04 November 2014

Mari Mencuci Mesin Basuh

Assalamualaikum.

Apa kes pulak nak mencuci mesin basuh yang memang tugas dia membasuh kan?

Lately aku stress sebab lepas siap basuh baju mesti ada benda keping-keping hitam kecik-kecik melekat kat baju.dah la liat.kena air pun tak cair.jadi aku pun kehairanan.mula-mula aku ingat daki stokin husband.kahkahkah.suspek utama sebab stokin minggu lepas peram kat opis dia pastu minggu ni baru bawak balik kan.padahal bukan.

Then aku pun try cuci yang jaring perangkap habuk dalam mesin basuh tu. tak selesai jugak masalah. lagi satu masalah ialah, baju macam tak berapa nak wangi segar walaupun dah letak sabun dan softlan sebotol.

So, google punya google jumpa la penyebabnya.mesin basuh kalau tak bercuci lama, akan jadi berdaki,berkerak,berbau dan lain-lain lagi yang tak enak didengar mahupun dibau.mungkin kita tengok dalam tub bin tu nampak berkilat bersih.tapi di luar bin,di celah-celah kita tak nampak dan tak dapat nak cuci. so macamana kan?

aku dengan segera paksa husband aku pi Cosway beli pencuci mesin basuh! ya.pencuci mesin basuh itu wujud.aku baru tau.aku ingat kalo nak cuci mesin basuh just tekan punat Tub Hygiene kat mesin basuh,selesai.tapi tidak ye ibu-ibu sekalian. fungsi Tub Hygiene tu aku rasa untuk cuci-cuci manja ja.tak berkesan langsung.then, aku baca pencuci Cosway ni powerful sangat.so nak try la tengok.


 Nama dia Wash Drum Cleaner brand PowerMax. Sekotak ada 2 peket. RM11++


Tengok macam suci murni ja kan mesin basuh? bahagian dalam ni memang bersih sebab kita dok basuh baju.tapi di bawah dan tepi celah-celah tu dah berlumut.perasan tak kat tepi bin tu ada lubang-lubang? ha luar tu la kotornya.


Sekali basuh masukkan satu peket sahaja.


Lepas tu uols masukkan air.orang cakap masukkan air sampai max/penuh. tapi HATI-HATI ye. masukkan air sampai max tanpa baju dengan masukkan air sampai max bila ada baju adalah berlainan. sebab mesin basuh aku jatuh teros kebawah ha sebab berat sangat agaknya.hampeh!!!

nasib baik motor tak rosak.cuma dia jatuh ke bawah ja. tapi still kena bawak gi kedai rasanya.sapa nak angkut turun dari tingkat 2? itu kena pikirkan nanti.

lepas dah isi air tu, putarkan sekali dua.lepas tu biar dia terendam dalam tu semalaman. esok tu putar-putar lagi sikit.aku lupa nak snap gambar lepas semalaman tu.gila kotor! 

semua daki keluar sampai naik itam air. bilas 3,4 kali pun still ada sisa.sampai perangkap habuk kat tepi tu pun penuh 2 kali buang derrr....puhh..daki hitam yang ketegaq tu pun keluar sekali penuh semangkuk.perrghhhh..

jadi, macamana dengan mesin basuh anda? masihkah dibelenggu daki-daki dan keladak ini? hehehe ~

4 comments:

Unknown said...

Mesin basuh sy jd sarang habitat lipas pas setahun x digunakan... dah puas cuci guna clean tub ngan ubat khas tp lipas still ada. Ms mula2 try cuci, mmy byk giler lipas yg mati... sampai beranak pinak lipas2 yg masih hidup. X tau nak wat cmne g dah...huhu

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anna said...

dah ada sarang agaknya dalam mesin basuh tu.hihi.tak try bukak belakang or bawah mesin basuh? kakak saya tikus buat rumah dah.siap jenguk2 kepala kat celah2 tu.habis dikokak wayar2.hahaha.kalo lipas saya selalu beli yang spray kaler biru tu.untuk lipas,semut tu.bau macam serai2. alhamdulillah la.lipas dalam kereta dah tak da.haha.semut pun jarang2 skali kat rumah.

Unknown said...

Beli mesin baru