15 December 2010

Rumah oh Rumah

Pencarian rumah untuk diduduki selepas berkahwin telah bermula. tapi nampaknya to no avail (i baru belajar-belajar guna ayat ni 'to no avail'). dah iklan dalam mudah, ramai jugak yang kol tapi semua silap.ada ka tanya balik kat aku

"PUAN ana ni nak sewa rumah ke nak bagi orang sewa rumah?"

PUAN.yaya.saya tak letak pun kat iklan tu PUAN tapi diorang sendiri assume sebab dalam description ada mention nak cari rumah untuk pasangan yang dah berkahwin.ANA tu pulak saja galak letak nama tu.selalu kalau letak iklan or nak beli apa-apa online aku suka letak ana ja.

kalau korang semua letak iklan dalam mudah untuk cari rumah sewa, nak pilih mana?
a) For Sell
b) For Rent
c) Wanted
d) Wanted to Rent

aku pilih WANTED TO RENT.betul la kan.kita yang nak menyewa kita pikir condition diri sendiri time tu la.MAHU MENYEWA.kalau kita nak sewakan mesti pilik FOR RENT.tapi kalau pikir-pikir balik.kalau aku nak cari rumah sewa,INGIN MENYEWA.bole jugak pilih WANTED TO RENT.ish..konpius.konpius.kamu-kamu semua paham tak?tapi WANTED tu untuk apa pulak dah?

notatibatiba ~ ha.aku baru tau Mudah.my tu singapura punya.means pengasas dia orang Singapura (kot).patut la haritu aku hampir kena tipu yang kes LOLA tu.cheh.LOLA FROM SINGAPORE kunun.cam harem jah.baik bela cicak kobeng (ish,apa ni.cicak kita kena bunuh-bunuhkan.sila tukar kepada labah-labah@merpati yang membantu Rasulullah SAW masa nyorok kat dalam gua dulu).

okeh.berbalik kepada dunia nyata.kelmarin dulu dan semalam ada orang mesej tanyakan jika nak sewa rumah.mesej pertama tu mahal sangat.RM500.mana mampu.baru nak mula hidup baru dah berhabis dekat rumah sewa.mesej kedua macam ok.RM400.tapi rumah flat la.bagi aku dah ok.1st floor.3bilik.2bilik air.tapi encik tunang tak mau pulak.katanya takut nak parking.tak mau rumah flat,tinggi.kalau ada lift pun tak mau.takut jugak.semua takut.apa kata kita buat khemah,atas tanah.boleh dak encik?

conclusion-nya :

"kita buat macam ni lah.tugas cari-cari rumah ni semua serah kat abg jalah eh"

"oklah.oklah.rasa macam nak cari rumah kampung,rumah batu"

"oklah.apa-apa jalah.apa yang abg suka,semua ayg suka punyalah"

fuhh..lega hati beta.kena buat ayat manja sket.aku sangat la malas bab cari-cari rumah ni sebab pengalaman sebelum-sebelum ni.kalau aku cari rumah memang fail la kan.dapat rumah yang ntah apa-apa ja.lagipun encik tunang memang tahap cerewet dia tu tahap gaban.so mesti dia akan berjaya cari rumah yang best dan berpatutan.insyaAllah.thats why i loike him so much!agagaga.

sekarang hal rumah ketepikan dulu.if dah kawin pun tak dapat-dapat lagi rumah, terpaksa la aku pun ronot-ronot (menyempit) dengan encik tunang kat bilik sewa beliau.dia menyewa dengan seorang makcik.tu yang aku lemah sikit.tak privacy langsung la.haih.

okeh.now fokus kat kerja-kerja buruh pulak.tunggu encik tunang balik jumaat ni.then terus pergi daftar kursus kahwin.check HIV.ambik borang kahwin dan lain-lain yang berkaitan.


percaya dak rumah ni bank lelong RM80,000??ni kat sungai petani.teringinnya rumah macam ni.tapi sapa nak tolong kemas tingkat atas?tikus?jangan berangan la cik husna..sila pi main jauh-jauh.

2 comments:

in☂an Jun$u said...

hehe..bln 3 ek?aku pn plan bln 3 ni..tp tu la,plan je.xwatpe pn lg ni.ekeke..

HusNa said...

xpalah..plan pun jadilah la labu...hehehe