24 December 2014

[REVIEW] Lacte Duet BreastPump

Assalamualaikum

Dah 18 tahun janji nak buat review. baru harini sempat ye. mentang-mentang esok start cuti. cuti sampai habis tahun ye uollls...hepi nyieerrrr hati..mihmihmih

So, kita review breast pump Lacte Duet dulu. nanti review Jingle Jungle Jasmine Cooler Bag pulak.

Untuk pengetahuan, aku pernah pakai 

- manual breastpump Tommy Tippee (dah selamat jual)
- manual breastpump 'made in china' yang tak tau apa brand tapi prestasinya superb! - ini pinjam kakak aku punya.tapi serius aku suka walaupun tak dak brand.  masih guna kalo travel.
- breastpump Eve Love Single - ini pun pinjam. 
- breastpump Spectra 3 double pump (dah selamat jual)

Aku suka breastpump Eve Love sebab corong cup dia sedap pakai dan motor dia ringan.
Aku suka breastpump Spectra sebab tahan lasak dan kuasa suction dia cuma dia berat.

Jadi aku carilah breastpump yang ada kebanyakan ciri pada Eve Love dan Spectra. Combine dua-dua. dapat la Lacte Duet. hehehe

Kenapa pilih double pump?

Sebab jimat banyak masa. setiap hari pergi office, aku cuma ada dalam 15 minit ke 30 minit ja masa untuk pump. 3 kali sehari.

Waktu pagi 7.45am - 8.00am
Waktu tengahari 12.45pm - 1.00pm
Waktu petang 4.30pm - 4.45pm

kalau pakai single pump, lepas pump sebelah, kena pump lagi sebelah kan. lepas tu kalau LDR, sebelah pump sebelah lagi kena tadah. susah sikit. then bila turn untuk pump lagi sebelah yang kita tadah tadi, lambat pulak nak LDR. bila lambat mula la meleret-leret masa pump sebab nak make sure breast kosong. faham? hehehe.

jadi, bila ambil double pump, senang.dua-dua belah sekali harung. macam Lacte Duet. 

Part dia boleh tahan banyak compared to Spectra 3 yang ada secoet saja part nak handle. tapi tak kisahlah sebab best.hehehe.

Kita mulakan dengan motor Lacte Duet.

Motor Lacte Duet kecik dari Spectra. Besar sikit dari Lacte Solo. Ringan. kalau letak dalam handbeg pun tak terasa sangat. tapi kalau letak motor Spectra 3 dalam handbeg, mungkin lebam jugak bahu kalo angkut tiap hari (hyperbola sket..kehkeh). 

Motor Lacte Duet ni ada 2. Satu untuk sebelah kanan, satu untuk sebelah kiri. boleh disablekan mana-mana satu incase nak guna satu saja. kalau satu rosak, satu lagi maintain bleh pump.so tak dak la panik sangat kan.

Yang paling suka ialah dia punya breast shield. Breast shield dia silicon. So lembut bila time suction tu. kalau breast shield plastik keras tu, bila suction, memang dia sedut-sedut kuat la cik b untuk keluarkan susu. tapi kalau breast shield silicon ni, bila dia sedut, silicon yang lembut tu akan berubah bentuk, macam mengempis.bila dia mengempis dia kepit la sikit puting cik b. macam baby.macam kita buat mermet.

Sebaik turn ON motor, dia akan terus start. satu sesi ada 2 phase dan dah di set selama 30 minit. Lepas 30 minit terus turn OFF.

2 minit pertama ialah sesi stimulation mode iaitu mod urut mengurut.Stimulation mode ni untuk rangsang pengeluaran susu. So dalam masa 2 minit nilah LDR sepatutnya berlaku.terpulang pada masing-masing. tapi serius lepas guna Lacte Duet, tak sampai seminit dah LDR. Default kekuatan suction masa Stimulation mode ni agak rendah. macam tak rasa apa. mula-mula dulu aku increasekan jugak sebab macam tak rasa apa.tapi sekarang dah boleh adapt.terus guna default ja. hehe.

Semasa Stimulation mode.abaikan masa kat screen tu.memang dia 2 minit ja tapi aku saja tambah-tambah. 

Lepas 2 minit, dia akan automatik tukar kepada Expression mode. So, 28 minit seterusnya ialah sesi memerah la. Default kekuatan suction expression mode ni bagi aku dah ok. tak kuat sangat tak perlahan sangat.masih berjaya kosongkan breast dalam masa 15 minit ++. 

Kalau dalam masa 2 minit tadi, belum LDR, dan dia dah tukar ke expression mode, bleh la tekan balik untuk tukar ke stimulation mode. Butang atas sekali yang ada simbol titis-titis air tu adalah untuk tukar mode.

Kalau Spectra 3, satu jelah. mode memerah jelah dari mula sampai kau tutup suis. tak ada nak urut-urut. Boleh adjust kekuatan sedutan tu jelah. tapi suction Spectra memang power. mula-mula aku compare, aku rasa Spectra sedut lagi power dari Lacte. tapi, sedut kuat tak semesti bagus ye. Lepas tu baru la perasan, Lacte Duet ada anti backflow. Anti backflow ni kebaikan dia elak susu masuk tubing. kekurangan dia ialah, dia kurangkan kuasa suction tu. kurang sikit la. sebab aku try pasang shield Spectra dekat Lacte, suction dia macam nak tercabut segala.sebab breast shield Spectra tak ada anti backflow. suction dia direct terus. so, kesimpulannya, suction Lacte dan Spectra sama power.hehehe.

Dari segi bunyi, motor Lacte Duet boleh tahan senyap. Especially time stimulation mode. masa Expression mode ada jugak la dengar bunyi tapi tak ada la macam bunyi jentolak. aku selalu jugak dengar dekat Mother's room bunyi breastpump yang maha kuat. tak tau la dia lama tak service or memang breastpump dia bunyi macam gitu. agak annoying la. susu nak kuar pun terus sentap terkejut bunyi pam kuat sangat.walau macamana pun, harus di akui bunyi Spectra la paling senyap.hehehe


Ni time Expression mode. 

Butang kiri (+) dan kanan (-) tu untuk adjust level suction. butang tengah tu untuk turn ON dan OFF. Butang bawah sekali tu untuk pilih either nak guna motor kanan (R) ,motor kiri (L) atau kedua-dua (Double pump).  



Nin dia part dia. nala punya banyak.hehehe. kalau Spectra part nak kena basuh cuma DUA sahaja. Corong pump dan valve. Simple. tapi untuk Lacte lebih banyak. antara 4 hingga 5 part kena basuh. 

Sebelah kiri atas tu dia punya breast shield. Shield silicon dan dia punya rangka yang pegang silicon shield tu. dah ada 4 ketul disitu.

Kemudian bawah sebelah kiri tu penyambung antara breastshield dan botol susu. ada 2 bijik. Yang kecik putih tu dia punya Valve or Injap. 2 bijik. tak ada injap ni, tak dak rasa apa la sedutan tu. 

Lepas tu tube panjang tu untuk sambung dari motor ke breast shield. Sebelah bawah kanan tu penutup anti backflow, bottle converter dan injap anti backflow. 

Breastpump Lacte Duet ni, default botol dia adalah wide neck. Kebanyakan storage bottle kata pasaran skang adalah neck  yang kecik tu. macam bumble bee, autumz suma tu kan. so, dia ada bagi 2 ketul bottle converter.pasang bottle converter tu bila nak guna botol susu yang neck biasa tu.

setakat ni aku cuma perasan ada sorang ja amoi ni pakai Lacte Duet jugak. tu pun sebab dia tanya aku masa kat Mother's Room, part mana yang boleh basuh dengan air panas/sterilize dan part mana yang tak boleh. tiba-tiba aku bertukar menjadi breastpump expert.kahkahkah. senang.kalo nak tahan lama, part yang ada getah-getah ni basuh air sabun suam jelah.macam valve dan silicon shield tu. tapi seminggu skali aku campak jugak dalam air panas semua sekali.

ok. itu sajalah review panjang lebar. ada soklan sila komen. terima kasih.

Bye.

No comments: