27 May 2014

Harum Manis Perlis ~ Jangan Tertipu

Assalamualaikum

Untuk peringatan. kepada orang luar yakni orang luar dari perlis, dari negeri lain yang teringin benor nak merasa buah mangga harum manis perlis yang digembar gemburkan keenakkannya itu, samada datang sendiri Perlis untuk beli atau order dari orang.TOLONG amik masa untuk kenal macamana rupa sebenar buah mangga harum manis dan macamana nak bandingkan dengan buah mangga lain.

sebab apa?

sebab ramai dah aku dengar orang luar yang kena tipu. beria la beli mangga harum manis sekilo RM25, balik-balik makan rupanya buah mangga Sala atau buah siam. ada keluar paper --> SinarHarian

aku tak pasti la pasaipa orang tu jahat sangat nak menipu, buat busuk nama negeri Perlis ja.orang mai jauh-jauh, boleh plak tipu camtu kan. esok-eosk orang malas dah la nak beli.

memang harum manis sedap dan memang harum dan manis pun.hehe.baik makan saja or makan dengan pulut.tapi bagi aku mangga semua pun sedap. queen of fruit kan...

tapi dah kawin dengan orang perlis ni aku pun naik muak makan harum manis sebab pokok dia berderet kot tepi bendang mertua aku. so, aku kesian la kat orang luar yang dok teringin makan harum manis.sanggup la order online bagai, bayar pos.huhu.

 Ini mangga SALA

Ini mangga HARUM MANIS

Images credit to Lukisan Perasaan

harum manis dia montel sket.kalau yang gred elok kulit dia licin cantik. kalau masak elok dia kuning-kuning. kalau pelam sala dia panjang sikit. masak pun dia tak kuning sangat.dia macam hijau-hijau jugak.rasa memang beza banyak la.

aku kalau mempelam cokanan pun dah cukup sedap dah.tambah kalau ada orang tolong kupas,potong siap-siap.lagi sedap makan sambil tengok tv.hehehehe.

tapi selalunya aku la tukang potong.nu ada 2 big boss yang suka sangat makan mempelam.sebelum makan nasik nak makan mempelam.lepas makan nasik pun nak makan mempelam.bawak sepokok dari kampung pun bleh habis.

2 comments:

affpro said...

Salam...harum manis ni kena peram dulu ke. Sbb keras je

Husna Za said...

Wsalam.Kalo keras tak masak elok lagi la tu.Kena peram sehari dua bergantung pada buah.jangan terlebih peram nanti tak sedap.