29 July 2011

Puasa tak ganti lagi? Macamana nak bayar fidyah? Meh nak story

Assalamualaikum...

Masalah dah selesai.alhamdulillah...syukur.lapang dada. (^_^).bila masalah dah selesai, baru ada mood nak kongsi info. sebenarnya dapat idea ni dari blog Atina (sorry tina, aku tiru tajuk entry ang).hehehe..apa salahnya kan menyebarkan benda baik.untuk pemahaman semua. sebab aku tiap tahun mesti ada yang kena bayar fidyah.errkkk....nasib baik tahun ni aku akan puasa penuh.insyaAllah.

entry ni pasal pembayaran fidyah.tak payah nak pening-pening kepala.kira ja pakai kalkulator fidyah kat website pejabat zakat. tapi kat sini aku nak explain la sikit.

seperti yang kita sedia maklum, kalau tak sempat ganti puasa sebelum datangnya ramadhan seterusnya,berapa banyak hari yang ditinggalkan, banyak tu la jugak cupak kena bayar. kalau ramadhan lagi sekali pun tak sempat jugak nak bayar, darab la 2. cupak akan berganda la kalau 2 kali ramadhan tak sempat nak ganti lagi.begitulah seterusnya.

nilai 1 cupak beras berdasarkan nilai beras tempatan yang dimakan oleh masyarakat umum. namun sekiranya kadar tersebut dinisbahkan kepada beras yang tinggi nilai dan harganya mengikut pemakanan individu adalah lebih afdhal dengan syarat tidak kurang harganya dari harga beras umum.

1 cupak = 675gram
1 gantang baghdad = 3 cupak 1 kepul
1 gantang baghdad = 3.063 kg


contoh 1 :
Ramadhan 2009 ----> tinggal 2 hari
Tak sempat ganti sebelum ramadhan 2010, RM2.60 x 2 cupak = RM5.20
Perlu bayar 2 cupak beras pada bulan ramadhan 2010

Ramadhan 2010 ----> tinggal 2 hari
Tak sempat ganti sebelum ramadhan 2011, RM2.60 x 2 cupak = RM5.20
Perlu bayar 2 cupak beras pada bulan ramadhan 2011

---------------------------------------
Ramadhan 2011, tak sempat gantikan 2 hari (2009) dan 2 hari (2010)

2 hari (2009) ----> 2 cupak x 2 tahun tinggal ----> RM10.40
2 hari (2010) ----> 2 cupak x 1 tahun tinggal ----> RM5.20
------------------------------------------------------------
Jumlah fidyah perlu dibayar ialah 6 cupak bersamaan dengan RM15.60


Contoh 2 :

A Tahun tinggal puasa                                                                        ---> 2009
B Tahun bayar fidyah                                                                          ---> 2011
C Jumlah tahun tinggal puasa (2010,2011)                                     ---> 2
D Jumlah hari tak puasa                                                                     ---> 5
E Jumlah hari tak puasa (D) x Jumlah tahun tinggal puasa (C)      ---> 10
F Nilai zakat fitrah semasa                                                                 ---> RM2.60
G Jumlah (E) x Nilai (F) (10 x RM2.60)                                             ---> RM26.00

tak faham jugak dan nak mudah, sila buka website pejabat zakat negeri masing-masing dan guna ja kalkulator fidyah tu. jangan konpius-konpius.even kalau anda lupa tahun bila dan berapa hari pun ada juga cara kira.aku pun dok refer macam-macam web sampai naik pening.masing-masing ada formula masing-masing. tapi in the end,total sama ja.setakat ni macam ni la yang aku faham.

mintak maaf kalau ada kesilapan.mintak tolong perbetulkan kalau info ni tersilap.

selamat beramal!

1 comment:

Liyana Aziz said...

thanks for the info...