01 November 2013

Pentingnya anak-anak tidur nyenyak

uissh..sangat penting.budak-budak macam kita la jugak.bila tidur tak cukup, mula la rasa badan tak sedap.jiwa tak tenang.lepastu asyik nak memberontak.jadi, sila awasi waktu tidur anak-anak anda sekelian ye.

hasil pemerhatian aku minggu ni.minggu ni aufa tidur awal sikit dari kebiasaan,dan dia tidur dalam buai.aufa sebelum ni tidur atas katil macam biasa,tapi minggu ni dia mengada-ngada nak tidur buai ntah pasaipa.so layan jalah kan.bila tidur dalam buai, dia kurang merengek-rengek tengah malam.kira dia tidur lena la.bila tidur lena, dia bangun awal.celik mata,tapi tak teriak macam selalu.dia akan senyum gembira dan mintak susu dan tak payah kena dukung pi umah babysitter.see? semuanya berkaitan.

jadi kuncinya disini, pastikan anak tidur awal dan nyenyak dan selesa.sejam sebelum waktu tidur tu, jangan bagi main-main secara aktif dah.cukup la sekadar lepak-lepak tengok tv, baca buku cerita, or aktiviti pasif yang lain.kira nak slow down kan aktiviti dia la.

dinner pun jangan bagi makan manis-manis sangat.macam coklat ka.sebab nanti dia akan lagi bertenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti flying fox,lompat bintang, aci ligan dan lain2 lagi.

lagi satu afternoon nap.kalau petang lepas keja pi amik aufa kat umah babysitter,then bila babysitter kata aufa tak tidur petang,aku dah risau.sebab malam tu for sure dia akan memberontak serba tak kena.budak-budak ni bila dia terlalu letih,terlalu mengantuk,kita akan nampak dia macam lagi aktif dan banyak buat perangai.siap la berperang nak bagi tidur.

kalau aku tak keja,memang aku akan pastikan dia tidur lepas makan tengahari.jangan bagi dia tidur lewat sangat macam pukul 3,4 takut nanti bangun lewat petang sangat plak.tak sempat pi playground or kuar main-main.hehehe.

anak-anak yang tidur cukup menyumbang kepada anak-anak yang sihat dan cerdas.

itulah saja pesanan dari patik yang tak seberapa ni.

terima kasih sudi baca.

bye!

omey tak? ni anak sedara aku @ cousin aufa.Muhammad Zaim Ammar.ni time kecik nih.skang dah 6 bulan.dia punya bulat penuh lense kamera.




No comments: