23 May 2011

8 weeks old

Sabtu lepas genap la 8 minggu. Sekejap pulak rasa bila dok sibuk buat itu ini. means dah dua bulan. perut pun tak ada beza sangat. cuma nampak macam buncit sikit ja. yelah kan.baru besar mana. tambah pulak aku ni kurus. hehehe.

so, minggu ke8.kalau mengikut kalendar, baby dah start bergerak. mungkin belum dapat rasa lagi sebab masih kecik kan. tulang-tulang dah mula terbentuk. kaki dan tangan pun dah mula terbentuk. testicles or ovaries pun dah mula terbentuk. anggaran saiz from head to tail kira-kira dalam 8-11 mm. see? kecik comey lotey lagi.


skang dah rasa sentiasa berteman. rasa seronok dan bahagia sangat-sangat. tak takut dah tido sorang-sorang kalau en husband kerja malam. sebab ada baby temankan walaupun baby dalam perut ibu.hehehe.

pasal alahan, masih sama. cumanya selera makan dah makin ok.tapi sangat la memilih makanan. kalau mengidam pun untuk sekali makan ja.nasib baik tak mengidam pelik-pelik. muntah dah kurang. tapi sekarang sangat sensitif pada bau-bauan.bau yang confirm muntah - bau perabot. bau en husnband pun aku tak boleh. kesian beliau. nak buat macamana kan. bukan dibuat-buat.

sekarang memang aku malas sangat nak memasak.sangat-sangat malas. bau nanak nasik pun dah loya. bila time makan, rasa macam ok.tapi lepas makan, bekas-bekas rasa kat lidah tu kadang-kadang rasa macam nak termuntah. cepat-cepat la abis fasa loya-loya ni. betul-betul menyiksakan. tidur pun tak lena. perut berangin sepangjang masa. berpeluh-peluh.

sekarang cuma rasa nak balik kampung sungai petani. nak balik tidur bawah ketiak mak. nak suruh mak buat cucur udang dan kuah kacang. sedapnya...

3 comments:

armouris said...

lagi info tentang perut berangin di SIHAT SELALU - Masalah Perut Berangin

Hana said...

like ur blog!hehe congrats...cannot wait 2 see ur luvly baby...btw, tc :)

Husna said...

armouris - tima kasih utk info perut berangin tu.hehehe.suma mknan yg sebabkn berangin tu suma saya telan dengan jayanya.hehehe.tak berani nak sapu ubat or makan ubat untuk hilangkan sakit perut.sbb tgh preggy skang.so tahan jelah.^_^

hana - wink..wink! tima kasih daun keladi.