27 March 2013

Tips on pumping gas @ Tips untuk mengisi minyak

Tak pernah amik tau pun sebelum ni. hentam ja pi stesyen minyak, bayar, angkat nozzle dan isi minyak. yang tau nak komplen harga minyak naik ja.oppss...hehehe..

ok. hari ni nak kongsi info sikit macamana nak isi minyak berbaloi or at least hampir berbaloi dengan harga yang kita bayar.



1. Isi minyak pada waktu pagi dimana pada waktu tu suhu bawah tanah masih sejuk. kenapa perlu suhu bawah tanah walaupon kita dok atas tanah? sebab minyak kat stesyen minyak depa simpan kat dalam tangki bawah tanah. jadi, lebih sejuk suhu, lebih tumpat la minyak/gasolin kat bawah tu.lebih panas suhu, minyak/gasolin akan expand/vaporize. kalau anda isi 10liter, yang masuk tangki anda mungkin hanya 9liter saja.contoh la kan.

2. Semasa mengisi minyak, jangan picit trigger nozzle sampai habis.selalunya kita akan press trigger nozzle sampai habis dengan harapan minyak dipam masuk ke tangki dengan pantas dan kita dapat blah dengan segera.kan? untuk pengetahuan, kalau minyak di pam pada kadar perlahan, ia akan meminimakan pengewapan yang terjadi masa anda sedang pam. kebanyakan hos kat stesyen minyak dia ada mekanisma pembalikan wap. wap yang terhasil masa kita pump minyak tu akan di sedut balik masuk ke dalam tangki simpanan bawah tanah. jadi mcm contoh di tips pertama tadi, kalau anda isi 10liter, yang masuk tangki anda mungkin hanya 9liter saja. 1 liter lagi dah jadi wap....


3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana, lebih banyak minyak ada dalam tangki, lebih kurang la udara yang memenuhi ruang. jadi minyak/gasolin yang remain dalam tangki anda tak la evaporates sangat.ni untuk elakkan kerugian. minyak/gasolin evaporates faster than you can imagine okeh.

4. Kalau ada truck minyak sedang isi minyak ke dalam tangki stesyen minyak by the time anda sampai untuk isi minyak kat stesyen tu, JANGAN ISI lagi. kemungkinan besar minyak dalam tangki besar depa akan berkocak dan bercampur-campur semasa proses pengisian.kotoran-kotoran di dasar tangki mungkin akan naik ke atas dan anda mungkin tersedut sama kotoran tu masuk ke tangki anda masa isi. Who knows kan. bayangkan ada air dalam gelas.kotoran dah mendap ke bawah selepas satu ketika.tiba-tiba anda tuangkan air lagi.mesti kotoran kat dasar gelas tu pon naik.kan?kan?hehehe


sekian saja. selamat beramal dan selamat mengisi minyak.

Love,

Aufa's Mommy
 

 

1 comment:

Unknown said...

bagus advice awak nie...usefull..

tq to share...:)

jm singgah blog syaa zj cheapshop tupperware