15 November 2010

Sanggul Tinggi, apa hukumnya?

(picture credit to Google)

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” ~ hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” ~ hadith riwayat Muslim. Hadith no 212

banyak aku terbaca dalam blog-blog dan website yang membincangkan pasal hal ni. aku pun bukannya baik sangat pun nak bagi pendapat dalam hal-hal macam ni.tapi sekadar berkongsi. kepada wanita-wanita diluar sana.

kalau tujuan sanggul itu untuk nak tunjukkan kepada orang ramai terutamanya bukan mahram atau untuk tujuan kecantikan,jadi hukumnya haram sebab boleh menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki bukan mahram.

so,berpada-padalah kalau nak bersanggul tu.kalau berambut panjang, harus di ikat kemas supaya rambut tak terkeluar dari tudung supaya tak dilihat bukan muhrim.jika mahu dibuat sanggul jangan la sampai nampak macam ada ketumbuhan dikepala.pendek kata berpada-pada dan bersederhana.

begitu juga dalam berpakaian.anda rasa senonoh dan chumel kah kalau memakai baju ketat dah bertudung ataupun memakai baju berlengan pendek dan bertudung? (yang tak bertudung tu no komen lah.kita doakan semoga terbuka hati mereka nak bertudung.amin.

p/s : saya sayang semua umat islam.saya juga bukanlah seorang yang sempurna tapi saya sedang berusaha untuk berubah kearah yang lebih baik dan kepada jalan yang diredhai Allah SWT. Y(^_^)Y.kalau ada salah silap dalam post ini harap diperbetulkan ya.


1 comment:

in☂an Jun$u said...

hmm..tu la.kdg2 pelik dgn manusia ni..bila kita tegur,dia kata 'awak tu pun bukannye perfect sgt nk tegur org'..'x open-minded' la..ape la.pdhl kita menegur sb benda tu dh terang2 hukumnya.bila tak ditegur jadi barah dlam msyrkt.xphm tol...hurm