30 November 2012

Pyjama Hunting!

Misi mencari pyjama Aufa

Susah sangat la nak cari pyjama untuk aufa.hari tu dah jumpa tapi harga dia mak aih.48hinggit sepasang.padahal kualiti tak tara mana pon.harga ja lebih.pastu jumpa dalam internet, harga murah jugak.tambah dengan pos pon tak sampai la 48hinggit tu.tapi saiz pulak yang isau.tak tau nak bajet.sebab selalu jumpa pyjama ni cutting kecik.nak agak pun tak reti pulak.aufa plak jenis kecik molek.kebanyakan saiz 2tahun ke atas.

aku dah jatuh hati kat pyjama-pyjama yang macam gini ~







 






 
hari tu dah beli sepasang pyjama kat jualan gudang kat perlis.tapi biasa-biasa ja.tak puas hati.nak cari lagi.tak kisah la long sleeve or short sleeve.lepas kejadian baju-baju aufa habis kena warna merah luntur tu.sakit hati.rasa nak buang ja baju-baju yang ada merah-merah tu.tapi sayang.so buat pakai main jelah.banyak jugak baju aufa skang muat-muat badan ja.sian aufa.hehehe.

sapa-sapa tau kat mana-mana ada jual pyjama cam kat atas ni saiz 12bulan? nak tau jugak berapa cm seluar dan baju.hehehe

 

29 November 2012

Resepi cucur keria baby

semalam launch aufa nasik macam biasa.lauk pun biasa.takdak yang special.bs cakap dia makan ja.cuma, breakfast aku buat cucur keria.sebab ada lagi balance sweet potato dalam fridge.

cucur paling senang dalam dunia.rebus sweet potato, lenyekkan. tambah tepung gandum/tepung atta sket.uli dan bentukkan macam roda.oleh sebab aufa yang nak makan, aku letak susu tepung dia sikit.kurma sikit dan bentuk jadi roda kecik-kecik baru nampak comel.kira mini keria la ni kan.

goreng atas non stick pan.buh sket ja minyak.tak buh pon tak pa.selesai goreng, aku sapu sket jem kurma kat atas.bagi manis-manis.kalau versi orang dewasa kan kita tabur gula atas dia.dah siap.simple.no gula, no garam.licin dia makan.alhamdulillah..macam biasa gambar ehsan google.aku masak dengan kadar pantas sebab aufa asyik nak menempek ja pagi kelmarin.bukak ustaz don pon tak mau, bukak kartun pun tak mau.so jangan harap nak snap gambar (padahal malas alasannsss).
ni versi orang tua
harini breakfast aufa kembali ke asal iaitu puding roti.tak kretip langsung mommy aufa ni.dok ulang yang sama ja.hehehe.ok-ok.nanti breakfast ibu buat nasik lemak.launch makan bihun kungfu, minum petang lempeng pisang, dinner nasi ayam.ok?kemain lah!!
 

27 November 2012

Resepi begedil ayam Aufa

Nama resepi harus letak nama anak sendiri ye.hehehe.aku pun tak pernah buat begedil untuk makan sendiri.tiba-tiba dapat idea nak buat untuk bekal Aufa.tapi semalam Aufa tak pi pon umah bs sebab anak bs bersunat.jadi, semalam Aufa duduk la dengan dedi cool seharian.aku faham sangat la dedi tak terer bagi aufa makan nasik sangat, tu yang buat begedil.senang, ringkas dan berkhasiat.cewah.. senang la nak bagi makan,bg ja dia pegang sendiri.tapi nasik tetap la aku buat jugak untuk lunch.besa la Aufa, dengan nasik ni ada masa-masa dia jugak.

ok. cakap banyak tak guna, ni resepi dia.pejam mata pon bleh buat.


Bahan-bahan:
1. Ubi kentang/ubi keledek (rebus dan lenyek)
2. Bawang holland (cincang)
3. Kurma (rebus sekali kentang dan lenyek sekali)
4. Isi ayam (dah siap rebus)
5. Sawi/Karot/Brokoli/apa sayuran yang anak suka
6. Tepung atta/tepung gandum (jangan banyak sangat kang liat pulak)
7. Telur

Gaul semua bahan dan uli sket.bentukkan.kalau tangan basah senang sket nak bentuk.nak celup tepung sebelum goreng pon boleh tak mau pon boleh.kalau anak dah lepas telur boleh la celup.memang tak ada masuk langsung gula atau garam ye.rasa manis dari kurma, rasa masin dari isi ayam.masin pun masin lemak-lemak gitu ja.dah siap pastu goreng jelah.saya goreng atas non stick pan.letak setitik dua ja minyak (lebih baik pure olive oil).siap!

serius sedap.sebab Aufa ni susah sket nak makan.so kalau dia makan sesuatu tanpa main-main means sedap la tu.hahaha..mintak maap saya terlanjur mengangkat bakul sendiri. weeehuuuuu!

p/s : Gambar ehsan google.bukan apa, aku kalau masak tak pegang henpon.kalo  masak sambil tangkap gambar alamat kelaut la...jadi takdak la gambar sendiri tu.hehehe.