08 April 2015

Cabaran 3 liter air sehari

Assalamualaikum.


Sebab hari ni puasa, jadi nak cerita pasal AIR bagi terliur.hehehe.

Memang selalu dah terbaca artikel pasal kena banyakkan minum air ni. tapi tak juga buat kan.ketegaq.

Semalam ada terbaca lagi artikel pasal minum air. Ada testimoni seorang mat salleh ni. dia ada problem penghadaman dan sakit kepala. muka dia pun nampak tak bermaya.macam tua dari umur dia.

Then, doktor dia nasihatkan minum air 3 liter sehari. dia pun try la.beberapa hari pertama dia mampu 1 liter ja.ni spesis cam aku la ni malas minum air.kihkih

Lepas tu minggu seterusnya dia mampu minum 3 liter air. 1 liter pagi, 1 liter petang dan 1 liter malam. lepas 4 minggu, dia dah rasa sihat, muka dia hilang kedut-kedut dan nampak segar. 

Boleh baca artikel dia kat sini tapi macam tak lengkap ~ 3 liter water a day story

Tak tau la kenapa artikel kali ni macam terkesan sikit. So, gedik la nak try. Semangat mula tu tinggi. tunggu nanti tengah-tengah mula la liat. selalunya aku mampu minum 1 liter pagi dan petang.malam kira nak minum air manis. Tapi kalau bagi minum air zamzam ka air Evian ka boleh la kot berliter-liter. bukan sebab mahal tapi sebab sedap sangat.hehe.tapi sebab mahal,isk..isk..tak dapat minum selalu..

Boleh join Facebook dia @ 3 Liters A Day Water Challenge


lagipun skang kat umah tak pasang water filter lagi.so asyik beli air mineral kat kedai jala. blok umah skang ni air bau klorin kuat sangat.pagi-pagi kalau bukak shower pergghhh...rasa macam mandi air bahan kimia ka pa ntah.

Tapi takpa,kita try dulu. tapi skang musim dok ganti puasa. So taktau nak start bilanya. Puasa tak ganti ada lagi 34 hari derrr....gila kentang! jadi malam je la kot nak minum air banyak-banyak kan.

ok, berbalik pada cerita air.hehehe.

Tahukah anda : 

# 60% dari badan kita terdiri daripada air. 

So, kalau berat aku 45kg, bermaksud 27kg dari tu adalah air. eheh, sikit jer tu...huuuu. Jadi bersamaan dengan 27 liter air! nak mampos ke hapa minum sehari 27 liter air. kata nak follow 3 liter water challenge. ni dah kena 27 liter plak dah. ok. relaks ada faktor lain lagi yang perlu amik berat.

# 22% tulang kita terdiri dari air ye kawan-kawan. jangan ingat tulang keras tu kering.hehehe

# Average, kita kehilangan air 2.6 liter sehari.

# Kadar keperluan air berbeza-beza antara lelaki, perempuan, perempuan mengandung dan perempuan yang breastfeeding.

# Air kencing yang kekuningan dan berbau itu petanda anda kekurangan air.

Mari kita cuba kalkulator ni, tengok cukup ke tak aku punya pengambilan air sehari (konpem la tak cukup). moga keputusan dia memberi keinsafan dilubuk hati.mihmih




 






Country terpaksa amik INDON sebab tak dak pilihan MALAYSIA. hapeda....




See...tak yah sampai 27 liter pun. 2liter minimum kot. ok. aku akan teruskan cabaran 3 liter tu jugak.hokehhh....

Bye bye...

p/s nak calculate untuk husband. dia ni kalo tak ada bukti saintifik tak da nya nak dengat nasihat.


LINK untuk calculator kat atas --> hydration-calculator

2 comments:

~~Masha~~ said...

bagi link calculator tu husna..kte ni pon tahap penyegan minom air gak ni..kulit memang kering la.

Husna Za said...

nah link - http://www.h4hinitiative.com/tools/hydration-calculator