20 December 2010

Bola..bola..bola..


okeh, ni berkenaan AFF Suzuki Cup 2010. aku gila babun tak minat bola.tapi dah encik tunang minat pulak bola tahap gaban,aku pun layan ja la... 

Malaysia VS Vietnam = Malaysia WIN
Indonesia VS Filipina = Indonesia WIN
-
-
-
-
-
FINAL ----> Malaysia VS Indonesia.

agak-agak siapa menang? hehehe.bagi aku Indonesia agak mantap dan kuat.Indonesia juga adalah antara pasukan terkuat di Asia Tenggara.Mereka adalah pasukan bola Asia pertama yang layak ke World Cup tahun 1938.walaupun tak sampai ke penghujung, sekurang-kurangnya depa tersenarai la jugak kan.ni jangan kata tersenarai, orang tak sebut langsung pun.siapa? Malaysia la.

aku bukan nak kutuk Malaysia. oleh sebab aku pun orang Malaysia, mesti la aku sokong Malaysia. tapi dari pemerhatian aku yang minat bola 2% saja ni, pasukan negara kita kadang-kadang terlebih yakin dan pandang rendah pada lawan.terlalu dijanjikan kemewahan padahal main tak hebat mana pun.menang diangkat,dijulang-julang,puji melambung.bila kalah?masing-masing salahkan sesama sendiri. mula la nak pecat coach bagai.kalau dah coach silih berganti, pemain pun kadang-kadang silih berganti, tapi corak permainan tak memberangsangkan, agak-agak salah siapa? kalau aku, aku akan cakap orang paling atas la kan.orang yang sama ja.tau pecat orang bawah je.cuba terasa-terasa sendiri,undur diri sendiri.hehehe.okeh.tiba-tiba masuk bahagian management pulak.terlajak kata sudah.kembali kepada piala suzuki (kenapa suzuki?).berikut ialah tarikh perlawanan seterusnya.

26 Dec 2010
Malaysia VS Indonesia
Venue : Kuala Lumpur, Malaysia
Time : 2000/8pm

29 Dec 2010
Indonesia VS Malaysia
Venue : Jakarta, Malaysia
Time : 1900/7pm

7pm? tak semayang eh....takpa-takpa.buat jama'.huhu.

harap tak ada la kes bakar membakar, letup-meletup, gaduh-gaduhan ya.especially kepada penyokong Malaysia, sila jangan emo-emo ya.penyokong kita sebahagiannya memang pro la kan bab gaduh-gaduh tak puas hati ni.ehem.ehem.

lagi yang aku tak puas hati adalah berkenaan isu meletakkan tangan didada semasa menyanyikan  lagu Negaraku.apa kes tu eh?tiru orang putih ka apa?kenapa nak letak tangan kat dada? seingat aku dari kecik sampai besar, yang diajar bila nyanyi lagu kebangsaan mesti berdiri tegak dan tangan disisi.tak pulak ajar letak tangan kat dada. even raja-raja, sultan-sultan pun nyanyi lagu Negaraku tak letak pun tangan dekat dada.pelik betul la.

apa-apa pun, ALL THE BEST kepada pasukan bola sepak Malaysia.semoga berjaya.jangan angan-angan kosong saja ye.walaupun tak ada pemain import (betul tak eh?msia tak ada pemain import kan?kan?).hehehe.

No comments: