23 January 2015

DIY : Walker Seat Recovery DONE!

Assalamualaikum.

Ini bukan tutorial pun. just nak show off hasil susah payah sendiri. SHOW OFF???? Astaghfirullah..tak baik tau show off.

Ini nak kongsi kegembiraan hati berbunga-bunga riang di taman sebab dapat siapkan walker seat untuk Amni.

Penat.dah start separuh jalan. Then suddently babysitter pun mintak walker. nak beli yang lain sayang la yang dok ada tu pun bukannya rosak pun.cuma seat ja rabak. oleh sebab stress takut tak dapat siapkan seat tu on time. pergi kedai nak beli yang ready made.pergi 2,3 kedai. tak match pulak. boleh pulak tokey kedai tu kata kena order. puiiihhh... nak tunggu seminggu untuk order walker seat tak sampai 20 hinggit.baik lah aku teruskan usaha murni aku yang dah separuh jalan tu kan..

Nak hamik walker seat yang lama.buruk benor.


dalam gambar macam elok lagi.tapi real tak elok pun lah..

so, ini hasil titik peluh ketiak i.. tadaaaa!!!






mainan atas walker tu dah buang.pastu nak pasang balik dah hilang skru dia pi mana ntah.

believe it or not, list yang tepi-tepi tu i jahit tangan derr....tidoq pukul 5 pagi. sampai kena asthma attack! hehehe

jahit 60% kat kampung. pakai mesin jahit Singer mak yang jenis lama tu.mesin tu senang nak guna. sebab dari kecik lagi aku biasa guna.

then bila balik Penang, mesin kat umah ni elektrik. yang kakak aku punya tu. tak sempat nak study lagi. nak letak benang pun dok bengong-bengong lagi ha. last-last jahit tangan la.hadoiii..

dan..mak aku keluarkan sebiji walker dari store. tak tau la sapa punya. seat? biasalah...barai..nampaknya kena jahit semula la jugak.letak yang ni kat umah kot. 


ni owner baru walker-walker berkenaan. kenalkan. SI TOPUI AMNI.

ok. bye-bye.

3 comments:

~~Masha~~ said...

woiitt..gigihh btoi..
tapi cantik la..bleh la order pasni..
hehe..

Husna Za said...

gigih la nak sep kan..modal berapa ringgit ja.hahaha..demam teros lepas siap...haha

yatie said...

cantik, pandai sis jait...kalau saya memang pakat guna je la yg tu smp lunyai!hehehehe...