21 November 2013

"Ten Rules for a Happy Marriage"


1. Never both be angry at the same time.

Pendapat saya : Api tak boleh lawan dengan api jugak.bila pasangan tengah marah,cara terbaik adalah diam dan dengar.

2. Never yell at each other unless the house is on fire.

Pendapat saya : Bila dua-dua sibuk nak bersuara,volume suara akan makin meninggi sebab masing-masing nak lebih didengari.so terjadi la proses 'berbalas-balas pantun'.cara terbaik, cakap dengan nada yang tenang dan lemah lembut.tekak pun tak sakit.tapi kalo umah terbakar,jangan plak dok bisik-bisik.kang renting dua-dua.hehe.

3. If one of you has to win an argument, let it be your mate.

Pendapat saya : MENGALAH. walaupun kita pasti yang kita betul.mengalah dulu.sabar.kalau kita menang pun,tapi pasangan kita sakit hati, tak selesai la jugak kan.

4. If you must criticize, do it lovingly.

Pendapat saya : Kritik pasangan dengan penuh romantis.hehe..yang ini paling saya suka. macam Rasulullah menegur masakan isteri-isteri Baginda.langsung tak terasa hati,bahkan lagi bersemangat nak improve masakan.jangan cari kesalahan, tapi terus bagi penyelasaian.ayat biar berbunga-bunga.2,3 kajang pun takpa,asalkan hati pasangan suka.

"Sedap sayang masak harini, tapi kalau pedas sikit lagi mesti lagi terangkat nih"
"Awak rajin tolong saya buat kerja rumah, terima kasih.sebab tu saya sayang sangat dekat awak.tapi kalau sekali sekala awak tolong lipat kain jugak lagi berbunga-bunga hati saya." ~ ni ayat aku selalu guna nak suh hubby tolong lipat kain.kekeke.

5. Never bring up mistakes of the past.

Pendapat saya : Jangan sekali-kali mengungkit melainkan benda yang diungkitkan tu perkara baik. tapi selalunya benda yang diungkit tu untuk sakitkan hati.macam kesilapan yang pernah pasangan kita buat.biarlah.yang lepas tu lepas lah kan.padam terus. piker sekarang dan masa depan.

6. Neglect the whole world rather than each other.

Pendapat saya : Pedulikan apa pendapat orang lain.apa orang lain nak cakap.yang kawinnya kita,bukan orang lain.orang tak tau cerita dalam kain kita.Jadi, cukuplah kita focus pada pasangan kita.Faham betul-betul.

7. Never go to sleep with an argument unsettled.

Pendapat saya : OK.FINE!. terus pegi tidur. eh...tak bleh cam gitu ye. tergantung-gantung tak tau conclusion kot mana kan. tapi kalau dah seharian argue sampai ke malam sampai rasa nak pitam dah tak selesai-selesai jugak.mungkin la bleh tangguhkan sekejap kot. contohnya macam cakap,

"ok, awak tengah marah,saya pun tengah marah.biarlah kita sama-sama reda dan stabil.esok awal pagi kita bincangkan balik masalah kita dengan baik,dalam keadaan tenang.mungkin penyelesaiannya akan lebih elok jika perbincangan berjalan dengan harmoni".

8. At least once every day say a kind or complimentary word to your life partner.

Pendapat saya :

"Awak nampak bersinar-sinar la harini.berkesan jugak safi rania yang awak pakai tu kan"
"Awak nampak segak la harini.macam Shah Rukh Khan."

tapi kadang-kadang, sekadar cium tangan,cium pipi,cium dahi sebelum pegi keja pun dah super membahagiakan pasangan kita.

or
SMS cakap, "sayang,hati-hati bawak kereta tu ye."
or
"saya sayang awak, (^_^)"

9. When you have done something wrong, admit it and ask for forgiveness.

Pendapat saya : yang ni biasalah kan.kita buat salah,tapi nak jaga ego,tak maunya ngaku or mintak maaf.depends on orang tu sendiri.buat apa nak keras-keras hati dengan pasangan.bukan nak hidup setahun dua bersama.sampai akhir hayat.

10. Remember it takes two to make a quarrel. and the one is the wrong is the one who does the most talking.

Pendapat saya : Tak pernah lagi aku nampak manusia gaduh sorang-sorang unless dia ada sakit mental then bermonolog sendiri,marahkan diri sendiri.tak boleh tepuk tangan dengan sebelah tangan.tak boleh kupas udang galah guna sudu sebelah tangan.boleh eh?hehehe.orang salah memang takmo mengaku,pastu untuk tutup kesalahan,banyak la idea nak cakap tu kan. so, amik balik petua 1-9 untuk settle petua 10.

Perkahwinan bukan macam main pondok-pondok,main kawin-kawin.

"eh ko suka kentut kuat la, tukar bride lah"
"eh ko ada jerawat batu, tukar-tukar orang lain.tak mau dah aku kawin dengan ko.bagi si Noni plak.dia cute dan sopan santun sket."

Banyak benda yang perlu kita korbankan bila dah kahwin.terutamanya perasaan.tapi apa salahnya berkorban kalo untuk masa depan,kita akan dapat sesuatu yang lagi manis dan berharga kan?pasangan yang berkahwin ni macam puzzle.melengkapkan each other.apa yang kita ada,pasangan kita tak ada.apa yang kita tak ada pasangan kita ada.

contohnya macam aku la,

aku kurus, husband bolat.hehehe.
aku senyap, husband aku talkative dan ramah tamah

campur,tolak,bahagi,darab, dapatlah pasangan yang hampir sempurna dan bahagia..ecececeh...

Orang cakap 10 tahun pertama perkahwinan tu la paling mencabar.banyak dugaan dan rintangan.banyak makan hati.tapi lepas dari 10tahun, dah stabil.apa saja cabaran pun boleh tempuh sama-sama.no hal lah.


1 comment:

Mrs. Zuel said...

Mintak izin share ye... tengss ;)