11 December 2012

Dari Avent ke Basilic

Okay.dah almost 1 tahun aku jadi pengguna Avent yang quite tegar sebab langsung tak bagi Aufa minum dari botol lain.tapi memang botol Avent the best la.walaupun design biasa-biasa saja tak dak corak-corak kan.especially yang jenis PES. yang jenis PP pun tahan tapi tak seteguh jenis PES kot. cewah..mesti konpius kan kejap-kejap PES,kejap-kejap PP.hapakebenda la tu kan? kalau pengguna Avent mesti tau punya beza dua-dua ni.botol avent cuma ada wide neck. so apa beza botol-botol avent ni?

Avent buat masa ni ada tiga jenis botol.

1. PES is polyethersulphone (advanced bottle). warna dia keperang-perangan @ honey colored. permukaan keras.nampak macam buruk tapi memang macam gitulah warna dia.lebih tahan lasak dan tahan suhu yang tinggi.maksudnya kita boleh rebus dan sterilizer pada lebih dari 100 darjah celsius.jangan panggang sudah. harga dia of course mahal sket dari botol jenis lain sebab kos raw material dia yang tinggi. botol jenis PES ni tak ada ring adapter. so kalau rasa malas nak handle ring bagai takut hilang,beli jenis PES.sebab ring ni tak ada jual berasingan kalo hilang.


2. PP is Polypropylene (classic bottle). warna dia putih-putih milky sket.permukaan dia fleksibel sket.tahan lasak la jugak tapi suhu tinggi tu mungkin tak setahan yang jenis PES.tapi masih lagi tahan.jangan risau.hehehe.dan dia ada ring adapter yang perlu dipasang diantara puting dan penutup botol supaya puting lebih kejap.leceh sikit la nak jaga ring kan takut hilang.tapi botol jenis ni lebih murah dari yang jenis PES. Botol jenis PP ni ada dalam 3 warna. putih (lutsinar), pink dan biru.




3. PP Natural bottle. yang ni jenis Polypropylene jugak.tapi baru punya. design dia comel.menyerupai payudara ibu.yang jenis ni tak ada ring. ada 3 warna jugak.putih, pink dan biru. yang ni memang aku teringin nak beli tapi mahal sangat.mahal dari PES kalau tak silap.maybe sebab design dia cam gitu kot.produk apa-apa pun, setiap lekukan pada produk means more cost.thats why kereta malaysia banyak macam kotak sebab nak save cost..dah..masuk hal keta plak.

Lately aku ada try beli botol jenama Basilic. buatan taiwan. botol Basilic ni pun ada kuarkan jenis PES dan PP jugak. confirm la aku beli jenis PES kan.harga dia murah sket dari Avent. botol Basilic ni lagi comel dari Avent sebab dia ada corak stripe lembu kat botol tu. penutup botol ada macam-macam color. dan dia ada dua jenis iaitu wide neck dan normal neck (puting kecik tak lebar).

setakat pakai 2,3 hari ni, ok la jugak botol Basilic ni. tahan lasak jugak macam Avent.boleh tahan suhu lebih dari 100 darjah celsius. dan yang paling best, puting Avent boleh muat dalam botol Basilic dan puting Basilic boleh muat dalam botol Avent. dan yang lagi best lagi, menurut kata salesman tu (kalau dia tipu aku,aku tipu la sapa yang baca post ni).botol Avent yang guna ring adapter, dah tak perlu letak ring kalau pakai puting Basilic.best kan? hehehe. kiranya botol Avent dan botol Basilic boleh jadi kawan la kan. jadi lepas ni, nak beli tambah lagi botol jenama Basilic. puting dia mahal sket kot.satu puting RM12.kalau avent 2 puting boleh data RM19.90. Aufa pun ok ja guna Basilic.dia peduli apa.asalkan perut kenyang.

dan...botol Tupperware yang aku beli hari tu..puting tak ada LUBANG!!!! hampeh.jangan kata bocor ikut tepi, air pun tak kuar dah lubang pun tak tebuk. apa la.no wonder lah murah. tapi dah beli kena pakai jugak lah.rugi betul la. husband memang bising la.menyesal beli.kalau tak beli botol Tupperware itu hari, mesti dah dapat beli 2 botol Basilic masa pergi Baby fair kat PISA weekend hari tu.arrgggghhhhh!

2 comments:

Cik Puan Ryna :) said...

Ehem, singgah di sini :)
Sy pun da belikan bakal baby avent yang classic punya :)
Oke ke ta yea "D

Anna said...

Avent semua pun ok.selama setahun pakai ni mmg tak ada masalh apa2.kakak saya pon semua mmg pngguna avent tegar.hehehe.