07 November 2012

Yeayy! 7-eleven day, mari tapaw slurpee ~

Aku baru dapat tau hari ni adalah hari 7-Eleven. 7-eleven pon ada hari jugak ye.aku kalau sebut 7e ni, tak lain tak bukan teringat slurpee ja.sekali sekala teringin jugak.

Oleh sebab hari ni 7e day, diorang buat promosi Slurpee. Bawak bekas sendiri cuma bayar RM2.20 sahaja. boleh tahan.bawak bekas besar-besar la kan.hehehe.tapi agak-agak la.cuba tengok rules dalam flyer dia kat bawah nih.lawak plak.kehkehkeh.


alah, banyak mana sangat orang nak makan,kalo amik segelas besor pun tak larat makan kot.BRAINFREEZE.even anda sorang peminat slurpee tegar pun takkannya nak telan sebaldi.


 
husband aku selalu bising kalau aku beli slurpee.sebab manis sangat katanya.memang pun.so tak elok makan selalu ye.tapi kalo time promo cam gini, rugi pulak tak grab kan.2 hinggit 20sen..ingat nak bawak baldi kot.bleh agih kat anak-anak babysitter dan budak-budak yang dok main depan umah.cewah..macam kempen mari beramal.tapi..mampukah aku menahan malu nak bawak baldi? bawah tumbler yang saiz besar tu mampu kot.

tapi permasaalahan yang mungkin timbul ialah, konpem orang ramai dan beratur.nak-nak pulak slurpee habis nak tunggu dia putar sampai beku.tapi mungkin jugak tak payah beratur pun.slurpee tak sehangat baskin robin or tutti frutti punya promo kot.hehehe.

so tunggu apa lagi,mari kita serbu ~ malam ni makan nasik lauk SLURPEE ye!!!
untuk maklumat lanjut :
 

No comments: