05 May 2011

Cara hilangkan/kurangkan loya ketika hamil

dah tak tahan dah ni.macam nak pengsan. walaupun aku tak dak la muntah-muntah.cuma rasa macam nak muntah aka loya, tapi tambah dengan pening kepala, letih tak terkata, sakit belakang dan macam-macam rasa lagi.memang tak tahan.

first time preggy ni, samada tak dak langsung alahan atau alahan kaw-kaw punya.dengan tak ada pengalaman.memang boleh stress. memang mencabar. tapi nak buat macamana. redha jelah. banyak hikmah.cuma ingat betapa bertuahnya wanita sebab Allah bagi kelebihan untuk mengandung dan lahirkan khalifah kat muka bumi ni.betul tak?so alhamdulillah. walau tak larat macamana pun, kena sabar ja.

alahan ni biasa jadi masa trimester pertama sampai minggu ke 16 kot rasanya.maximum la.ada orang kejap jer, ada orang sampai bersalin dok alahan lagi.kesian kan. kalau aku memang tiap hari menangis la jawabnya.sejak preggy ni agak sensitif sket. tengok drama biasa pun meleleh air mata. hubby usik lenih-lebih sket memang menangis terus. tengok makcik pakcik yang tua tengah jalan, bawak barang pun kuar air mata.skali pakcik tua tu jalan pegi kat keta BMW dia. aku nangis gak sebab dia kaya dari aku.hehehe.

buat masa sekarang aku suka sibuk-sibukkan diri dengan kerja supaya dapat lupa rasa loya-loya tu.bukan boleh layan sangat.tapi kadang-kadang bila tak tahan sangat memang terlentang jugak la. so sebagai inisiatif nak mengatasi masalah loya ni, aku pun google, cari petua-petua. petua kat bawah ni aku compile dari macam-macam sumber.

1. ambil makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi - sayuran hijau tua
2. ambil sesudu madu pagi dan malam semasa perut kosong
3. minum 100plus - pastikan gas dah dibuang.
4. makan jeruk.pilih jeruk yang sesuai dengan selera.ada orang suruh makan jeruk buah pala.tapi aku tak lalu.lebih suka pelam separuh masak, dihiris nipis, letak garam dan gula.sedap.hehehe
5. amalkan makan kurma dan kismis (7biji sehari)
6. minum teh o panas (letak halia atau lemon)
7. rendam halia,serai,kulit kayu manis,bunga cengkih dan gula batu.tutup dan biar semalaman.amalkan minum pagi dan malam.
8. bangun pagi makan biskut kering, pastu rehat dalam 15 minit baru bangun.
9. kerap makan snek.setiap 2jam sekali walaupun tak lapar.
10. elak makan makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
11. hidu bau limau.
12. elak minum kopi
13. berehat secukupnya
14. elak berus gigi selepas makan
15. bergerak perlahan-lahan
16. paling penting sekali, sokongan dari suami la. semangat memang diperlukan dari orang sekeliling.


ni ja yang aku dapat setakat ni. aku sekarang nasik memang tak lalu, tapi laksa memang lalu. tiap hari rasa nak makan laksa ja. hubby pun selalu belikan laksa. buat masa sekarang suka makanan berkuah, panas dan pedas sikit. rasa relaks ja. air kosong memang liat nak minum. kecuali air kosong sejuk. setakat ni mampu lagi memasak dan bau badan suami.hehehe.

tak apalah alahan pun.asalkan baby sihat dan baik-baik aja dalam perot ni.kan? yagn penting kena pikir positif tiap masa.jangan layan sangat letih tu.sentiasa happy.sebab mood ibu memang pengaruhi baby.jangan banyak tidur, kata orang tua takut baby mandom aka lembab. jangan plak dok terkinja-kinja sangat. buat kerja jangan kalut-kalut, nanti semput.bila semput mula la tak bleh fikir dengan baik.mula la timbul mood tak elok.then mula la nak moody dan marah-marah. tarik nafas panjang-panjang.bertenang dan senyum saja walaupun ada rasa macam nak pengsan dah pun.hehehehe.

ok.chow.

mummy-to-be notes : according to the calendar, 7th May 2011 is my baby first heartbeat. dunno exactly how she/he looks like. rasanya dah ada shape yang tak jelas dan jantung dah mula terbentuk dan berdenyut.masyaAllah..indahnya ciptaan Allah SWT.alhamdulillah...

6 comments:

Aina said...

tahniah Husna..
hepi kan..bile thu da preggy?
selamat menempuh alam kehamilan yg menyeronokkan :)

Anna said...

tima kasih..tau 2,3minggu lepas lagi..hehe.skang x brapa menyeronokkan sbb alah teruk sgt...huhu

Ricky Ricardo said...

thanks for the info..wife sy preggy gak our first baby..skrg dia loya dan muntah2..cian dia dh la bln puasa.. ;(

Adzha Johar said...

Thank u for info,saya ingin berkongsi tips dengan isteri saya,dia mabuk teruk,semoga Allah membalas jasa baik,tuan puan.

Adzha Johar said...
This comment has been removed by the author.
Siti Zubaidah Sheih Mansoor said...

Terima kasih atas tips.saya hamil anak ke3.usia kandungan 8minggu.start je 8minggu alahan bermula.pening sgt.loya tp tak muntah.hari ni dah 5 hari terbaring tak boleh buat apa.semoga tips awak membantu