29 December 2010

Permainan apa korang selalu main masa kecik?

Permainan apa korang main masa kecil?Dulu balik sekolah terus kalut salin baju,semayang kartun (semua orang pasti akan lalui zaman semayang kartun,kalut gila,ish.ish.tak baik betul la).pastu terus keluar main.time tu ramai yang masih bersekolah.kira time tu meriah la kampong aku petang-petang ni.macam-macam kami main.yang paling besar pun dalam tingkatan 3.paling kecik tadika.semua main sekali.best sangat time tu sebab masih ada sawah, belakang kampong ada hutan.

1. Rounders
Pernah main rounders?aku tak tau la ampa panggil apa,tapi kami panggil rounders.permainan ni diadaptasikan dari permainan KRIKET.ada kayu pemukul dan ada bola.kayu pemukul biasanya ambil kayu kat tepi jalan ja.bola pun buat sendiri.amik paper,renyuk-renyukkan jadi bulat,balut plastik dan ikat getah.siap.pemain-pemain dibahagi kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan akan jaga satu kumpulan akan bersedia untuk buat pukulan dan menyudahkan larian satu pusingan..kriket kampong.yang paling dewasa akan jadi ketua kumpulan.mesti lah orang yang hebat-hebat.aku?aku jadi tukang kutip bola ja.sedih tau.sebab time tu aku darjah satu.depa tak bagi join.

2. Lom @ Galah panjang
Yang ni paling aku suka.sebab tak yah lari-lari sangat dan yang paling penting aku dapat main sekali walaupun just jadi ANAK BULAN.anak bulan ni kalau nak tau,dia boleh join dan main untuk dua-dua belah pihak.kira macam talam dua muka la.nak main game ni,mula-mula kena lukis petak garisan untuk tandakan kawasan permainan.dulu port main kami adalah bekas tapak rumah.bersimen.jadi mudah nak lukis garisan.guna arang.


Arah permainan mengikut anak panah.bulatan biru adalah kumpulan yang menjaga garisan.bulatan yang putus-putus tu kumpulan yang bermain.perlu melepasi garisan tanpa disentuh oleh penjaga garisan.menuju ke penamat.bulatan merah mesti la ANAK BULAN.aku la tu.haha.anak bulan akan jalan sekeliling petak.sentuh siapa saja yang mendekati garisan kecuali orang yang jaga garisan jugak (bulatan biru).rules yang selalu diguna:


- Kalau pemain ramai, garisan menegak akan ditambah (column bertambah).kawasan akan lebih luas.

- Kalau pemain ramai, jika 2,3orang berjaya disentuh,kumpulan yang main tak mati lagi.tapi pemain yang disentuh kena keluar.

- kalau pemain sikit ja,sorang kena sentuh,satu kumpulan kalah.

3. Tarzan
Ni bukan la game pun sebenarnya.just relaks-relaks lepas habis main permainan utama.pergi belakang kampong.ada hutan.hutan tu banyak pkok yang akar dia berjuntai panjang.lepastu pakat-pakat la gayut dari satu pokok ke pokok lain.port yang selalu main tu sampai dah jadi macam luas,kat tanah penuh daun-daun dah macam hamparan.best gila.pernah satu masa,salah sorang dari kami,dia balik paling last skali lepas main kat hutan tu.kena rasuk.habis ditendang semua orang.mengamuk sakan.lepas peristiwa tu semua orang dah tak berani tak pi main kat situ.takut weh.

4. Tangkap ikan
Dulu masa kampong aku masih permai, sawah padi banyak lagi.biasa la budak kampong.tangkap ikan.masuk sawah.aku macam biasa la.ushar dari tepi ja.geli dowh.nak masuk sawah berselut tu tak kisah sangat.tapi lintah besar gila.dok nyot-nyot kat kaki.kakak aku pun tak mau masuk.lagipun mak tak bagi main macam tu.baju kotor dan air kotor nanti kaki jadi kudis-kudis, parut macam duit sekupang penuh kaki.mengada-ngada kan?hehehe.lagi satu takut lintah masuk ehem-ehem.owwhh..tidak..

5. Main tembak-tembak
Sapa nak join mestilah mempunya pistol.pistol buatan tangan ni.yang hebat ja mampu buat ni.aku pun tak pasti depa buat macamana,tapi Nampak sangat cool dan kreatif. Peluru kutip ank buah terung kecik-kecik tu.tak pun buah apa-apa yang kecik saiz duit 5sen.tak ingat dah macamana pistol dan peluru tu berfungsi.tapi kalau kena tembak,merah jugak la kulit.hehe.tapi bagi yang tak mampu miliki pistol hebat tersebut,boleh la jadi informer.aku?tak main la tembak-tembak.ganas.aku balik main masak-masak atas ndoi la.ndoi?buaian la..

6. Main kejar-kejar sambil jengket sebelah kaki
Yang ni penat.dah la kena jengket sebelah kaki,kena kejar orang pulak. kumpulan yang dapat pemain kaki panjang kira bertuah la.rules dia mudah,kejar dan sentuh.yang lari mestilah berlari dalam kawasan yang ditanda sahaja.tak bleh lari naik atas pokok dan syok sendiri sebab orang tak bleh nak sentuh.kalau si pengejar kepenatan,dia boleh gantikan dengan ahli kumpulan dia yang lain dengan menyentuh tangan mereka.

7. Zeropoint
Aku tak pasti dalam perkataan warasnya dan globalnya dipanggil apa game ni. Main lompat getah.getah ikat barang (dulu panggil getah bodo.tak tau kenapa.bila pulak getah ni pi sekolah pun tak tau) dijalin-jalin kemas sampai panjang.bahagi kepada dua kumpulan.satu kumpulan akan pegang tali dihujung. Ada dua cara bermain.satu dengan menghayun getah supaya berpusing-pusing dan pemain akan melompat setiap pusingan sambil semua orang menyanyi.


Lagu dia sangat menarik, tapi sayangnya aku dah lupa.isk.isk.Cuma ingat ni ja

“Anak kambing patah kaki” - lompat sambil jengketkan sebelah kaki tanda anak kambing patah kaki.
“Anak kambing pandai menari” – lompat sambil berpusing.menari la katakan..
“Anak kambing makan rumput” – tunduk pegang tanah sambil gayakan macam makan rumput sambil lompat.
“Anak kambing masuk kandang!” – bersedia dan dengan pantas keluar dari pusingan getah tanpa menyentuh getah.


Sangat best okeh.dan satu lagi cara main ialah dengan memegang dan meletakkan getah di paras tertentu dalam keadaan tegang.kemudian lompat.paras yang selalu main dekat tanah (permulaan),lutut, pinggang, ketiak, cuping telinga,atas telinga dan last sekali adalah kepala.kadang-kadang dibuat tambahan satu jengkal dari kepala.ukuran ketinggian mesti la ikut ketinggian ketua (kalau tak silap).so even tinggi kepala ketua dekat ketiak kau,so mesti ikot la kan.yang ni kalau lompat kena getah pun takpa.asalkan lepas.bila dapat lepas kepala,mesti orang dah,wwoooww..wwooottt…hebat.hehehe.tapi aku paling hebat takat telinga ja.biasala.orang tak cukup ketinggian kan.
  
Peristiwa paling ngeri time main zeropoint ialah masa aku darjah 3.lompat kat kepala tak lepas.tersembam atas simen.mulut terkoyak.darah tak yah cakap la.penuh mangkuk! parut still ada sampai skang.tu la orang kata.sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya tersembam ni simen jua.

Tu ja permainan masa kecik yang aku dapat recall buat masa ni.senarai ni tak termasuk la permainan aku sendiri, main masak-masak,main mak-mak,main anak patung,main pejabat-pejabat.tu main kat rumah je.

So, korang men apa time kecik-kecik dulu? Ce citer,ce citer.. ^_^

1 comment:

Liyana Aziz said...

rounders! tetibe teringat kawan2 kelas... bukan masa kecik je kak, kat kolej pun masih main lagi petang2.. =)