21 May 2015

Mood menunggu SSC



Assalamualaikum.


Alhamdulillah, dah dapat permission untuk beli SSC (soft structured carrier) untuk anak-anak..hepi yabedabedu!

punya lama dok pujuk, ceramah,istiqarah dan lain-lain lagi nak yakinkan husband.


plus kebanyakan ssc mahal-mahal harga.memang tak mampu la..banyak lagi benda lain yang perlu didahulukan kan.

pernah haritu try sewa SSC Patapum. sedap galas senang nak buat kerja.tapi oleh sebab Patapum brand oversea, so waist pun ikut mommy oversea la kan.ejas sampai habis pun dok melurut ke bawah jugak pinggang ni.so lama-lama sakit la pinggang ni.ni la masalah orang kurus kering sangat.


then kakak yang bagi sewa ssc tu cadangkan try brand dari Indonesia kalo nak yang bajet la.waist dia ikut orang asia.so should be prefect dan harga mampu milik jugak la. brand Andrea. ada lagi satu brand Cuddle Me, tapi dia punya corak tak banyak pilihan pun.tak lawa sangat.haha.so amik andrea lah.husband pun ok ja.


alhamdulillah, akhirnya dah order.amik yang ini.






picture credit to CozyBaby.biz


tak tau la husband mau ke tak galas kalo corak ni.kahkah. dia yang suruh amik yang ni sebab ada kaler merah-merah.anak pompuan kan..tapi kalo pasni kuar plak anak laki, aku galas jugak la.hapa pedulik..


order skali dengan drool pad. sebab masa sewa ssc haritu, Amni gigit drool pad ssc tu sampai basah lencun.tak pasal-pasal kena basuh balik.so bagi mengelakkan dia gigit tali ssc, kena letak drool pad lah.




drool pad yang matching dah out of stock. patah hati.keciwa.


nak tunggu restock kang kena bayar postage lagi. so amik jelah corak lain walaupon tak matching color.isk.isk.


mungkin akan dapat 1st or 2nd week of June.


tak sabarnya..dah tak larat nak gendong amni pakai ring sling.sakit bahu mak.aufa pun kadang-kadang suruh dukung jugak.hadoi.


nanti dah dapat baru update lain ye.mungkin boleh bagi review sekali kot.insyaAllah.


kalau ikutkan, teringin la sangat brand Tula. tapi sampai RM500++.bukan dia dah tu.memang tak la kan..aku dah la kedekut.haha.walaupun siap ada installment plan, perghh...tunggu 5 bulan baru dapat.


teringin yang local punya brand macam Snuggbaby or Jumpsac or BES, RM300++, dah kena berebut slot macam hapa lagik.kalo jari tak sepantas angin, memang malap la harapan.siap ada orang upah orang lain untuk dapatkan slot.dasyat betoi.tapi yang hairannya, kebanyakan yang dapat slot tu, memang dah pro dalam babywearing ni.kira dah ada banyak koleksi.murah betul la rezeki kan.


kalo brand oversea macam KinderPack, Madam Googo dan lain-lain tu, memang takut la nak tengok.koma terus bila tengok harga.


tapi aku consider RM300++ tu mahal jugak la.aku pun sayang anak.tapi yang keperluan kita dahulukan.ye dop? hehehe...ni pun nasib la ada rezeki lebih, husband kesian kot tengok dok gendong anak macam nak patah pinggang.pastu tambah dengan semput lagi.kadang-kadang malas nak kuar sebab pikir tak larat nak gendong.stroller tak membantu sangat sebab depa tak mo duduk pon.nak kena cari lif.leceh.kalo pi tempat crowded, memang tak bawak la stroller.aufa plak suka lari sana sini.takut sangat kalo tengah jalan-jalan tu dia terlepas dari tangan dan lari ke jalan.


Allahuakhbar..mintak la dijauhkan dari perkara-perkara tak elok.


bukan la nak cakap galas-galas baby bagai ni method terbaik.kalo mampu dukung anak macam biasa, go on lah.ni alternatif ja.kalo setakat kuar sat-sat tu aku pun dukung camtu ja.


Link vendor yang jual SSC Andrea:








oklah.tunggu barang datang.bye.


p/s : husband suruh letgo ring sling. tapi sayang pulak.walaupun hodoh.lagipun, ring sling aku tu tak branded.so aku rasa tak dak pun orang nak beli.

Update :

Tukar drool pad. Ada yang matching siap ruffle lagi tapi husband takmau. nak jugak bercorak. Amik yang ini.


2 comments:

Mazlina binti Mat Rabi said...

Assalam...Sis, best x andrea? Ingat nak try andrea satu gak.

If free jemput jengah blog saya mazlinamr.blogspot.com

Anna said...

Wsalam.Belom dapat pun lagi ssc andrea ni.haritu baru pre-order.hehehe..nanti sy try dulu tngok ye.