baru la panik berpeluh-peluh kol mak abah kat kampung,surf internet cari remedies yang sesuai.hehehe.

So, kat sini nak story sikit pasal kes demam campak ni.demam campak ada dua.bahasa mudahnya, demam campak kecik (ada orang panggil campak sekam) dan demam campak besar.Campak sekam ni biasa ja.naik macam ruam-ruam.Aufa dah pernah kena time kecik-kecik.yang nak di story kan disini ialah campak yang besar gedabak tu.

demam campak ni lebih kurang demam biasa jugak.bezanya virus dia lagi power (virus measles).bila virus lagi power,sistem imunisasi badan pun kena kerja lagi keras nak lawan,jadi badan hantar signal kat otak,"oi otak,kasi naik lebih sikit suhu badan".so badan anak pun panas.jadi kerja punya kerja,badan pun panas,nak buang panas tu,paling cepat kuar kot rongga2 kulit la kan.so naik la bintat2 comel di badan..

kat sini aku prefer guna kaedah rawatan DarusSyifa',

1. Jangan makan ubat untuk menurunkan panas badan, biarkan panas tersebut sekurang-kurangnya 3 hari, agar campak tersebut tidak terbantut.Ubat klinik (orang tua2 panggil ubat gedung) selalunya bersifat panas.jadi,tak berapa sesuai)
2. Selepas 3 hari, campak akan keluar (bintik2 merah).Lagi banyak lagi bagus sebab biar semua panas dalam badan tu keluar.
3.Jika tidak dapat menahan kepanasan badan tadi, gunakan kain yang lembap, dan lap dibadan, di bawah ketiak atau letakkan di atas dahi.Sebab tu ada doktor dan perawat tradisional nasihat jangan mandikan.cuma lapkan.supaya cepat sejat air dari badan dan tarik panas dalam badan keluar.

4. Minum air kelapa (bukan kelapa gading @ kuning), dengan makan sedikit isi kelapa untuk beberapa hari.
5. Bacakan doa pada bahan dan air kelapa.
6. Kerapkan mandi, mandi dengan perlahan, dari kaki dan naik ke atas badan dan akhir sekali barulah kepala.


Tanda-tanda campak dah sampai ke penghujung ialah apabila biji-biji campak mula keluar kat tapak kaki atau tangan.bergantung la.lain orang lain la sikit.macam Aufa haritu, kuar kat tepi tapak kaki sikit,kat celah jari tangan seketul dua.

Untuk elakkan atau kurangkan rasa gatal dan miang akibat bintik2 campak tu, boleh guna daun mambu.daun ni even doktor pun suggest.

1. Buat lapik tidur.
2. Letak dalam kolah mandi,guna untuk mandi.
3. Ada sesetengah orang, guna untuk kibas2 sket kat badan bagi hilang miang tu.
4. Ada jugak orang guna campur dalam bedak sejuk.



Credit to tuan punya gambar.sy amik kat google jer.xjelas sgt watermark tu.huhu.

Menurut petua Darussyifa',

1. Tidak boleh terkena air hujan. (akan meninggalkan parut hitam)
2. Tidak boleh mandi laut (selama 6 bulan)


Pernah masa pegi bercuti kat langkawi last year.ada satu pasangan ni bawak anak dalam umur 8bulan.demam campak.dah keluar semua bintik.dia bagi mandi air laut.tu la aku cakap,ada macam2 petua.so amik la yang mana yang yakin.Allah saja ada kuasa nak sembuhkan.InsyaAllah.

Pantang larang lain yang aku pernah dengar, jangan makan kicap,nanti lekat parut hitam.kalau doktor senang ja, jangan makan makanan yang boleh bagi gatal2 macam seafood.ada jugak orang petua, jangan goreng2 dalam rumah.sebab minyak2 dan udara yang berminyak tu boleh buat badan gatal2.jangan makan makanan berminyak.

Ok.now untuk petua hilangkan parut pulak.simple, bedak sejuk dan daun asam jawa.sapu seluruh badan waktu malam,dan esok pagi mandi dengan air yang dah didoakan.amalkan 3 hari berturut2.tak pun buat ja sampai parut tu hilang.

 Contoh daun asam jawa dan bedak sejuk.tak pasti la macamana nak cari bedak sejuk yang asli..

Ni adalah kombinasi doa/ayat yang perlu dibaca:

1.Al-Fatihah
2.Selawat Syifa
3.lau anzalna.... (surah Al-Hasyr 21~24)


Kita cuma boleh ikhtiar, kot mana pun kena tawakal dan doa banyak2 pada Allah.Semoga Allah lindungi keluarga dan anak2 kita semua.AMIN.

Lagi satu kekonfiusan yang berlaku ialah, masa anak umur 1 tahun,kita dah suntik MMR.Measle.Mumps.Rubella.tapi apasal skang masih kena campak?ajaib betul la.adakah vaksin MMR haritu dah hilang dan habis atau tak berkesan pun?ish..musykil..

15 comments:

Muhammad Ubaidullah said...

terima kasih atas perkongsian...sgt berguna..tq..

sheila arshad said...

apa yg saya tau....walaupon dah ambik injection MMR tu...anak2 kita tetap akan kene penyakit ni, cuma kene tak seteruk those yang tak ambik. kira cam kene manja2 gitu

Husna Za said...

saya tak rasa MMR tu untuk cegah chicken pox.cuma kurangkan risk ja kot.sebab serius ramai orang yang saya kenal,even anak dah ambil MMR pun, masih kena jugak.teruk ke tak tu depends on budak tu la jugak.tapi sumpah kesian la.teruk jugak nak menjaga anak2 kena campak ni.memang tak tido jugak la.

Anonymous said...

Anak sy bru je lepas sminggu bt MMR tp naik jgk campak..mgkin MMR tu utk elakkan lebih teruk kot..

Betul ke ada yg ckp mnum air kelapa bole jadi parut campak tu?

duniakupakk said...

terima kasih atas perkongsian.

Anonymous said...

Entshlh

adaa said...

Wah mcm2 juga ek..setakat ni anak belum kene campak..tiga3 kene chickenpox ..info yg berguna.

Www.adaa-inspiration.com utk info kesihatan ye

Ridhuan said...

Tq atas perkongsian.

Nur Bahirah Abdullah said...

Baru-baru nie juga anak teruna sya kena campak halus,sedih tengok baru 6mo++..Alhamdulillah bg air kelapa dan saya juga minum sekali dan menyusukan kerap2..Bsoknya makin berkurangan, Alhamdulillah

zaravitacorner.blogspot.com

Husna Za said...

Kalau tak silap air kelapa tu fungsinya nak sejukkan badan, buang panas dalam badan. bintik campak selalu akan naik bila demam dah or nak kebah.panas keluar.so bila minum air kelapa bantu buang panas badan tu.tak tau la ada bukti saintifik ke tak.tapi haritu mil tak bagi sy bg air kelapa pada anak sebab takut sentatkan pengeluaran biji-biji tu. ntah la.nak explain dr sudut saintifik tu yang tak reti. huhu

mamayusuff said...

Ank bujang hr ni kna campak.. Elok umurnya genap 6 bln... Doc suh bg air klapa 2 sudu.. Kemain asik nganga mulut je...

Husna Za said...

Mana tak nganga, air kelapa kira sedap tahap dewa dah la baru 6 bulan kan.hehe..btw, semoga cepat sembuh, dan utk mommy, bertabahlah.haha

Anonymous said...

MMR tu utk kurangkan kesan , so demam campak tu x berulang-ulang and utk elakkan jangkitan paru2 etc . Bukan utk terus hilangkan . Dalam seumur hidup mesti ada kena sekali sbb nak kuatkan sistem imun badan anak2 .

Vertu6 said...

Anak baru kena campak. Mana boleh sy dptkan daun semambu tu

Vertu6 said...

Anak baru kena campak. Mana boleh sy dptkan daun semambu tu