11 December 2010

Lola NOT EXISTED !

 
baru terima email dari owner Lola (tak kenal? tengok sini).rupa-rupanya LOLA dari SINGAPURA.

jauh betul tu.patut la nak bagi adopt.ofkos la aku kena bayar dekat pets delivery service agency. owner tu tulis kat situ, aku perlu bayar kepada agency tu 600malra. MALRA? adakah 600RM? lepas tu aku pun macam pelik la.try google cari kot-kot ada currency MALRA kan.mana la nak tau.sebab Singapore kan pakai dollar. cari punya cari tiba-tiba aku terjumpa ini :

Saya ingin menyebarkan kepada semua bahawa sekarang ada satu sindiket yang sedang bergiat aktif untuk memperdayakan orang ramai yang ingin membeli haiwan peliharan seperti anjing, kucing dan sebagainya. Saya berharap agar dengan aduan dan maklumat ini, besar harapan saya agar pihak berkuasa harus berusaha untuk menangani sindiket yang nampaknya semakin bertaring ini.
Saya percaya ramai yang sudah terkena oleh sindiket tersebut yang mana menawarkan untuk memberikan perkhidmatan penghantaran haiwan peliharaan..

(baca lagi sambungan kat SINI)

Lagi aduan kat SINI

WTF!!!!!

aku hampir tertipu ni!!!! gila babun la..nasib baik aku jumpa website ni.kalo tak melayang la duit aku.tapi kalo rm600, aku memang tak mampu la nak bayar.tapi memang betul-betul tak sangka la ni sebenarnya sindiket penipuan ! hoishh...memang ayat sebijik sejibun la email aku dapat tu dengan contoh dalam artikel tu.ish3.bahaya ni.

p/s :: oh lola..kau hanya khayalan rupanya..aku tertipu!!tipah tertipu!!! nasib baik aku tak mampu,kalo tak melayang la duit aku.huh.sedih..kempunan lagi nak berkucing.huhuhu ~


No comments: