30 December 2010

Barang pertama dibeli untuk hantaran W-Day

2 months and 1 week to go dan aku baru beli satu barang untuk hantaran.hebat kan? persiapan lain jangan tanya la.otak memang tak mau jalan kecuali buat last-last minit.mak aku lagi relaks.

Baju ---> "sewa apa awal-awal sangat.nanti ada design baru pulak,menyesal pulak"
Tirai ---> "mak nak tunggu lewat sikit baru tempah.nanti kedai tirai bawak kain peshen (fashion) baru"
Kad Kahwin ---> "awal sangat ni tempah.dok kalut apa"

so? apa nak dikata lagi? aku bukan malas or tak mau buat persiapan.tapi aku cuma tak mau menderhaka ja.berdosa taww...

ok.berbalik kepada cerita pasal barang pertama untuk hantaran yang aku dah beli.ini dia sudah sampai kelmarin.

Picture credit to SINI

TAFSIR AL-QURAN berharga RM130. dapat free buku agama dan cd. puas hati.mula-mula ingat nak buat tafsir ni sebagai hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan.tapi dah tukar.tafsir ni untuk pihak lelaki pulak.

aku dah pesan dekat encek tunang nanti simpan tafsir ni.aku nak baca.aci dak camtu?dah bagi kat orang tapi nak balik.buruk siku tak kalau buat macam tu?agak-agak?

kalau anda nak jugak tafsir macam ni sila pergi SINI yer.selamat beramal!

kelmarin pun dah pi tengok kasut untuk encek tunang.belek punya belek dekat sejam.kemudian beliau ternampak kasut pattern sama tapi bertali.berkenan pulak.belek lagi sejam.try-try.letak.amik  balik yang tadi.try lagi.kemudian pikir.kemudian nak amik yang tak bertali sebab yang bertali tak ada saiz.dan tulis bil.jalan.tiba-tiba rasa tak mau pulak.suruh aku pi bagitau salesgirl tu nak cancel.then aku cakap tak yah.blah ja.beliau tak puas hati sebab kesian kat salesgirl tu tapi tak mau pi bagitau.kemudian beliau ajak turun ikut tangga lain sebab malu kat salesgirl tu sebab tak jadi beli kasut.apekah...pastu pergi tengok jam tangan,harga pulak tak puas hati.pastu pergi tengok seluar jeans, beliau try 3,4 pasang.pastu tak mau pulak sebab saiz tak dak.apa ni..apa ni..habis masa i tau.penat i tunggu.arrgghhhh...

2 comments:

Liyana Aziz said...

yana dah lama carik tafsir al-quran macam ni.. nanti nak kenen2 kat encik chenta la.. nak suruh beli.. aagagagagaga

Anna said...

best jugak tafsir ni.jelas.tapi dia punya maksud dalam bahasa indonesia.tapi tak da la indonesia pekat sampai kita tak faham.ok la.ni antara barang kesayangan skang.hehehe.