23 May 2011

IKEA meatballs tak halal??


terbaca kat blog orang dan facebook pasal meatballs IKEA tak halal.betulkah? aku rasa macam ada terbaca dalam paper.sekali dengan berita pasal kopitiam kat Kluang tu. tapi nasib baik la aku tak penah plak makan.teringin nak cuba sebab tengok depa dok bangga sangat bagitau kat blog dan facebook pegi makan meatballs IKEA yang lazat hingga menjilat pinggan.hehehe.

dengar kata skang kedai tu tutup sementara. ada yang cakap IKEA sukarela samak dia punya kitchen. kalo samak sekali pekerja pun, bahan dalam masakan tu tak halal nak buat apa.tak dak maknanya dek non...

aku rasa kedai tu tak dak pun sijil or tanda halal kat premis dia. tapi oleh sebab ramai orang malay pegi makan kat situ, pekerja dia pun malay (rasanya), so orang assume semua makanan dia halal. macam tu la orang kita. amik mudah. bagi yang memang suka makan meatball IKEA tu, bayangkan dah berapa kati meatball kau telan.

tapi semua ni aku dengar orang la cakap. aku sendiri pun tak pasti betul ka tak halal. tapi kalo dah ragu-ragu. baik tak yah makan. banyak lagi makanan halal lain yang sedap. tak pun ikhtiar buat meatballs sendiri kat umah.bukannya tak dak resepi online. dan pastikan resepi tu halal la kan. baru tadi aku try Google cari resepi meatball ala IKEA tu. banyak ja jumpa.bahan-bahan pun biasa ja. kira mampu la nk buat kat umah.nanti nak try  buat. mana tau marveles cam meatballs IKEA tu kan.hehehehe.

cuma nak pesan, nak makan kat luar tu berhati-hati la. jangan sebab tengok ramai malay makan situ kamu pun nak makan situ jugak walaupun tak ada tanda halal yang meyakinkan. jangan pulak makan kat sesuatu tempat sebab nak nampak glemer dan up-to-date. mesti ingat, apa yang kita makan tu akan jadi darah daging kita.darah mengalir dalam setiap urat,jantung dan hati kita. jangan main-main. even kalau beli bahan nak masak kat rumah pun, tengok betul-betul tanda halal tu. anak sedara aku umur 4 tahun pun dah pandai bila suruh pilih nak cikedis yang mana, dia belek depan belakang packaging, katanya nak tengok ada halal ka dak.

dulu aku teringin nak makan steamboat (sampai skang meleleh air liur bila teringat steamboat). ada kawan suggest makan steamboat Johnny's. tapi bila digoogle-google. jumpa la artikel pasal ketidak halalan johnny's. tengok menu dia pun dah tau.kalau malay pegi makan, depa tak bagi la menu yang ada list pork tu.padahal ada ja disediakan. bayangkan keadaan di dapur macamana? solution yang aku dapat ialah pegi makan steamboat kat Radix Cuisine.ngehehe.

dengar kata Old Town pun tak halal.aku pun tak pasti la.tak berani nak cakap.lagipun aku bukan makan pun tempat-tempat camtu.tempat-tempat mahal.kopi secawan sampai dekat 10 hinggit. tak mampu la dek non...Starbuck dan Secret Recipe pun tak penah masuk. jakun kan? jakun pun jakun lah.dah aku tak yakin. nak buat macamana.KFC pun dah tak pegi dah skang. bukan sebab tak halal. tapi tak lalu dah. menu ntah apa-apa. donut ikan tu la benda last aku makan kat KFC. serius nak muntah. hanyir.

pada saat entry ni ditulis, aku masih mengidam cucur udang dan kuah kacang air tangan mak.isk..isk..tak sabar nak balik SP ujung minggu ni.

[renung-renungkan dan selamat beramal]

1 comment:

Nurul Ain said...

Blogwalking and I love your blog keep it up!!. :)