03 June 2011

9 weeks of pregnancy and my first visit to KK

31 May 2011

bukan pegi kota kinabalu atau kuala kangsar. tapi pegi melawat doktor kat klinik kesihatan. baru terasa rajin nak pegi buat kad merah ibu mengandung.nasib baik la tak ramai orang. tak dak la kena menunggu lama sangat. nurse tu cakap orang tak ramai sebab cuti sekolah. cuti sekolah budak-budak pun tak sakit.sebab dapat main sepanjang hari.tak gitu?hehehehe.

minggu ni dah masuk 9 minggu. baby dah nampak seperti baby.hehehe.means kepala,tangan,kaki dah hampir lengkap.bentuk pun dah hampir sempurna. so minggu-minggu selepas ni baby akan mula membesar dengan jayanya. harap mummy pun turut membesar.oh,tak sabar nak tunggu badan i membesar.muehehe.

first visit to kk, overall time taken, 3hours. memang lama.tapi penuh dengan macam proses.so tak dak la boring menunggu ja. nurse isikan kad merah. oleh sebab parents aku ada high blood pressure dan kencing manis plus aku plak ada childhood astma.so kira dalam pemerhatian la jugak. ada gula lebih, so kena check lebih lanjut takut aku pun ada kencing manis. then nurse check breast.awww...malu i walaupun nurse tu pompuan.hehehe. berat pun macam biasa tak cukup.penah ke berat aku cukup?dalam mimpi.

then dapat vitamin selambak.tahap kalau letak dalam pinggan dah nampak macam nasik.aku dah la liat nak mampos nak ubat-ubat ni.setengah jam jugak la amik masa nak telan semua.haih..

then jumpa doktor pulak. part paling best dan ditunggu.SCAN ler..hubby hilang mana ntah.so dia tak masuk sekali. so aku jela tengok.doktor pegang-pegang perot dulu.dia cakap tak rasa lagi sebab too small.then dia scan,memang nampak jelas.sangat comel ok! rasa macam nak meleleh ja air mata bila tengok shape baby dah hampir sempurna.no more weird looking. comel sangat. then doktor tunjuk jantung baby tengah berdegup-degup.so small. MasyaAllah. indah sangat ciptaan Tuhan. baby sekecil tu dengan jantung yang dah mula berfungsi. ohh...sayang anak ibu! hehehe. unfortunately doktor tu print gambar scan tak nampak hapa pon.gelap ja.masa tengok kat monitor jelas je.ape da..kecewa.semangat nak tunjuk kat hubby.so tak dapek la den tampal gambor kat sini.gambar ni amik dari google ja.contoh.macam ni la rupanya.kecik gambar sebab i copy terus dari google list tu.tak boleh access kat opis ni.kena block derrr....


tapi nampak kan kepala,kaki.aku punya rtu lagi jelas dari ni.

so the next appointment will be on 28th June. tak tau la doktor tu akan scan setiap kali melawat or what. rasa macam tak mau scan kerap sangat. tapi hubby tak tengok lagi baby,kasi dia tengok baru tersentuh.baru la dia layan i berganda-ganda baik dari sekarang.sekarang pun dah super nice dah.hehehehe.

ok. penat. nak balik tidur. curi-curi update blog time keja.sungguh tak baik. bye!

2 comments:

armouris said...

info tentang bersalin dalam air di SIHAT SELALU - Bersalin Dalam Air Kurang Sakit

Nurul Ain said...

congratulation!!! Jaga kesihatan ok.:))