15 August 2013

House Hunting


ni nak cerita pasai house hunting yang sudah berlanjutan selama 2 tahun. berapa biji buah rumah yang dah di view tu toksah cakap la berlambak. dari tak tau apa pasai rumah bleh bukak buku dah la. jumpa macam-macam orang dah. sampai tak ingat dah rumah mana yang pernah pi tengok. punya la berusaha nak cari dan beli sebuah rumah kat Penang nih. rumah mampu milik harga 1.5juta. mampu sangat la dik non oiii....

nak kata kami ni memilih, well nak beli rumah kan.mesti la pilih.bukan beli coq cempedak tepi jalan.memilih pon tak sangat la.kalau boleh biar berpadan la dengan harga.kami pun bukan orang senang.dua-dua pun bukan kerja besaq.jadi sekupang pun sangat la berharga.tak cukup sejuta kalo kurang sekupang.kan?

rumah 2 bilik pun ok.tapi bila ada anak ni, kesian pulak kat anak.katakan la satu bilik jadi master bedroom, satu lagi bilik anak.kalo ada anak laki pompuan tak kan nak bagi tidur sekali?

keluasan tu tak jadi hal la sangat.rumah sempit pun kalau pandai susun, lapang jugak rasa.pernah sekali pergi melawat kawan husband.duduk rumah flat.dalam 600sqft ja.memang kecik tapi tu la realiti hidup kat penang ni.terpaksa la beli.tapi kemas ja dalam rumah.selesa jugak walaupun sempit.perabot pun yang simple dan perlu saja.tapi kalau adik beradik bertandang, macam tin sardin jugak la.tapi takpa la,bukan tiap hari pun adik beradik nak mai umah kan.

baru-baru ni ada booking satu rumah dengan orang perumahan pulau pinang.macam biasa la bila ada projek, staf depa mesti dapat buang 2,3 biji umah.jadi dia jual kat orang la bahagian yang dia dapat tu.harga 250k.x sampai 1000sqft pun.tingkat 3.ok la.3 bilik 2 bilik air.booking rm500.tapi taktau la pasaipa tiba-tiba husband cancel.dia cakap bila kira-kira balik bulanan rasa berat pulak.kesian takut anak bini tak dapat apa-apa sebab bayar umah mahal katanya.

pergi tengok rumah duplex 230k. cantik.tapi balkoni mengadap bukit dan hutan.bukan nak demand, tapi ada kawan duduk area tu katanya ular tedung selalu masuk rumah.no wonderlah nampak umah orang sebelah tu tutup terus balkoni dia dengan dinding dan cermin. plus banyak jugak benda nak kena repair, ada leaking, kulat dan macam-macam.

pergi tengok rumah 100k, apartment. sangat la murah okeh.tingkat 5.naik lift.lift pun dah macam dark water punya lift.nampak sangat la maintenance tak berfungsi.rumah pulak susunan macam terlindung.jiran pulak macam tak berdunia.nak jadi cerita jumpa kawan husband duduk area situ.dia cakap depa jual murah sebab rumah tu dulu ada vietnam mati kena bunuh bergaduh sesama depa.ok.aku besa dengar cerita tu tapi tak sangka jadi kat situ.sekian.tak jadi amik.

pergi tengok rumah 190k. katanya dah renovate.ada tenant.pergi nak tengok, tenant balik kampung.tuan rumah pun betul bendul la tak calling2 dulu tenant arrange nak tengok dalam rumah.bila tanya apa yang you dah renovate? grill, aircond.okeh.tu bukan renovate la oii..tak padan dengan rumah nego harga pun tak mau turun dengan tak reno apa pun.sekian lagi.

dan banyak lagi rumah lain menyusul kemudiannya.pun tak jadi.dan terbaru adalah semalam.pergi tengok rumah.190k.luas.dah pernah tengok dalam sebab ada sedara duduk situ.nak dijadikan cerita, bila pegi nak view rumah, pergi dengan agent.rupanya ada tenant.tuan rumah tak cakap pun kata ada tenant.dan...tenant terkejut badak sebab tuan rumah tak bagitau pun dia yang dia nak jual rumah.kecoh la jugak semalam.bincang punya bincang.balik dulu agent kata nak bincang dengan tuan rumah.husband berusaha cari owner rumah nak deal terus tanpa agent. end up tuan rumah cakap memang dia nak jual RM290k !!!!!!!!!!!. gila babun.rumah original tak ada reno letak harga tu.nak jual rumah ka nak jual bangunan ntah.rumah kat area tu kalo partially reno RM220k ja.dia punya up harga.pergghh...

rasa macam sampai tua la kot menyewa kat penang ni.susah betoi nak beli rumah.tapi yang herannya, orang bujang, bukan IC penang dapat plak rumah yang perumahan pulau pinang tu noh.heran..heran...yang laki aku ni keja 8 tahun kot kat penang ni, tak dapat sebiji pon aih.

tu la orang kata tak dak rezeki.tunggu la 80 tahun pun kalau tak dak rezeki tu kat sini, tak dak la jugak kan. takpalah.mungkin ada hikmah. harap sangat dapat beli sebiji rumah kat sini.

notakaki: tunggu gambar raya tangkap kat studio siap dulu baru nak post pasal raya.hahaha.ciwi sebab ni festyme tangkap gambar family kat kedai.

25 July 2013

Selepas 3 bulan...Selamat Berpuasa

Post terakhir adalah 3 bulan yg lepas.sekarang dah bulan 7.gila malas lah nak update blog.sebab banyak lagi komitment lain.banyakk.........tabik spring pada mommies yg masih mampu update blog, jaga anak yang ramai, jaga rumahtangga, berkerja dan lain2.ni baru sorang anak tapi penat macam buka nursery dan jaga 15 orang budak.

tambah-tambah aufa zahirah sekarang dah masuk gear 18.dia punya laju macam peluru berpandu tak dapat dihalang2 lagi.tiba-tiba rindu time pregnant.semua benda pun buat slow ja.skang pung pang pung pang kalut manakan nak tengok aufa takut dia buat aksi ekstrem.letik mak....

dah setengah bulan puasa, boleh kira dengan jari berapa kali masak untuk berbuka.masak untuk bekal aufa kat umah babysitter ja.berbuka semua pun beli je.balik kerja dah lembik.tahun ni puasa rasa teruk sikit sebab kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan. backpain yang quite teruk, batuk yang tak mau lega dan astma yang sekejap on sekejap off.dugaan bulan puasa.

apa-apa pun, walau terlambat, nak wish selamat berpuasa lah yer.jangan lupa bayar zakat.jangan lupa jugak bayar fidyah kalo posa tahun lepas tak sempat diganti.hehehe.bye.

anak sapa ntah ni..

27 March 2013

Tips on pumping gas @ Tips untuk mengisi minyak

Tak pernah amik tau pun sebelum ni. hentam ja pi stesyen minyak, bayar, angkat nozzle dan isi minyak. yang tau nak komplen harga minyak naik ja.oppss...hehehe..

ok. hari ni nak kongsi info sikit macamana nak isi minyak berbaloi or at least hampir berbaloi dengan harga yang kita bayar.



1. Isi minyak pada waktu pagi dimana pada waktu tu suhu bawah tanah masih sejuk. kenapa perlu suhu bawah tanah walaupon kita dok atas tanah? sebab minyak kat stesyen minyak depa simpan kat dalam tangki bawah tanah. jadi, lebih sejuk suhu, lebih tumpat la minyak/gasolin kat bawah tu.lebih panas suhu, minyak/gasolin akan expand/vaporize. kalau anda isi 10liter, yang masuk tangki anda mungkin hanya 9liter saja.contoh la kan.

2. Semasa mengisi minyak, jangan picit trigger nozzle sampai habis.selalunya kita akan press trigger nozzle sampai habis dengan harapan minyak dipam masuk ke tangki dengan pantas dan kita dapat blah dengan segera.kan? untuk pengetahuan, kalau minyak di pam pada kadar perlahan, ia akan meminimakan pengewapan yang terjadi masa anda sedang pam. kebanyakan hos kat stesyen minyak dia ada mekanisma pembalikan wap. wap yang terhasil masa kita pump minyak tu akan di sedut balik masuk ke dalam tangki simpanan bawah tanah. jadi mcm contoh di tips pertama tadi, kalau anda isi 10liter, yang masuk tangki anda mungkin hanya 9liter saja. 1 liter lagi dah jadi wap....


3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana, lebih banyak minyak ada dalam tangki, lebih kurang la udara yang memenuhi ruang. jadi minyak/gasolin yang remain dalam tangki anda tak la evaporates sangat.ni untuk elakkan kerugian. minyak/gasolin evaporates faster than you can imagine okeh.

4. Kalau ada truck minyak sedang isi minyak ke dalam tangki stesyen minyak by the time anda sampai untuk isi minyak kat stesyen tu, JANGAN ISI lagi. kemungkinan besar minyak dalam tangki besar depa akan berkocak dan bercampur-campur semasa proses pengisian.kotoran-kotoran di dasar tangki mungkin akan naik ke atas dan anda mungkin tersedut sama kotoran tu masuk ke tangki anda masa isi. Who knows kan. bayangkan ada air dalam gelas.kotoran dah mendap ke bawah selepas satu ketika.tiba-tiba anda tuangkan air lagi.mesti kotoran kat dasar gelas tu pon naik.kan?kan?hehehe


sekian saja. selamat beramal dan selamat mengisi minyak.

Love,

Aufa's Mommy