15 November 2013

Kenapa puting botol susu berkerak?

ok.sangat merimaskan bila tengok puting anak-anak berkerak.buruk benor dan menggelikan.tapi selama aku hidup ni, tak pernah lagi la puting susu anak-anak aku,or anak-anak sedara aku berkerak.semua ok ja.

ada pendapat cakap sebab jenis susu, ada jugak orang cakap sebab air liur budak dan ada jugak orang kata sebab basuh tak cuci or cuci botol lambat (biarkan semalaman ke).

untuk eviden pertama yakni jenis susu.

anak kakak aku minum dutch lady dan anmum. Aufa penah minum similac,isomil dan skang enfagrow. tak dak satu pun yang berkerak.jadi aku rasa jenis susu bukanlah penyebab kerak-kerak tersebut.

untuk eviden kedua yakni air liur.

hamboih...berasid sungguh aih air liur anak sampai berkerak puting-puting ye.hehehe.air liur memang cepat biak bakteria.macam makan something.bahagian yang terkena air liur lebih cepat basi.


untuk eviden ketiga yakni basuh tak cuci/lambat basuh

yang ni aku rasa ada betul jugak.kita combine semua eviden.susu + air liur + malas nak cuci botol betul-betul.berkerak la jadinya.penah jugak botol susu aufa jatuh bawah kerusi,so tak nampak.so tak basuh la 2,3 hari.tapi tak jadi pulak kerak.mungkin kalau kerap basuh lambat kot baru jadi.yang menghairankan, puting kat umah babysitter selalu berkerak.haish..so slalu jugak la aku bagi puting baru suh tukar.kesian kot mai amik petang-petang tengok anak isap botol susu,puting berkerak macam tiada hari esok.isk..isk..dah la aufa pakai botol avent and basilic.kopak.memang nak kena cari puting murahan yang sesuai.murah bleh tukar selalu.hehehe.


puting memang kena basuh bersih-bersih.pisahkan puting dari ring.gosok betul-betul pakai berus.2 hari sekali aku akan sterilize botol-botol aufa.so far puting kat rumah tak pernah lagi jadi berkerak.

kalau pergi travel memang angkut sekali berus.aku perasan kalau pegi umah mil, memang dia kocak ja botol.huhuhu..takkan nak tegur pulak kan.

tak jumpa pun petua untuk hilangkan kerak-kerak tu.gosok la dengan berus tembaga ka,kikis dengan pisau ka memang konpem tak kuar melainkan kau kikis habis permukaan puting.hehehe.solution dia adalah campak dalam tong sampah dan beli baru.puting jenama or tak berjenama tak penting.yang penting kebersihan.pandai jaga,tahan lama.tapi puting ni elok tukar dengan kerap la.sampai ka hati nak bagi anak minum susu dari puting dan botol yang uzur?sampai hati tak?sampai?

oh.ada orang bagi petua kalau pergi travel,tak ada berus, letak beras pastu goncang2.cari celah-celah yang sukar tu cuci la.lagi satu letak garam dan sikit air.goncang.tak pernah try lagi.tapi kalau tak ada sabun, botol macam berminyak plak.kena bawak jugak sabun.kan ada travel pack untuk sabun cuci botol..kan?

so, begitulah.kalau kita pun tak lalu tengok puting berkerak,apatah lagi nk minum.anak-anak tak faham,so dia minum ja asalkan susu.so kita sebagai parents la kena pikir-pikirkan.

lagi satu, ingat tak pasal post botol Tupperware dulu (baca SINI).tak ada kebocoran yang berlaku pun.botol boleh tutup dengan elok dan rapat.tak ada masalah.maybe masalah susu meleleh keluar tu masalah random saja kot.so far aufa minum ok ja.cuma puting la aku luaskan sikit.so boleh la beli lagi pasni amik kaler lain pulak.hehehe.

oh.lagi.pesta penang dah nak mula 25 haribulan ni.sampai hujung tahun.so orang jauh orang dekat pakat-pakat la mai na.aku orang dekat ni dah cemuih.hehehe.

nyampahkan cita tak mau habis-habis lagi.eh oh eh oh.klah.klah.bye.serius nak bye-bye.bye.

4 comments:

~~Masha~~ said...

Memang btol..cepat berkerak kt puting botol tu..sabo je la..nseb pakai jenih had botol n puting yg murah je..so, slalu la boleh tuka puting..hehe..ingtkan sebab puting murah jadi lagu tu..tp dah husna pon ckp, puting avent pon kena gak..bukan salah murah la..

Husna Za said...

ni bukan salah harga dah nih..memang dah buat eksperimen,suma pun jadi.conclusionnya, pakai puting murahan pun dah cukup.bleh tukar kerap2 sket kan.hehehe..

Latifah Dullah said...

Alhamdulillah..so far xpernah botol anak berkerak lg.walaupun x berkerak kerap sy ganti.sekarang nak ajar guna cawan sebab dah 2thn.saya ada bc artikel budak berumur 2thn ptt diajar guna cawan sbb lactose dlm usus dh kurang menyebabkan mslh penghadaman.

Husna Za said...

sy dah ajar anak pakai sippy cup bila nak minum susu masa umur dia 2 tahun, tapi bila dia rasa yang itu susu, terus lah nak baring.sebab dia ingat nak minum susu mesti baring.tapi kalau letak dalam cawan ok la.minum macam biasa cuma lambat la sebab hirup sikit-sikit.hehehe